Ikutlah Aku 2024
8–14 April: “Tuhan Bekerja Bersama Kita.” Yakub 5–7


“8–14 April: ‘Tuhan Bekerja Bersama Kita.’ Yakub 5–7,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Kitab Mormon 2024 (2024)

“8–14 April: Yakub 5–7,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2024 (2024)

Imej
para lelaki bekerja di hutan pokok zaitun

Allegory of the Olive Tree [Alegori Pokok Zaitun], oleh Brad Teare

8–14 April: Tuhan Bekerja Bersama Kita

Yakub 5–7

Sangat ramai orang yang belum pernah mendengar tentang Injil Yesus Kristus. Jika anda pernah merasa terbeban dengan besarnya tugas untuk mengumpulkan mereka ke dalam Gereja Tuhan, apa yang Yakub katakan tentang pokok zaitun dalam Yakub 5 mempunyai peringatan yang meyakinkan: ladang anggur milik Tuhan. Dia telah memberi setiap kita satu kawasan kecil untuk membantu dalam usaha Dia—keluarga kita, rakan-rakan kita, lingkungan pengaruh kita. Dan kadangkala orang pertama yang kita bantu kumpulkan adalah kita sendiri. Namun kita tidak bersendirian dalam usaha ini, kerana Tuan ladang itu turut bekerja bersama orang suruhan-Nya (lihat Yakub 5:72). Tuhan kenali dan mengasihi anak-anak-Nya, dan Dia akan menyediakan cara bagi setiap mereka untuk mendengar Injil-Nya, termasuklah mereka yang telah menolak-Nya sebelum ini (lihat Yakub 4:15–18). Kemudian, setelah segala kerja sudah pun selesai, semua yang telah “tekun dalam bekerja bersama [Dia] … akan merasakan sukacita bersama [Dia] kerana buah dari ladang [Dia]” (Yakub 5:75).

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Yakub 5

Yesus Kristus ialah Tuan ladang anggur itu.

Yakub 5 adalah cerita dengan maksud simbolik. Ia menggambarkan pokok, buah dan pekerja, tetapi ia sebenarnya mengenai interaksi Tuhan dengan umat-Nya sepanjang sejarah. Jadi semasa anda membaca kisah itu, fikirkan tentang beberapa lambang dalam cerita itu.

Contohnya, jika ladang itu mewakili dunia, dan pokok zaitun yang terpelihara mewakili Israel (atau mereka yang telah membuat perjanjian dengan Tuhan, lihat Yakub 5:3), apakah yang pokok zaitun liar mewakili? Apakah yang buah baik dan buruk mewakili? Apakah lambang lain yang anda lihat?

Walaupun Yakub 5 mengajar tentang bangsa dan sejarah dunia, ia juga tentang anda dan kehidupan anda. Apakah pesanan yang anda temui untuk diri anda dalam Yakub 5?

Yang paling penting, Yakub 5 adalah tentang Yesus Kristus. Carilah Dia semasa anda membaca. Apakah yang anda pelajari tentang Dia, contohnya, dalam ayat 40–41, 46–47?

Untuk pandangan tambahan tentang Yakub 5, lihat gambar rajah di akhir panduan ini.

Yakub 5:61–75

Imej
ikon seminari
Tuhan menjemput saya untuk bekerja bersama-Nya di ladang anggur-Nya.

“Para orang suruhan lain” (Yakub 5:70) yang dipanggil ke ladang anggur Tuhan termasuk orang seperti anda. Apakah kebenaran yang anda temui dalam Yakub 5, terutamanya ayat 61–62 dan 70–75, tentang bekerja di ladang anggur Tuhan? Apakah yang anda telah pelajari tentang Dia dengan membantu pekerjaan-Nya?

Semasa anda membaca tentang “kali terakhirnya” Tuhan bekerja di ladang anggur-Nya, apakah yang mengilhami anda untuk melayani Tuhan “dengan kekuatanmu”? (Yakub 5:71). Mungkin anda boleh fikirkan pengalaman peribadi ketika anda merasakan kegembiraan semasa melayani Tuan ladang anggur—contohnya, melalui perkongsian injil, melayani di bait suci atau menguatkan orang lain. Anda juga boleh meneroka contoh yang Elder Gary E. Stevenson kongsi dalam pesanannya “Indah dan Mudah” (Liahona, Nov. 2021, 47–50).

Presiden Russell M. Nelson ajarkan: “Apabila anda lakukan sebarang perkara yang membantu sesiapa pun—di kedua-dua belah tirai—maju membuat perjanjian dengan Tuhan dan menerima tatacara penting pembaptisan dan bait suci, anda membantu mengumpulkan Israel. Ia semudah itu” (“Harapan Israel” [pertemuan rohani remaja sedunia, 3 Jun 2018], ChurchofJesusChrist.org). Pertimbangkan untuk senaraikan idea-idea tentang apa yang anda boleh lakukan untuk membantu mengumpulkan Israel. Dari senarai anda, apakah yang anda rasa Tuhan ingin anda lakukan hari ini di ladang anggur-Nya? Menurut ayat 75, bagaimana Tuhan memberi kita ganjaran atas pelayanan di ladang anggur-Nya?

Lihat juga “Israel, Tuhanmu Memanggil,” Nyanyian Rohani, no. 6.

Mengajar ajaran. Pastikan perbincangan anda berfokus pada ajaran asas dalam tulisan suci. Anda boleh melakukan ini dengan membaca tulisan suci bersama dan kemudian saling berkongsi kebenaran yang anda temui, serta pengalaman menjalani kebenaran itu.

Yakub 6:4–5

Tuhan mengingati umat-Nya dalam kasih dan belas kasihan.

Satu maksud perkataan mengikatkan diri adalah untuk berpegang atau berpaut pada sesuatu dengan teguh, rapat, dan tidak goyah. Bagaimanakah definisi itu mempengaruhi cara anda memahami Yakub 6:4–5? Dalam kisah pokok zaitun, bagaimana Tuan ladang anggur menghulurkan “tangan belas kasihan-Nya”? (Lihat, contohnya, Yakub 5:47, 51, 60–61, 71–72). Bagaimana Dia telah melakukan ini untuk anda?

Yakub 7:1–23

Saya boleh berdiri teguh apabila orang lain mencabar iman saya dalam Yesus Kristus.

Pengalaman bangsa Nefi dengan Serem sering diulang hari ini: orang cuba menghancurkan iman kepada Kristus. Bagaimanakah Yakub bertindak apabila iman dia diserang? Apakah yang anda pelajari dari jawapannya? Apakah yang anda boleh lakukan sekarang untuk bersedia bagi masa ketika iman anda kepada Juruselamat dicabar?

Lihat juga Jeffrey R. Holland, “Harga—dan Berkat—dari Pemuridan,” Ensign atau Liahona, Mei 2014, 6–9.

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Yakub 5

Tuhan mengambil berat terhadap umat-Nya.

  • Bagaimanakah anda boleh berkongsi kisah pokok zaitun dengan cara yang boleh difahami oleh anak-anak anda? Salah satu cara adalah untuk bersiar di luar untuk melihat pokok dan secara ringkas menyemak kunci-kunci utama cerita itu. Apakah yang Tuan ladang anggur itu lakukan untuk pokok-pokok-Nya? Bagaimanakah kita boleh menjadi seperti pekerja dalam cerita dan membantu orang lain merasakan kasih Juruselamat?

  • Yakub berkongsi kisah tentang pokok zaitun untuk menjemput umatnya datang kepada Kristus. Anak-anak anda juga boleh lakukan yang sama. Anda boleh meringkaskan cerita dengan ayat-ayat seperti Yakub 5:3–4, 28–29, 47 dan 70–72. Anda atau anak-anak anda kemudian boleh membaca Yakub 5:11, 41, 47 dan 72, mencari perkara yang menunjukkan betapa Tuan ladang anggur (Yesus Kristus) mengambil berat tentang pokok-pokok itu. Apakah yang Juruselamat lakukan untuk tunjukkan Dia mengambil berat tentang kita?

Yakub 6:4–5

Bapa Syurgawi mengasihi saya dan akan mengampuni saya apabila saya bertaubat.

  • Yakub 6:4–5 ada pesanan penting untuk kita apabila kita membuat pilihan yang salah. Mungkin anda boleh membantu anak-anak anda mencarinya. Perkataan manakah dalam ayat-ayat ini yang memberi kita harapan dalam kasih penebusan Tuhan? Kisah Elder Allen D. Haynie tentang menjadi kotor dalam lubang lumpur, dalam pesanannya “Ingatlah Kepada Siapa Kita Telah Percaya” (Liahona, Nov. 2015, 121–22), boleh membantu. Apakah yang kisah ini dan Yakub 6:4–5 ajarkan kita tentang apa yang perlu kita lakukan untuk diselamatkan dalam kerajaan Tuhan?

Yakub 7:1–23

Saya boleh mempertahankan apa yang saya tahu adalah benar.

  • Bagaimanakah anda boleh mengilhami anak-anak anda untuk mempertahankan kebenaran seperti yang Yakub lakukan? Bagaimanakah Yakub berdiri teguh untuk apa yang dia tahu adalah benar? Jemput anak anda untuk berkongsi pengalaman apabila mereka membela kebenaran, atau berkongsi pengalaman anda sendiri. Mungkin mereka juga boleh menyanyikan lagu yang menyatakan keberanian seperti Yakub, seperti “Jadi Contoh Kebenaran,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 81.