“Hagar,” Cerita-cerita Perjanjian Lama (2022)
“Hagar,” Cerita-cerita Perjanjian Lama
Kejadian 16
Hagar
Rancangan Tuhan untuk anak perempuan-Nya
Hagar ialah orang suruhan Sara. Sara sudah tua dan tidak mempunyai anak. Dia memberitahu suaminya, Abraham, untuk mengahwini Hagar supaya mereka boleh mempunyai anak. Abraham dan Hagar berkahwin, dan tidak lama kemudian Hagar akan melahirkan seorang bayi.
Kejadian 16:1–3
Hagar dan Sara mula tidak baik terhadap satu sama lain. Hagar memilih untuk pergi ke padang gurun.
Kejadian 16:4–6
Semasa Hagar mengembara, dia menjadi sangat penat dan haus. Akhirnya, dia tiba di satu tempat dengan air dan berehat di situ.
Kejadian 16:7
Tuhan tahu tentang masalah Hagar dan mempunyai rancangan untuk membantunya. Dia menghantar seorang malaikat untuk memintanya kembali kepada Abraham dan Sara. Dia berjanji bahawa keluarga Hagar akan berkembang. Dia berkata bahawa bayi itu seorang budak lelaki dan dia harus menamakannya Ismael.
Kejadian 16:7–14
Hagar mempercayai Tuhan dan mematuhi malaikat itu. Dia kembali kepada Abraham dan Sara. Hagar mempunyai bayi lelakinya, dan namanya Ismael. Hagar tahu Tuhan sedang menjaga dia.
Kejadian 16:11, 15