Sejarah Gereja
“Mengajar Mereka Asas-asas yang Betul”


“Mengajar Mereka Asas-asas yang Betul”

Imej
sekumpulan orang

Bermula pada tahun 1960-an, ekspatriat Orang Suci Zaman Akhir dari Australia dan Amerika Syarikat yang bekerja di Malaysia mula mengadakan kebaktian dalam kumpulan-kumpulan kecil. Pada tahun 1970-an, beberapa rakyat Malaysia yang telah menyertai Gereja di negara lain kembali ke Malaysia dan bertemu dengan kumpulan-kumpulan ekspatriat di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Thee See Bah tinggal di dalam sebuah kediaman kayu dan jerami di ladang getah di Pulau Pinang. Biliknya adalah sebahagian daripada reban ayam keluarganya. Kawannya Peter, yang telah menyertai Gereja di Australia, bertanya jika dia boleh menjemput beberapa kawan ke rumah untuk berkongsi injil. See Bah mengemas biliknya untuk bertemu kawan-kawan Peter. Peter menulis lirik lagu rohani di papan tulis, dan kawan-kawannya menyertai semasa dia menyanyikan melodi itu. Kemudian, ekspatriat di Pulau Pinang mengorganisasikan pertemuan sakramen, See Bah dan Peter menghadirinya.

“Saya tidak ingat jika ada orang lain di sana selain tiga keluarga itu dan Peter. Saya tidak faham apa yang sedang berlaku. Saya tidak berapa faham bahasa Inggeris atau frasa [Orang Suci Zaman Akhir]. Tetapi saya ingat perasaan saya,” kenang See Bah. “Kemudian saya pelajari bahawa perasaan itu adalah dari Roh Tuhan.” Dia dibaptiskan pada 26 Julai 1971.

Tidak lama kemudian pada tahun 1972, Ivan Bee Ho menyertai Gereja di Taiwan dan kembali ke Malaysia. Dia membawa adik perempuannya Siew Yin Ho ke pertemuan kumpulan kecil di Kuala Lumpur. Selama empat tahun, Siew setia menghadiri pertemuan sambil belajar tentang Gereja. Pada satu persidangan istimewa remaja di Singapura pada tahun 1977, dia mendengar kesaksian seorang wanita dan merasa kesaksian Roh. Dia kembali ke Kuala Lumpur dan meminta pembaptisan. Satu kesukaran timbul kerana dia berumur 20 tahun, belum “umur sah” 21 tahun, oleh itu memerlukan kebenaran bertulis ibu bapa. Kampungnya jauh, dan perjalanan itu akan mengambil masa dan sumber-sumber yang dia tiada. Tanpa disangka, bapanya, yang tidak pernah mengunjunginya sebelum ini, pergi ke Kuala Lumpur. Dia memberi persetujuan untuk pembaptisannya. “Tuhan sediakan jalan bagi saya,” dia berkata. Kemudian dia melayani misi sepenuh masa, ditugaskan ke Kuala Lumpur.

Adik perempuan Ivan dan Siew, Susan Look Cheng Ho menyertai Gereja pada tahun 1980 dan segera dipanggil sebagai pengajar Sekolah Primer. Dia mengajar dalam hampir semua kumpulan umur sekolah primer. Sebagai presiden Sekolah Primer daerah, dia bertekad untuk menubuhkan Sekolah Primer yang berfungsi di cabang Ipoh. Dia terbang ke Ipoh sepanjang tahun itu untuk membantu para pengajar dan kanak-kanak bersedia untuk pembentangan pertemuan sakramen pertama mereka. Pada hari pembentangan, dia sangat senang hati dengan usaha kanak-kanak dan memberi mereka ganjaran gula-gula. Semua pengalaman ini, serta pengalamannya sebagai presiden Lembaga Pertolongan daerah, berikan imannya dalam “mengajar mereka asas-asas yang betul dan membolehkan mereka untuk mengatur diri mereka” semasa Orang Suci bertumbuh.