2010–2019
Menjalankan Injil yang Gembira
Oktober 2014


Menjalankan Injil yang Gembira

Percaya kepada kuasa penyelamatan Yesus Kristus; patuhi perintah-Nya. Dalam perkataan lain - menjalankan injil yang gembira.

Saudariku yang terkasih, kawanku dan pengikut Yesus Kristus yang tersayang, saya rasa terhormat bahawa saya berpeluang untuk berada bersama kamu semasa kita membuka sebuah persidangan umum lagi untuk Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Minggu depan Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul akan berjumpa dengan semua penguasa umum dan pegawai umum gereja, dan sesi persidangan sedunia kami yang lain akan mengikut pada hari Sabtu dan Ahad. Saya paling bersyukur kepada nabi kita, Presiden Thomas S. Monson, nabi Tuhan dalam zaman kita, sebab dia minta saya untuk mewakili Presidensi Utama dengan bercakap kepada saudari Gereja.

Pada waktu saya berfikir tentang ucapan saya malam ini, saya berfikir tentang semua wanita yang sudah mempengaruhi hidupku dan membantu saya melalui cabaran kefanaan. Saya bersyukur kepada nenek saya yang beberapa dekad lepas membawa keluarganya ke sebuah mesyuarat sakramen Mormon. Saya bersyukur kepada Sister Ewing, seorang wanita Jerman yang tua, yang namanya bermaksud “Sister Abadi” dalam bahasa Inggeris. Adalah dia yang memberikan jemputan yang berani dan hebat ini kepada nenek saya. Saya sangat bersyukur kepada ibu saya, yang memimpin empat anak melalui kekacauan Perang Dunia ke-2. Saya juga berfikir tentang anakku, cucu perempuanku, dan generasi yang akan datang yang penuh dengan wanita setia.

Dan, tentunya, saya bersyukur secara abadi kepada isteriku, Harriet, yang menarik hatiku semasa saya seorang remaja, memikul beban yang paling berat dari keluarga muda kami sebagai ibu, berdiri bersamaku sebagai isteri, dan menyayangi dan manghargai semua anak kami, cucu kami, dan cicit kami. Dia menjadi kekuatan rumah kami melalui masa susah dan senang. Dia membawa kegembiraan ke dalam kehidupan semua yang kenalinya.

Akhirnya, saya bersyukur kepada kamu semua, berjuta-juta saudari yang setia di dunia yang membuat begitu banyak untuk membina kerajaan Tuhan. Saya bersyukur kepada kamu sebab kamu mengilhami, memelihara, dan memberkati mereka yang di sekeliling kamu.

Anak Perempuan Tuhan

Saya gembira untuk berada di antara anak perempuan Tuhan. Apabila kita menyanyi “Aku Anak Tuhan” liriknya menusuk hati kita. Apabila kita berfikir tentang kebenaran ini - bahawa kita anak ibu bapa syurgawi1- kita dipenuhi dengan fikiran tentang asal usul, tujuan, dan takdir kita

Kamu harus ingat selalu bahawa kamu seorang anak Tuhan. Pengetahuan ini akan membawa kamu melalui masa yang paling susah dalam kehidupan kamu dan mengilhami kamu untuk mencapai hal yang menakjubkan. Walaupun begitu, kamu harus ingat bahawa identiti kamu sebagai anak ibu bapa syurgawi bukan satu hal yang kamu pernah mendapat atau yang kamu boleh hilang. Kamu akan selama-lamanya tetap seorang anak perempuan Tuhan. Bapa Syurgawi kamu ada harapan yang tinggi bagimu, tetapi kamu tidak dijamin sebuah warisan ilahi sebab asal ilahi kamu sahaja. Tuhan menghantar kamu ke sini untuk menyediakanmu untuk sebuah masa depan yang lebih hebat daripada yang boleh kamu bayangkan.

Berkat Tuhan yang dijanjikan kepada yang setia adalah mulia dan mengilhamkan. Di antara berkat itu adalah “ takhta, kerajaan, pemerintahan, dan kuasa, kekuasaan, segala ketinggian dan kedalaman.”2 Dan kamu perlu lebih dari sijil kelahiran syurgawi atau “Kad Keahlian Keluarga Tuhan” untuk memenuhi syarat untuk berkat ini.

Macam mana kita memperolehnya?

Juruselamat sudah menjawab soalan ini dalam zaman kita:

“Kecuali kamu menuruti hukum-Ku kamu tidak dapat mencapai kemuliaan ini.

“Karena sesaklah gerbang, dan sempitlah jalan yang menuntun pada permuliaan. …

“… Terimalah kamu, oleh karena itu, hukum-Ku.”3

Untuk sebab ini kita bercakap tentang mengikuti jalan pengikut.

Kita bercakap tentang kepatuhan kepada perintah Tuhan.

Kita bercakap tentang menjalankan injil dengan kegembiraan, dengan semua hati, kekuatan, dan jiwa.

Tuhan Tahu Sesuatu Kita Tidak Tahu

Tetapi untuk beberapa di antara kita, kepatuhan kepada perintah Tuhan tidak selalu merasa penuh dengan kegembiraan. Pastinya: ada perintah yang lebih susah - perintah yang kita hadapi macam seorang anak yang harus makan sayur yang sihat tetapi yang tidak sedap. Kita bertahan dan memaksa diri untuk ikut supaya kita boleh buat yang lebih seronok.

Mungkin pada masa begini kita akan menanya diri, “Haruskah kita ikut semua perintah Tuhan?”

Balasan saya kepada perintah ini senang:

Saya rasa Tuhan tahu sesuatu yang kita tak tahu - hal yang melebihi keupayaan kita untuk faham! Bapa kita di Syurga adalah orang yang abadi yang pengalaman-Nya, kebijaksanaan-Nya, dan kecerdasan-Nya jauh lebih besar daripada kita.4 Bukan saja begitu, tetapi Dia juga sayang secara abadi dan berfokus pada satu matlamat yang indah: untuk untuk mendatangkan kebakaan dan kehidupan kekal kita.5

Dalam perkataan lain, Dia bukan saja tahu apa yang paling baik bagi kamu; Dia sangat mahu kamu untuk memilih apa yang paling baik.

Kalau kamu percaya ini dalam hatimu - kalau kamu benar-benar percaya bahawa misi hebat Bapa Syurgawi kita adalah untuk memuliakan anak-Nya dan bahawa Dia tahu cara yang paling baik untuk mencapainya - memang masuk akal untuk ikut perintah-Nya, bahkan yang susah. Tidak haruskah kita menghargai tanda-Nya yang Dia sudah berikan untuk membimbing kita melalui kegelapan dan cabaran dalam kefanaan? Tanda itu membimbing kita ke rumah syurgawi kita! Dengan memilih untuk ikut jalan Tuhan, kamu membina sebuah dasar ilahi untuk kemajuanmu sebagai anak perempuan Tuhan yang akan memberkati kamu sepanjang hidupmu.

Sebahagian dari cabaran kita, saya rasa, adalah bahawa kita berfikir Tuhan simpan semua berkat-Nya dalam satu awan di Syurga, dan tidak akan memberikannya sampai kita memenuhi satu syarat yang ketat dan bersifat paternalis. Tetapi perintah Tuhan langsung bukan begitu. Sebenarnya, Bapa Syurgawi memberi berkat secara berterusan. Adalah ketakutan, keraguan, dan dosa kita yang, macam payung, menghentikan berkat itu yang macam hujan.

Perintah-Nya adalah arahan yang penuh kasih sayang dan bantuan ilahi untuk menghilangkan payung itu, supaya kita boleh menerima berkat syurgawi itu yang berterusan.

Kita harus terima bahawa perintah Tuhan bukan sahaja satu daftar panjang fikiran yang bagus. Perintah itu bukan “life hack” dari satu blog internet atau petikan yang mengilhamkan dari Pinterest. Perintah itu nasihat ilahi, berdasarkan kebenaran abadi, yang diberi untuk membawa “ bahkan kedamaian di dunia ini dan kehidupan kekal di dunia yang akan datang.”6

Jadi, kita ada pilihan. Dari satu segi ada pendapat dunia dengan teorinya yang selalu berubah dan motifnya yang tidak boleh dipercayai. Sebaliknya, ada firman Tuhan kepada anak-Nya - Kebijaksanaan-Nya yang abadi, janji-Nya yang tentu, dan arahan yang penuh sayang-Nya untuk balik kepada kehadirat-Nya dengan kemuliaan, kasih sayang, dan keagungan.

Adalah pilihan kamu!

Sang Pencipta laut, pasir, dan bintang-bintang yang tak terhad mengulurkan tangan-Nya kepada kamu hari ini! Dia menawarkan arahan agung untuk terima kegembiraan, kedamaian, dan kehidupan abadi!

Untuk memenuhi syarat bagi berkat yang hebat ini, kamu harus merendahkan diri, menjalankan iman, mengambil nama Kristus, mengikut-Nya dalam perkataan dan tindakan, dan ”berdiri sebagai saksi bagi Tuhan di segala waktu dan dalam segala hal, dan di segala tempat.”7

Sebabnya kepatuhan

Apabila kamu faham sifat sejati Tuhan dan perintah-Nya, kamu akan lebih faham diri dan tujuan ilahi kewujudan kamu. Dengan pemahaman ini, motivasi kamu untuk mengikut perintah Tuhan berubah, dan kamu akan mahu ikut injil dengan gembira.

Sebagai contoh, mereka yang menghadiri mesyuarat Gereja sebagai cara peribadi untuk meningkatkan kasih sayang mereka bagi Tuhan, mencari kedamaian, membantu orang lain, mencari Roh Kudus, dan memperbaharui tekad mereka untuk ikut Yesus Kristus akan menerima pengalaman yang jauh lebih berharga daripada mereka yang meluangkan masa di gereja saja. Saudari, adalah sangat penting bahawa kita menghadiri mesyuarat hari ahad kita, tetapi saya pasti bahawa Tuhan jauh lebih peduli tentang iman dan pertaubatan kita daripada statistik kehadiran kita.

Satu contoh lagi:

Seorang ibu tanpa suami kepada dua anak kecil baru-baru ini kena cacar air. Pastinya tidak terlalu lama sampai anak dia kena sakit juga. Kerjanya memelihara diri dia dan anaknya tanpa bantuan hampir terlalu susah bagi ibu yang muda ini. Dan, sebagai akibat, rumahnya yang biasanya bersih menjadi kotor. Banyak pinggan yang kotor ada di sink, dan ada pakaian kotor di banyak tempat juga.

Semasa dia berjuang dengan anak yang menangis - dan semasa dia mahu menangis juga - ada ketukan di pintu. Adalah pengajar berkunjungnya. Mereka boleh menampak masalah ibu itu. Mereka boleh menampak rumah dan dapurnya. Mereka boleh mendengar tangisan anak-anaknya.

Nah, kalau saudari ini hanya peduli tentang menghabiskan tugas mereka setiap bulan, mungkin mereka akan memberi ibu itu kuih, kata bahawa mereka merindu dia di gereja, dan mengatakan “bagitahu kami kalau ada apa-apa yang boleh kita boleh buat bagimu!” Selepas itu mereka boleh terus dengan gembira, bersyukur bahawa statistik mereka 100% untuk bulan itu.

Nasib baik, saudari ini pengikut Kristus yang sejati. Mereka melihat keperluan saudari mereka dan menggunakan bakat dan pengalaman mereka. Mereka membersihkan kacau-bilau itu, membawa kecerahan dan kejelasan ke rumah itu, dan memanggil satu kawan untuk membawa barang-barang runcit yang diperlukan. Apabila akhirnya mereka menghabiskan kerja mereka dan kata “selamat tinggal,” ibu yang muda itu menangis - tetapi sekarang dia menangis sebab kesyukuran dan kasih sayang.

Selepas itu, ibu yang muda itu berpendapat lain tentang pengajar berkunjung. “Saya tahu,” dia kata, “bahawa saya bukan saja satu tugas bagi seorang lain.”

Memang, pengajar berkunjung harus menjadi setia dalam membuat kunjungan sebulan mereka, tanpa melupakan sebab yang paling penting di belakang perintah ini: untuk menyayangi Tuhan dan orang lain.

Apabila kita menganggap bahawa perintah Tuhan dan bahagian kita dalam membina kerajaan-Nya macam satu tugas saja, kita hilang hal yang paling penting dalam pengikutan. Kita hilang semua kemajuan yang datang dari menjalankan perintah Bapa kita di Syurga dengan gembira.

Mengikut jalan pengikut tidak mesti menjadi pengalaman yang pahit. “Adalah yang manis melebihi segala yang manis”,8 Bukan satu beban yang memberatkan kita. Menjadi seorang pengikut menyenangkan jiwa kita dan menggembirakan hati kita. Ia mengilhami kita dengan iman, harapan, dan kasih amal. Ia memenuhi jiwa kita dengan kecerahan pada masa yang penuh dengan kegelapan dan ketenangan pada masa yang sedih.

Ia memberi kita kekuatan yang ilahi dan kegembiraan yang berterusan.

Menjalankan Injil yang Gembira

Saudariku dalam injil yang terkasih, walaupun kamu berumur 8 atau 108, ada satu hal yang saya benar-benar harap kamu akan faham dan tahu:

Kamu disayangi.

Kamu berharga kepada Ibu Bapa syurgawi kamu.

Sang Pencipta kecerahan dan kehidupan yang abadi dan tak terhad kenal kamu! Dia berfikir tentang kamu.

Ya, Tuhan sayang kamu hari ini dan selalu.

Dia tidak tunggu menyayangi kamu sampai kamu sudah mengatasi semua kelemahan dan kebiasaan buruk kamu. Dia menyayangi kamu hari ini dengan sebuah pemahaman yang sempurna tentang perjuangan kamu. Dia sedar bahawa kamu cuba berkomunikasi dengan Dia dalam doa yang ikhlas dan penuh harapan. Dia tahu tentang masa bila kamu memegang kepada harapan dan percaya - bahkan di antara kegelapan yang bertumbuh. Dia tahu penderitaan kamu. Dia tahu tentang rasa bersalah kamu sebab kamu pernah menggagal. Dan Dia masih menyayangi kamu.

Dan Tuhan tahu tentang kejayaan kamu; walaupun kejayaan itu mungkin kecil kepada kamu, Dia tahu tentang dan menghargai setiap dari kejayaan itu. Dia menyayangi kamu bila kamu membantu orang lain. Dia menyayangi kamu sebab kamu mengulurkan tangan dan membantu orang lain untuk memikul beban berat mereka - bahkan bila kamu ada masalah sendiri.

Dia tahu semua tentang kamu. Dia faham kamu dengan jelas - Dia tahu keadaan kamu yang sejati. Dan Dia menyayangi kamu - hari ini dan selalu!

Kamu rasakah Tuhan peduli kalau solek, pakaian, rambut, dan kuku kamu sempurna? Rasakah kamu bahawa harga kamu kepada dia bergantung pada berapa banyak pengikut kamu di Instagram atau Pinterest? Rasakah kamu bahawa dia mahu kamu untuk risau atau menjadi sedih kalau ada orang yang berhenti ikut kamu di Facebook atau Twitter? Rasakah kamu bahawa rupa kamu, atau saiz pakaian kamu, atau populariti penting sedikit pun untuk harga kamu kepada Dia yang mencipta alam semesta?

Dia menyayangi kamu bukan saja sebab keadaan kamu sekarang tetapi juga sebab orang itu yang mulia yang kamu berpotensi dan berkeinginan untuk menjadi.

Lebih banyak daripada yang kamu boleh bayangkan, Dia mahu kamu mencapai takdir kamu - untuk balik ke rumah syurgawi kamu dengan hormat.

Saya bersaksi bahawa cara untuk mencapai ini adalah untuk mengorbankan keinginan untuk mementingkan diri dan membuat yang tidak soleh pada mezbah pengorbanan dan pelayanan. Saudariku, percaya kepada kuasa penyelamatan Yesus Kristus; patuhi perintah-Nya. Dalam perkataan lain - menjalankan injil yang gembira.

Adalah doa saya bahawa kamu akan mengalami kasih sayang Tuhan yang indah lebih banyak dalam kehidupan kamu; bahawa kamu akan mencari iman, keazaman dan tekad untuk belajar perintah tuhan, menghargainya dalam hati kamu, dan menjalankan injil dengan gembira.

Saya berjanji bahawa semasa kamu buat begitu, kamu akan menjumpai diri sendiri - keperibadian kamu yang sejati. Kamu akan belajar apa maksudnya menjadi anak perempuan Tuhan yang abadi, Raja kepada semua kesolehan. Tentang ini saya bersaksi dan memberi berkat saya sebagai Rasul Tuhan, dalam nama Yesus Kristus, amin.