Asas-asas Injil: Kelas Sekolah Minggu untuk Ahli Baharu dan Kawan
Majlis bahagian boleh memilih untuk mengorganisasikan kelas Sekolah Minggu pilihan yang dipanggil Asas-asas Injil. Tujuan kelas ini adalah untuk membantu ahli-ahli dan kawan-kawan baharu:
-
Rasa dialu-alukan, selesa, dihargai dan diperlukan dalam bahagian atau cabang.
-
Mempunyai pengalaman yang menyediakan mereka untuk penganutan seumur hidup dalam Gereja Juruselamat.
-
Belajar kebenaran asas tentang injil Juruselamat yang dipulihkan.
Walaupun kelas ini bertujuan untuk ahli-ahli baharu dan kawan-kawan dewasa, ahli-ahli yang kembali juga boleh dijemput untuk hadir. Biasanya, kanak-kanak dan remaja menghadiri kelas dengan kumpulan umur mereka.
Kursus ini termasuk topik perbincangan dan pengalaman untuk membantu ahli-ahli baharu dan kawan-kawan menjadi pengikut Yesus Kristus seumur hidup. Pertimbangkan untuk tumpukan pada topik dan pengalaman yang paling berharga kepada orang di dalam kelas.
Selepas dua hingga empat bulan, ahli baharu akan menyertai Sekolah Minggu Ikutlah Aku dengan ahli-ahli bahagian atau cabang yang selebihnya.