Soalan Temu Duga untuk Bakal Para Misionari
Uskup dan presiden pancang dijemput untuk “mengadakan temu duga yang teliti, rohani dan menaikkan semangat” dengan setiap calon misionari menggunakan soalan berikut (lihat Buku Panduan Umum, 24.4.2).
-
Adakah anda mempunyai iman serta kesaksian tentang Tuhan Bapa yang Abadi, Putera-Nya, Yesus Kristus dan Roh Kudus?
-
Adakah anda mempunyai kesaksian tentang Korban Tebusan Yesus Kristus serta peranan-Nya sebagai Juruselamat dan Penebus anda?
Sila berkongsi kesaksian anda dengan saya. Bagaimana Korban Tebusan Yesus Kristus telah mempengaruhi hidup anda?
-
Adakah anda mempunyai kesaksian dalam Pemulihan injil Yesus Kristus dan kebenaran Kitab Mormon?
Bagaimanakah pemahaman tentang pemulihan injil Yesus Kristus dan pengkajian Kitab Mormon memperdalamkan hubungan anda dengan Yesus Kristus?
-
Adakah anda menyokong Presiden Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir sebagai nabi, pelihat, pewahyu dan hanya dia sahaja dalam dunia ini diberi kuasa untuk menjalankan semua kunci imamat?
Adakah anda menyokong Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul sebagai nabi, pelihat dan pewahyu?
Adakah anda menyokong Penguasa Umum yang lain serta pemimpin tempatan Gereja?
-
Tuhan telah berfirman bahawa segala hal “dilakukan dalam kebersihan” di hadapan-Nya (Ajaran dan Perjanjian 42:41).
Mengapakah berusaha untuk kebersihan di hadapan Tuhan termasuk mengelakkan pornografi?
Dari pemahaman anda, apakah ertinya untuk mematuhi hukum kemurnian ahklak?
Adakah anda berusaha untuk menjaga fikiran dan kelakuan dengan kebersihan moral?
Adakah anda mematuhi hukum kemurnian akhlak?
-
Adakah anda mengikuti ajaran-ajaran Gereja Yesus Kristus dalam kelakuan anda secara peribadi dan awam dengan ahli-ahli keluarga dan orang lain?
-
Adakah anda menyokong atau menggalakkan pengajaran, amalan atau ajaran yang bertentangan dengan ajaran dari Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir?
-
Adakah anda berusaha untuk menguduskan hari Sabat sebagai hari yang suci, di rumah dan juga di gereja; menghadiri pertemuan gereja; bersedia dan layak mengambil sakramen; serta menjalankan hidup anda selaras dengan hukum dan perintah injil?
-
Adakah anda berusaha untuk jujur dalam semua perbuatan anda?
-
Adakah anda pembayar persepuluhan penuh?
-
Dari pemahaman anda, apakah ertinya untuk mematuhi Kata-kata Bijaksana?
Adakah anda akan mematuhi Kata-kata Bijaksana?
-
Adakah anda akan hidup mengikut standard-standard ini sebagai misionari sepenuh masa?
-
(Soalan ini dikeluarkan apabila menemu duga seorang ahli yang tidak dianugerahi.) Adakah anda mentaati perjanjian yang anda telah buat di bait suci?
-
(Soalan ini dikeluarkan apabila menemu duga seorang ahli yang tidak dianugerahi.) Adakah anda menghormati hak istimewa kudus anda untuk memakai pakaian suci seperti yang diarahkan dalam tatacara permulaan? (Baca kenyataan “Memakai Pakaian Suci Bait Suci”, dilampirkan di bawah, kepada setiap ahli.)
-
Apakah maksudnya bagi anda untuk bertaubat, termasuk mengaku dosa serius kepada pihak berkuasa imamat?
Adakah anda mempunyai dosa-dosa besar yang perlu diselesaikan dengan penguasa imamat sebagai sebahagian daripada pertaubatan anda?
-
Adakah anda menganggap diri anda layak untuk mewakili Yesus Kristus dan Gereja-Nya yang dipulihkan sebagai seorang misionari?
Memakai Pakaian Suci Bait Suci
“Pakaian suci imamat kudus mengingatkan kita tentang tirai di dalam bait suci, dan tirai itu adalah simbolik Yesus Kristus. Apabila anda memakai pakaian suci anda, anda memakai simbol kudus Yesus Kristus. Memakainya ialah satu ungkapan luaran bagi komitmen dalaman anda untuk mengikuti-Nya. Pakaian suci itu juga merupakan peringatan tentang perjanjian-perjanjian bait suci anda. Anda harus memakai pakaian suci tersebut pada siang dan malam sepanjang hidup anda. Apabila ia mesti ditanggalkan untuk aktiviti-aktiviti yang tidak boleh dilakukan semasa memakai pakaian suci, segera mengenakannya semula secepat mungkin. Semasa anda mentaati perjanjian anda, termasuk kesempatan kudus untuk memakai pakaian suci seperti yang diarahkan dalam tatacara permulaan, anda akan mempunyai akses yang lebih besar kepada belas kasihan, perlindungan, kekuatan, dan kuasa Juruselamat” (Buku Panduan Umum, 26.3.3.2).