Bantuan Pengkajian
15. Bait Suci Nauvoo


15. Bait Suci Nauvoo

Imej
foto 15

Bait Suci Nauvoo yang asal di bina daripada batu kapur tempatan berwarna putih kelabu. Bangunan itu berukuran 39 meter panjang dan 27 meter lebar. Puncak menara tersebut berdiri 48 meter di atas tanah. Ahli-ahli Gereja membuat pengorbanan besar untuk membina bait suci yang indah ini, pembinaan bermula pada 1841. Beberapa bekerja berbulan-bulan pada bangunan itu, orang lain mengorbankan wang mereka. Walaupun ia belum siap sepenuhnya, bait suci itu dipenuhi oleh ahli-ahli yang datang untuk tatacara-tatacara semasa beberapa bulan sebelum mereka pergi ke Barat. Sementara ramai Orang Suci meninggalkan Nauvoo pada awal musim bunga 1846 kerana ugutan perusuh yang ganas, satu kumpulan khas tinggal untuk menyiapkan bait suci. Pada 30 April 1846, Elder Orson Hyde dan Elder Wilford Woodruff daripada Kuorum Dua Belas dan sekurang-kurangnya 20 orang lain membaktikan rumah Tuhan ini. Bait suci ini ditinggalkan pada bulan September apabila ahli Gereja yang masih tinggal dihalau keluar dari Nauvoo; keganasan para perusuh menodai struktur bangunan suci itu. Bahagian dalaman dimusnahkan oleh api pada Oktober 1848. Bait Suci yang dibina semula (digambarkan di sini), merupakan sebuah penghasilan semula dari yang asal, telah dibaktikan oleh Presiden Gordon B. Hinckley pada 27–30 Jun 2002.

Peristiwa Penting: Persidangan umum diadakan dalam bilik perhimpunan bait suci pada 5 Oktober 1845. Kerja anugerahan bermula pada 10 Disember 1845 dan diteruskan hingga 7 Februari 1845. Lebih 5,500 Orang Suci Zaman Akhir menerima anugerahan mereka, dan banyak pembaptisan untuk yang mati dan pemeteraian dilakukan.