Bantuan Pengkajian
11. Tempat Bait Suci Far West


11. Tempat Bait Suci Far West

Imej
foto 11

Tempat tinggal Far West, Missouri, menjadi rumah bagi 3,000 hingga 5,000 Orang Suci yang mencari perlindungan daripada penganiayaan di Jackson dan Clay County. Pada 1838 Tuhan memerintah para Orang Suci membina sebuah bait suci di sini (lihat A&P 115:7–8). Penganiayaan oleh perusuh menghalang mereka dari melaksanakannya. Pada 31 Oktober tahun itu, Nabi Joseph Smith dan pemimpin Gereja lain ditangkap dan setelah perbicaraan tanpa jaminan di Richmond, mereka dipenjarakan di Penjara Liberty. Semasa musim sejuk 1838–1839, para Orang Suci Zaman Akhir dihalau dari Far West dan tempat lain di Missouri serta berpindah ke Illinois.

Peristiwa Penting: Tempat bait suci dibaktikan dan batu-batu penjuru diletakkan. Tujuh wahyu yang diterbitkan di dalam Ajaran dan Perjanjian telah diterima (bahagian 113–115; 117–120). Joseph F. Smith, Presiden Gereja keenam. dilahirkan pada 13 November 1838 di Far West. Far West digunakan buat sementara sebagai ibu pejabat Gereja di bawah Nabi Joseph Smith.