Sejarah Gereja
Malaysia: Kronologi Gereja


Kronologi Gereja: Malaysia

1854 • Pulau Pinang dan Melaka, MalaysiaElam Luddington melalui Pulau Pinang dan Melaka dalam perjalanan misonari dia. Dia diizinkan untuk bertemu dengan seorang raja tempatan.

26 Julai 1971 • Pulau PinangThee See Bah adalah yang pertama menerima pembaptisan di Malaysia.

November 1971 • Kuala Lumpur, MalaysiaPertemuan kecil Gereja yang pertama diadakan di Hotel Merlin di Kuala Lumpur.

28 Julai 1973 • Pulau PinangAhli-ahli Gereja mengadakan satu persidangan, dihadiri oleh 51 orang ahli, di Hotel Merlin di Pulau Pinang.

21 Jun 1977 • Kuala LumpurElder Gordon B. Hinckley daripada Majlis Dua Belas berucap dalam satu persidangan di Kuala Lumpur.

19 Oktober 1977 • MalaysiaGereja secara rasmi dikenali sebagai perbadanan gereja oleh kerajaan Malaysia. Anthony T. K. Lim memikul tanggungjawab sebagai pengarah perbadanan Gereja.

1977 • MalaysiaJenny Lum, Derrick Ho, dan Chan Wei Leong melayani misi sepenuh masa.

2 April 1980 • Kuala LumpurDaerah Malaysia diorganisasikan.

Mac 1981 • Ipoh, MalaysiaDoreen Khoo Bee Ye dibaptiskan di Ipoh. Dia melayani sebagai misionari sepenuh masa pada tahun 1983.

1985 • Pulau PinangRicky Tjeong menjadi presiden Cabang Pulau Pinang.

1987–88 • Kuala LumpurIvan Bee Ho orang Malaysia pertama dipanggil untuk melayani sebagai presiden daerah.

Imej
raja dan permaisuri Malaysia bergambar dengan orang lain

28 September 1994 • Kuala Lumpur

Raja Malaysia Tuanku Ja’afar dan Permaisuri Tuanku Najihah menjadi tuan rumah kepada Sandra dan Vincent Gordacan dari Las Vegas dan pelbagai pegawai Gereja, termasuk Marcia dan Gary Orgill, Geok Lee dan Sun Fu Chong, Sophia dan Ivan Bee Ho, dan Anthony T. K. Lim .

12 dan 23 Disember 1994 • Kuala Lumpur dan Pulau PinangAhli-ahli Gereja mengadakan satu pameran “Keluarga Kuat Dapat Memegang Dunia Kita Bersama” di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Sebuah koir seragam menyanyikan karol Krismas di Plaza Sungai Wang Plaza di Kuala Lumpur dan di Hospital Assunta di Petaling Jaya.

Mac 1996 • Sibu, MalaysiaPertemuan Gereja pertama di Sibu diadakan.

November 1996 • SibuMasa pertemuan hari Ahad dikurangkan dari tiga jam ke dua jam.

15 Ogos 1996 • Kuala LumpurAhli-ahli Gereja berkumpul pada pukul 6:30 pagi di Restoran Jepun di Legend Hotel semasa Elder Joseph B. Wirthlin dari Kuorum Dua Belas Rasul membaktikan Malaysia untuk pengkhutbahan injil yang dipulihkan.

17 Disember 2000 • Kuala LumpurHo Mei Lan dipanggil sebagai presiden Lembaga Pertolongan Daerah Kuala Lumpur.

2 Ogos 2003 • IpohDaerah Ipoh Barat Malaysia menganjurkan persidangan wanita.

14–15 November 2003 • Pulau Pinang dan IpohRemaja daerah itu merancang, mengorganisasikan, dan mengambil bahagian dalam Persidangan Remaja Daerah Ipoh Barat , “Got Oil—Drop by Drop.” Perancangan bermula pada bulan September, diterajui oleh dua remaja, Hamish Parsons dari Cabang Pulau Pinang dan Jaslinder Kaur dari Cabang Ke-2 Ipoh.

15 November 2003 • Pulau PinangTiga orang siswazah berucap pada graduasi seminari bagi Daerah Malaysia Barat: Kelvin Anand Kumar, Cabang Ke-2 Ipoh, Tan Aun Luck Earnest, Cabang Ke-2 Ipoh; dan Hamish Steven Parsons, Cabang Pulau Pinang.

6 Disember 2003 • Kuching, MalaysiaDua puluh lapan saudari berkumpul dari Kuching, Sibu, Miri, dan Bintulu untuk pertemuan Lembaga Pertolongan seluruh daerah untuk menonton video Siaran Wanita September 2003.

29 November 2009 • SibuDaerah Sibu Malaysia dicipta, dengan Michael Chua Chong Gan sebagai presiden daerah.

18–21 Disember 2011 • Bintulu, MalaysiaDaerah Bintulu Malaysia mengadakan persidangan remaja, “Kami Percaya,” di Taman Negara Similajau, dengan hampir 60 orang hadir.

2013 • Salt Lake City, Utah, ASKitab Mormon diterbitkan dalam Bahasa Melayu.

Mac 2018 • MalaysiaKombinasi tiga dalam satu Kitab Mormon, Ajaran dan Perjanjian, dan Mutiara yang Sangat Berharga diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.

29 April 2021 • Petaling Jaya, MalaysiaOrang Suci Zaman Akhir Royce Tai dan Juli Cole berganding mengacarakan satu webinar komuniti bertajuk “Pandemic and Emergency Management” bersama Dr. C. D. Siby, pengerusi Center for Spiritual Advancement.