Ikutlah Aku 2024
5–11 Februari: “Bebas untuk Memilih Kemerdekaan dan Kehidupan abadi, melalui Pengantara Agung.” 2 Nefi 1–2


“5–11 Februari: ‘Bebas untuk Memilih Kemerdekaan dan Kehidupan abadi, melalui Pengantara Agung.’ 2 Nefi 1–2,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Kitab Mormon 2024 (2024)

“5–11 Februari. 2 Nefi 1–2,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2024 (2024)

Imej
Adam dan Hawa meninggalkan Taman Eden

Adam and Eve [Adam dan Hawa], oleh Douglas Fryer

5–11 Februari: “Bebas untuk Memilih Kemerdekaan dan Kehidupan abadi, melalui Pengantara Agung”

2 Nefi 1–2

Jika anda tahu bahawa hidup anda akan berakhir, apakah pesanan terakhir yang anda ingin berkongsi dengan orang yang anda paling kasihi? Apabila nabi Lehi rasa dia hampir di hujung hidupnya, dia mengumpulkan keluarganya bersama untuk kali terakhir. Dia berkongsi dengan mereka apa yang Bapa Syurgawi telah ungkapkan kepadanya. Dia bersaksi tentang Mesias. Dia mengajar kebenaran injil yang dia hargai kepada orang yang dia hargai. Dia bercakap tentang kebebasan, kepatuhan, Kejatuhan Adam dan Hawa, penebusan melalui Yesus Kristus dan kebahagiaan. Tidak semua anaknya memilih untuk hidup mengikut apa yang dia ajarkan—tiada seorang pun daripada kita boleh membuat pilihan ini untuk orang yang kita kasihi. Tetapi kita boleh mengajar dan bersaksi tentang Penebus, yang menjadikan kita “bebas untuk memilih kemerdekaan dan kehidupan abadi” (lihat 2 Nefi 2:26–27).

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

2 Nefi 1:13–29

Saya boleh “bangun! dan bangkitlah dari debu.”

Dalam 2 Nefi 1:13–29, perhatikan perkataan yang Lehi gunakan untuk menggambarkan keadaan rohani Laman dan Lemuel. Apakah yang membantu anda bangun daripada “tidur [rohani] yang nyenyak”? Apakah yang membantu anda melepaskan diri daripada “rantai” rohani dalam hidup anda? Fikirkan tentang kesaksian Lehi dalam ayat 15 dan jemputannya dalam ayat 23. Apakah pesanan yang Bapa Syurgawi ada untuk anda dalam ayat-ayat ini?

Gunakan visual. Menggunakan visual akan membantu pelajar memahami kebenaran injil dan mengingatinya lebih lama. Semasa anda bersedia untuk mengajar dari panduan ini, pertimbangkan visual yang anda boleh gunakan. Contohnya, rantai kertas mungkin dapat membantu pelajar memahami kata-kata Lehi dalam 2 Nefi 1:13 atau 2 Nefi 2:27.

2 Nefi 2

Imej
ikon seminari
Kerana Yesus Kristus, saya “bebas untuk memilih kemerdekaan dan kehidupan abadi.”

Keluarga Lehi kini berada di negeri baharu, penuh dengan kemungkinan baharu. Pilihan yang mereka buat di tempat baharu ini adalah penting untuk kejayaan dan kegembiraan mereka. Mungkin inilah sebabnya Lehi mengajar anak lelakinya Yakub tentang hak pilihan, atau kebolehan untuk membuat pilihan, dalam 2 Nefi 2. Semasa anda mengkaji ayat 11–30, tulis jawapan kepada soalan-soalan ini:

  • Mengapakah hak pilihan sangat penting kepada Bapa Syurgawi, walaupun sesetengah orang menggunakannya dalam cara yang menyakitkan?

  • Bagaimanakah musuh cuba melemahkan atau memusnahkan pilihan anda?

  • Bagaimanakah Juruselamat membantu anda “memilih kemerdekaan dan kehidupan abadi” (ayat 27)?

Berikut adalah satu lagi cara untuk belajar tentang hak pilihan dalam 2 Nefi 2: Carikan hal-hal yang penting bagi kita untuk mempunyai hak pilihan dan untuk mencapai potensi ilahi kita. Contohnya:

Apakah yang akan terjadi kepada hak pilihan kita jika satu atau lebih daripada hal-hal ini tidak ada?

Setiap satu daripada enam bahagian Untuk Kekuatan Remaja: Panduan untuk Membuat Pilihan mengandungi “Jemputan” dan “Berkat-berkat yang Dijanjikan.” Lihat satu atau beberapa bahagian ini, dan pilih satu janji berkat yang anda harapkan dalam hidup. Apakah jemputan yang anda perlu bertindak untuk menerima berkat ini? Pertimbangkan untuk berkongsi dengan seseorang berkat-berkat yang anda telah terima dari mengikuti jemputan-jemputan ini.

2 Nefi 2:1–4, 6–25

Tuhan boleh mengubah cubaan saya menjadi berkat.

Lehi tahu bahawa anak lelakinya Yakub telah menderita “kesengsaraan” dan “banyak dukacita” semasa zaman kanak-kanaknya (2 Nephi 2:1). Menurut anda, mengapakah kesaksian Lehi dalam 2 Nefi 2:1–3, 6–25 akan menjadi berharga kepada Yakub? Mengapakah ia berharga untuk anda? Cari perkataan dan frasa yang anda temui sangat berkuasa. Bagaimanakah Tuhan telah mentahbiskan kesengsaraan anda untuk keuntungan anda? (Lihat 2 Nefi 2:2.)

Lihat juga Roma 8:28; Dale G. Renlund, “Ketidakadilan yang Menggeramkan,” Liahona, Mei 2021, 41–45.

2 Nefi 2:15–29

Kejatuhan dan Korban Tebusan Yesus Kristus adalah bahagian penting dalam rancangan Bapa Syurgawi.

Ramai orang percaya yang Kejatuhan hanyalah satu tragedi dan Hawa dan Adam buat kesilapan kekal apabila mereka pilih untuk makan buah itu. Dalam 2 Nefi 2:15–28, Lehi mengajar kebenaran tambahan tentang Kejatuhan—dan tentang penebusan melalui Kristus. Semasa anda mencari ayat-ayat ini, senaraikan kebenaran tentang apa yang berlaku di Taman Eden. Soalan-soalan seperti berikut mungkin boleh membantu:

  • Mengapakah Kejatuhan diperlukan?

  • Apakah peranan Yesus Kristus dalam mengatasi kesan-kesan Kejatuhan?

  • Bagaimanakah memahami Kejatuhan dengan betul membantu kita lebih memahami kita perlukan Yesus Kristus?

Imej
Yesus Kristus

Let Not Your Heart Be Troubled [Janganlah Kamu Risau], oleh Howard Lyon

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

2 Nefi 1:13, 15, 23

Yesus Kristus membantu saya mengatasi kesan-kesan dosa.

  • Untuk membantu anak-anak anda memahami jemputan Lehi untuk “tanggalkan rantai-rantai” dosa, anda boleh membuat rantai dari kepingan kertas bersama. Pada jalur kertas, anak-anak anda boleh menulis beberapa hal yang Setan goda kita untuk lakukan. Kemudian anda boleh membaca bersama 2 Nefi 1:13, 15, 23 semasa mereka melakonkan beberapa frasa dalam ayat-ayat ini—termasuk menggoncangkan rantai kertas. Bagaimanakah dosa diibaratkan seperti sebuah rantai? Bagaimanakah Yesus membantu kita “tanggalkan rantai-rantai” dosa?

2 Nefi 1:20

Saya diberkati apabila saya mematuhi perintah Tuhan.

  • Anak-anak anda boleh membandingkan perintah-perintah Tuhan dengan kasut, topi, sarung tangan, atau hal-hal lain yang melindungi kita. Mungkin anda boleh membenarkan mereka mencuba beberapa semasa anda bercakap tentang bagaimana perintah-perintah melindungi kita. Kemudian anda boleh membaca 2 Nefi 1:20, tekankan kita “makmur” (diberkati atau dilindungi) semasa kita mematuhi perintah-perintah. Kongsi satu pengalaman ketika anda diberkati atau dilindungi dengan mengikuti perintah.

  • Untuk menggambarkan perbezaan antara makmur dan tersingkir daripada Tuhan (lihat 2 Nefi 1:20), anda dan anak-anak boleh melihat tumbuhan yang sihat dan daun atau dahan yang telah dipotong daripada tumbuhan itu. Kemudian anak-anak anda boleh menyemak pilihan yang Nefi dan saudara-saudaranya buat (lihat 1 Nefi 2:11–16; 3:5–7; 18:9–11). Apakah akibat dari pilihan ini? Apakah pilihan yang membantu kita kekal berhubung dengan Tuhan?

2 Nefi 2:11, 16, 27

Tuhan memberi saya kebebasan untuk memilih.

  • Untuk membantu anak-anak anda fahami ajaran Lehi tentang pertentangan dan membuat pilihan, anda boleh bermain permainan di mana anda menyebut satu perkataan (seperti cahaya) dan anak-anak anda menyebut perkataan bertentangan (gelap). Bantu mereka belajar mengapa pertentangan adalah sebahagian dari rancangan Tuhan semasa anda membaca bersama 2 Nefi 2:11, 16. Kemudian anda boleh berkongsi cerita tentang seorang kanak-kanak yang tergoda untuk membuat pilihan yang salah. Anak-anak anda boleh berkongsi apa yang bertentangan dengan pilihan yang salah dan melakonkannya.

  • Untuk belajar tentang perbezaan antara “kemerdekaan” dan “penawanan” (2 Nefi 2:27), anak-anak anda boleh melukis haiwan dalam sangkar dan haiwan di alam semula jadinya. Haiwan manakah yang bebas? Jemput kanak-kanak untuk tunjuk gambar yang betul apabila anda membaca perkataan “bebas” dalam 2 Nefi 2:27. Bersaksi bahawa Yesus Kristus membebaskan kita.

  • Nyanyi bersama lagu seperti “Yang Benar Pilihlah!” (Nyanyian Rohani, no. 108). Apakah yang kita pelajari dari lagu tentang membuat pilihan?

Imej
Keluarga Lehi berlutut di pantai

Lehi and His People Arrive in the New World [Lehi dan Bangsanya Tiba di Tempat Baharu], oleh Clark Kelley Price