Sejarah Gereja
Malaysia: Gambaran Keseluruhan


Imej
Peta Malaysia

Sejarah Gereja di

Malaysia

Gambaran Keseluruhan

Sejarah Orang Suci Zaman Akhir di Malaysia bermula pada tahun 1854, apabila seorang pemerintah tempatan Melaka secara ringkas menjadi tuan rumah kepada misionari Amerika Elam Luddington, tetapi Gereja tidak bertapak sehingga 1970-an, apabila kumpulan kecil ekspatriat dan Orang Suci Zaman Akhir tempatan mula berkumpul di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Gereja menerima pengiktirafan rasmi oleh kerajaan pada 19 Oktober 1977, dengan bantuan Orang Suci Zaman Akhir tempatan seperti Anthony T. K. Lim yang mengambil tanggungjawab rasmi sebagai wakil Gereja. Pada lewat 1970-an dan awal 1980-an, Jenny Lum, Derrick Ho, Chan Wai Leong, dan Doreen Khoo Bee Yee adalah yang pertama melayani misi sepenuh masa. Ricky Tjeong dan Ivan Bee Ho adalah antara pemimpin tempatan pertama di peringkat cabang dan daerah.

Apabila injil yang dipulihkan tersebar di seluruh populasi etnik dan kawasan geografi di Malaysia, Gereja menjadi semakin majmuk. Walaupun melibatkan jarak yang jauh, Orang Suci Zaman Akhir kerap berkumpul bersama untuk saling mengajar dan untuk berhubung dengan Gereja global. Penterjemahan tulisan suci tiga dalam satu—Kitab Mormon, Ajaran dan Perjanjian, dan Mutiara yang Sangat Berharga—telah dilengkapkan pada tahun 2018.

Para Orang Suci juga tekun melayani dan mengangkat komuniti tempatan mereka di Semenanjung dan Timur Malaysia, bekerja di pelbagai sudut ladang anggur Tuhan (lihat Yakub 5).

Fakta Ringkas

Nama Rasmi: Malaysia

Ibu Negara: Putrajaya dan Kuala Lumpur

Kota Terbesar: Kuala Lumpur

Bahasa Rasmi: Bahasa Melayu

Kawasan Tanah: 330,803 km2 (127,724 batu2)

Kawasan Gereja: Asia

Misi: 1 (Sebahagian dari Misi Singapura)

Jemaah: 28