“Daud yang Muda,” Cerita-cerita Perjanjian Lama (2022)
“Daud yang Muda,” Cerita-cerita Perjanjian Lama
1 Samuel 16
Daud yang Muda
Seorang budak gembala dipanggil untuk menjadi raja
Tuhan mengutus nabi Samuel untuk mencari raja baharu. Saul, raja pada masa itu, telah berhenti mengikuti Tuhan. Tuhan memfirmankan Samuel untuk pergi ke Betlehem dan mencari seorang lelaki bernama Isai. Raja baharu itu adalah salah seorang anak lelaki Isai.
1 Samuel 16:1–5
Anak-anak lelaki Isai yang lebih dewasa tinggi dan kuat. Tetapi Tuhan firmankan Samuel untuk tidak nilai mereka berdasarkan penampilan mereka.
1 Samuel 16:6–10
Samuel menanyakan Isai jika dia mempunyai anak lelaki lain. Isai berkata anak bongsunya, Daud, sedang menjaga domba-domba. Daud dibawa kepada Samuel.
1 Samuel 16:11
Daud lebih kecil daripada abang-abangnya dan hanya seorang budak gembala. Tetapi Tuhan tidak peduli dengan penampilan Daud. Tuhan tahu hati Daud penuh dengan iman. Dia memberitahu Samuel bahawa Daud akan menjadi raja. Samuel memberkati Daud. Roh Tuhan menyediakan Daud untuk menjadi raja.
1 Samuel 16:12–13