2010–2019
Tinggal di Perahu dan Berpegang!
Oktober 2014


Tinggal di Perahu dan Berpegang!

Jika kita berfokus pada Tuhan, kita akan menerima berkat yang sangat besar dan indah.

Baru-baru ini, kawan saya membawa anak-nya dalam perjalanan berperahu di Sungai Kolorado yang berada di Utah di Amerika. Sungai ini terkenal kerana ada 23km jeram-jeram yang boleh menjadi sangat bahaya.

Semasa menyediakan diri untuk perjalanan ini, mereka membaca laman web yang mengandungi maklumat penting tentang persediaaan peribadi dan bahaya sembunyi.

Pada permulaan perjalanan, ada pemandu perahu berpengalaman yang menjelaskan arahan keselematan. Dia berfokus pada 3 peraturan yang boleh memastikan keselematan kumpulan di perjalanan perahu. “Peraturan nombor 1: tinggal di perahu! Peraturan nombor 2: selalu pakai jaket keselematan! Peraturan nombor 3: selalu berpegang dengan kedua-dua tangan!” Dia terus berkata lagi, dengan lebih tenaga, “Paling penting, ingatlah peraturan nombor 1: tinggal di perahu!”

Perjalanan ini mengingatkan saya tentang perjalanan manusia kita. Ramai di antara kita menikmati waktu damai dalam hidup ini. Pada waktu lain, kita menghadapi jeram-jeram seperti yang berada di 23km di Sungai Kolorado. Jeram-jeram ini adalah cabaran yang mungkin termasuk masalah kesihatan badan dan minda, kematian orang tersayang, impian dan harapan putus, dan untuk beberapa orang, masalah iman semasa menghadapi masalah, soalan, dan keraguan.kehidupan

Dalam kebaikan-Nya, Tuhan telah menyediakan bantuan, seperti perahu, bekalan penting seperti jaket keselematan, dan pemandu perahu yang memberikan bimbingan dan arahan keselematan supaya kita boleh jalan dengan baik di sungai kehidupan ini dan tiba destinasi kita.

Marilah kita merenungkan peraturan nombor 1: tinggal di perahu!

Presiden Brigham Young selalunya mengunakan “Kapal Lama Sion” sebagai lambang untuk Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.

Dia telah berkata: “Kita berada di laut. Ribut bermula datang, dan seperti kelasi berkata, dia bekerja sangat keras. ‘Saya tidak akan tinggal di sini’ seorang berkata, ‘Saya tidak percaya ini adalah “Kepal Sion.”’ ‘Tetapi kami di tengah-tengah laut.’ ‘Saya tidak pedulih, saya tidak akan tinggal di sini.’ Dia membuka kot dan melompat ke dalam air. Akankah dia mati lemas? Yalah, bersama dengan orang yang tinggalkan Gereja ini. Inilah ‘Kapal Lama Sion,’ marilah kita tinggal di dalamnya.”1

Pada waktu lain, Presiden Young berkata dia juga risau tentang orang kehilangan kepercayaan semasa diberkati dan hidup mereka baik: “Dalam cuaca tenang, kapal lama Sion belayar dengan angin lembut, semua tenang di dek, dan beberapa saudara mahu menggunakan perahu kecil untuk  pergi berenang. Ada orang yang akan lemas, yang lain pergi jauh, dan lain-lain kembali kapal. Marilah kita berpegang pada kapal lama, dan dia akan membawa kita ke pelabuhan dengan keselematan. Kamu tidak perlu bimbang” 2

Dan akhirnya, Presiden Young mengingatkan para Orang Suci: “Kita berada di kapal lama Sion. Tuhan berada di tempat memandu dan akan tinggal di sana, … Seuma damai, menyani Hallelujah, kerana Tuhan berada di sini. Dia memimpin, membimbing dan mengarahkan kit. Kalau orang menpunyai keyakinan dalam Tuhan, ingat dan mematuhi perjanjian dan Tuhan mereka, Dia akan membimbing kita.” 3

Bagaimana kita tinggal di Kapal Lama Sion semasa menghadapi cabaran?

Inilah caranya! Kita perlu mengalami perubahan hati berturusan dengan menambahkan iman kita terhadap Yesus Kristus dan kesetiaan kita kepada injil-Nya dalam hidup kita. Bukan sekali sahaja, tetapi selalunya. Alma bertanya “Dan sekarang, lihatlah, aku berkata kepadamu, saudara-saudaraku, jika kamu telah mengalami suatu perubahan hati, dan jika kamu telah merasakan untuk menyanyikan nyanyian kasih penebusan, aku mahu bertanya, dapatkah kamu merasakan demikian sekarang?”4

Pemandu sungai berpengalaman adalah seperti para-rasul dan nabi Gereja dan pemimpin imamat dan badan sokongan tempatan yang diilhami. Mereka menolong kita tiba destinasi kita dengan selamat.

Baru-baru ini, saya berucap di persidangan presiden misi baru dan menasihati mereka:

“Pastikan misi berfokus kepada para-pemimpin Gereja. Kami tidak akan, dan tidak dapat menyesatkan kamu.

“Semasa kamu mengajar para mubaligh untuk berfokus kepada kami, mengajar mereka untuk tidak mengikuti mereka yang berfikir mereka tahu lebih mengenai cara memimpin Gereja daripada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus mampu” membuat melalui pemimpin imamat yang diberikan kunci untuk memimpin.

“Dalam pelayanan saya sendiri, orang yang menjadi hilang dan keliru adalah orang yang biasanya … lupa bahawa Presidensi Pertama dan Kuorum Duabelas Rasul mampu bercakap dengan satu suara kerana itu adalah suara Tuhan pada waktu itu. Tuhan mengingatkan kita, “apakah melalui suara-Ku sendiri atau melalui suara para hamba-Ku, itu adalah sama.” [A&P 1:38].”5

Jika mereka meninggalkan Kapal Lama Sion mereka akan jatuh dan menjadi pemurtad. Mereka mengalami akibat sementara yang akan menjadi akibat lama untuk mereka dan keluarga mereka.

Seperti pemandu perahu berpengalaman, pemimpin Gereja tempatan kita telah belajar dari pengalaman hidup, telah dilatih dan dibimbing oleh para-rasul. nabi dan semua pegawai Gereja. Dan yang paling penting, telah diajar oleh Tuhan sendiri.

Tahun ini, saya berucap kepada dewasa mudah dalam siaran CES. Saya berkata:

Saya pernah dengar bahawa beberapa orang percaya para-pemimpin Gereja tinggal dalam kotak. Mereka lupa bahawa kami adalah orang berpengalaman, dan kami telah tinggal di banyak tempat dan bekerja bersama ramai jenis orang. Sekarang, tugasan kami membawa kami ke banyak tempat di dunia dan kami berjumpa pemimpin politik, agama, perniagaan, dan kemanusiaan. Walaupun kami melawat pemimpin negara Amerika, dan para-pemimpin negara dan agama di dunia, kami juga melawat orang dan keluarga yang paling rendah hati di seluruh dunia. …

Jika kamu merenungkan hidup dan pelayanan kami, kamu mungkin akan bersetuju bahawa kami melihat dan mengalami dunia dengan cara yang luar biasa. Kamu akan menyedari bahawa gaya hidup kami kurang seperti tinggal dalam kotak daripada kebanyakan orang. …

“…Ada prinsip tentang kebijaksanaan individu dan gabungan pemimpin Gereja yang memberikan keselesaan. Kami telah mengalami banyak, termasuk akibat undang-undang, kecewaan, kesedihan, dan kematian dalam keluarga kami sendiri. Kami juga menghadapi cabaran yang berada di kehidupan kamu.”6

Bersama peraturan nombor satu, ingatlah peraturan nombor 2 dan 3: selalu pakai jaket keselematan, dan berpegang dengan kedua-dua tangan. Firman Tuhan berada dalam tulisan suci dan ajaran para-rasul dan nabi. Mereka memberikan nasihat dan bimbingan. Firman ini akan menjadi seperti jaket keselematan rohani dan menunjukkan cara berpegang dengan kedua-dua tangan.

Kita perlu menjadi seperti anak lelaki Mosia yang “Semakin kuat dalam pengetahuan akan kebenaran” Kita boleh menjadi lelaki dan wanita “kefahaman yang tetap”. Kita hanya dapat mencapai ini dengan “baca tulisan suci dengan rajin supaya kita boleh mengetahui firman Tuhan.” 7

Semasa kita mengkaji tulisan suci dan perkataan para-rasul dan nabi, kita harus berfokus pada belajar, taat, dan menyayangi ajaran Kristus.

Bersama membangunkan tabiat membaca tulisan suci, kita perlu menjadi seperti anak lelaki Mosia dan menjadi teguh dengan “banyak doa dan puasa” 8

Nampaknya perkara ini yang tidak mudah dinilai adalah sangat penting. Berfokus pada perkara sederhana ini dan menjauhkan diri dari halangan.

Saya telah mengenal orang yang tidak tinggal di perahu dan atau berpegang dengan kedua-dua tangan pada waktu cabaran dan kesusahan dan juga yang tidak tinggal di perahu pada waktu tenang. Saya telah melihat ramai dari mereka menghilangkan fokus pada kebenaran di pusat injil- sebabnya mereka masuk Gereka; sebabnya mereka hidup setia dan aktif dengan perintah injil dan memberkati orang lain dengan pelayanan berdedikasi; dan juga sebabnya Gereja menjadi “tempat tumbuhan rohani dan pertumbuhan” 9

Joseph Smith mengajar kebenaran ini: “Prinsip asas agama kita adalah kesaksian para-rasul dan nabit mengenai Yesus Kristus, ‘bahawa dia meninggal dunia, dikuburkan, dan membangkit pada hari ketiga, dan naik ke syurga; dan setiap prinsip lain dalam agama kita hanya tambahan.”10

Jika kita berfokus pada Tuhan, kita akan menerima berkat yang tidak dapat dibandingkan:” Oleh kerana itu, kamu mesti maju terus dengan ketabahan di dalam Kristus, memiliki kecerahan harapan yang sempurna, dan kasih bagi Tuhan dan bagi semua manusia. Oleh kerana itu, jika kamu akan maju terus, berjamu dengan firman Kristus, dan bertahan sampai akhir, lihatlah, demikian firman Bapa: Kamu akan memperoleh kehidupan abadi.” 11

Kadang-kadang Orang Suci Zaman Akhir yang setia dan penyelidik ikhlas bermula lebih berfokus pada “tambahan” daripada prinsip asas. Iblis akan menggota kita untuk menghilangkan fokus dengan kebenaran sederhana tentang injil yang dipulihkan. Mereka yang menghilangkan fokus biasanya berhenti mengambil sakramen kerana mereka berfokus dan menjadi sibuk dengan ajaran dan amalan yang kurang penting.

Ada yang lain yang mahu berfokus pada soalan dan keraguan mereka menghadapi sendiri. Memang mempunyai soalan dan keraguan tidak sesuai dengan cara pengikut ikhlas. Baru-baru ini, Majlis Presidensi Pertama dan Kuorum Dua Belas Rasul menyatakan: ”Kami memahami bahawa ahli Gereja akan mempunyai soalan mengenai ajaran, sejarah, dan amalan Gereja. Ahli Gereja selalu boleh tanya soalan untuk mencari kefahaman lebih tetap.”12

Ingatlah, pemulihan injil berlaku kerana Joseph Smith mempunyai soalan. Dia seorang pencari dan, seperti Ibrahim, mendapat jawapan yang paling penting dalam hidup ini.

Soalan yang penting berfokus pada yang paling penting- rancangan Bapa Syurgawi dan Korban Tebusan Yesus Kristus. Penyelidikan kita harus membantu kita menjadi baik hati, penyayang, pengampun, penyabar, dan pengikut berdedikasi. Seperti Paulus mengajar, Kita mesti sanggup “menanggun beban satu sama lain, untuk memenuhi hukum Kristus.”13

Mananggun beban satu sama lain maksud membantu, menyokong, dan memahami semua orang, termasuk yang sakit, lemah, miskin secara roh dan badan, dan juga pengikut lain- termasuk pemimpin Gereja yang dipanggil oleh Tuhan untuk berkhidat dengan tujuan.

Saudara saudari, kita mesti tinggal di perahu, menggunakan jaket keselematan, dan berpegang dengan kedua-dua tangan. Mengelakkan kehilangan fokus. Jika ada sesiapa di antara kamu yang jatuh dari perahu, kami akan mencari, menemukan dan melayani kamu dan memolong kamu kembali Kapal Lama Sion. Tuhan dan Yesus Kristus akan terus membimbing kita kerana mereka ada di tempat memandu. Dengan rendah hati, saya bersaki semua ini dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota-nota

  1. Ajaran-ajaran Presiden Gereja: Brigham Young (1997), 82–83.

  2. Brigham Young, “Discourse,” Deseret News, Jan. 27, 1858, 373.

  3. Brigham Young, “Remarks,” Deseret News, Nov. 18, 1857, 291.

  4. Alma 5:26.

  5. M. Russell Ballard, “Mission Leadership” (ucapan disampaikan di persidangan untuk presiden misi baru, June 25, 2014), 8.

  6. M. Russell Ballard, “Be Still, and Know That I Am God” (Sistem Pendidikan Gereja fikiran rohani, Mei 4, 2014); lds.org/broadcasts.

  7. Alma 17:2.

  8. Alma 17:3.

  9. Surat dari Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul, June 28, 2014.

  10. Joseph Smith, Elders’ Journal, July 1838, 44.

  11. 2 Nephi 31:20.

  12. Surat dari Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul, June 28, 2014.

  13. Galatia 6:2.