Kanak-kanak dan Remaja
Terus Maju Ke Hadapan


“Terus Maju Ke Hadapan,” Panduan Pengenalan untuk Kanak-kanak dan Remaja Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir (2019)

“Terus Maju Ke Hadapan,” Panduan Pengenalan untuk Kanak-kanak dan Remaja Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir

Terus Maju Ke Hadapan

Anda akan disokong dalam usaha anda untuk mengikuti Kristus semasa anda berkembang dalam empat aspek ini melalui pembelajaran injil, pelayanan dan aktiviti, dan perkembangan peribadi.

Pembelajaran Injil

Pembelajaran injil di rumah dan gereja memberikan anda landasan rohani untuk segalanya dalam hidup anda. Semasa anda menggunakan apa yang anda belajar, anda boleh mengetahui cara anda boleh mengikuti Yesus Kristus secara individu, bersama keluarga anda, atau dengan kuorum atau kelas anda.

Imej
seorang membaca tulisan suci

Pelayanan dan Aktiviti

Semasa anda mengambil bahagian dalam pelayanan dan aktiviti, anda dapat berseronok dengan keluarga, rakan, dan pemimpin sambil anda belajar kemahiran, mendapat pengalaman baru, dan melayani orang lain. Anda juga boleh melayani dengan menyertai tatacara-tatacara kudus. Pelayanan dan aktiviti adalah berdasarkan pada Lukas 2:52 dan termasuk aktiviti hari bekerja serta aktiviti pelbagai hari untuk remaja, seperti kem, perjalanan bait suci, dan Untuk Kekuatan Remaja (FSY) dan persidangan remaja.

Imej
remaja melakukan pelayanan

Perkembangan Peribadi

Anda boleh mengikuti Yesus Kristus dalam perkembangan peribadi anda ketika anda mencari wahyu bagaimana anda boleh berkembang dalam semua aspek kehidupan anda. Anda memilih apa yang anda ingin lakukan dan anda boleh mendapatkan bantuan daripada keluarga, rakan sebaya, dan pemimpin.

Imej
Wanita dan lelaki berlari bersama-sama