Bantuan Pengkajian
TJS, Keluaran 32


TJS, Keluaran 32:14. Bandingkan dengan Keluaran 32:14

Tuhan akan membiarkan bangsa Israel yang bertaubat hidup.

14 Dan Tuhan berkata kepada Musa, Jika mereka ingin bertaubat di atas kejahatan yang telah mereka lakukan, Aku akan membiarkan mereka hidup, dan memalingkan kemurkaan-Ku yang ganas; tetapi, lihatlah engkau akan menjatuhkan hukuman ke atas semua yang tidak mahu bertaubat akan kejahatan ini sekarang. Oleh kerana itu, pastikan engkau melakukan hal yang telah Aku perintahkan ini, atau Aku akan melaksanakan segala yang telah Aku fikir untuk lakukan kepada umat-Ku.