Ikutlah Aku
28 Julai–3 Ogos: “Kuasa Ketuhanan”: Ajaran dan Perjanjian 84


“28 Julai–3 Ogos: ‘Kuasa Ketuhanan’: Ajaran dan Perjanjian 84,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)

“Ajaran dan Perjanjian 84,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025

Joseph Smith menerima Imamat Melkisedek

Butiran dari The Restoration of the Melchizedek Priesthood [Pemulihan Imamat Melkisedek], oleh Liz Lemon Swindle

28 Julai–3 Ogos: “Kuasa Ketuhanan”

Ajaran dan Perjanjian 84

Sejak imamat dipulihkan pada tahun 1829, Orang Suci awal telah diberkati oleh kuasa kudus Tuhan. Mereka dibaptiskan, ditetapkan, dan dipanggil untuk melayani melalui wewenang imamat, seperti kita hari ini. Tetapi memiliki akses kepada kuasa imamat tidaklah sama seperti memahaminya sepenuhnya, dan ada banyak lagi yang Tuhan mahu Orang Suci-Nya fahami—terutamanya tentang pemulihan tatacara bait suci. Wahyu pada tahun 1832 tentang imamat, kini Ajaran dan Perjanjian 84, memperluaskan penglihatan para Orang Suci tentang maksud sebenar imamat. Dan ia juga sama bagi kita hari ini. Lagipun, terdapat banyak yang perlu dipelajari tentang kuasa ilahi yang memegang “kunci pengetahuan Tuhan,” yang menyatakan “kuasa ketuhanan,” dan itu mempersiapkan kita untuk “melihat muka Tuhan, bahkan Bapa, dan hidup” (ayat 19–22).

ikon pengkajian

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Ajaran dan Perjanjian 84:17–32

ikon seminari
Saya mempunyai akses kepada kuasa imamat dan berkat Tuhan.

Apabila anda fikir tentang perkataan imamat, apakah yang datang ke minda anda? Bagaimana kuasa imamat Tuhan mempengaruhi kehidupan anda?

Selepas merenungkan soalan-soalan ini, anda boleh mengkaji Ajaran dan Perjanjian 84:1–5, 17–32, mencari apa yang Tuhan ingin anda tahu tentang kuasa imamat-Nya. Pertimbangkan bagaimana anda boleh menggunakan ayat-ayat ini untuk menggambarkan imamat dan tujuannya kepada seseorang.

Satu perkara yang anda akan temui dalam tatacara imamat ialah “kuasa ketuhanan dinyatakan” (lihat ayat 19–21). Mungkin anda boleh senaraikan tatacara-tatacara imamat yang anda telah sertai (senarai dalam Buku Panduan Umum, 18.1, 18.2, boleh membantu). Bagaimanakah tatacara ini—dan perjanjian yang berkaitan—membawa kuasa Tuhan ke dalam hidup anda? Bagaimanakah kehidupan anda tanpanya?

Presiden Russell M. Nelson mengajar: “Setiap wanita dan setiap lelaki yang membuat perjanjian dengan Tuhan dan mentaati perjanjian itu, dan mengambil bahagian secara layak dalam tatacara imamat, mempunyai akses langsung kepada kuasa Tuhan” (“Harta Karun Rohani,” Persidangan Umum, Okt. 2019). Pertimbangkan untuk mengkaji pesanan Presiden Nelson, mencari cara untuk “mendapatkan kuasa Juruselamat ke dalam hidup [anda].”

Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 25:10, 13, 15; 121:34–37, 41–46; Topics and Questions, “Priesthood [Imamat],” Buku Panduan Umum, 3.6, Gospel Library.

Ajaran dan Perjanjian 84:31–44

Imamat diperoleh dengan sumpah dan perjanjian.

Sumpah dan perjanjian imamat (lihat Ajaran dan Perjanjian 84:31–44) mempunyai aplikasi khas untuk anak-anak Bapa Syurgawi yang ditahbiskan ke jawatan imamat, tetapi banyak berkat yang dijanjikan dalam ayat-ayat ini tersedia untuk semua anak Tuhan. Apakah janji-janji ini, dan apakah yang Tuhan minta kita lakukan untuk menerimanya?

Elder Paul B. Pieper mengajar: “Adalah menarik bahawa dalam sumpah dan perjanjian imamat [lihat Ajaran dan Perjanjian 84:31–44], Tuhan menggunakan kata kerja memperoleh dan menerima. Dia tidak menggunakan kata kerja ditahbiskan. Di dalam bait suci para lelaki dan wanita—sama-sama—memperoleh dan menerima berkat dan kuasa Imamat Harun dan Melkisedek” (“Revealed Realities of Mortality,” Ensign, Jan. 2016, 21).

Ketika anda mengkaji Ajaran dan Perjanjin 84:31–44, renungkan apa maksudnya untuk “memperoleh” dan “menerima” imamat. Bagaimanakah ini berbeza dengan ditahbiskan ke jawatan imamat? Apakah lagi yang Tuhan jemput anda untuk terima dalam ayat-ayat ini? Bagaimanakah anda akan melakukan itu?

Apakah yang telah mengilhami anda untuk menjadi lebih beriman dalam menerima Juruselamat, Bapa-Nya, para pelayan-Nya, dan kuasa imamat-Nya?

Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 121:36–46.

Ajaran dan Perjanjian 84:43–61

Mentaati firman Tuhan membawa cahaya dan kebenaran ke dalam hidup saya.

Apakah kebenaran yang anda temui dalam Ajaran dan Perjanjian 84:43–61 yang membantu anda memahami mengapa anda perlu mengkaji firman Tuhan secara konsisten? Perhatikan perbezaan antara cahaya dan kegelapan dalam ayat-ayat tersebut; bagaimanakah “[ketekunan anda] mengendahkan firman tentang kehidupan abadi” membawa cahaya, kebenaran, dan “Roh Yesus Kristus” ke dalam kehidupan anda? (ayat 4345).

Lihat juga 2 Nefi 32:3.

Bandingkan asas-asas injil dengan perkara seharian. Bolehkah anda fikirkan satu analogi yang akan menggambarkan kebenaran dalam ayat 43–44? Contohnya, bagaimanakah mengikuti semua langkah dalam satu resipi adalah seperti mengamalkan “setiap firman … Tuhan”?

wanita membaca tulisan suci

“Tekun mengendahkan firman tentang kehidupan kekal.”

Ajaran dan Perjanjian 84:62–91

Tuhan akan bersama saya ketika saya berada dalam pelayanan-Nya.

Semasa anda membaca ayat-ayat ini, anda boleh mengenal pasti janji-janji Tuhan untuk menyokong hamba-hamba-Nya. Bagaimanakah janji-janji ini berguna dalam pekerjaan yang Dia minta anda untuk lakukan? Contohnya, bagaimanakah janji-janji dalam ayat 88 telah digenapi dalam kehidupan anda?

Ajaran dan Perjanjian 84:106–110

Semua orang boleh menyumbang kepada pekerjaan Tuhan.

Apakah yang anda pelajari dari ayat-ayat ini tentang bagaimana Tuhan melaksanakan pekerjaan-Nya? Apakah nasihat dan berkat yang anda temui? Anda juga boleh fikirkan bagaimana anda telah “diteguhkan dalam segala kelembutan hati” kerana anda telah melayani bersama orang yang “kuat di dalam Roh,” termasuk ahli keluarga anda.

Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan For the Strength of Youth.

Bahagian kanak-kanak ikon 02

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Ajaran dan Perjanjian 84:4–5

Tatacara bait suci membantu saya bersedia untuk hidup dengan Bapa Syurgawi semula.

  • Untuk membantu anak-anak anda teruja untuk pergi ke bait suci, anda boleh mencipta satu teka-teki dari gambar bait suci. Di belakang setiap bahagian, anda boleh tuliskan sesuatu yang kita lakukan di bait suci, seperti dibaptiskan untuk pihak nenek moyang, dimeteraikan kepada keluarga kita, dan membuat perjanjian dengan Tuhan. Baca Ajaran dan Perjanjian 84:4–5 bersama anak-anak anda, dan minta mereka untuk mendengar apa yang Tuhan perintahkan para Orang Suci untuk bina. Apabila anda dan anak-anak anda menyusun teka-teki bersama, saling kongsi perkara yang kita boleh lakukan untuk bersedia memasuki bait suci.

Ajaran dan Perjanjian 84:19–22

Saya boleh menerima kuasa Bapa Syurgawi melalui tatacara imamat.

  • Untuk membantu anak-anak anda memahami apakah itu tatacara, pertimbangkan untuk melihat beberapa gambar tatacara imamat bersama mereka, seperti Buku Seni Injil, no. 103–8, atau halaman aktivitiminggu ini. Minta mereka untuk jelaskan apa yang sedang berlaku dalam setiap gambar. Kemudian baca bersama Ajaran dan Perjanjian 84:19–22. Mengapakah Bapa Syurgawi mahu kita menerima tatacara-tatacara tersebut? Beritahu anak-anak anda bagaimana anda telah merasai kuasa Tuhan kerana tatacara-tatacara yang anda terima dan perjanjian yang anda telah buat. (Lihat juga “Priesthood Power, Authority, and Keys” dalam lampiran A atau lamiran B.)

Young Couple Going to the Temple; GAK 609; GAB 120; Primary manual 2-32; Doctrine and Covenants 131:1-3; 132:4-7, 19-20
kanak-kanak sedang mengambil sakramen

Ajaran dan Perjanjian 84:77

Saya adalah kawan Yesus semasa saya mengikuti Dia.

  • Selepas membaca Ajaran dan Perjanjian 84:77 bersama, tanyakan anak-anak anda tentang apa maksudnya untuk menjadi seorang kawan. Anda boleh bercakap tentang kawan-kawan baik yang anda ada. Bagaimanakah Yesus tunjukkan bahawa Dia mahu kita menjadi kawan-Nya? Bagaimanakah kita dapat menunjukkan bahawa kita juga menginginkannya? Lagu seperti “Ku Mau Jadi Seperti Yesus” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 40) boleh membantu perbincangan ini.

Ajaran dan Perjanjian 84:88

Bapa Syurgawi membantu para hamba-Nya.

  • Anak-anak anda mungkin suka mendengar tentang bagaimana para misionari telah membantu anda, keluarga anda, atau nenek moyang anda menerima injil. Kemudian anda boleh membaca tentang satu janji istimewa Tuhan kepada para misionari dalam Ajaran dan Perjanjian 84:88. Mungkin anak-anak anda boleh fikirkan aksi sesuai dengan ayat ini. Pertimbangkan untuk kongsi satu masa ketika anda melayani Tuhan dan merasakan bahawa Dia bersama anda, seperti yang digambarkan dalam ayat 88. Anda boleh bantu anak-anak anda fikirkan bagaimana mereka boleh menjadi misionari sekarang. Bersaksi bahawa Bapa Syurgawi membantu kita tahu apa yang harus dikatakan ketika kita bercakap dengan orang lain tentang Yesus Kristus.

Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.

bait suci semasa senja

Bait Suci Rome Itali

halaman aktiviti untuk kanak-kanak