Buku Panduan dan Panggilan
32. Pertaubatan dan Majlis Keahlian Gereja


“32. Pertaubatan dan Majlis Keahlian Gereja,” Buku Panduan Umum: Melayani dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir (2020).

“32. Pertaubatan dan Majlis Keahlian Gereja,” Buku Panduan Umum.

Imej
lelaki dan perempuan berjabat tangan

32.

Pertaubatan dan Majlis Keahlian Gereja

32.0

Pengenalan

Kebanyakan pertaubatan berlaku di antara seorang individu, Tuhan, dan mereka yang telah terkesan oleh dosa-dosa seseorang. Namun, kadangkala seorang uskup atau presiden pancang perlu membantu ahli-ahli Gereja dalam usaha mereka untuk bertaubat.

Apabila membantu ahli-ahli dengan pertaubatan, uskup dan presiden pancang mengasihi dan mengambil berat. Mereka mengikut teladan Juruselamat, yang mengangkat individu-individu dan membantu individu berpaling dari dosa dan berpaling kepada Tuhan (lihat Matius 9:10–13; Yohanes 8:3–11).

Seperti yang digariskan di bawah, bab ini disusun untuk membimbing para pemimpin melalui keputusan dan tindakan penting yang diperlukan untuk membantu seseorang bertaubat dari dosa yang serius dan untuk membantu melindungi orang lain.

  • Peranan Gereja dalam Membantu Orang Bertaubat. Bahagian 32.1–32.4 menjelaskan ajaran pertaubatan dan keampunan Tuhan. Bahagian-bahagian ini juga menjelaskan tiga tujuan sekatan atau penarikan keahlian Gereja. Selain itu, ia menjelaskan peranan uskup dan presiden pancang dalam membantu dengan pertaubatan.

  • Menentukan Keadaan untuk Membantu Seseorang Bertaubat. Bahagian 32.5–32.7 menyediakan garis panduan untuk memutuskan jika majlis keahlian atau kaunseling peribadi adalah situasi yang sesuai untuk membantu seseorang bertaubat.

  • Melaksanakan Kaunseling Peribadi. Bahagian 32.8 menyediakan garis panduan untuk kaunseling peribadi oleh uskup atau presiden pancang. Ia juga menjelaskan sekatan keahlian Gereja yang tidak rasmi.

  • Melaksanakan Majlis Keahlian Gereja. Bahagian 32.9–32.14 menjelaskan siapa yang bertanggungjawab terhadap majlis keahlian, bagaimana untuk mengendalikannya, dan keputusan yang mungkin. Keputusan-keputusan itu juga dijelaskan.

  • Kembalikan Keistimewaan Keahlian Gereja. Bahagian 32.15–32.17 menjelaskan bagaimana seseorang boleh mempunyai hak istimewa keahlian Gereja yang dipulihkan melalui pertaubatan.

Jika tidak disebut, rujukan kepada presiden pancang juga digunakan untuk presiden misi. Rujukan kepada uskup juga digunakan untuk presiden cabang.


PERANAN GEREJA DALAM MEMBANTU SESEORANG BERTAUBAT


32.1

Pertaubatan dan Pengampunan

Tuhan berfirman bahawa “tidak ada apa pun yang tidak bersih dapat mewarisi kerajaan syurga” (Alma 11:37; lihat juga 3 Nefi 27:19). Dosa-dosa menjadikan kita tidak bersih—tidak layak untuk berada di hadirat Bapa Syurgawi kita. Ia juga mendatangkan kesengsaraan dalam kehidupan ini.

Hukum keadilan Tuhan memerlukan akibat apabila kita berdosa (lihat Alma 42:14, 17–18). Namun, rancangan belas kasihan hebat-Nya “dapat memuaskan tuntutan keadilan, dan mengelilingi [kita] dalam lengan keselamatan” (Alma 34:16; lihat juga Mosia 15:9).

Untuk mendatangkan rancangan belas kasihan-Nya, Bapa Syurgawi menghantar Putera Tunggal-Nya, Yesus Kristus, untuk menebus dosa-dosa kita (lihat Alma 42:15). Yesus menderita hukuman yang hukum keadilan tuntut untuk dosa-dosa kita (lihat Ajaran dan Perjanjian 19:15–19; lihat juga Alma 42:24–25). Melalui pengorbanan ini, Bapa dan Putera menunjukkan kasih Mereka yang tidak terhingga kepada kita (lihat Yohanes 3:16).

Apabila kita menjalankan “iman menuju pertaubatan,” Bapa Syurgawi mengampuni kita, memberi belas kasihan melalui Korban Tebusan Yesus Kristus (Alma 34:15; lihat juga Alma 42:13). Apabila kita dibersihkan dan diampuni, kita akhirnya dapat mewarisi kerajaan Tuhan (lihat Yesaya 1:18; Ajaran dan Perjanjian 58:42).

Pertaubatan adalah lebih daripada mengubah kelakuan. Ia adalah berpaling daripada dosa dan berpaling kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Ia membawa kepada perubahan hati dan minda (lihat Mosia 5:2; Alma 5:12–14; Helaman 15:7). Melalui pertaubatan, kita menjadi orang baru, mendamaikan diri dengan Tuhan (lihat 2 Korintus 5:17–18; Mosia 27:25–26).

Peluang untuk bertaubat adalah salah satu berkat terbesar yang Bapa Syurgawi telah berikan kepada kita melalui kurnia Putera-Nya.

32.2

Tujuan Sekatan atau Penarikan Keahlian Gereja

Apabila seseorang dibaptiskan, dia menjadi sebahagian daripada “keluarga Tuhan” (Efesus 2:19). Perjanjian pembaptisan termasuk berjanji berusaha untuk hidup menurut ajaran dan perintah Kristus. Apabila seseorang gagal, dia menjalankan iman dalam Yesus Kristus dan bertaubat, bergantung pada belas kasihan-Nya untuk menguatkan dan mengampuni.

Jika seorang ahli melakukan dosa yang serius, uskup atau presiden pancang membantu dia untuk bertaubat. Sebahagian daripada proses ini, dia mungkin perlu mengehadkan beberapa keistimewaan keahlian Gereja buat suatu masa. Dalam beberapa situasi tertentu, dia mungkin perlu menarik balik keahlian seseorang untuk suatu masa.

Mengehadkan atau menarik keahlian seseorang tidak bermaksud untuk menghukum. Sebaliknya, tindakan-tindakan ini ada masanya diperlukan untuk membantu seseorang bertaubat dan mengalami perubahan hati. Ia juga memberi seseorang masa untuk bersedia secara rohani untuk memperbaharui dan mentaati perjanjiannya semula.

Uskup atau presiden pancang memantau sekatan atau penarikan keahlian seperti yang digariskan dalam 32.5–32.14. Tindakan-tindakan ini disertakan dengan syarat-syarat pertaubatan. Apabila seseorang bertaubat dengan ikhlas, hak istimewa keahlian Gereja dia boleh dipulihkan.

Apabila sekatan atau penarikan keahlian diperlukan, uskup atau presiden pancang mengikut bimbingan Roh Kudus dan arahan dalam bab ini. Dia bertindak dengan roh kasih (lihat 32.3).

Sekatan keahlian Gereja ialah hukum gereja, bukan hukuman sivil atau jenayah. Ia hanya mempengaruhi kedudukan seseorang dalam Gereja. (Lihat Ajaran dan Perjanjian 134:10.)

Tiga tujuan sekatan atau penarikan keahlian adalah seperti berikut.

32.2.1

Bantu Melindungi Orang Lain

Tujuan pertama adalah untuk membantu melindungi orang lain. Kadangkala seseorang memiliki ancaman jasmani atau rohani. Kelakuan pemangsa, kecederaan jasmani, penganiayaan seksual, penyalahgunaan bahan, penipuan, dan kemurtadan adalah beberapa cara ini boleh berlaku. Dengan ilham, seorang uskup atau presiden pancang bertindak untuk melindungi orang lain apabila seseorang memiliki ancaman dalam cara tersebut dan cara serius yang lain (lihat Alma 5:59–60).

32.2.2

Bantu Seseorang Mengakses Kuasa Penebusan Yesus Kristus melalui Pertaubatan

Tujuan kedua adalah untuk membantu seseorang mengakses kuasa penebusan Yesus Kristus melalui pertaubatan. Melalui proses ini, dia boleh menjadi bersih dan layak semula untuk menerima semua berkat Tuhan.

32.2.3

Melindungi Integriti Gereja

Tujuan ketiga adalah untuk melindungi integriti Gereja. Mengehadkan atau penarikan keahlian Gereja seseorang mungkin diperlukan jika kelakuannya ketara membahayakan Gereja (lihat Alma 39:11). Integriti Gereja tidak dilindungi melalui penyembunyian atau pengurangan dosa-dosa serius—tetapi dengan menanganinya.

32.3

Peranan Hakim-Hakim di Israel

Imej
uskup bercakap dengan seorang lelaki

Uskup dan presiden pancang dipanggil dan ditetapkan untuk menjadi hakim di Israel (lihat Ajaran dan Perjanjian 107:72–74). Mereka memegang kunci-kunci imamat untuk mewakili Tuhan dalam membantu ahli Gereja bertaubat (lihat Ajaran dan Perjanjian 13:1; 107:16–18).

Uskup dan presiden pancang seringkali membantu dengan pertaubatan melalui kaunseling peribadi. Bantuan ini mungkin termasuk mengehadkan beberapa hak istimewa keahlian Gereja buat suatu masa. (Lihat 32.8.)

Untuk dosa-dosa yang serius, para pemimpin membantu pertaubatan dengan mengadakan majlis keahlian (lihat 32.6 dan 32.9–32.14). Bantuan ini mungkin termasuk menyekat beberapa keistimewaan keahlian Gereja secara rasmi atau menarik keahlian seseorang buat suatu masa (lihat 32.11.3 dan 32.11.4).

Uskup dan presiden pancang membantu ahli Gereja memahami bahawa Tuhan mengasihi anak-anak-Nya. Kerana Dia inginkan mereka gembira dan menerima berkat, Dia juga sangat mengambil berat tentang kepatuhan dan pertaubatan mereka.

Uskup dan presiden pancang mengasihi dan mengambil berat semasa mereka membantu ahli-ahli bertaubat. Interaksi Juruselamat dengan wanita yang berzina adalah satu panduan (lihat Yohanes 8:3–11). Walaupun Dia tidak mengatakan dosa-dosanya diampuni, Dia tidak menghukumnya. Sebaliknya, Dia berfirman “janganlah berdosa lagi”—untuk bertaubat dan mengubah hidupnya.

Para pemimpin ini mengajar bahawa terdapat “kegembiraan … di syurga kerana seorang berdosa bertaubat” (Lukas 15:7). Mereka sabar, menyokong, dan positif. Mereka mengilhami harapan. Mereka mengajar dan bersaksi bahawa kerana korban tebusan Juruselamat, semua boleh bertaubat dan menjadi bersih.

Uskup dan presiden pancang mencari bimbingan Roh untuk tahu bagaimana untuk membantu setiap orang bertaubat. Gereja mempunyai standard yang ditetapkan tentang tindakan yang para pemimpinnya harus ambil untuk dosa-dosa serius (lihat 32.6 dan 32.11). Tiada dua situasi yang sama. Kaunseling yang pemimpin berikan dan proses pertaubatan yang mereka berikan mesti diilhami dan mungkin berbeza bagi setiap orang.

Tuhan mengetahui keadaan, keupayaan, dan kematangan rohani setiap orang. Roh Kudus akan membantu para pemimpin membezakan cara untuk membantu ahli-ahli membuat perubahan yang perlu supaya mereka dapat pulih dan menahan godaan untuk mengulangi dosa itu.

Membantu seseorang bertaubat, berpaling kepada Tuhan, dan disembuhkan melalui Korban Tebusan Yesus Kristus adalah salah satu pengalaman yang paling menggembirakan bagi seseorang. Ajaran dan Perjanjian 18:10–13 menjelaskan:

“Ingatlah nilai semua jiwa adalah besar di mata Tuhan;

“Kerana, lihatlah, Tuhan Penebusmu menderita kematian dalam keadaan daging; kerana itu Dia menderita kesakitan semua manusia, agar semua manusia boleh bertaubat dan datang kepada-Nya.

“Dan Dia telah bangkit lagi dari yang mati, agar Dia boleh membawa semua orang kepada-Nya, dengan syarat-syarat pertaubatan.

“Dan betapa besar kebahagiaan-Nya di dalam jiwa yang bertaubat!”

32.4

Pengakuan, Kerahsiaan, dan Melapor kepada Penguasa Kerajaan

32.4.1

Pengakuan

Pertaubatan memerlukan dosa-dosa diakui kepada Bapa Syurgawi. Yesus Kristus berfirman, “Dengan ini kamu boleh mengetahui jika seseorang itu bertaubat dari dosa-dosanya—lihatlah, dia akan mengakuinya dan meninggalkannya” (Ajaran dan Perjanjian 58:43; lihat juga Mosia 26:29).

Apabila ahli Gereja melakukan dosa-dosa serius, pertaubatan mereka juga termasuk pengakuan kepada uskup atau presiden pancang mereka. Kemudian dia dapat menggunakan kunci-kunci Injil pertaubatan bagi pihak mereka (lihat Ajaran dan Perjanjian 13:1; 84:26–27; 107:18, 20). Ini membantu mereka pulih dan kembali ke jalan injil melalui kuasa Korban Tebusan Juruselamat.

Tujuan pengakuan adalah untuk menggalakkan ahli-ahli melepaskan beban diri supaya mereka boleh mencari bantuan Tuhan dengan sepenuhnya dalam mengubah dan penyembuhan. Hati yang “hancur dan jiwa yang menyesal” dibantu dengan pengakuan (2 Nefi 2:7). Pengakuan sukarela menunjukkan seseorang ingin bertaubat.

Apabila seorang ahli mengaku, uskup atau presiden pancang mengikuti garis panduan untuk kaunseling dalam 32.8. Dia dengan penuh doa mencari bimbingan tentang keadaan yang sesuai untuk membantu ahli itu bertaubat (lihat 32.5). Dia mempertimbangkan sama ada majlis keahlian akan membantu. Jika polisi Gereja memerlukan majlis keahlian, dia menjelaskan ini (lihat 32.6 dan 32.10).

Kadangkala seorang ahli telah membuat kesalahan terhadap pasangan atau orang dewasa lain. Sebagai sebahagian daripada pertaubatan, dia harus mengaku kepada orang itu dan mendapatkan keampunan. Seorang remaja yang melakukan dosa serius lazimnya digalakkan untuk berunding dengan ibu bapanya.

32.4.2

Dosa Serius Yang Tidak Dimaklumkan Atau Dinafikan

Seorang uskup atau presiden pancang biasanya belajar tentang dosa serius melalui pengakuan atau dari orang lain. Dia juga boleh menerima dorongan tentang potensi dosa serius melalui Roh Kudus. Jika dia terdorong oleh Roh bahawa seseorang mungkin bergelut dengan dosa, dia boleh menjadualkan satu temu duga. Semasa temu duga, dia berkongsi kebimbangannya dengan cara yang baik dan hormat. Dia mengelakkan sebarang nada tuduhan.

Jika seorang ahli menafikan kelakuan dosa serius yang mana uskup atau presiden pancang ada maklumat sokongan, satu majlis keahlian masih boleh diadakan. Walau bagaimanapun, tanggapan rohani sahaja tidak mencukupi untuk mengadakan satu majlis (lihat Ajaran dan Perjanjian 10:37). Pemimpin boleh mengumpul maklumat tambahan jika perlu. Dia mengikuti garis panduan dalam 32.4.3 dan 32.10.2.

32.4.3

Pengumpulan Maklumat

Sebelum mengadakan majlis keahlian, uskup atau presiden pancang mengumpul sebanyak maklumat yang diperlukan. Maklumat pengakuan seorang ahli sering mencukupi. Maklumat juga boleh datang dari ahli keluarga, pemimpin Gereja lain, mangsa, atau peserta dalam dosa.

Apabila mengumpul maklumat, uskup atau presiden pancang hanya perlu menggunakan kaedah yang sesuai untuk seorang pemimpin imamat. Dia tidak harus mengintai rumah seseorang atau merakam tanpa persetujuan ahli berkenaan. Dia juga tidak harus gunakan sebarang amalan yang bertentangan dengan undang-undang.

Tuduhan palsu jarang terjadi tetapi boleh berlaku. Pemimpin-pemimpin imamat harus berhati-hati apabila maklumat terhad di samping kata-kata seseorang. Contohnya, seorang ahli yang dituduh berzina boleh menafikan tuduhan itu. Tulisan suci menjelaskan bahawa “setiap perkataan haruslah ditegakkan terhadap lelaki atau wanita itu oleh dua orang saksi dari gereja” (Ajaran dan Perjanjian 42:80). “Dua saksi” bermaksud dua sumber maklumat yang berasingan. Ini termasuk pengetahuan seorang peserta dan sumber lain yang boleh dipercayai. Kadangkala seorang pemimpin imamat mungkin perlu tunggu untuk bertindak sehingga memperoleh maklumat lanjut.

Apabila seorang pemimpin Gereja sedang mengumpulkan maklumat untuk majlis keahlian, dia harus berhenti dengan segera jika dia tahu penguatkuasa undang-undang sedang menyiasat ahli tersebut secara aktif. Ini dilakukan untuk mengelakkan dakwaan-dakwaan bahawa pemimpin mungkin mengganggu penyiasatan adil. Untuk nasihat perundangan tentang situasi-situasi ini di Amerika Syarikat dan Kanada, presiden pancang menghubungi Church’s Office of General Counsel (Pejabat Penasihat Am Gereja):

1-800-453-3860, sambungan 2-6301

1-801-240-6301

Di luar Amerika Syarikat dan Kanada, presiden pancang menghubungi penasihat undang-undang kawasan di pejabat kawasan.

Biasanya satu majlis keahlian tidak diadakan untuk mempertimbangkan tindakan yang disiasat oleh mahkamah perbicaraan sivil atau jenayah sehingga mahkamah telah mencapai penghakiman terakhir. Dalam sesetengah kes, mungkin sesuai untuk menangguhkan majlis keahlian sehingga tempoh rayuan undang-undang telah tamat tempoh atau rayuan telah ditolak.

32.4.4

Kerahsiaan

Uskup, presiden pancang, dan penasihat mereka mempunyai tugas kudus untuk melindungi semua maklumat sulit yang dikongsi dengan mereka. Maklumat ini boleh datang dalam temu duga, kaunseling, dan pengakuan. Tugas sulit yang sama digunakan untuk semua yang mengambil bahagian dalam majlis keahlian. Kerahsiaan adalah penting kerana ahli-ahli mungkin tidak mengakui dosa-dosa atau mencari bimbingan jika apa yang mereka kongsi tidak akan dirahsiakan. Melanggar keyakinan mengkhianati kepercayaan ahli-ahli dan menyebabkan mereka hilang keyakinan terhadap pemimpin-pemimpin mereka.

Selaras dengan kewajipan kesulitan, uskup, presiden pancang, atau penasihat mereka hanya boleh berkongsi maklumat seperti berikut:

  • Mereka perlu berbincang dengan presiden pancang, presiden misi, atau uskup ahli tentang mengadakan majlis keahlian atau hal-hal yang berkaitan. Presiden pancang juga boleh berbincang dengan Kawasan Tujuh Puluh yang ditugaskan. Jika perlu, Kawasan Tujuh Puluh merujuk presiden pancang kepada Presidensi Kawasan. Hanya presiden pancang memutuskan jika satu majlis harus diadakan atau keputusannya.

  • Orang itu berpindah ke bahagian baru (atau pemimpin imamat dilepaskan) sementara tindakan keahlian atau kebimbangan serius lain sedang menunggu. Dalam kes ini, pemimpin itu memberitahu uskup atau presiden pancang baru tentang kebimbangan atau tindakan yang belum selesai (lihat 32.14.7). Dia juga memberitahu pemimpin itu jika ahli itu satu ancaman kepada orang lain.

  • Seorang uskup atau presiden pancang mendapat tahu bahawa seorang ahli Gereja yang tinggal di luar bahagian atau pancang mungkin terlibat dalam dosa serius. Dalam keadaan itu, dia menghubungi uskup ahli itu secara sulit.

  • Ia adalah perlu untuk mendedahkan maklumat semasa majlis keahlian. Semua maklumat yang dikumpulkan dan dikongsi dalam majlis keahlian adalah sulit.

  • Seorang ahli memilih untuk memberi kebenaran kepada pemimpin untuk berkongsi maklumat dengan orang tertentu. Ini mungkin termasuk ibu bapa, pemimpin Gereja, atau orang lain yang mungkin memberi sokongan. Pemimpin itu tidak berkongsi maklumat yang tidak dibenarkan oleh ahli tersebut.

  • Ia mungkin perlu untuk berkongsi maklumat terhad tentang keputusan majlis keahlian (lihat 32.12.2).

Dalam semua situasi lain, pemimpin harus merujuk kepada 32.4.5. Kes-kes tersebut termasuk apabila undang-undang memerlukan jenayah, seperti penganiayaan kanak-kanak, dilaporkan kepada pihak berkuasa kerajaan.

Untuk membantu para pemimpin melindungi orang lain dan mematuhi undang-undang, Gereja memberi bantuan profesional yang terlatih. Untuk menerima bimbingan ini, para pemimpin menelefon talian bantuan penganiayaan Gereja di mana ia tersedia (lihat 32.4.5 dan 38.6.2.1). Di mana ia tidak tersedia, presiden pancang menghubungi penasihat undang-undang kawasan di pejabat kawasan.

Hanya dalam satu situasi di mana seorang uskup atau presiden pancang boleh mendedahkan maklumat sulit tanpa memperoleh bimbingan terlebih dahulu. Ini adalah apabila pendedahan diperlukan untuk mengelakkan bahaya yang mengancam nyawa atau kecederaan serius dan tidak ada masa untuk mencari bimbingan. Dalam situasi seperti ini, kewajipan untuk melindungi orang lain adalah lebih penting daripada tugas kerahsiaan. Para pemimpin harus menghubungi penguasa sivil dengan segera.

Jika pemimpin menyimpan nota atau berkomunikasi dengan satu sama lain secara elektronik, mereka melindungi akses maklumat ini. Mereka juga memadamkan atau memusnahkan informasi itu apabila mereka tidak memerlukannya lagi. Mereka tidak perlu berkongsi maklumat peribadi.

Pihak berkuasa sivil mungkin mencabar kerahsiaan yang diperlukan oleh seorang pemimpin imamat. Jika ini berlaku di Amerika Syarikat dan Kanada, presiden pancang meminta nasihat undang-undang dari Pejabat Penasihat Am Gereja:

1-800-453-3860, sambungan 2-6301

1-801-240-6301

Di luar Amerika Syarikat dan Kanada, presiden pancang menghubungi penasihat undang-undang kawasan di pejabat kawasan.

32.4.5

Melapor kepada Penguasa Kerajaan

Pertaubatan beberapa dosa memerlukan seseorang untuk melapor kepada penguasa kerajaan jika dia telah melanggar undang-undang sivil. Uskup dan presiden pancang menggalakkan ahli-ahli untuk mematuhi undang-undang dan melaporkan hal-hal seperti itu. Mereka juga menasihati ahli-ahli untuk mendapatkan nasihat undang-undang yang cekap ketika melaporkannya. Polisi Gereja adalah untuk mematuhi undang-undang.

Di banyak tempat, para pemimpin imamat diminta oleh undang-undang untuk melaporkan kelakuan yang tidak sah jika disedari. Contohnya, beberapa negeri dan negara meminta penganiayaan kanak-kanak itu dilaporkan kepada penguatkuasa undang-undang.

Dalam beberapa negara, Gereja telah menubuhkan satu talian bantuan penganiayaan sulit untuk membantu uskup dan presiden pancang. Para pemimpin tersebut harus segera menghubungi talian bantuan berkenaan setiap situasi di mana seseorang mungkin telah dianiaya—atau berisiko untuk dianiaya (lihat 38.6.2.1). Ia tersedia 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Di negara-negara yang tidak mempunyai talian bantuan, seorang uskup yang mendapat tahu tentang penganiayaan harus menghubungi presiden pancangnya, yang harus mencari bimbingan dari penasihat undang-undang kawasan di pejabat kawasan.

Untuk maklumat lanjut tentang melaporkan penganiayaan, lihat 38.6.2.1 dan 38.6.2.7.


MENENTUKAN SITUASI UNTUK MEMBANTU SESEORANG BERTAUBAT


32.5

Keadaan untuk Membantu Seseorang Bertaubat

Setelah menyedari bahawa seorang ahli telah melakukan dosa yang serius, uskup atau presiden pancang mengambil langkah-langkah untuk melindungi orang lain. Dia juga mencari bimbingan Roh Kudus dalam menentukan keadaan untuk membantu orang itu bertaubat dan mendekati Juruselamat.

32.5.1

Gambaran Keseluruhan Keadaan

Jadual berikut menyenaraikan tiga keadaan untuk membantu seseorang bertaubat. Ia juga merumuskan beberapa pertimbangan bagi para pemimpin apabila memutuskan keadaan yang harus digunakan.

Keadaan untuk Membantu Seseorang Bertaubat

Keadaan

Beberapa Pertimbangan (lihat juga 32.7)

Keadaan

Majlis Keahlian Pancang

Beberapa Pertimbangan (lihat juga 32.7)

  • Bagi ahli-ahli yang telah menerima anugerahan bait suci.

  • Diperlukan jika seorang lelaki atau wanita yang telah dianugerahi kehilangan keahlian Gerejanya kerana dosa atau tindakan serius yang ditujukan dalam 32.6.1, 32.6.2, atau 32.6.3.

Keadaan

Majlis Keahlian Bahagian

Beberapa Pertimbangan (lihat juga 32.7)

  • Bagi mana-mana ahli.

  • Diperlukan untuk dosa-dosa serius yang ditujukan dalam 32.6.1.

  • Mungkin perlu untuk dosa dan tindakan serius yang ditujukan dalam 32.6.2 dan 32.6.3.

  • Tidak mencukupi jika seorang lelaki atau wanita yang telah dianugerahi mungkin kehilangan keahlian Gereja kerana dosa atau tindakan serius yang ditujukan dalam 32.6.1, 32.6.2, atau 32.6.3.

Keadaan

Kaunseling Peribadi (lihat 32.8)

Beberapa Pertimbangan (lihat juga 32.7)

  • Bagi mana-mana ahli.

  • Mungkin termasuk sekatan keahlian Gereja yang tidak rasmi.

  • Mungkin tidak mencukupi untuk dosa atau tindakan serius di mana majlis keahlian akan membantu dalam proses pertaubatan (lihat 32.6.2 dan 32.6.3).

  • Tidak mencukupi untuk dosa-dosa serius yang memerlukan majlis keahlian (lihat 32.6.1).

  • Tidak mencukupi jika seorang lelaki atau wanita yang telah dianugerahi mungkin kehilangan keahlian Gereja kerana dosa atau tindakan serius yang ditujukan dalam 32.6.1, 32.6.2, atau 32.6.3.

Kaunseling peribadi dan sekatan tidak rasmi oleh uskup atau presiden pancang kadangkala tidak mencukupi untuk membantu seseorang bertaubat bagi dosa yang serius. Tuhan telah menyediakan majlis keahlian untuk membantu seorang hakim di Israel dalam situasi tersebut. (Lihat Keluaran 18:12–27; Mosia 26:29–36; Ajaran dan Perjanjian 42:80–83102.) Untuk beberapa dosa yang serius, satu majlis diperlukan oleh polisi Gereja (lihat 32.6.1). Melanggar perjanjian bait suci meningkatkan keperluan untuk majlis keahlian (lihat 32.7.4).

Dalam satu bahagian, para penasihat uskup membantu dalam majlis keahlian. Dalam satu pancang, para penasihat presiden pancang membantu. Dalam beberapa majlis keahlian pancang, majlis tinggi juga mengambil bahagian (lihat 32.9.2). Dalam majlis keahlian, lembaga uskup atau presidensi pancang bertemu dengan orang itu dengan roh kasih.

32.5.2

Menentukan Keadaan dan Masa

Apabila memutuskan keadaan-keadaan berikut yang mana yang paling baik untuk membantu seseorang bertaubat, pemimpin mencari bimbingan Roh Kudus. Mereka juga mempertimbangkan faktor-faktor berikut:

  • Keberatan dosa dan polisi Gereja tentang sama ada satu majlis diperlukan (lihat 32.6)

  • Keadaan orang itu (lihat 32.7)

Seorang uskup berunding dengan presiden pancang tentang situasi tertentu. Dia mesti menerima kelulusan dari presiden pancang sebelum mengadakan majlis keahlian.

Dalam hal-hal yang sukar, presiden pancang boleh mendapatkan nasihat dari Kawasan Tujuh Puluh yang ditugaskan. Presiden pancang mesti berunding dengan Presidensi Kawasan tentang hal-hal yang digariskan dalam 32.6.3. Namun, hanya presiden pancang memutuskan jika satu majlis harus diadakan untuk menangani perbuatan itu. Jika satu majlis diadakan, presiden pancang atau uskup menentukan keputusannya.

Jika seorang uskup atau presiden pancang memutuskan bahawa kaunseling peribadi adalah mencukupi, dia mengikuti garis panduan dalam 32.8. Jika dia memutuskan bahawa majlis keahlian diperlukan, atau jika polisi Gereja memerlukan satu majlis, orang yang menjalankannya mengikuti prosedur dalam 32.9–32.14.

Sebelum mengadakan majlis, uskup atau presiden pancang boleh memutuskan bahawa sekatan keahlian tidak rasmi adalah paling baik untuk suatu ketika. Dia mengadakan majlis apabila ia cara terbaik untuk menggalakkan pertaubatan ikhlas ahli gereja. Walau bagaimanapun, dia tidak harus menangguhkan majlis jika perlu untuk melindungi orang lain.

32.6

Keberatan Dosa dan Polisi Gereja

Keberatan dosa adalah pertimbangan penting dalam menentukan keadaan yang akan (1) membantu melindungi orang lain dan (2) membantu seseorang bertaubat. Tuhan telah berfirman bahawa Dia “tidak dapat memandang dosa dengan sedikit keizinan pun” (Ajaran dan Perjanjian 1:31; lihat juga Mosia 26:29). Para hamba-Nya tidak harus mengabaikan bukti dosa yang serius.

Dosa-dosa serius adalah kesalahan sengaja dan besar terhadap hukum-hukum Tuhan. Kategori-kategori dosa serius disenaraikan di bawah.

  • Tindakan dan penganiayaan yang ganas (lihat 32.6.1.1 dan 32.6.2.1)

  • Kelakuan seksual tidak berakhlak (lihat 32.6.1.2 dan 32.6.2.2)

  • Tindakan penipuan (lihat 32.6.1.3 dan 32.6.2.3)

  • Pecah amanah (lihat 32.6.1.4 dan 32.6.2.4)

  • Tindakan-tindakan lain (lihat 32.6.1.5 dan 32.6.2.5)

Bahagian-bahagian berikut menjelaskan bila majlis keahlian diperlukan, bila ia harus diadakan, dan bila ia tidak diperlukan.

32.6.1

Apabila Majlis Keahlian Diperlukan

Uskup atau presiden pancang mesti mengadakan majlis keahlian apabila maklumat menunjukkan bahawa seorang ahli mungkin telah melakukan dosa-dosa yang dihuraikan dalam bahagian ini. Untuk dosa-dosa tersebut, sebuah majlis diperlukan tanpa mengira tahap kematangan rohani dan pemahaman injil seorang ahli.

Lihat 32.11 untuk potensi keputusan dari majlis yang diadakan untuk dosa-dosa yang disenaraikan dalam bahagian ini. Sekatan keahlian tidak rasmi bukan satu pilihan bagi majlis-majlis ini.

32.6.1.1

Tindakan dan Penganiayaan Ganas

Pembunuhan. Satu majlis keahlian diperlukan jika seorang ahli membunuh seseorang. Seperti yang digunakan di sini, membunuh adalah mengambil nyawa manusia secara sengaja dan tidak wajar. Penarikan keahlian Gereja seseorang diperlukan.

Pembunuhan tidak termasuk tindakan polis atau tentera dalam tugasan. Pengguguran tidak ditakrifkan sebagai pembunuhan dalam konteks ini. Jika kematian disebabkan oleh kemalangan atau kerana mempertahankan diri atau orang lain, mengambil nyawa manusia mungkin tidak ditakrifkan sebagai pembunuhan. Ini juga mungkin benar dalam situasi lain, seperti apabila seseorang mempunyai keupayaan mental yang terhad.

Rogol. Satu majlis keahlian diperlukan untuk kes rogol. Seperti yang digunakan di sini, rogol ialah perhubungan seksual yang dipaksa atau perhubungan seksual dengan seseorang yang tidak boleh memberi kebenaran secara sah kerana kekurangan keupayaan mental atau jasmani. Seperti yang digunakan di sini, rogol tidak termasuk perhubungan seksual sukarela di antara dua orang di bawah umur yang sebaya.

Sabitan Serangan Seksual. Satu majlis keahlian diperlukan jika seorang ahli disabit dengan serangan seksual.

Penganiayaan Kanak-kanak atau Remaja. Satu majlis keahlian diperlukan jika seseorang mendera kanak-kanak atau remaja seperti yang dijelaskan dalam 38.6.2.3.

Penganiayaan Pasangan atau Orang Dewasa Yang Lain. Terdapat spektrum keberatan dalam tindakan penganiayaan. Lihat 38.6.2.4 untuk tahu bila majlis keahlian diperlukan untuk penganiayaan pasangan atau orang dewasa yang lain.

Kelakuan Pemangsa yang Ganas. Majlis keahlian diperlukan jika seorang dewasa berulang kali mencederakan orang secara fizikal melalui tingkah laku yang ganas dan mengancam orang.

32.6.1.2

Kelakuan Seksual Tidak Berakhlak

Sumbang Mahram. Satu majlis keahlian diperlukan untuk sumbang mahram seperti yang dijelaskan dalam 38.6.10. Penarikan keahlian Gereja seseorang hampir selalu diperlukan.

Pornografi Kanak-Kanak. Satu majlis keahlian diperlukan jika seseorang terlibat dalam pornografi kanak-kanak seperti yang digariskan dalam 38.6.6.

Perkahwinan Jamak. Satu majlis keahlian diperlukan jika seseorang memasuki perkahwinan jamak secara sengaja. Terdapat perkahwinan jamak yang berlaku secara rahsia, di mana pasangan tidak tahu tentang satu atau pasangan yang lain. Penarikan keahlian Gereja seseorang perlu berlaku jika seseorang memasuki perkahwinan jamak dengan sedar.

Kelakuan Pemangsa Seksual. Majlis keahlian diperlukan jika seorang dewasa berulang kali mencederakan orang secara seksual dan mengancam orang lain.

32.6.1.3

Tindakan Penipuan

Kelakuan Pemangsa Kewangan. Majlis keahlian diperlukan jika seorang dewasa mempunyai sejarah berulang kali membahayakan orang dari segi kewangan secara sengaja dan merupakan satu ancaman kepada orang lain (lihat 38.6.2.4). Ini termasuk penipuan pelaburan dan aktiviti-aktiviti yang serupa. Kerugian kewangan yang tidak diingini disebabkan keadaan ekonomi tidak dianggap sebagai penipuan. Jika litigasi (dakwaan) terlibat, para pemimpin imamat boleh memutuskan untuk menunggu sehingga keputusan adalah muktamad.

32.6.1.4

Pecah Amanah

Dosa Serius Ketika Memegang Jawatan Gereja yang Penting. Satu majlis keahlian diperlukan jika seorang ahli melakukan dosa yang serius ketika memegang jawatan yang penting. Ini termasuk Penguasa Umum, Pegawai Umum Gereja, Ahli Kawasan Tujuh Puluh, presiden bait suci atau matron, presiden misi atau pasangannya, presiden pancang, bapa bangsa, atau uskup. Ini tidak aplikasi kepada presiden cabang. Walau bagaimanapun, keistimewaan keahlian Gereja presiden cabang boleh disekat atau ditarik sepertimana ahli-ahli lain.

32.6.1.5

Tindakan-tindakan Lain

Sabitan Jenayah. Satu majlis keahlian diperlukan dalam kebanyakan kes apabila seseorang disabitkan dengan jenayah.

32.6.2

Apabila Majlis Keahlian Diperlukan

Satu majlis keahlian mungkin diperlukan dalam keadaan-keadaan berikut.

32.6.2.1

Tindakan dan Penganiayaan Ganas

Tuhan memerintahkan, “Janganlah engkau … membunuh, tidak juga melakukan apa pun yang seperti itu” (Ajaran dan Perjanjian 59:6; italik ditambahkan). Tindakan dan penganiayaan yang ganas di mana majlis keahlian mungkin diperlukan termasuk (tetapi tidak terhad kepada) yang disenaraikan di bawah.

Cubaan Membunuh. Dengan sengaja cuba membunuh seseorang.

Penganiayaan Seksual, Termasuk Serangan dan Gangguan. Penganiayaan seksual meliputi pelbagai tindakan (lihat 38.6.18). Satu majlis keahlian mungkin diperlukan bagi seseorang yang telah menyerang secara seksual atau menganiaya seseorang. Lihat 38.6.18.3 untuk bila satu majlis diperlukan.

Penganiayaan Pasangan atau Orang Dewasa Yang Lain. Terdapat spektrum keberatan dalam tindakan penganiayaan (lihat 38.6.2.4). Satu majlis keahlian mungkin diperlukan bagi seseorang yang telah mendera pasangan atau orang dewasa yang lain. Lihat 38.6.2.4 untuk bila satu majlis diperlukan.

32.6.2.2

Kelakuan Seksual Tidak Berakhlak

Hukum kemurnian akhlak Tuhan ialah menjauhkan diri dari hubungan seksual di luar perkahwinan di antara seorang lelaki dan seorang wanita menurut hukum Tuhan (lihat Keluaran 20:14; Ajaran dan Perjanjian 63:16). Satu majlis keahlian mungkin diperlukan untuk tidak kelakuan tidak berakhlak yang digambarkan dalam 38.6.5. Lihat 32.6.1.2 untuk bila satu majlis diperlukan.

32.6.2.3

Tindakan Penipuan

Sepuluh Perintah mengajar, “Jangan mencuri” atau “berikan kesaksian palsu” (Keluaran 20:15–16). Satu majlis keahlian mungkin diperlukan untuk tindakan seperti rompakan, pecah rumah, pencurian, penyelewengan, sumpah bohong, dan penipuan. Lihat 38.8.2 untuk penipuan perkaitan. Lihat 32.6.1.3 untuk bila satu majlis diperlukan untuk tindakan penipuan.

32.6.2.4

Pecah Amanah

Satu majlis keahlian mungkin diperlukan jika seorang ahli:

  • Melakukan dosa yang serius semasa memegang kedudukan yang berwewenang atau beramanah dalam Gereja atau komuniti.

  • Melakukan dosa serius yang diketahui secara meluas.

Lihat 32.6.1.4 untuk bila satu majlis diperlukan.

32.6.2.5

Tindakan-tindakan Lain

Raja Benyamin mengajar, “Aku tidak dapat memberitahu kamu segalanya yang dengannya kamu boleh berbuat dosa; kerana ada pelbagai jalan dan cara, bahkan sedemikian banyaknya sehingga aku tidak dapat menghitungnya” (Mosia 4:29). Sebuah majlis mungkin perlu jika seseorang:

  • Tunjukkan pola melakukan dosa-dosa serius (lihat Ajaran dan Perjanjian 82:7).

  • Mengabaikan tanggungjawab keluarga dengan sengaja, termasuk tidak membayar sokongan anak-anak dan alimoni.

  • Menjual dadah secara haram.

  • Melakukan perbuatan jenayah lain yang serius.

Satu majlis keahlian mungkin diperlukan jika seorang ahli menyerah kepada, melaksanakan, mengatur, membayar, atau menggalakkan pengguguran. Lihat 38.6.1 untuk garis panduan.

Apabila Majlis Keahlian Diperlukan atau Mungkin Diperlukan

Jenis Dosa

Majlis Keahlian Diperlukan (lihat 32.6.1)

Majlis Keahlian Mungkin Diperlukan (lihat 32.6.2)

Jenis Dosa

Tindakan dan Penganiayaan Ganas

Majlis Keahlian Diperlukan (lihat 32.6.1)

  • Pembunuhan

  • Rogol

  • Sabitan serangan seksual

  • Penganiayaan kanak-kanak atau remaja

  • Kelakuan pemangsa yang ganas

Majlis Keahlian Mungkin Diperlukan (lihat 32.6.2)

  • Cubaan membunuh

  • Penganiayaan seksual, termasuk serangan dan gangguan (lihat 38.6.18 bila satu majlis diperlukan)

  • Penganiayaan terhadap pasangan atau orang dewasa lain (lihat 38.6.2.4 bila satu majlis diperlukan)

Jenis Dosa

Kelakuan Seksual Tidak Berakhlak

Majlis Keahlian Diperlukan (lihat 32.6.1)

  • Sumbang mahram

  • Pornografi kanak-kanak

  • Perkahwinan jamak

  • Kelakuan pemangsa seksual

Majlis Keahlian Mungkin Diperlukan (lihat 32.6.2)

  • Perzinaan, mukah, dan perhubungan sesama jantina

  • Hidup Bersama, penyatuan sivil dan rakan perkongsian, dan perkahwinan sesama jantina

  • Penggunaan pornografi secara intensif atau kompulsif yang telah memudaratkan perkahwinan atau keluarga

Jenis Dosa

Tindakan Penipuan

Majlis Keahlian Diperlukan (lihat 32.6.1)

  • Kelakuan pemangsa kewangan, seperti penipuan dan aktiviti-aktiviti yang serupa

Majlis Keahlian Mungkin Diperlukan (lihat 32.6.2)

  • Rompakan, pecah rumah, pencurian, atau penyelewengan

  • Sumpah bohong

Jenis Dosa

Pecah Amanah

Majlis Keahlian Diperlukan (lihat 32.6.1)

  • Dosa serius ketika memegang jawatan gereja yang penting

Majlis Keahlian Mungkin Diperlukan (lihat 32.6.2)

  • Dosa serius semasa memegang jawatan berwewenang atau beramanah dalam Gereja atau komuniti

  • Dosa serius yang diketahui secara meluas

Jenis Dosa

Tindakan-tindakan Lain

Majlis Keahlian Diperlukan (lihat 32.6.1)

  • Sabitan jenayah lain

Majlis Keahlian Mungkin Diperlukan (lihat 32.6.2)

  • Pengguguran

  • Pola dosa-dosa serius

  • Mengabaikan tanggungjawab keluarga dengan sengaja, termasuk tidak membayar sokongan anak-anak dan alimoni

  • Jualan dadah secara haram

  • Perbuatan jenayah-jenayah lain yang serius

32.6.3

Apabila Presiden Pancang Berunding dengan Presidensi Kawasan tentang Sama ada Majlis Keahlian atau Tindakan Lain Diperlukan

Ada perkara yang memerlukan kepekaan dan bimbingan tambahan. Untuk tahu cara membantu yang terbaik, presiden pancang mesti berunding dengan Presidensi Kawasan tentang situasi-situasi dalam bahagian ini. Namun, hanya presiden pancang memutuskan jika satu majlis harus diadakan untuk menangani perbuatan itu. Jika satu majlis diadakan, presiden pancang atau uskup menentukan keputusannya.

Jika majlis keahlian diadakan untuk salah satu perkara yang digariskan di bahagian ini, keputusan majlis mesti “tetap berada dalam kedudukan yang baik,” “sekatan keahlian rasmi,” atau “penarikan keahlian.” Kelulusan Presidensi Utama diperlukan untuk melucutkan sekatan rasmi atau membenarkan orang itu kembali ke Gereja (lihat 32.16.1, nombor 9).

32.6.3.1

Tindakan Lain

Jika majlis keahlian tidak diadakan, tindakan lain boleh termasuk:

  • Sekatan keahlian tidak rasmi (lihat 32.8.3).

  • Anotasi rekod keahlian (lihat 32.14.5).

  • Sekatan tatacara, yang mengehadkan seseorang daripada menerima atau menggunakan atau menerima imamat atau menggunakan kad rekomen bait suci.

Presiden pancang berunding dengan Presidensi Kawasan sebelum salah satu tindakan tersebut diambil.

32.6.3.2

Kemurtadan

Isu-isu kemurtadan sering mempunyai kesan yang melampaui sempadan bahagian atau pancang. Ia perlu ditangani dengan segera untuk melindungi orang lain.

Uskup berunding dengan presiden pancang jika dia rasa tindakan seorang ahli boleh menyebabkan kemurtadan. Uskup atau presiden pancang boleh mengenakan sekatan keahlian tidak rasmi ke atas ahli tersebut (lihat 32.8.3). Presiden pancang segera berunding dengan Presidensi Kawasan. Namun, hanya presiden pancang memutuskan sama ada majlis keahlian atau tindakan lain diperlukan.

Seperti yang digunakan di sini, kemurtadan merujuk kepada seorang ahli yang terlibat dalam salah satu yang berikut:

  • Berulang kali dengan sengaja dan nyata menentang Gereja, ajaran, polisi, atau pemimpin

  • Berterusan mengajar ajaran bukan Gereja sebagai ajaran Gereja walaupun telah diperbetulkan oleh uskup atau presiden pancang

  • Menunjukkan pola dengan sengaja berusaha untuk melemahkan iman dan aktiviti para ahli Gereja

  • Terus mengikuti ajaran-ajaran kumpulan murtad walaupun selepas diperbetulkan oleh uskup atau presiden pancang

  • Menyertai gereja lain secara rasmi dan mempromosikan ajaran-ajaran gereja lain (Jumlah ketidakaktifan dalam Gereja atau menghadiri gereja lain tidak merupakan kemurtadan. Namun, jika seorang ahli menyertai gereja lain secara rasmi dan menyokong ajaran-ajarannya, penarikan keahliannya mungkin diperlukan.)

Juruselamat mengajar bangsa Nefi bahawa mereka harus terus melayani seseorang yang telah berdosa. “Tetapi jika dia tidak bertaubat dia tidak akan dihitung di kalangan umat-Ku, agar dia tidak dapat menghancurkan umat-Ku” (3 Nefi 18:31).

32.6.3.3

Penyelewengan Dana Gereja

Jika seseorang menyeleweng dana Gereja atau mencuri harta Gereja yang berharga, presiden pancang berbincang dengan Presidensi Kawasan sama ada majlis keahlian atau tindakan lain mungkin diperlukan. Pemimpin mempertimbangkan:

  • Jumlah yang digelapkan atau dicuri.

  • Sama ada pembayaran balik telah berlaku.

  • Tahap kekesalan orang itu.

Secara umumnya, jika seorang ahli Gereja menyeleweng dana Gereja atau mencuri harta Gereja yang berharga, rekod keahliannya akan dianotasi. Apabila pertaubatan selesai, presiden pancang boleh meminta penyingkiran anotasi itu (lihat 32.14.5).

32.6.3.4

Individu Transgender

Uskup dan presiden pancang bekerjasama dengan orang yang mengelar diri sebagai transgender harus mengikuti garis panduan dalam 38.6.23.

32.6.4

Apabila Majlis Keahlian Tidak Biasanya Diperlukan

Majlis keahlian tidak biasanya diperlukan dalam contoh-contoh berikut.

32.6.4.1

Kegagalan untuk Mematuhi Beberapa Standard Gereja

Satu majlis keahlian tidak diadakan untuk tindakan yang disenaraikan di bawah. Namun, perhatikan pengecualian dalam hal terakhir.

  • Ketidakaktifan dalam Gereja

  • Tidak memenuhi tugas-tugas Gereja

  • Tidak membayar persepuluhan

  • Dosa-dosa pengabaian

  • Melancap

  • Tidak mematuhi Kata-kata Bijaksana

  • Menggunakan pornografi, kecuali pornografi kanak-kanak (seperti yang digariskan dalam 38.6.6) atau penggunaan pornografi secara intensif atau kompulsif yang telah memudaratkan perkahwinan atau keluarga (seperti yang digariskan dalam 38.6.13).

32.6.4.2

Kegagalan Perniagaan atau Hutang Tidak Dibayar

Para pemimpin tidak seharusnya menggunakan majlis keahlian untuk menyelesaikan pertikaian perniagaan. Kegagalan perniagaan dan hutang yang tidak dibayar bukanlah sebab untuk mengadakan majlis keahlian. Namun, satu majlis mesti diadakan untuk aktiviti penyelewengan yang serius atau amalan penipuan kewangan yang serius (lihat 32.6.1.3).

32.6.4.3

Perselisihan Sivil

Majlis keahlian tidak diadakan untuk menyelesaikan perselisihan sivil (lihat Ajaran dan Perjanjian 134:11).

32.7

Keadaan Orang Itu

Tuhan berfirman, “Tangan belas kasihan-Ku dihulurkan kepadamu, dan sesiapa yang akan datang, Dia akan Aku terima; dan diberkatilah mereka yang datang kepada-Ku” (3 Nefi 9:14). Keadaan seseorang adalah pertimbangan penting dalam penentuan:

  • Keadaan yang sesuai untuk membantu dia bertaubat akan dosa-dosa serius (lihat 32.5 dan 32.6).

  • Keputusan yang dibuat dalam kaunseling peribadi atau majlis keahlian (lihat 32.8 dan 32.11).

Uskup dan presiden pancang mencari fikiran dan kehendak Tuhan untuk setiap situasi. Mereka mempertimbangkan faktor-faktor berikut dalam menentukan keadaan untuk digunakan dan apakah hasilnya. Faktor-faktor ini tidak memutuskan satu keputusan. Sebaliknya, ia membantu keputusan yang mana para pemimpin mesti buat dengan penuh doa dan sebagaimana dibimbing oleh Roh.

32.7.1

Keberatan Dosa

Keseriusan dosa diukur dengan keberatannya. Ini boleh termasuk bilangan dan kekerapan dosa-dosa dilakukan, parah bahaya yang terhasil daripadanya, dan jumlah orang yang tercedera olehnya.

32.7.2

Kepentingan Mangsa

Pemimpin mempertimbangkan kepentingan mangsa dan orang lain. Ini mungkin termasuk pasangan seseorang dan ahli keluarga yang lain. Para pemimpin juga mempertimbangkan parah bahaya itu.

32.7.3

Bukti Pertaubatan

Bimbingan rohani diperlukan untuk membezakan sama ada seseorang telah bertaubat dengan ikhlas. Pertaubatan sedemikian ditunjukkan dengan lebih pasti oleh tindakan soleh dari masa ke masa dan bukannya oleh kesedihan yang mendalam dalam satu temu duga. Faktor-faktor untuk dipertimbangkan termasuk:

  • Kekuatan iman dalam Yesus Kristus.

  • Sifat pengakuan itu.

  • Tahap kedukaan untuk dosa itu.

  • Pemulihan kepada orang yang dicederakan.

  • Pematuhan kepada syarat undang-undang.

  • Berjaya meninggalkan dosa.

  • Kesetiaan dalam mematuhi perintah-perintah sejak dosa itu.

  • Kejujuran dengan para pemimpin Gereja dan orang lain.

  • Kesediaan untuk mengikuti nasihat pemimpin Gereja.

Imej
wanita sedang berdoa

32.7.4

Perlanggaran Perjanjian Bait Suci

Tuhan mengisytiharkan, “Kerana kepada dia yang banyak diberi banyak yang dituntut” (Ajaran dan Perjanjian 82:3). Seseorang yang telah menerima anugerahan bait suci telah membuat perjanjian untuk mematuhi standard yang lebih tinggi. Melanggar perjanjian-perjanjian ini menunjukkan keseriusan dosa. Ia meningkatkan keperluan untuk mengadakan majlis keahlian.

32.7.5

Kedudukan Amanah atau Wewenang

Keseriusan dosa berat jika seseorang melakukannya semasa berada dalam kedudukan amanah atau berwewenang, seperti sebagai ibu bapa, pemimpin, atau pengajar.

32.7.6

Pengulangan

Corak mengulangi dosa serius yang sama boleh menandakan kelakuan yang berakar mendalam atau ketagihan yang menghindarkan kemajuan terhadap pertaubatan yang sejati. Selain daripada sekatan keahlian yang mungkin diperlukan, program pemulihan ketagihan dan kaunseling profesional mungkin berguna (lihat 32.8.2).

32.7.7

Umur, Kematangan, dan Pengalaman

Para pemimpin mempertimbangkan umur, kematangan, dan pengalaman ketika menasihati seorang ahli atau membuat keputusan dalam majlis keahlian. Kelonggaran sering diberi kepada mereka yang tidak matang dalam injil. Contohnya, kelonggaran mungkin diberi kepada ahli-ahli muda yang terlibat dalam kelakuan tidak berakhlak jika mereka hentikan dosa itu dan menunjukkan pertaubatan yang ikhlas. Walau bagaimanapun, tindakan yang lebih serius mungkin diperlukan jika mereka berterusan dalam kelakuan itu.

32.7.8

Keupayaan Mental

Penyakit mental, ketagihan, atau keupayaan mental terhad tidak mengecualikan seseorang yang telah melakukan dosa serius. Walau bagaimanapun, berikut adalah faktor untuk dipertimbangkan. Sebagai sebahagian daripada proses membantu seseorang bertaubat, para pemimpin mencari bimbingan Tuhan tentang pemahaman orang tentang asas-asas injil dan tahap pertanggungjawaban.

32.7.9

Pengakuan Sukarela

Pengakuan sukarela dan kedukaan ilahi bagi tindakan seseorang menunjukkan hasrat untuk bertaubat.

32.7.10

Jangka Masa di antara Dosa dan Pengakuan

Pengakuan adalah sebahagian daripada pertaubatan dan tidak harus ditangguhkan. Kadangkala dosa diikuti oleh satu jangka masa panjang untuk pemulihan dan kehidupan yang beriman. Jika seorang ahli mengakui dosa dan tidak mengulanginya, itu menunjukkan bahawa dia telah meninggalkannya. Dalam keadaan itu, pengakuan boleh selesai dan bukannya memulakan proses pertaubatan.


MELAKSANAKAN KAUNSELING PERIBADI


32.8

Kaunseling Peribadi dan Sekatan Keahlian Tidak Rasmi

Kaunseling peribadi sering kali mencukupi untuk membantu melindungi orang lain dan membantu seseorang mengakses kuasa penebusan Korban Tebusan Yesus Kristus melalui pertaubatan. Kaunseling tersebut juga boleh membantu melindungi ahli-ahli daripada dosa-dosa yang lebih serius. Dalam kaunseling peribadi, para pemimpin juga boleh memberi sekatan keahlian tidak rasmi untuk membantu seorang ahli bertaubat dari beberapa dosa yang serius (lihat 32.8.3).

Dosa serius tidak harus diperlakukan dengan ringan (lihat Ajaran dan Perjanjian 1:31). Melanggar perjanjian bait suci meningkatkan keperluan untuk majlis keahlian (lihat 32.7.4).

Garis panduan untuk membantu para pemimpin tahu bila kaunseling dan sekatan tidak rasmi mungkin mencukupi ada disenaraikan di bawah (lihat juga 32.7):

  • Seseorang tidak berbuat dosa yang memerlukan majlis keahlian (lihat 32.6.1).

  • Seseorang telah secara sukarela mengaku dan benar-benar bertaubat.

  • Seseorang sedang bertaubat akan dosa serius yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

  • Dosa seseorang tidak melanggar perjanjian bait suci.

  • Seseorang mempunyai keadaan ketara yang mengurangkan.

32.8.1

Kaunseling Peribadi

Gunakan garis panduan berikut apabila seorang uskup atau presiden pancang menasihati seorang ahli untuk membantu dia bertaubat.

  • Hanya peroleh cukup maklumat untuk menentukan (1) sikap ahli terhadap kelakuan dosa itu dan (2) sifat, kekerapan, dan tempoh kelakuan itu berlaku. Jangan meminta butiran melebihi apa yang diperlukan untuk memahami situasi itu. Jangan bertanya soalan-soalan yang timbul dari rasa ingin tahu peribadi.

  • Tanya bagaimana kelakuan itu telah mempengaruhi orang lain.

  • Tumpukan pada keadaan positif yang memperdalamkan penukaran hati dan komitmen ahli kepada Tuhan. Galakkan ahli tersebut untuk mengambil tindakan tertentu yang membawa perubahan kelakuan dan perubahan hati untuk bertaubat. Jemput dia untuk mendekati Juruselamat, mencari kekuatan-Nya dan merasakan kasih penebusan-Nya.

  • Galakkan aktiviti-aktiviti yang menaikkan semangat seperti berdoa, mengkaji tulisan suci, dan menghadiri pertemuan-pertemuan Gereja. Ajarkan bahawa sejarah keluarga dan pekerjaan bait suci boleh mengurangkan pengaruh musuh. Galakkan melayani orang lain dan berkongsi injil.

  • Menggalakkan pemulihan kepada mereka yang terluka oleh dosa-dosa dan meminta keampunan

  • Galakkan untuk berpaling dari pengaruh yang jahat. Bantu ahli-ahli mengambil tindakan pencegahan untuk menentang godaan tertentu.

  • Kenali bahawa anda seorang pemimpin gereja, bukan penasihat profesional. Selain daripada kaunseling yang anda berikan, sesetengah ahli akan bermanfaat dari kaunseling kelakuan. Ada yang menderita dari penyakit mental. Jika diperlukan, berunding dengan ahli-ahli untuk mendapatkan bantuan pakar perubatan dan pakar kesihatan mental yang berkelayakan.

  • Berdoa dan cari bimbingan Roh sebelum memberi sekatan keahlian yang tidak rasmi. Sesetengah ahli mungkin bermanfaat dari penggunaan hak keahlian Gereja dengan lebih aktif daripada mengehadkannya.

  • Membuat pertemuan susulan untuk memberi galakan, memperkukuhkan kekuatan rohani, dan memantau kemajuan.

Selepas seorang ahli mengaku kepada uskup atau presiden pancang, kaunseling susulan boleh berlaku dalam beberapa cara. Pemimpin itu sendiri boleh menyediakannya. Atau, dengan kebenaran ahli itu, dia boleh tugaskan salah seorang penasihatnya untuk memberikannya.

Dengan persetujuan ahli, seorang uskup atau presiden pancang boleh tugaskan ahli-ahli kuorum penatua atau Lembaga Pertolongan untuk membantu dengan cara tertentu. Untuk remaja, dia boleh tugaskan presidensi Remaja Puteri atau penasihat kuorum Imamat Harun untuk membantu. Mereka yang ditugaskan untuk membantu berhak menerima ilham untuk memenuhi tugasan itu (lihat 4.2.6).

Apabila menugaskan seseorang untuk membantu dengan kaunseling susulan, pemimpin itu hanya memberi cukup maklumat yang diperlukan untuk membantu ahli tersebut. Orang yang ditugaskan mesti mengekalkan kesulitan. Dia juga melapor kepada uskup tentang kemajuan dan keperluan ahli.

32.8.2

Membantu Orang dengan Ketagihan

Kaunseling peribadi kadangkala melibatkan proses membantu ahli-ahli bertaubat dari dosa-dosa yang berkaitan dengan atau disebabkan oleh ketagihan. Ketagihan ini mungkin termasuk bahan-bahan atau pelbagai kelakuan. Ketagihan membahayakan individu, perkahwinan dan keluarga. Uskup boleh menasihati ahli-ahli untuk mencari bantuan dari program pemulihan ketagihan Gereja dan dari pakar perubatan dan pakar kesihatan mental yang layak.

Ketagihan biasa yang semakin meningkat ialah penggunaan pornografi. Sama ada ketagihan atau kelakuan sekali-sekala, sebarang penggunaan pornografi adalah membahayakan. Penggunaannya mengusir Roh. Ia melemahkan keupayaan untuk memperoleh kuasa yang datang dari mentaati perjanjian. Ia juga membahayakan perhubungan yang berharga.

Kaunseling peribadi dan sekatan keahlian tidak rasmi biasanya mencukupi untuk membantu seseorang bertaubat dari penggunaan pornografi. Majlis keahlian biasanya tidak diadakan. Untuk pengecualian, lihat 38.6.6 dan 38.6.13. Kaunseling secara profesional boleh membantu.

Presiden pancang dan uskup menyokong ahli keluarga jika perlu. Ibu bapa boleh terlibat apabila menasihati remaja tentang penggunaan pornografi. Pasangan boleh terlibat apabila menasihati orang yang sudah berkahwin.

Untuk maklumat lanjut tentang kaunseling ahli-ahli yang terlibat dengan pornografi, lihat 38.6.13.

32.8.3

Sekatan Keahlian Tidak Rasmi

Selain galakkan tindakan positif ketika kaunseling, uskup atau presiden pancang boleh menyekat beberapa hak istimewa keahlian Gereja secara tidak rasmi buat suatu masa. Apabila dilakukan dengan bijaksana, sekatan-sekatan ini dapat membantu dengan pertaubatan dan kemajuan rohani. Ia dianggap tidak rasmi kerana ia tidak dicatatkan dalam rekod keahlian.

Sekatan tidak rasmi mungkin berlangsung beberapa minggu, beberapa bulan, atau lebih lama jika perlu untuk orang itu bertaubat sepenuhnya. Dalam keadaan yang luar biasa, tempoh masa mungkin lebih daripada satu tahun.

Para pemimpin mencari bimbingan Roh tentang sekatan yang paling baik untuk membantu seseorang bertaubat. Ini termasuk (tetapi tidak terhad kepada) menggantung hak istimewa untuk melayani dalam panggilan Gereja, menjalankan imamat, atau memasuki bait suci. Pemimpin juga boleh mengehadkan orang itu daripada memberi ucapan, pelajaran, atau doa dalam Gereja. Jika pemimpin itu menggantungkan hak untuk memasuki bait suci, dia membatalkan rekomen bait suci dalam Leader and Clerk Resources(Sumber Pemimpin dan Kerani) (LCR).

Mengambil sakramen adalah bahagian penting dalam pertaubatan. Ia tidak seharusnya menjadi sekatan pertama yang diberikan kepada orang bertaubat yang mempunyai hati hancur dan roh yang menyesal. Namun, jika seseorang telah melakukan dosa-dosa serius, seorang pemimpin boleh menggantung hak istimewa ini untuk suatu masa.

Para pemimpin biasanya tidak memberitahu orang lain tentang sekatan tidak rasmi kecuali terdapat keperluan untuk mengetahuinya (lihat 32.12.2).

Uskup atau presiden pancang boleh batalkan sekatan tidak rasmi mengikut bimbingan Roh apabila orang itu membuat kemajuan tertentu dalam pertaubatan yang ikhlas. Jika ahli itu berterusan dalam corak dosa, ia mungkin berguna atau diperlukan untuk mengadakan majlis keahlian.

Imej
wanita sedang berdoa

MELAKSANAKAN MAJLIS KEAHLIAN GEREJA


Majlis keahlian Gereja diadakan apabila uskup atau presiden pancang memutuskan bahawa ia akan membantu atau apabila ia diperlukan oleh polisi Gereja (lihat 32.6). Ia diadakan di peringkat bahagian, pancang, cabang, daerah, atau misi. Bahagian ini menyediakan maklumat tentang cara untuk melayani mereka.

32.9

Penyertaan dan Tanggungjawab

Jadual berikut menunjukkan siapa yang biasanya menyertai majlis keahlian.

Peserta dalam Majlis Keahlian

Majlis Keahlian Bahagian

Peserta dalam Majlis Keahlian

  • Individu yang baginya majlis itu diadakan

  • Uskup dan penasihat-penasihatnya

  • Kerani bahagian

  • Presiden kuorum penatua atau Lembaga Pertolongan (tidak wajib, lihat 32.10.1)

Majlis Keahlian Pancang

Peserta dalam Majlis Keahlian

  • Individu yang baginya majlis itu diadakan

  • Presiden pancang dan penasihat-penasihatnya

  • Kerani pancang

  • Anggota majlis tinggi (dalam situasi terhad seperti yang dijelaskan dalam 32.9.2)

  • Uskup kepada individu yang baginya majlis itu diadakan (pilihan, lihat 32.9.3)

  • Presiden kuorum penatua atau Lembaga Pertolongan (tidak wajib, lihat 32.10.1)

32.9.1

Presiden Pancang

Presiden pancang:

  • Memiliki wewenang ke atas majlis keahlian dalam pancang; tetapi, kebanyakan majlis ini diadakan oleh uskup.

  • Mesti memberi kebenaran sebelum uskup boleh mengadakan majlis keahlian.

  • Mengadakan majlis keahlian pancang jika seorang lelaki atau wanita yang telah menerima anugerahan bait suci yang mungkin ditarik keahlian Gereja mereka.

  • Boleh mengadakan satu majlis jika seorang ahli merayu keputusan majlis keahlian bahagian.

  • Harus memberi kelulusan sebelum keputusan majlis keahlian bahagian untuk menarik keahlian orang yang tidak dianugerahi adalah muktamad.

32.9.2

Majlis Tinggi

Ahli-ahli majlis tinggi biasanya tidak mengambil bahagian dalam majlis keahlian pancang. Namun, majlis tinggi boleh mengambil bahagian dalam situasi yang sukar (lihat Ajaran dan Perjanjian 102:2). Contohnya, presidensi pancang boleh menjemput majlis tinggi untuk mengambil bahagian apabila:

  • Terdapat fakta-fakta yang dipertikaikan.

  • Mereka akan menambah nilai dan keseimbangan.

  • Ahli meminta penyertaan mereka.

  • Seorang ahli presidensi pancang atau keluarganya terlibat (lihat 32.9.7).

32.9.3

Uskup (atau Presiden Cabang dalam Pancang)

Uskup:

  • Mempunyai wewenang ke atas majlis keahlian bahagian.

  • Berbincang dengan presiden pancang dan memperoleh kelulusannya sebelum mengadakan satu majlis.

  • Tidak mengadakan satu majlis jika seorang lelaki atau wanita yang telah menerima anugerahan bait suci yang mungkin ditarik keahlian Gereja mereka. Satu majlis keahlian pancang mesti diadakan dalam situasi tersebut.

  • Boleh dijemput untuk menghadiri majlis keahlian pancang bagi ahli bahagian yang sedang ditinjau. Kehadirannya mesti diluluskan oleh presiden pancang dan orang itu.

Majlis keahlian bahagian atau cabang boleh mencadangkan untuk menarik keahlian Gereja seseorang jika dia belum dianugerahi. Namun, kelulusan presiden pancang diperlukan sebelum keputusan adalah muktamad.

Kadangkala majlis keahlian bahagian diadakan untuk seorang ahli yang telah dianugerahkan dan pertemuan-pertemuan itu mengungkapkan bahawa keahlian ahli mungkin akan ditarik. Dalam situasi ini, uskup merujukkan perkara itu kepada presiden pancang.

32.9.4

Presiden Misi

Presiden misi:

  • Memiliki wewenang ke atas majlis keahlian dalam cabang dan daerah misi.

  • Mesti memberi kelulusan sebelum seorang presiden daerah atau cabang mengadakan majlis keahlian.

  • Mengadakan majlis keahlian jika seorang lelaki atau wanita yang telah menerima anugerahan bait suci yang mungkin ditarik keahlian Gereja mereka. Jika masa atau jarak menghalang, dia boleh tugaskan salah seorang penasihatnya untuk mengetuai majlis. Dia melantik dua pemegang Imamat Melkisedek lain untuk mengambil bahagian.

  • Jika boleh, adakan majlis keahlian bagi mereka yang belum dianugerahi. Jika masa atau jarak menghalang, dia boleh membenarkan tiga pemegang Imamat Melkisedek untuk mengadakannya. Dalam kes ini, presiden daerah atau presiden cabang ahli biasanya memimpin majlis.

  • Boleh mengadakan satu majlis jika seorang ahli merayu keputusan majlis keahlian daerah atau cabang.

  • Dengan kelulusan Penguasa Umum dari Jabatan Misionari, adakan majlis keahlian jika seorang misionari melakukan dosa serius ketika dalam misi (lihat 32.9.8). Dia juga mengkaji semula hal itu dengan seorang ahli Presidensi Kawasan dan berunding dengan presiden pancang di tempat asal misionari.

  • Harus memberi kebenaran sebelum keputusan majlis keahlian cabang atau daerah untuk menarik keahlian orang yang tidak dianugerahi adalah muktamad.

Jika seorang misionari mengakui dosa serius yang dilakukan sebelum melayani misi, presiden misi menghubungi wakilnya di Jabatan Misionari untuk arahan.

Apabila seorang presiden misi mengadakan majlis keahlian, dia melantik dua pemegang Imamat Melkisedek untuk membantunya. Hanya dalam keadaan yang luar biasa dia melantik misionari muda untuk membantu. Dia mengikut prosedur yang sama seperti dalam majlis keahlian pancang (lihat 32.10). Walau bagaimanapun, majlis tinggi atau majlis daerah tidak mengambil bahagian.

32.9.5

Presiden Daerah atau Cabang dalam Misi

Seorang presiden daerah atau cabang dalam misi boleh mengadakan majlis keahlian apabila dibenarkan oleh presiden misi. Majlis daerah tidak mengambil bahagian.

Satu majlis keahlian daerah atau cabang boleh mencadangkan untuk menarik keahlian Gereja jika dia belum menerima anugerahan bait suci. Namun, kelulusan presiden misi diperlukan sebelum keputusan adalah muktamad.

32.9.6

Kerani Pancang atau Bahagian

Kerani pancang atau bahagian:

  • Menyimpan nota bertulis majlis hanya selama diperlukan untuk menghantar borang Laporan Majlis Keahlian Gereja.

  • Menyediakan borang jika diminta oleh pemimpin yang memimpin majlis.

  • Tidak mengambil bahagian dalam perbincangan atau keputusan dalam majlis.

32.9.7

Penyertaan dalam Keadaan Yang Luar Biasa

Jika seorang penasihat dalam presidensi pancang tidak dapat menyertai majlis keahlian, presiden pancang meminta seorang anggota majlis tinggi atau imam tinggi lain untuk mengambil tempatnya. Jika presiden pancang tidak dapat hadir, Presidensi Utama boleh membenarkan salah seorang penasihatnya untuk memimpin di tempatnya.

Jika seorang penasihat dalam lembaga uskup tidak dapat mengambil bahagian dalam satu majlis keahlian, uskup boleh meminta seorang imam tinggi dalam bahagian untuk mengambil tempatnya. Jika uskup tidak dapat mengambil bahagian, dia merujukkan perkara itu kepada presiden pancang, yang mengetuai majlis keahlian pancang. Uskup tidak boleh tugaskan seorang penasihat untuk mengadakan majlis keahlian.

Jika satu majlis keahlian diadakan untuk seorang ahli keluarga uskup atau salah seorang penasihatnya, ia diadakan di peringkat pancang. Jika ia diadakan untuk seorang ahli keluarga salah seorang penasihat presiden pancang, presiden pancang menugaskan seorang lagi imam tinggi untuk mengambil tempat penasihat itu. Jika satu majlis diadakan untuk seorang ahli keluarga presiden pancang, dia berunding dengan Pejabat Presidensi Utama.

Jika seorang ahli menolak penyertaan uskup atau penasihatnya, majlis keahlian diadakan di peringkat pancang. Jika seorang ahli menolak penyertaan salah seorang penasihat presiden pancang, presiden pancang akan menugaskan seorang lagi imam tinggi untuk mengambil tempat penasihat itu. Jika ahli itu menolak penyertaan presiden pancang, atau jika presiden pancang berasa bahawa dia tidak boleh bertindak saksama, dia berunding dengan Pejabat Presidensi Utama.

32.9.8

Menentukan Pemimpin Mana Yang Mengadakan Majlis dalam Keadaan Khas

Majlis keahlian hampir selalunya diadakan dalam unit Gereja geografi yang mempunyai rekod keahlian orang itu.

Kadangkala majlis keahlian diperlukan untuk seseorang yang telah berpindah. Jika perpindahan itu berada dalam pancang yang sama, presiden pancang berbincang dengan para uskup di kedua-dua bahagian dan memutuskan di mana ia harus diadakan.

Jika ahli berpindah ke luar pancang, presiden pancang bagi kedua-dua pancang berunding dan memutuskan di mana majlis harus diadakan. Jika mereka memutuskan ia harus diadakan di bahagian atau pancang yang asal, rekod keahlian disimpan di bahagian itu sehingga majlis selesai. Jika tidak, rekod itu dipindahkan ke bahagian baru. Uskup atau presiden pancang secara sulit memberitahu uskup atau presiden pancang semasa tentang sebab satu majlis diperlukan.

Kadangkala majlis keahlian diperlukan untuk seorang ahli yang tinggal jauh dari rumah buat sementara. Contohnya, satu majlis mungkin diperlukan untuk seorang pelajar atau seorang ahli dalam tentera. Uskup di mana ahli gereja tinggal buat sementara boleh memberi nasihat dan sokongan. Walau bagaimanapun, dia tidak harus mengadakan majlis keahlian kecuali jika rekod keahlian berada dalam unitnya dan dia telah berunding dengan uskup bahagian asalnya.

Kadangkala seorang misionari melakukan dosa serius di misi yang tidak diungkapkan sehingga dia dilepaskan. Uskup dan presiden pancang berbincang tentang siapa di antara mereka yang harus mengadakan majlis keahlian. Salah seorang daripada mereka berbincang dengan bekas presiden misi sebelum mengadakannya.

32.10

Prosedur untuk Majlis Keahlian

32.10.1

Berikan Notis dan Persediaan untuk Majlis

Uskup atau presiden pancang memberi seorang ahli notis bertulis tentang majlis keahlian yang akan diadakan bagi pihaknya. Dia menandatangani surat itu. Ia merangkumi informasi-informasi berikut:

“Lembaga [uskup atau presidensi pancang] akan mengadakan majlis keahlian bagi pihak anda. Majlis akan diadakan pada [tarikh dan masa] di [tempat].

“Majlis ini akan mempertimbangkan [meringkaskan salah laku dalam istilah umum, tetapi tidak memberi butiran atau bukti].

“Anda dijemput untuk menghadiri majlis dan memberi jawapan anda. Anda boleh menyediakan penyataan bertulis dari orang yang boleh memberikan maklumat yang berkaitan. Anda boleh menjemput orang-orang tersebut untuk berucap kepada majlis bagi pihak anda jika diluluskan terlebih dahulu oleh presiden pancang atau uskup. Anda juga boleh menjemput [presiden Lembaga Pertolongan bahagian atau presiden kuorum penatua] untuk hadir dan memberi sokongan.

“Sesiapa yang hadir harus mematuhi sifat majlis yang penuh hormat, termasuk prosedur dan kerahsiaannya. Peguam dan penyokong yang tidak dirujuk di atas tidak dibenarkan hadir.”

Perenggan terakhir boleh termasuk ungkapan kasih, harapan, dan kebimbangan.

Garis panduan tentang siapa yang boleh dijemput untuk berucap kepada majlis disediakan dalam 32.10.3, nombor 4.

Jika surat itu tidak boleh dihantar secara bersemuka, ia boleh dihantar melalui pos berdaftar atau disahkan, dengan resit pemulangan diminta.

Uskup atau presiden pancang menjadualkan satu majlis keahlian pada satu masa yang sesuai bagi orang itu. Dia juga memastikan cukup masa untuk mendapatkan kenyataan mangsa yang disalah laku jika mereka ingin menyediakannya (lihat 32.10.2).

Uskup atau presiden pancang menyediakan ahli untuk majlis dengan menjelaskan tujuan dan prosedurnya. Dia juga menjelaskan keputusan-keputusan yang majlis boleh capai dan kesannya. Jika seorang ahli telah membuat pengakuan, pemimpin itu menjelaskan bahawa pengakuan itu perlu digunakan dalam majlis keahlian.

32.10.2

Memperoleh Kenyataan daripada Mangsa

Apabila seorang ahli Gereja menjadi mangsa (seperti sumbang mahram, penganiayaan kanak-kanak, penganiayaan pasangan, atau penipuan), uskup atau presiden pancang menghubungi uskup atau presiden pancang terkini orang itu. Pemimpin-pemimpin ini memutuskan sama ada ia berguna untuk memberi mangsa peluang untuk menyediakan pernyataan bertulis tentang salah laku dan kesannya. Penyataan ini boleh dibaca dalam majlis keahlian (lihat 32.10.3, nombor 3). Para pemimpin Gereja tidak mempunyai wewenang untuk menghubungi mangsa-mangsa yang bukan ahli Gereja.

Sebarang pertemuan dengan mangsa untuk tujuan ini diadakan oleh uskup atau presiden pancang semasanya. Jika seorang mangsa memberikan satu kenyataan, pemimpin ini memberikannya kepada uskup atau presiden pancang yang akan mengadakan majlis keahlian. Para pemimpin mesti berhati-hati untuk mengelakkan trauma selanjutnya.

Sebarang pertanyaan tentang seorang mangsa yang di bawah umur 18 tahun dibuat melalui ibu bapa anak atau penjaga sah, kecuali jika perbuatan demikian boleh meningkatkan risiko mangsa.

Untuk maklumat tentang uskup dan presiden pancang yang menerima bimbingan dalam kes-kes penganiayaan, lihat 32.4.5 dan 38.6.2.1.

32.10.3

Mengendali Majlis

Sebaik sebelum majlis bermula, uskup atau presiden pancang memberitahu para peserta mengapa majlis itu diadakan dan apakah salah laku yang dilaporkan itu. Jika perlu, dia menjelaskan prosedur majlis.

Orang itu, jika hadir, dialu-alukan ke dalam bilik. Jika uskup telah dijemput untuk menghadiri majlis keahlian pancang, dia juga dijemput ke dalam bilik pada waktu ini. Jika orang itu menjemput presiden Lembaga Pertolongan bahagian atau presiden kuorum penatua untuk hadir dan memberi sokongan, dia juga disambut ke dalam bilik.

Uskup atau presiden pancang mengendalikan majlis dengan roh kasih, seperti yang digariskan di bawah.

  1. Dia menjemput seseorang untuk menawarkan doa pembukaan.

  2. Dia menyatakan salah laku yang dilaporkan. Dia memberi orang itu (jika hadir) peluang untuk mengesahkan, menyangkal, atau menjelaskan kenyataan ini.

  3. Jika ahli mengesahkan salah laku itu, uskup atau presiden pancang teruskan ke nombor 5 di bawah. Jika ahli itu menafikannya, uskup atau presiden pancang memberikan maklumat tentangnya. Ini boleh termasuk menyampaikan dokumen-dokumen yang boleh dipercayai dan membaca dengan lantang sebarang pernyataan bertulis dari mangsa-mangsa (lihat 32.10.2). Jika dia membaca kenyataan sedemikian, dia melindungi identiti mangsa.

  4. Jika ahli itu menafikan salah laku itu, dia boleh mengemukakan maklumat kepada majlis. Ini boleh ditulis. Atau ahli boleh meminta orang yang boleh memberikan maklumat berkaitan untuk berucap kepada majlis, satu demi satu. Orang tersebut mestilah seorang ahli Gereja kecuali uskup atau presiden pancang telah memutuskan terlebih dahulu bahawa seorang bukan ahli gereja boleh hadir. Mereka tunggu di bilik yang berasingan sehingga mereka diminta untuk bercakap. Setiap orang meninggalkan bilik majlis apabila dia selesai. Mereka mesti sedia mematuhi sifat majlis yang penuh hormat, termasuk prosedur dan kerahsiaannya. Ahli-ahli tidak dibenarkan untuk mempunyai kehadiran penasihat undang-undang. Mereka juga tidak patut mempunyai penyokong yang melampaui rujukan perenggan kedua dalam bahagian ini.

  5. Uskup atau presiden pancang boleh menanyakan soalan-soalan kepada ahli dengan cara yang sopan dan hormat. Dia juga boleh menanyakan soalan-soalan kepada orang lain yang ahli telah minta untuk berikan maklumat. Para penasihat dalam lembaga uskup atau presidensi pancang juga boleh bertanya soalan. Sebarang soalan haruslah ringkas dan terhad kepada fakta-fakta yang penting.

  6. Selepas semua maklumat yang berkaitan telah dikemukakan, uskup atau presiden pancang membenarkan ahli keluar dari bilik itu. Kerani juga dijemput keluar, kecuali jika majlis tinggi telah mengambil bahagian dalam majlis keahlian pancang. Jika uskup ahli itu hadir untuk majlis keahlian pancang, dia dijemput keluar. Jika presiden Lembaga Pertolongan atau presiden kuorum penatua hadir untuk memberi sokongan, dia juga dijemput keluar.

  7. Uskup atau presiden pancang meminta ulasan atau pandangan dari penasihatnya. Jika majlis tinggi telah mengambil bahagian dalam majlis keahlian pancang, dia meminta ulasan dan pandangan mereka.

  8. Bersama penasihat-penasihatnya, uskup atau presiden pancang berdoa untuk tahu kehendak Tuhan tentang hal itu. Hanya presiden pancang dan penasihat-penasihatnya atau uskup dan penasihat-penasihatnya harus berada di dalam bilik pada waktu ini. Jika majlis keahlian pancang termasuk majlis tinggi, presidensi pancang biasanya pergi ke pejabat presiden pancang.

  9. Uskup atau presiden pancang memberitahu penasihat-penasihatnya tentang keputusannya dan meminta mereka untuk menyokongnya. Jika majlis keahlian pancang termasuk majlis tinggi, presidensi pancang kembali ke bilik dan meminta majlis tinggi untuk menyokongnya. Jika seorang penasihat atau anggota majlis tinggi mempunyai pendapat yang berbeza, uskup atau presiden pancang mendengar dan berusaha untuk menyelesaikan perbezaannya. Tanggungjawab untuk keputusan itu terletak pada pemimpin utama.

  10. Dia menjemput orang itu kembali ke dalam bilik. Jika kerani keluar, dia juga dijemput kembali ke dalam bilik. Jika uskup ahli hadir untuk majlis keahlian pancang, dia juga dijemput kembali ke dalam bilik. Jika presiden Lembaga Pertolongan atau presiden kuorum penatua hadir untuk memberi sokongan, dia juga dijemput kembali ke dalam bilik.

  11. Uskup atau presiden pancang berkongsi keputusan majlis dengan roh kasih. Jika keputusan adalah untuk mengehadkan hak istimewa keahlian Gereja secara rasmi atau menarik keahlian, dia menjelaskan syarat-syarat (lihat 32.11.3 dan 32.11.4). Dia juga menjelaskan bagaimana untuk mengatasi sekatan dan memberi arahan dan nasihat lain. Seorang uskup atau presiden pancang boleh menangguhkan majlis buat suatu masa untuk mencari bimbingan atau maklumat lebih sebelum membuat keputusan. Dalam kes itu, dia menjelaskan ini.

  12. Dia menjelaskan hak orang itu untuk membuat rayuan (lihat 32.13).

  13. Dia menjemput seseorang untuk menawarkan doa penutup.

Sama ada orang itu hadir atau tidak, uskup atau presiden pancang memberitahu dia tentang keputusan yang dijelaskan dalam 32.12.1.

Tidak ada peserta dalam majlis keahlian yang dibenarkan untuk membuat rakaman audio, video, atau bertulis. Seorang kerani boleh mengambil nota untuk tujuan menyediakan Laporan Majlis Keahlian Gereja. Walau bagaimanapun, nota-nota tersebut bukanlah rekod atau transkrip kata-kata. Selepas laporan disediakan, dia dengan segera memusnahkan sebarang nota.

32.11

Keputusan dari Majlis Keahlian

Keputusan dari majlis keahlian harus diarahkan oleh Roh. Mereka harus mencerminkan kasih dan harapan yang ditawarkan oleh Juruselamat kepada mereka yang bertaubat. Keputusan-keputusan yang mungkin dihuraikan di bawah. Apabila membuat keputusan ini, para pemimpin mempertimbangkan keadaan yang digariskan dalam 32.7.

Selepas mana-mana majlis keahlian, uskup atau presiden pancang menyerahkan borang Majlis Keahlian Gereja melalui LCR (lihat 32.14.1).

Keputusan-keputusan mungkin dari majlis keahlian digariskan di bahagian-bahagian berikut.

32.11.1

Tetap Berada dalam Kedudukan Yang Baik

Dalam sesetengah keadaan, seseorang mungkin tidak bersalah dan tetap berada dalam kedudukan yang baik. Dalam sesetengah keadaan, seseorang mungkin telah melakukan dosa, bertaubat dengan ikhlas, dan berada dalam kedudukan yang baik. Uskup atau presiden pancang boleh memberi nasihat dan amaran tentang tindakan masa depan. Selepas majlis itu, dia terus memberi sokongan seperti yang diperlukan.

Imej
pasangan duduk bersama

32.11.2

Kaunseling Peribadi dengan Uskup atau Presiden Pancang

Dalam beberapa majlis keahlian, para pemimpin boleh memutuskan bahawa ahli itu tidak berada dalam kedudukan yang baik—tetapi sekatan keahlian rasmi tidak terjamin. Dalam keadaan ini, majlis boleh memutuskan bahawa orang itu harus menerima kaunseling dan pembetulan peribadi daripada uskup atau presiden pancang. Kaunseling ini boleh termasuk sekatan keahlian tidak rasmi seperti yang digariskan dalam 32.8.3.

Kaunseling peribadi dan sekatan keahlian tidak rasmi bukan satu pilihan apabila satu majlis diadakan untuk dosa-dosa yang tersenarai dalam 32.6.1.

32.11.3

Sekatan Keahlian Rasmi

Dalam beberapa majlis keahlian, para pemimpin boleh memutuskan bahawa adalah paling baik untuk mengehadkan hak istimewa keahlian Gereja secara rasmi untuk suatu masa. Sekatan rasmi mungkin mencukupi untuk semua kecuali dosa atau situasi yang paling serius, yang mana keahlian akan ditarik (lihat 32.11.4).

Mereka yang mempunyai sekatan keahlian rasmi masih ahli Gereja. Namun, keistimewaan keahlian Gereja mereka disekat seperti berikut:

  • Mereka tidak boleh memasuki bait suci. Namun, mereka masih boleh memakai pakaian suci bait suci jika dianugerahi. Jika ahli mempunyai kad rekomen bait suci, pemimpin membatalkannya dalam LCR.

  • Mereka tidak boleh menggunakan imamat.

  • Mereka tidak boleh mengambil sakramen atau mengambil bahagian dalam sokongan para pegawai Gereja.

  • Mereka tidak boleh memberi ucapan, pelajaran, atau doa dalam keadaan Gereja. Mereka juga tidak boleh melayani dalam panggilan Gereja.

Mereka digalakkan untuk menghadiri pertemuan dan aktiviti Gereja jika berkelakuan baik. Mereka juga digalakkan untuk membayar persepuluhan dan sumbangan.

Uskup atau presiden pancang boleh memberi syarat tambahan lain, seperti menjauhkan diri dari bahan-bahan pornografi dan pengaruh jahat yang lain. Dia biasanya memberi syarat-syarat yang positif. Ini mungkin termasuk kehadiran Gereja, doa biasa, dan membaca tulisan suci dan bahan-bahan Gereja yang lain dengan kerap.

Jika hak istimewa keahlian Gereja seseorang disekat secara rasmi, ia dicatat dalam rekod keahlian.

Masa pembatasan rasmi biasanya berlangsung sekurang-kurangnya satu tahun dan mungkin lebih lama. Apabila ahli membuat kemajuan tertentu dalam pertaubatan ikhlas, uskup atau presiden pancang mengadakan satu majlis lagi untuk mempertimbangkan penyingkiran sekatan (lihat 32.16.1). Jika ahli itu meneruskan dosa, pemimpin itu boleh mengadakan majlis lagi untuk mempertimbangkan langkah-langkah lain.

32.11.4

Penarikan Keahlian

Dalam beberapa majlis keahlian, para pemimpin boleh memutuskan bahawa adalah paling baik untuk menarik keahlian Gereja seseorang buat suatu masa (lihat Mosia 26:36; Alma 6:3; Moroni 6:7; Ajaran dan Perjanjian 20:83).

Menarik keahlian Gereja seseorang diperlukan untuk pembunuhan (seperti yang dijelaskan dalam 32.6.1.1) dan perkahwinan jamak (seperti yang dijelaskan dalam 32.6.1.2). Ia selalunya diperlukan untuk sumbang mahram seperti yang dijelaskan dalam 32.6.1.2 dan 38.6.10.

Mengikut dorongan Roh, penarikan keahlian seseorang juga mungkin perlu bagi situasi berikut:

  • Bagi mereka yang kelakuannya mengancam orang lain secara serius.

  • Bagi mereka yang telah melakukan dosa-dosa yang sangat parah.

  • Bagi mereka yang tidak menunjukkan pertaubatan dosa-dosa serius (lihat pertimbangan dalam 32.7).

  • Bagi mereka yang melakukan dosa-dosa serius yang membahayakan Gereja.

Satu majlis keahlian bahagian, cabang, atau daerah boleh mencadangkan penarikan keahlian Gereja daripada seseorang yang belum menerima anugerahan bait suci. Namun, kelulusan presiden pancang atau misi diperlukan sebelum keputusan adalah muktamad.

Mereka yang keahlian Gerejanya telah ditarik mungkin tidak boleh menikmati sebarang keistimewaan keahlian.

  • Mereka tidak boleh memasuki bait suci atau memakai pakaian suci bait suci. Jika orang itu mempunyai kad rekomen bait suci, pemimpin membatalkannya dalam LCR.

  • Mereka tidak boleh menggunakan imamat.

  • Mereka tidak boleh mengambil sakramen atau mengambil bahagian dalam sokongan para pegawai Gereja.

  • Mereka tidak boleh memberi ucapan, mengajar, atau berdoa dalam Gereja atau memimpin aktiviti gereja. Mereka juga tidak boleh melayani dalam panggilan Gereja.

  • Mereka tidak boleh membayar persepuluhan dan memberi sumbangan.

Mereka digalakkan untuk menghadiri pertemuan dan aktiviti Gereja jika berkelakuan baik.

Mereka yang keahlian Gerejanya telah ditarik boleh dipertimbangkan untuk penerimaan semula melalui pembaptisan dan penetapan. Biasanya, mereka perlu menunjukkan pertaubatan yang tulen untuk sekurang-kurangnya satu tahun. Uskup atau presiden pancang mengadakan majlis keahlian lain untuk pertimbangkan penerimaan semula (lihat 32.16.1).

Keputusan dan Kesan Majlis Keahlian

Keputusan

Kesan

Keputusan

Kekal dalam Kedudukan Baik (lihat 32.11.1)

Kesan

  • Tiada

Keputusan

Kaunseling Peribadi dengan Uskup atau Presiden Pancang (lihat 32.11.2)

Kesan

  • Mungkin ada keistimewaan keahlian yang disekat secara tidak rasmi.

  • Sekatan biasanya kurang dari satu tahun; dalam keadaan yang luar biasa, ia mungkin lebih lama.

  • Sekatan tidak rasmi disingkirkan selepas pertaubatan yang tulen.

  • Tindakan tidak direkodkan dalam rekod keahlian.

Keputusan

Sekatan Keahlian Rasmi (lihat 32.11.3)

Kesan

  • Keistimewaan keahlian disekat secara rasmi.

  • Sekatan biasanya sekurang-kurangnya satu tahun dan mungkin lebih lama.

  • Tindakan dicatatkan dalam rekod keahlian.

  • Sekatan rasmi dihentikan selepas pertaubatan ikhlas, majlis keahlian, dan, jika perlu, kelulusan Presidensi Utama.

  • Penunjuk rekod keahlian disingkirkan jika sekatan disingkirkan selepas majlis keahlian (kecuali anotasi-anotasi yang diperlukan, lihat 32.14.5).

Keputusan

Penarikan Keahlian (lihat 32.11.4)

Kesan

  • Semua tatacara dibatalkan.

  • Semua hak istimewa keahlian ditarik, biasanya untuk sekurang-kurangnya satu tahun.

  • Seseorang layak untuk penerimaan semula melalui pembaptisan dan penetapan hanya selepas pertaubatan ikhlas, majlis keahlian, dan, jika perlu, kelulusan Presidensi Utama.

  • Seorang yang telah dianugerahi sebelumnya layak untuk menerima pemulihan berkat-berkat hanya dengan kelulusan Presidensi Utama dan selepas sekurang-kurangnya satu tahun penuh dari penerimaan semula (lihat 32.17.2).

  • Bagi orang yang telah dianugerahi, petunjuk “Pemulihan Berkat Diperlukan” dikeluarkan dari rekod keahlian hanya selepas tatacara dilaksanakan (anotasi-anotasi yang diperlukan akan kekal; lihat 32.14.5).

32.11.5

Soalan-soalan tentang Memutuskan Hal-hal Yang Sukar

Uskup mengarahkan soalan-soalan tentang buku panduan untuk majlis keahlian kepada presiden pancang.

Dalam hal-hal yang sukar, presiden pancang boleh mendapatkan nasihat dari Kawasan Tujuh Puluh yang ditugaskan. Presiden pancang mesti berunding dengan Presidensi Kawasan tentang hal-hal yang digariskan dalam 32.6.3. Namun, presiden pancang tidak harus meminta Ahli Kawasan Tujuh Puluh atau Penguasa Umum untuk memutuskan hal-hal yang sukar. Presiden pancang memutuskan jika satu majlis harus diadakan untuk menangani tindakan tersebut. Jika satu majlis diadakan, presiden pancang atau uskup menentukan keputusannya.

32.11.6

Wewenang Presidensi Utama

Presidensi Utama mempunyai wewenang muktamad ke atas semua sekatan dan penarikan keahlian Gereja.

32.12

Pemberitahuan dan Pengumuman

Keputusan majlis keahlian disampaikan kepada orang itu—dan kepada orang lain jika perlu—seperti yang dijelaskan di bawah.

32.12.1

Memberitahu Seseorang Tentang Keputusan

Uskup atau presiden pancang biasanya memberitahu orang itu hasil majlis apabila ia tamat. Namun, dia boleh menangguhkan majlis buat satu ketika untuk mencari bimbingan atau maklumat lebih sebelum membuat keputusan.

Satu majlis keahlian bahagian, cabang, atau daerah boleh mencadangkan penarikan keahlian Gereja daripada seseorang yang belum menerima anugerahan bait suci. Namun, kelulusan presiden pancang atau misi diperlukan sebelum keputusan adalah muktamad.

Uskup atau presiden pancang menjelaskan kesan-kesan keputusan seperti yang digariskan dalam 32.11. Biasanya dia juga memberi nasihat tentang syarat-syarat pertaubatan supaya sekatan dapat disingkirkan atau orang itu boleh diterima semula ke dalam Gereja.

Uskup atau presiden pancang memberi seseorang notis bertulis segera tentang keputusan dan kesannya. Notis ini terdiri daripada satu pernyataan umum bahawa tindakan itu diambil sebagai tindak balas terhadap tindakan yang bertentangan dengan hukum dan aturan Gereja. Ia juga boleh termasuk nasihat tentang hentian penyekatan keahlian atau penerimaan semula ke dalam Gereja. Ia harus memberitahu orang itu bahawa dia boleh merayu keputusan itu (lihat 32.13).

Jika orang itu tidak menghadiri majlis, notis bertulis mungkin mencukupi untuk memberitahu dia tentang keputusan itu. Uskup atau presiden pancang juga boleh bertemu dengan orang itu.

Uskup atau presiden pancang tidak memberi orang itu satu salinan borang Laporan Majlis Keahlian Gereja.

32.12.2

Memaklumkan Orang Lain tentang sesuatu Keputusan

Jika seorang uskup atau presiden pancang menyekat hak istimewa keahlian seseorang secara tidak rasmi dalam kaunseling peribadi, dia biasanya tidak memberitahu orang lain (lihat 32.8.3). Walau bagaimanapun, para pemimpin ini berkomunikasi dengan satu sama lain tentang sekatan tidak rasmi ketika mereka membantu ahli-ahli.

Jika hak istimewa keahlian seseorang disekat secara rasmi atau ditarik dalam majlis keahlian, uskup atau presiden pancang menyampaikan keputusan itu hanya kepada mereka yang perlu tahu. Garis panduan berikut perlu digunakan.

  • Dia mempertimbangkan keperluan mangsa dan bakal mangsa dan perasaan keluarga orang itu.

  • Dia tidak menyampaikan keputusan jika orang itu sedang membuat rayuan. Walau bagaimanapun, dia boleh berkomunikasi bahawa ia sedang dirayu jika dia merasakan ia diperlukan untuk melindungi bakal mangsa. Dia juga boleh berkomunikasi untuk menyokong pemulihan mangsa (walaupun dia tidak memberi nama-nama mangsa) atau untuk melindungi integriti Gereja.

  • Jika perlu, uskup menyampaikan keputusan secara sulit kepada ahli majlis bahagian. Ini adalah untuk memberitahu para pemimpin yang mungkin mempertimbangkan orang itu untuk panggilan, pengajaran pelajaran, atau memberi doa atau ucapan. Ia juga menggalakkan para pemimpin untuk menawarkan penjagaan dan sokongan kepada ahli dan keluarganya.

  • Dengan kebenaran presiden pancang, uskup boleh menyampaikan keputusan dalam pertemuan kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan bahagiannya jika situasi itu melibatkan:

    • Tingkah laku pemangsa yang mungkin mengancam orang lain.

    • Mengajar ajaran palsu atau bentuk kemurtadan yang lain.

    • Dosa-dosa nyata seperti mengamalkan perkahwinan jamak atau menggunakan ajaran-ajaran kultus untuk menarik orang lain.

    • Menentang tindakan atau ajaran pemimpin umum atau pemimpin tempatan Gereja secara nyata.

  • Dalam situasi seperti ini, presiden pancang juga perlu membenarkan komunikasi kepada ahli-ahli bahagian lain dalam pancang.

  • Dalam sesetengah kes, uskup atau presiden pancang mungkin berasa ia akan membantu untuk memberitahu beberapa atau semua mangsa dan keluarga mereka bahawa satu majlis keahlian telah diadakan untuk orang itu. Dia melakukan ini melalui uskup atau presiden pancang mereka.

  • Jika kecenderungan seseorang pemangsa membawa risiko kepada orang lain, uskup atau presiden pancang boleh memberi amaran untuk membantu melindungi orang lain. Dia tidak mengungkapkan maklumat sulit dan tidak membuat spekulasi.

  • Dalam semua kes lain, uskup atau presiden pancang menghadkan sebarang komunikasi kepada satu pernyataan umum. Dia hanya menyatakan bahawa hak istimewa keahlian Gereja seseorang telah disekat atau ditarik kerana kelakuan yang bertentangan dengan hukum dan tatacara Gereja. Dia meminta mereka yang hadir untuk tidak membincangkannya. Dia tidak meminta suara sokongan.

  • Jika seorang ahli kekal dalam keadaan baik selepas majlis keahlian (lihat 32.11.1), uskup atau presiden pancang boleh berkomunikasi untuk menghilangkan desas-desus.

32.12.3

Komunikasi Pelepasan Keahlian

Dalam sesetengah kes, seorang uskup mungkin perlu berkomunikasi bahawa seseorang telah melepaskan keahlian dalam Gereja (lihat 32.14.9). Uskup tidak memberikan sebarang butiran lain.

32.13

Rayuan Terhadap Keputusan

Seorang ahli boleh merayu keputusan majlis keahlian bahagian kepada presiden pancang dalam tempoh 30 hari. Presiden pancang mengadakan majlis keahlian pancang untuk mempertimbangkan rayuan itu. Dia juga boleh meminta seorang uskup untuk mengadakan satu majlis semula dan mempertimbangkan semula keputusan, terutamanya jika terdapat maklumat baru.

Seorang ahli boleh merayu keputusan majlis keahlian pancang dengan menulis sepucuk surat kepada Presidensi Utama dalam tempoh 30 hari. Ahli memberikan surat itu kepada presiden pancang untuk dihantar kepada Presidensi Utama.

Dalam satu misi, seorang ahli boleh merayu keputusan majlis keahlian cabang atau daerah kepada presiden misi dalam 30 hari. Presiden misi mengadakan majlis keahlian untuk mempertimbangkan rayuan itu. Jika masa atau jarak menghalang dia daripada melakukan ini, dia mengikut arahan dalam 32.9.4.

Jika seorang presiden misi mengendalikan majlis, ahli boleh merayu keputusan dengan menulis surat kepada Presidensi Utama dalam masa 30 hari. Ahli memberikan surat itu kepada presiden misi untuk dihantar kepada Presidensi Utama.

Seseorang yang merayu keputusan menyatakan secara bertulis kesalahan yang didakwa atau ketidakadilan dalam prosedur atau keputusan.

Jika majlis keahlian diadakan untuk mempertimbangkan rayuan, salah satu daripada dua keputusan adalah mungkin:

  • Tetap kekal dengan keputusan awal.

  • Ubah suai keputusan awal.

Keputusan Presidensi Utama adalah muktamad dan tidak boleh dirayu semula.

32.14

Laporan dan Rekod Keahlian

32.14.1

Laporan Majlis Keahlian Gereja

Selepas mana-mana majlis keahlian, uskup atau presiden pancang menyerahkan borang Majlis Keahlian Gereja melalui LCR dengan segera. Dia boleh meminta kerani untuk menyediakan laporan itu. Dia memastikan bahawa tidak ada salinan cetak atau salinan elektronik borang itu disimpan secara tempatan. Dia juga memastikan nota-nota yang digunakan untuk menyediakan laporan itu dimusnahkan dengan segera.

32.14.2

Sekatan Keahlian Gereja Rasmi

Sekatan keahlian Gereja rasmi dicatat dalam rekod keahlian seseorang. Ibu pejabat Gereja membuat notasi ini selepas menerima Laporan Majlis Keahlian Gereja. Apabila seorang ahli telah bertaubat, pemimpin harus mengadakan satu lagi majlis untuk mempertimbangkan penyingkiran sekatan ini (lihat 32.16.1).

32.14.3

Rekod-rekod selepas Keahlian Gereja Seseorang Ditarik

Jika keahlian Gereja seseorang ditarik, ibu pejabat Gereja menyingkirkan rekod keahlian selepas menerima Laporan Majlis Keahlian Gereja. Jika orang itu ingin, para pemimpin membantu dia bersedia untuk penerimaan semula ke dalam Gereja melalui pembaptisan dan penetapan (lihat 32.16.1).

32.14.4

Rekod-rekod selepas Penerimaan Semula ke dalam Gereja

Selepas seseorang diterima semula ke dalam Gereja, uskup menghantar satu Laporan borang Majlis Keahlian Gereja. Sijil Pembaptisan dan Penetapan tidak dicipta. Sebaliknya, pembaptisan dan penetapan dicatatkan dalam borang Laporan Majlis Keahlian Gereja.

Jika ahli itu tidak pernah dianugerahi, ibu pejabat Gereja memberikan rekod keahlian yang menunjukkan tarikh pembaptisan asalnya dan tatacara-tatacara lain. Rekod ini tidak merujuk kepada kehilangan keahlian Gereja.

Jika ahli telah dianugerahi sebelum ini, ibu pejabat Gereja mengemaskini rekod keahlian untuk menunjukkan tarikh pembaptisan dan penetapan baru. Rekod ini juga termasuk pesanan “Pemulihan Berkat Yang Diperlukan.” Selepas berkat-berkat ahli dipulihkan (lihat 32.17.2), rekod keahlian dikemas kini untuk menunjukkan tarikh pembaptisan asal dan tatacara-tatacara lain. Ia tidak merujuk kepada kehilangan keahlian Gereja.

32.14.5

Rekod Keahlian dengan Anotasi-anotasi

Seperti yang dibenarkan oleh Presidensi Utama, ibu pejabat Gereja membuat anotasi pada rekod keahlian seseorang dalam mana-mana situasi yang disenaraikan di bawah.

  1. Uskup atau presiden pancang menyerahkan borang Majlis Keahlian Gereja yang menunjukkan bahawa keahlian orang itu disekat secara rasmi atau ditarik untuk sebarang kelakuan berikut:

    1. Sumbang mahram

    2. Penderaan seksual kanak-kanak atau remaja, eksploitasi seksual kanak-kanak atau remaja, atau penderaan jasmani atau emosi yang serius terhadap kanak-kanak atau remaja

    3. Penglibatan dengan pornografi kanak-kanak seperti yang digariskan dalam 38.6.6

    4. Perkahwinan jamak

    5. Kelakuan pemangsa seksual dewasa

    6. Transgender—tindakan untuk beralih kepada jantina yang bertentangan dengan jantina biologi seseorang (lihat 38.6.23)

    7. Penyelewengan dana Gereja atau mencuri harta Gereja

    8. Salahguna kebajikan Gereja

    9. Kelakuan mengancam (seperti seksual, keganasan, atau kewangan) atau kelakuan yang membahayakan Gereja

  2. Uskup dan presiden pancang menyerahkan notifikasi bertulis bahawa orang itu:

    1. Telah mengakui atau telah disabitkan dengan jenayah yang melibatkan salah satu tindakan yang disenaraikan di atas.

    2. Telah didapati bertanggungjawab dalam tindakan penipuan sivil atau tindakan haram lain yang melibatkan salah satu tindakan yang disenaraikan di atas.

Apabila seorang uskup menerima rekod keahlian yang dianotasi, dia mengikut arahan dalam anotasi itu.

Hanya Presidensi Utama boleh membenarkan penyingkiran anotasi dari rekod keahlian. Untuk mencadangkan penyingkiran anotasi, presiden pancang menggunakan LCR. Pejabat Presidensi Utama memberitahunya jika cadangan itu diluluskan atau tidak.

32.14.6

Melaporkan Kecurian Dana Gereja

Jika keahlian seseorang disekat atau ditarik kerana penyelewengan dana Gereja, uskup atau presiden pancang melaporkannya seperti yang digariskan dalam 34.9.5.

32.14.7

Sekatan Gerakan pada Rekod Keahlian

Kadangkala seorang ahli Gereja berpindah ketika tindakan keahlian atau kebimbangan serius lain sedang disiasat. Kadangkala seorang uskup perlu berkongsi maklumat dengan uskup baru sebelum memindahkan rekod keahlian ke unit baru. Dalam kes ini, uskup (atau kerani jika dibenarkan) boleh meletakkan sekatan pada rekod keahlian. Rekod itu kekal dalam unit itu sehingga uskup (atau kerani jika dibenarkan) menyingkirkan sekatan itu. Ini memberi peluang kepada uskup untuk menyampaikan kebimbangan dan maklumat.

32.14.8

Rekod-rekod Orang yang Dipenjara

Beberapa ahli telah disabitkan dengan jenayah dan dipenjarakan. Uskup atau presiden pancang unit di mana orang itu tinggal apabila jenayah itu dilakukan diteruskan dengan sebarang tindakan yang perlu untuk sekatan keahlian rasmi atau penarikan keahlian. Jika hak istimewa keahlian disekat, pemimpin (atau kerani jika dibenarkan) menghantarkan rekod keahlian kepada unit yang bertanggungjawab di tempat orang itu dipenjarakan. Jika keahlian ditarik, uskup atau presiden pancang menghubungi pemimpin unit itu. (Lihat 32.15.)

32.14.9

Permintaan untuk Pelepasan Keahlian

Jika seorang ahli meminta untuk dilepaskan keahliannya dalam Gereja, uskup menghubunginya untuk mendapat tahu jika dia sudi membincangkan kebimbangan itu dan cuba menyelesaikannya. Uskup dan ahli juga boleh berunding dengan presiden pancang. Pemimpin itu memastikan ahli memahami kesan berikutan pelepasan keahlian Gereja:

  • Ia membatalkan semua tatacara.

  • Ia menyingkirkan semua hak istimewa keahlian.

  • Penerimaan semula melalui pembaptisan dan penetapan hanya boleh berlaku selepas temu duga yang menyeluruh dan, dalam banyak kes, majlis keahlian (lihat 32.16.2).

  • Seorang yang telah dianugerahi sebelumnya layak menerima pemulihan imamat dan berkat bait suci hanya dengan kelulusan Presidensi Utama dan selepas sekurang-kurangnya satu tahun penuh sejak penerimaan semula (lihat 32.17.2).

Jika ahli itu masih ingin dilepaskan keahlian Gereja, dia memberi uskup satu permohonan bertulis yang ditandatangani. Uskup menghantar permohonan itu kepada presiden pancang melalui LCR. Presiden pancang kemudian mengkaji dan menghantar permohonan melalui sistem itu. Para pemimpin harus bertindak atas permohonan dengan segera.

Seseorang juga boleh dilepaskan keahlian dengan menghantar permintaan dinotari dan ditandatangani ke ibu pejabat Gereja.

Seorang remaja di bawah umur yang ingin dilepaskan keahlian Gereja mengikut prosedur yang sama dengan seorang dewasa, dengan satu pengecualian: permintaan harus ditandatangani oleh anak bawah umur itu (jika berumur 8 tahun ke atas) dan oleh ibu bapa atau penjaga yang mempunyai hak jagaan sah bagi anak itu.

Jika seorang ahli yang melepaskan keahlian mengancam tindakan undang-undang terhadap Gereja atau pemimpinnya, presiden pancang mengikut arahan dalam 38.8.24.

Permintaan untuk dilepaskan keahlian harus diambil tindakan walaupun para pemimpin imamat mempunyai maklumat tentang dosa serius. Sebarang maklumat tentang dosa-dosa yang belum diselesaikan dicatat apabila permintaan itu dihantar melalui Leader and Clerk Resources (Sumber Pemimpin dan Kerani). Ini membenarkan para pemimpin imamat untuk menyelesaikan hal-hal seperti ini pada masa depan jika orang itu memohon untuk penerimaan semula ke dalam Gereja (lihat 32.16.2).

Seorang pemimpin imamat tidak harus mencadangkan pelepasan keahlian Gereja untuk mengelak daripada mengadakan majlis keahlian.

Para pemimpin terus melayani mereka yang dilepaskan keahlian kecuali jika mereka meminta untuk tidak dihubungi.


MENGEMBALIKAN KEISTIMEWAAN KEAHLIAN GEREJA


Jika keistimewaan keahlian Gereja seseorang telah disekat atau ditarik, para pemimpin berkumpul, berunding, dan menyokong orang jika dibenarkan. Bahagian ini menjelaskan bagaimana hak istimewa itu boleh dikembalikan.

32.15

Terus Melayani

Peranan uskup atau presiden pancang sebagai hakim umum tidak berakhir apabila seorang ahli menerima sekatan keahlian atau keahlian Gereja mereka ditarik. Dia terus melayani, jika dibenarkan, supaya dia boleh menikmati berkat-berkat keahlian Gereja semula. Uskup sering bertemu dengan orang itu dan, jika membantu dan sesuai, pasangannya juga. Juruselamat mengajar bangsa Nefi:

“Janganlah kamu mengusirnya dari… tempat-tempat penyembahanmu, kerana untuk yang demikianlah kamu harus terus melayani; kerana kamu tidak tahu adakah mereka akan kembali dan bertaubat, dan datang kepada-Ku dengan niat hati yang sepenuhnya, dan Aku akan menyembuhkan mereka; dan kamu akan menjadi sarana untuk membawa keselamatan bagi mereka” (3 Nefi 18:32).

Masa selepas keahlian seseorang disekat atau ditarik adalah masa yang susah dan kritikal bagi keluarganya. Para pemimpin harus peka terhadap keperluan-keperluan ini dan menggalak dan membantu ahli keluarga.

Uskup memastikan ahli-ahli yang prihatin ditugaskan untuk melayani seseorang yang keahlian Gerejanya telah disekat atau ditarik, jika dibenarkan oleh orang itu. Mereka juga melayani ahli keluarga yang lain. Individu yang keahliannya tersekat boleh bermanfaat dengan mengambil bahagian dalam pengindeksan (lihat 25.4.3).

Jika orang itu berpindah dari bahagian itu, uskup memberitahu uskup baru dan menjelaskan apa yang masih perlu dilakukan sebelum sekatan keahlian Gereja boleh disingkirkan. Jika keahlian orang itu ditarik dari Gereja atau dilepaskan keahliannya, uskup membuat tindakan yang sama jika orang itu membenarkan bantuan dari pemimpin-pemimpin Gereja.

32.16

Menyingkirkan Sekatan Rasmi atau Penerimaan Semula ke dalam Gereja

32.16.1

Majlis Keahlian untuk Menyingkirkan Sekatan Rasmi atau Penerimaan Semula Seseorang

Apabila hak istimewa keahlian disekat atau ditarik dalam majlis keahlian, satu majlis lain mesti diadakan untuk mempertimbangkan penyingkiran sekatan atau penerimaan semula orang itu ke dalam Gereja. Majlis ini juga harus mempunyai tahap wewenang yang sama (atau lebih tinggi) seperti majlis sebelumnya. Contohnya, jika presiden pancang atau misi memimpin majlis sebelumnya, seorang presiden pancang atau misi mengetuai majlis untuk mempertimbangkan penyingkiran sekatan atau penerimaan semula orang itu.

Uskup atau presiden pancang terkini mengadakan majlis. Dia terlebih dahulu memastikan orang itu telah bertaubat dan bersedia dan layak untuk menikmati berkat-berkat keahlian Gereja.

Mereka yang mempunyai keahlian Gereja mereka disekat secara rasmi biasanya perlu menunjukkan pertaubatan ikhlas selama sekurang-kurangnya satu tahun sebelum pertimbangan diberikan untuk menyingkirkan sekatan. Mereka yang dilepaskan keahlian Gereja mereka hampir selalunya perlu menunjukkan pertaubatan ikhlas sekurang-kurangnya satu tahun sebelum mereka boleh dipertimbangkan untuk penerimaan semula. Bagi seorang ahli yang memegang jawatan Gereja yang penting pada masa dosa serius dilakukan, tempoh itu adalah lebih lama (lihat 32.6.1.4).

Sebuah majlis untuk mempertimbangkan penyingkiran sekatan atau penerimaan semula ke dalam Gereja mengikut garis panduan yang sama seperti majlis keahlian yang lain. Seorang uskup memerlukan kelulusan daripada presiden pancang untuk mengadakan majlis. Dalam satu misi, seorang presiden cabang atau daerah memerlukan kelulusan daripada presiden misi.

Garis panduan berikut digunakan apabila mengadakan majlis keahlian untuk mempertimbangkan penyingkiran sekatan keahlian Gereja atau penerimaan semula seseorang ke dalam Gereja. Tidak semua garis panduan ini boleh digunakan dalam setiap kes.

  1. Kaji semula majlis keahlian awal. Uskup atau presiden pancang mengkaji semula borang laporan Majlis Keahlian Gereja. Dia meminta satu salinan melalui LCR. Selepas mengkaji semula borang itu, dia boleh menghubungi uskup atau presiden pancang di mana majlis awal diadakan untuk mencari penjelasan.

  2. Temu duga orang itu. Uskup atau presiden pancang menemu duga orang itu dengan menyeluruh untuk menanggap kekuatan imannya kepada Yesus Kristus dan sejauh mana pertaubatannya. Dia juga mengenal pasti sama ada orang tersebut telah memenuhi syarat-syarat yang digariskan dalam tindakan awal.

  3. Tentukan status tindakan mahkamah jenayah atau mahkamah sivil. Kadangkala seseorang telah mengakui atau telah disabit oleh jenayah. Kadangkala seseorang didapati bertanggungjawab dalam tindakan penipuan sivil atau perbuatan haram yang lain. Dalam kes-kes ini, pemimpin biasanya tidak mengadakan majlis sehingga orang itu telah memenuhi semua syarat-syarat sebarang hukuman, arahan, atau penghakiman yang dibuat oleh pihak berkuasa yang sah. Syarat-syarat ini boleh termasuk penjara, percubaan, parol, denda atau pemulihan. Pengecualian memerlukan kelulusan Presidensi Utama sebelum mengadakan majlis keahlian. Pengecualian ini mungkin termasuk seseorang yang telah melengkapkan keperluan undang-undang dan telah menunjukkan pertaubatan ikhlas tetapi berada dalam percubaan sepanjang hidup atau denda yang besar.

  4. Hubungi pemimpin-pemimpin imamat mangsa. Uskup atau presiden pancang menghubungi uskup atau presiden pancang semasa mana-mana mangsa (lihat 32.10.2).

  5. Berikan notis tentang majlis. Dia memberitahu orang tentang tarikh, masa, dan tempat majlis.

  6. Mengendali majlis. Dia mengendalikan majlis menurut garis panduan dalam 32.10.3. Dia bertanya kepada orang itu apa yang dia telah lakukan untuk bertaubat. Dia juga bertanya tentang komitmennya kepada Yesus Kristus dan Gereja. Apabila semua hal yang berkaitan telah dikemukakan, dia membenarkan ahli keluar dari bilik majlis. Bersama penasihat-penasihatnya, dia berdoa untuk mempertimbangkan tindakan yang perlu diambil. Tiga keputusan yang mungkin adalah:

    1. Teruskan sekatan keahlian atau penarikan.

    2. Singkirkan sekatan atau meluluskan penerimaan semula.

    3. Mencadangkan kepada Presidensi Utama bahawa sekatan disingkirkan atau penerimaan semula dibenarkan (jika perlu menurut “Memohon untuk kelulusan Presidensi Utama” di bawah).

  7. Kongsi Keputusan. Selepas majlis membuat keputusan, pemimpin utama kongsi dengan orang itu. Jika kelulusan daripada Presidensi Utama diperlukan, dia menjelaskan bahawa keputusan itu adalah cadangan kepada Presidensi Utama.

  8. Hantar laporan. Uskup atau presiden pancang menyerahkan borang Laporan Majlis Keahlian Gereja melalui LCR. Dia boleh meminta kerani untuk menyediakan laporan ini. Dia memastikan tiada salinan cetak atau salinan elektronik dikekalkan secara tempatan. Dia juga memastikan semua nota yang digunakan untuk menyediakan laporan dimusnahkan dengan segera.

  9. Memohon untuk kelulusan Presidensi Utama (jika perlu). Dalam keadaan berikut, kelulusan Presidensi Utama diperlukan untuk menyingkir sekatan keahlian rasmi atau penerimaan semula orang itu ke dalam Gereja. Kelulusan ini diperlukan walaupun tindakan berlaku selepas keahlian Gereja disekat secara rasmi atau ditarik.

    1. Pembunuhan

    2. Sumbang mahram

    3. Penganiayaan seksual seorang kanak-kanak atau remaja, eksploitasi seksual kanak-kanak atau remaja, atau penderaan jasmani atau emosi yang serius oleh seorang dewasa atau oleh remaja berumur beberapa tahun lebih tua daripada mangsa

    4. Penglibatan dengan pornografi kanak-kanak apabila terdapatnya sabitan undang-undang

    5. Kemurtadan

    6. Perkahwinan jamak

    7. Berbuat dosa yang serius semasa memegang jawatan Gereja yang penting

    8. Transgender—tindakan untuk beralih kepada jantina yang bertentangan dengan jantina biologi seseorang (lihat 38.6.23)

    9. Penyelewengan Dana atau Harta Gereja

  10. Berikan notis bertulis tentang keputusan itu. Uskup atau presiden pancang memastikan orang itu menerima notis bertulis tentang keputusan dan kesannya dengan segera.

  11. Membaptis dan menetapkan. Jika keahlian Gereja seseorang ditarik dalam majlis awal, dia mesti dibaptiskan dan ditetapkan semula. Jika kelulusan Presidensi Utama diperlukan, tatacara-tatacara ini hanya boleh dilaksanakan selepas kelulusan ini diterima. Sijil Pembaptisan dan Penetapan tidak dicipta (lihat 32.14.4).

32.16.2

Penerimaan Semula Setelah Pelepasan Keahlian Gereja

Jika seseorang secara rasminya melepaskan keahlian Gereja, dia mesti dibaptiskan dan ditetapkan untuk diterima semula ke dalam Gereja. Untuk orang dewasa, penerimaan semula biasanya tidak dipertimbangkan sehingga sekurang-kurangnya satu tahun selepas pelepasan keahlian.

Apabila seseorang meminta untuk diterima semula, uskup atau presiden pancang mendapatkan salinan borang Laporan Tindakan Pentadbiran yang disertakan dengan permintaan untuk pelepasan. Dia boleh mendapatkan ini melalui LCR.

Uskup atau presiden pancang kemudian menemuduga orang tersebut dengan teliti. Dia bertanya tentang sebab-sebab bagi permintaan asal dan hasrat untuk diterima semula. Dengan semangat kasih, dia bertanya tentang dosa-dosa serius yang dilakukan oleh orang itu sebelum atau selepas pelepasan keahlian. Pemimpin itu tidak meneruskan dengan penerimaan semula sehinggalah dia berpuas hati bahawa orang itu telah bertaubat dan bersedia dan layak untuk menikmati berkat-berkat keahlian Gereja.

Garis panduan untuk penerimaan semula selepas pelepasan keahlian adalah seperti berikut:

  • Satu majlis keahlian diadakan jika keahlian orang itu disekat secara rasmi pada waktu pelepasan keahlian.

  • Satu majlis keahlian diadakan jika orang itu melakukan dosa yang serius, termasuk kemurtadan, sebelum pelepasan keahlian.

Dalam keadaan lain, majlis keahlian tidak diadakan kecuali uskup atau presiden pancang memutuskan bahawa ia diperlukan.

Apabila majlis keahlian diperlukan untuk seseorang yang telah menerima anugerahan bait suci, presiden pancang mengadakannya. Apabila sebuah majlis diperlukan untuk seseorang yang tidak dianugerahi, uskup mengadakannya, dengan kebenaran daripada presiden pancang.

Jika orang itu terlibat dalam sebarang kelakuan yang terdapat dalam 32.16.1, nombor 9, sebelum atau selepas pelepasan keahlian Gereja, kebenaran Presidensi Utama diperlukan untuk penerimaan semula. Jika orang itu terlibat dalam sebarang kelakuan yang terdapat dalam 32.14.5, nombor 1, sebelum atau selepas pelepasan keahlian, satu anotasi akan dibuat pada rekod keahlian.

Seseorang yang meminta untuk diterima semula mesti memenuhi syarat yang sama seperti orang lain yang dibaptiskan. Apabila uskup atau presiden pancang berpuas hati bahawa orang itu layak dan ikhlas untuk diterima semula, orang itu boleh dibaptiskan dan ditetapkan. Sijil Pembaptisan dan Penetapan tidak dicipta (lihat 32.14.4).

32.17

Aktiviti Gereja, Pentahbisan, dan Pemulihan Berkat selepas Penerimaan Semula

32.17.1

Aktiviti Gereja Dan Pentahbisan

Carta berikut menunjukkan tahap aktiviti Gereja yang sesuai bagi seseorang yang telah diterima semula melalui pembaptisan dan penetapan.

Belum Pernah Dianugerahi

Telah Dianugerahi Sebelum Ini

Pemegang Imamat Terdahulu

Belum Pernah Dianugerahi

  • Sejurus selepas pembaptisan dan penetapan, imamat boleh dianugerahkan kepada mereka dan ditahbiskan pada jawatan imamat yang mereka pegang semasa keahlian Gereja mereka ditarik atau dilepaskan. Satu pungutan suara sokongan tidak diperlukan.

  • Boleh mendapat kad rekomen bait suci penggunaan terhad.

Telah Dianugerahi Sebelum Ini

  • Tidak boleh ditahbiskan ke mana-mana jawatan imamat. Apabila berkat imamat dan berkat bait suci mereka dipulihkan, jawatan imamat sebelumnya akan dipulihkan seperti yang digariskan dalam 32.17.2. Mereka mungkin tidak melaksanakan tatacara sehingga masa itu.

  • Boleh mengambil bahagian dalam mana-mana aktiviti Gereja yang dibenarkan bagi ahli yang tidak dianugerahi dan tidak memegang imamat.

  • Tidak boleh memakai pakaian suci bait suci atau menerima kad rekomen bait suci sehingga berkat-berkat mereka dipulihkan.

Ahli-ahli Lain

Belum Pernah Dianugerahi

  • Boleh mengambil bahagian dalam aktiviti Gereja sebagai penganut baru.

  • Boleh mendapat kad rekomen bait suci penggunaan terhad.

Telah Dianugerahi Sebelum Ini

  • Boleh mengambil bahagian dalam mana-mana aktiviti Gereja yang dibenarkan bagi ahli yang tidak dianugerahi dan tidak memegang imamat.

  • Tidak boleh memakai pakaian suci bait suci atau menerima kad rekomen bait suci sehingga berkat-berkat mereka dipulihkan (lihat 32.17.2).

32.17.2

Pemulihan Berkat-berkat

Orang yang telah menerima anugerahan bait suci dan diterima semula melalui pembaptisan dan penetapan boleh menerima berkat imamat dan bait suci hanya melalui tatacara pemulihan berkat-berkat (lihat Ajaran dan Perjanjian 109:21). Mereka tidak ditahbiskan ke jawatan imamat atau dianugerahi sekali lagi. Berkat-berkat ini dipulihkan melalui tatacara injil. Saudara-saudara dipulihkan ke jawatan imamat mereka yang terdahulu, kecuali jawatan Tujuh Puluh, uskup, atau bapa bangsa.

Hanya Presidensi Utama boleh meluluskan pelaksanaan tatacara pemulihan berkat-berkat. Mereka tidak akan mempertimbangkan permohonan untuk tatacara ini lebih cepat daripada satu tahun selepas orang itu diterima semula melalui pembaptisan dan penetapan. Uskup atau presiden pancang memohon pemulihan berkat-berkat melalui LCR.

Jika Presidensi Utama membenarkan pemulihan berkat-berkat, mereka menugaskan seorang Penguasa Umum atau presiden pancang untuk menemu duga orang itu. Jika orang itu layak, pemimpin ini melaksanakan tatacara untuk memulihkan berkat-berkat orang itu.

Untuk maklumat tentang rekod keahlian dan pemulihan berkat-berkat, lihat 32.14.4.

Imej
lelaki sedang mengambil sakramen