Ikutlah Aku 2024
Lampiran D: Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri—Agenda Pertemuan


“Lampiran D: Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri—Agenda Pertemuan” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Kitab Mormon 2024 (2023)

“Lampiran D,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2024

Lampiran D

Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri—Agenda Pertemuan

Tarikh pertemuan:

Mengacara (ahli presidensi kelas atau kuorum):

Pembukaan

Nyanyian Rohani (pilihan):

Doa:

Ulangi Tema Remaja Puteri atau Tema Kuorum Imamat Harun.

Berunding bersama

Dipimpin oleh orang yang mengacara pertemuan itu, kelas atau kuorum meluangkan 5 hingga 10 minit berunding bersama tentang tanggungjawab mereka dalam kerja penyelamatan dan permuliaan. Ini adalah peluang bagi presidensi kelas atau kuorum untuk menyusul hal-hal yang dibincangkan dalam pertemuan presidensi atau mesyuarat majlis remaja bahagian.

Orang yang mengacara juga boleh menggunakan satu atau beberapa soalan ini:

Menjalankan injil

  • Apakah pengalaman baru-baru ini yang telah memperkuatkan kesaksian kita tentang Yesus Kristus dan injil-Nya?

  • Apakah yang kita lakukan untuk mendekati Juruselamat? Bagaimanakah kita berusaha untuk menjadi lebih seperti Dia?

  • Bagaimanakah kita telah merasa bimbingan Tuhan dalam hidup kita?

Menjaga orang yang memerlukannya

  • Siapakah yang kita terdorong untuk membantu atau melayani? Apakah tugas yang kita telah terima dari lembaga uskup untuk membantu seseorang yang memerlukannya?

  • Bagaimanakah kita boleh menyokong satu sama lain dalam hal-hal yang kita sedang lalui?

  • Adakah sesiapa yang baru berpindah ke bahagian kita atau baru menyertai Gereja? Bagaimanakah kita boleh bantu mereka berasa dialu-alukan?

Menjemput semua untuk menerima injil

  • Apakah yang kita boleh lakukan untuk membantu orang lain merasakan kasih Tuhan?

  • Apakah aktiviti-aktiviti akan datang yang kita boleh jemput rakan-rakan kita untuk hadir?

  • Apakah rancangan untuk berkongsi injil yang telah dibincangkan dalam pertemuan majlis remaja bahagian? Bagaimanakah kelas atau kuorum kita boleh melibatkan diri?

Menyatukan keluarga untuk keabadian

  • Apakah beberapa cara kita boleh lebih baik berhubung dengan ahli keluarga, termasuk datuk nenek dan sepupu?

  • Apakah yang kita lakukan untuk mencari nama nenek moyang kita yang memerlukan tatacara bait suci? Apakah yang boleh kita lakukan untuk membantu orang mencari nama nenek moyang mereka?

  • Bagaimanakah kita boleh lebih terlibat dalam kerja bait suci—secara individu dan sebagai satu kelas atau kuorum?

Belajar bersama

Seorang pemimpin dewasa atau ahli kuorum atau kelas memimpin arahan tentang pembacaan Ikutlah Aku minggu ini. Dia menggunakan idea pembelajaran dalam Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja. Idea pembelajaran dengan ikon ini adalah selari dengan seminari dan sangat relevan dengan remaja. Walau bagaimanapun, mana-mana idea pembelajaran boleh digunakan. Bahagian pertemuan umum ini mengambil kira-kira 35 hingga 40 minit.

Penutup

Orang yang mengacara pertemuan itu:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Bincangkan bagaimana kelas atau kuorum akan bertindak atas apa yang mereka pelajari—sebagai satu kumpulan atau individu.

Doa: