Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 107


Bahagian 107

Wahyu tentang imamat, diberikan melalui Nabi Joseph Smith, di Kirtland, Ohio, kira-kira April 1835. Walapun bahagian ini dicatatkan pada 1835, catatan bersejarah menegaskan bahawa kebanyakan ayat 60 sehingga 100 menggabungkan satu wahyu diberi melalui Joseph Smith pada November 11, 1831. Bahagian ini berkaitan dengan organisasi Kuorum Dua Belas pada Februari dan Mac 1835. Nabi mungkin menyampaikannya di hadapan mereka yang bersedia untuk berangkat pada 3 Mei 1835, dalam misi kuorum pertama mereka.

1–6, Terdapat dua imamat: Melkisedek dan Harun; 7–12, Mereka yang memegang Imamat Melkisedek memiliki kuasa untuk bertugas di dalam semua jawatan di dalam Gereja; 13–17, Lembaga Uskup mengetuai Imamat Harun, yang melaksanakan tatacara-tatacara luaran; 18–20, Imamat Melkisedek memegang kunci-kunci bagi semua berkat rohani; Imamat Harun memegang kunci-kunci pelayanan para malaikat; 21–38, Presidensi Utama, Dua Belas, dan Tujuh Puluh membentuk kuorum-kuorum yang mengetuai, yang mana keputusannya mesti dibuat dalam kesatuan dan kesolehan; 39–52, Tarekat kebapabangsaan digariskan daripada Adam sehingga Nuh; 53–57, Para Orang Suci zaman dahulu berhimpun di Adam-ondi-Ahman, dan Tuhan menampakkan diri kepada mereka; 58–67, Dua Belas harus menyusun para pemimpin Gereja secara teratur; 68–76, Para uskup melayani sebagai hakim umum di Israel; 77–84, Presidensi Utama dan Dua Belas membentuk mahkamah tertinggi di dalam Gereja; 85–100, Para presiden imamat mentadbir kuorum mereka masing-masing.

1 Terdapat, di dalam gereja, dua imamat, iaitu, aMelkisedek dan bHarun, termasuk Imamat Lewi.

2 Sebab mengapa yang pertama disebut Imamat Melkisedek adalah kerana aMelkisedek merupakan seorang imam tinggi yang hebat.

3 Sebelum zamannya ia disebut Imamat Kudus, menurut aTarekat Putera Tuhan.

4 Tetapi kerana rasa hormat atau atakzim terhadap nama Makhluk Agung itu, untuk mengelakkan pengulangan nama-Nya yang terlalu kerap, mereka, iaitu gereja, pada zaman dahulu, menyebut imamat itu menurut nama Melkisedek, atau Imamat Melkisedek.

5 Semua wewenang atau jawatan lain di dalam gereja adalah atambahan daripada imamat ini.

6 Tetapi ada dua pembahagian atau bahagian utama—satu adalah Imamat Melkisedek, dan yang satu lagi adalah Imamat Harun atau aLewi.

7 Jawatan apenatua berada di bawah imamat Melkisedek.

8 Imamat Melkisedek memegang hak presidensi, dan memiliki kuasa dan awewenang ke atas semua jawatan di dalam gereja di seluruh zaman duniawi, untuk melaksanakan hal-hal yang rohani.

9 aPresidensi Imamat Tinggi, menurut tarekat Melkisedek, memiliki hak untuk bertugas dalam semua jawatan di dalam gereja.

10 aPara Imam tinggi menurut tarekat Imamat Melkisedek memiliki bhak untuk bertugas dalam kedudukan mereka sendiri, di bawah arahan presidensi, dalam melaksanakan hal-hal yang rohani, dan juga dalam jawatan seorang penatua, imam (dari tarekat Lewi), pengajar, diaken, dan anggota gereja.

11 Seorang penatua memiliki hak untuk bertugas sebagai penggantinya apabila imam tinggi tidak hadir.

12 Imam tinggi dan penatua mesti melaksanakan hal-hal yang rohani, selaras dengan perjanjian dan perintah gereja; dan mereka memiliki hak untuk bertugas dalam semua jawatan gereja ini apabila tidak ada penguasa yang lebih tinggi hadir.

13 Imamat yang kedua disebut aImamat Harun, kerana ianya dianugerahkan kepada bHarun dan keturunannya, sepanjang seluruh generasi mereka.

14 Sebab mengapa ia disebut imamat yang lebih rendah adalah kerana ia merupakan atambahan kepada yang lebih tinggi, atau Imamat Melkisedek, dan memiliki kuasa dalam melaksanakan tatacara-tatacara luaran.

15 aLembaga uskup adalah presidensi bagi imamat ini, dan memegang kunci atau wewenang dari imamat yang sama.

16 Tiada seorang lelaki pun memiliki hak yang sah terhadap jawatan ini, untuk memegang kunci-kunci keimamatan ini, melainkan dia adalah dari aketurunan darah daging Harun.

17 Tetapi oleh kerana seorang imam tinggi dalam Imamat Melkisedek memiliki wewenang untuk bertugas dalam semua jawatan yang lebih rendah, dia boleh bertugas dalam jawatan uskup apabila tidak ada keturunan darah daging Harun yang ditemui, asalkan dia telah dipanggil dan ditetapkan dan aditahbiskan pada kuasa ini melalui tangan bPresidensi Imamat Melkisedek.

18 Kuasa dan wewenang dari yang lebih tinggi, atau Imamat Melkisedek, adalah untuk memegang akunci-kunci semua berkat-berkat rohani gereja—

19 Untuk memiliki hak istimewa menerima amisteri-misteri kerajaan syurga, untuk melihat syurga dibukakan kepada mereka, untuk persekutuan dengan bperhimpunan umum dan gereja Putera Sulung, dan untuk menikmati persekutuan dan hadirat Tuhan Bapa, dan Yesus cpengantara bagi perjanjian yang baru.

20 Kuasa dan wewenang dari yang lebih rendah, atau Imamat Harun, adalah untuk memegang akunci-kunci pelayanan para malaikat, dan untuk melaksanakan btatacara-tatacara luaran, hal-hal Injil yang tersurat, cpembaptisan untuk pertaubatan bagi dpengampunan dosa-dosa, selaras dengan perjanjian dan perintah.

21 Kerana perlunya ada presiden, atau pemimpin-pemimpin utama yang berasal dari, atau dilantik dari atau datang daripada kalangan mereka yang telah ditahbiskan pada pelbagai jawatan di dalam kedua-dua imamat ini.

22 Dari aImamat Melkisedek, tiga orang Imam Tinggi bUtama, dipilih oleh badan tersebut, dilantik dan ditahbiskan pada jawatan itu, dan cdisokong dengan keyakinan, iman, dan doa daripada gereja, membentuk sebuah kuorum Presidensi Gereja.

23 aKedua belas anggota majlis yang melakukan perjalanan dipanggil untuk menjadi Dua Belas bRasul, atau para saksi istimewa bagi nama Kristus di seluruh dunia—dengan demikian berbeza daripada para pemimpin lain di dalam gereja dalam tugas-tugas panggilan mereka.

24 Dan mereka membentuk sebuah kuorum, setara dalam wewenang dan kuasa dengan tiga presiden yang telah disebutkan sebelumnya.

25 aTujuh Puluh juga dipanggil untuk mengkhutbahkan Injil, dan untuk menjadi para saksi istimewa bagi bangsa bukan Israel dan di seluruh dunia—dengan demikian berbeza daripada pemimpin lain di dalam gereja dalam tugas-tugas panggilan mereka.

26 Dan mereka membentuk sebuah kuorum, setara dalam wewenang dengan Dua Belas saksi istimewa atau Rasul yang baru saja disebutkan.

27 Dan setiap keputusan yang dibuat oleh salah satu kuorum ini mesti berdasarkan keputusan sebulat suara dari kuorum yang sama; iaitu, setiap anggota dalam kuorum masing-masing mesti bersetuju dengan keputusannya, untuk menjadikan keputusan mereka sama berkuasa dan sah antara satu sama lain—

28 Suatu majoriti boleh membentuk sebuah kuorum apabila keadaan menjadikan yang sebaliknya mustahil—

29 Melainkan keadaannya adalah sebegini, keputusan mereka tidaklah patut diberi berkat-berkat yang sama yang diberi kepada keputusan kuorum yang terdiri daripada tiga presiden pada zaman dahulu, yang telah ditahbiskan menurut tarekat Melkisedek, dan merupakan para lelaki yang soleh dan kudus.

30 Keputusan kuorum-kuorum ini, atau salah satu darinya, mesti dibuat dalam akesolehan, dalam kekudusan, dan kerendahan hati, kelembutan hati dan kepanjangsabaran, dan dalam iman, dan bkehemahan, dan pengetahuan, kesederhanaan, kesabaran, kesolehan, kebaikan persaudaraan dan kasih ihsan;

31 Kerana janjinya adalah, jika hal-hal ini berlimpah ruah di dalam mereka, mereka tidak akan aberhenti berbuah dalam pengetahuan tentang Tuhan.

32 Dan sekiranya terdapat keputusan dari kuorum-kuorum ini yang dibuat dalam ketidaksolehan, ianya boleh dibawa ke hadapan sebuah perhimpunan umum beberapa kuorum itu, yang merupakan para penguasa rohani gereja; jika tidak, tidak akan ada rayuan bagi keputusan mereka.

33 Dua Belas adalah sebuah Majlis Tinggi Utama yang Melakukan Perjalanan, untuk bertugas dalam nama Tuhan, di bawah arahan Presidensi Gereja, selaras dengan ketentuan syurga; untuk membangunkan gereja, dan mengatur segala urusan yang sama bagi semua bangsa; pertamanya kepada abangsa bukan Israel dan yang kedua kepada bangsa Yahudi.

34 Tujuh Puluh mesti bertindak dalam nama Tuhan, di bawah arahan aDua Belas atau majlis tinggi yang melakukan perjalanan, dalam membangunkan gereja dan mengatur segala urusan yang sama bagi semua bangsa, pertamanya kepada bangsa bukan Israel dan kemudian kepada bangsa Yahudi—

35 Dua Belas diutus, memegang kunci-kunci, untuk membuka pintu melalui pernyataan Injil Yesus Kristus, pertamanya kepada bangsa bukan Israel dan kemudian kepada bangsa Yahudi.

36 aMajlis tinggi tempatan, di pancang-pancang Sion, membentuk sebuah kuorum yang setara dalam wewenang dalam urusan gereja, dalam semua keputusan mereka, dengan kuorum presidensi, atau dengan majlis tinggi yang melakukan perjalanan.

37 Majlis tinggi di Sion membentuk sebuah kuorum yang setara dalam wewenang dalam urusan gereja, dalam semua keputusan mereka, dengan Majlis Dua Belas di pancang-pancang Sion.

38 Adalah kewajipan majlis tinggi yang melakukan perjalanan untuk memanggil aTujuh Puluh, apabila mereka memerlukan bantuan, bagi memenuhi beberapa panggilan untuk mengkhutbah dan melayani Injil, bukannya orang yang lain.

39 Adalah kewajipan Dua Belas, di dalam semua cabang gereja yang besar, untuk menahbiskan apara pembawa Injil, seperti yang akan ditetapkan kepada mereka melalui wahyu—

40 Tarekat keimamatan ini telah ditetapkan untuk diturunkan daripada ayah kepada anak lelaki, dan secara sahnya milik keturunan darah daging daripada keturunan yang terpilih, iaitu kepada merekalah perjanjian-perjanjian itu telah dibuat.

41 Tarekat ini telah ditubuhkan pada zaman aAdam, dan diturunkan melalui bgaris keturunan dengan cara berikut:

42 Dari Adam sehingga aSet, yang telah ditahbiskan oleh Adam pada usia enam puluh sembilan tahun, dan diberkati olehnya tiga tahun sebelum kematiannya (Adam), dan menerima janji Tuhan melalui ayahnya, bahawa anak cucunya akan menjadi pilihan Tuhan, dan bahawa mereka akan dipelihara sehingga ke akhir bumi;

43 Kerana dia (Set) ialah seorang lelaki yang asempurna, dan brupanya mirip seperti rupa ayahnya, sedemikian rupa sehingga dia kelihatan seperti ayahnya dalam segalanya, dan hanya dapat dibezakan daripadanya berdasarkan usianya.

44 Enos telah ditahbiskan pada usia seratus tiga puluh empat tahun dan empat bulan, oleh tangan Adam.

45 Tuhan berbicara kepada Kenan di padang belantara pada usianya yang keempat puluh tahun; dan dia bertemu dengan Adam dalam perjalanan ke Syedolamak. Dia berumur lapan puluh tujuh tahun semasa dia menerima penahbisannya.

46 Mahalaleel berusia empat ratus sembilan puluh enam tahun dan tujuh hari semasa dia ditahbiskan oleh tangan Adam, yang juga memberkatinya.

47 Yared berumur dua ratus tahun semasa dia ditahbiskan di bawah tangan Adam, yang juga memberkatinya.

48 aHenokh berumur dua puluh lima tahun semasa dia ditahbiskan di bawah tangan Adam; dan dia berusia enam puluh lima tahun dan Adam memberkatinya.

49 Dan dia telah melihat Tuhan, dan dia berjalan bersama-Nya, dan sentiasa berada di hadapan wajah-Nya; dan dia aberjalan bersama Tuhan tiga ratus enam puluh lima tahun, menjadikannya berumur empat ratus tiga puluh tahun semasa dia bdiangkat.

50 aMetusalah berumur seratus tahun semasa dia ditahbiskan di bawah tangan Adam.

51 Lamekh berumur tiga puluh dua tahun semasa dia ditahbiskan di bawah tangan Set.

52 aNuh berumur sepuluh tahun semasa dia ditahbiskan di bawah tangan Metusalah.

53 Tiga tahun sebelum kematian Adam, dia memanggil Set, Enos, Kenan, Mahalaleel, Yared, Henokh, dan Metusalah, yang mana mereka semuanya ialah aimam tinggi, bersama baki keturunannya yang tinggal, yang soleh, ke Lembah bAdam-ondi-Ahman, dan di sana mengaruniakan kepada mereka berkatnya yang terakhir.

54 Dan Tuhan menampakkan diri kepada mereka, dan mereka bangkit dan memberkati aAdam, dan memanggilnya bMikhael, putera, malaikat agung.

55 Dan Tuhan memberikan penghiburan kepada Adam, dan berfirman kepadanya: Aku telah menentukan engkau untuk menjadi kepala; sejumlah bangsa yang besar akan datang daripadamu, dan engkau ialah aputera kepada mereka selamanya.

56 Dan Adam berdiri di tengah para umat; dan, walaupun dia bongkok akibat usia tuanya, kerana dipenuhi dengan Roh Kudus, ameramalkan segala yang akan menimpa keturunannya sehinggalah generasi yang terakhir.

57 Hal-hal ini semuanya telah dituliskan dalam kitab Henokh, dan akan dipersaksikan pada waktu yang tepat.

58 Adalah kewajipan aDua Belas, juga, untuk bmenahbiskan dan menyusunaturkan semua pemimpin gereja yang lain, selaras dengan wahyu yang mengatakan:

59 Kepada gereja Kristus di negeri Sion, sebagai tambahan pada ahukum-hukum gereja berkenaan urusan gereja—

60 Sesungguhnya, Aku berfirman kepadamu, firman Tuhan Semesta Alam, mestilah perlunya ada para penatua ayang mengetuai untuk mengetuai mereka yang berjawatan penatua;

61 Dan juga apara imam untuk mengetuai mereka yang berjawatan imam;

62 Dan juga para pengajar untuk amengetuai mereka yang berjawatan pengajar, dengan cara yang sama, begitu juga dengan para diaken—

63 Kerana itu, dari diaken sehingga pengajar, dan dari pengajar sehingga imam, dan dari imam sehingga penatua, masing-masing sebagaimana mereka ditetapkan, menurut perjanjian dan perintah-perintah gereja.

64 Kemudian berikutnya Imamat Tinggi, yang terbesar dari semuanya.

65 Kerana itu, mestilah perlu bahawa seorang ditetapkan oleh Imamat Tinggi untuk mengetuai imamat itu, dan dia akan dipanggil Presiden Imamat Tinggi Gereja;

66 Atau, dengan perkataan lain, Imam Tinggi aUtama ke atas Imamat Tinggi Gereja.

67 Dari orang yang sama datanglah pelayanan tata cara dan berkat ke atas gereja, melalui aperletakan tangan.

68 Kerana itu, jawatan uskup tidak setara dengannya; kerana jawatan auskup adalah untuk melaksanakan semua hal duniawi;

69 Walaupun demikian seorang uskup mesti dipilih dari aImamat Tinggi, kecuali dia ialah bketurunan darah daging Harun;

70 Melainkan dia ialah keturunan darah daging Harun dia tidak boleh memegang kunci-kunci keimamatan itu.

71 Walaupun demikian, seorang imam tinggi, yaitu, menurut tarekat Melkisedek, boleh ditetapkan pada pelayanan hal-hal duniawi, dengan memiliki pengetahuan mengenainya melalui Roh kebenaran;

72 Dan juga untuk menjadi seorang ahakim di Israel, untuk melakukan urusan gereja, untuk duduk dalam penghakiman terhadap pelanggar berdasarkan kesaksian seperti yang akan dikemukakan di hadapannya menurut hukum-hukum, dengan bantuan para penasihatnya, yang telah dia pilih atau akan pilih dari kalangan para penatua gereja.

73 Inilah kewajipan seorang uskup yang bukan keturunan darah daging Harun, tetapi telah ditahbiskan pada Imamat Tinggi menurut tarekat Melkisedek.

74 Demikianlah dia akan menjadi seorang hakim, bahkan seorang hakim umum di kalangan para penduduk Sion, atau di pancang Sion, atau di mana pun cabang gereja dia akan ditetapkan pada pelayanan ini, sehingga sempadan-sempadan Sion diperluaskan dan pelantikan uskup atau hakim yang lain di Sion atau di tempat lain menjadi perlu.

75 Dan sejauh uskup lain ditetapkan mereka akan bertindak di dalam jawatan yang sama.

76 Tetapi keturunan darah daging Harun memiliki hak yang sah ke atas presidensi imamat ini, ke atas akunci-kunci pelayanan ini, untuk bertindak dalam jawatan uskup secara perseorangan, tanpa para penasihat, kecuali dalam suatu kes di mana seorang Presiden Imamat Tinggi, menurut tarekat Melkisedek, diadili, untuk duduk sebagai hakim di Israel.

77 Dan keputusan dari salah satu majlis ini, selaras dengan perintah yang mengatakan:

78 Dan lagi, sesungguhnya, Aku berfirman kepadamu, urusan gereja yang paling penting, dan kes-kes gereja yang paling asukar, sejauh tidak ada kepuasan terhadap keputusan uskup atau hakim, ia akan diserahkan dan dibawa kepada majlis gereja, di hadapan bPresidensi Imamat Tinggi.

79 Dan Presidensi majlis Imamat Tinggi akan berkuasa memanggil imam tinggi yang lain, bahkan dua belas orang, untuk membantu sebagai para penasihat; dan demikianlah Presidensi Imamat Tinggi dan para penasihatnya akan berkuasa membuat keputusan berdasarkan kesaksian menurut hukum-hukum gereja.

80 Dan selepas keputusan ini, tidak akan ada lagi peringatan akan perkara itu di hadapan Tuhan; kerana ini adalah majlis gereja Tuhan yang tertinggi, dan merupakan keputusan muktamad bagi perselisihan dalam hal-hal kerohanian.

81 Tidak ada seorang pun yang masuk dalam gereja yang dikecualikan dari majlis gereja ini.

82 Dan sejauh Presiden Imamat Tinggi melanggar, dia akan diingati di hadapan majlis umum gereja, yang akan dibantu oleh dua belas penasihat Imamat Tinggi;

83 Dan keputusan mereka ke atas dirinya akan menjadi penamat bagi perselisihan terhadapnya.

84 Demikianlah, tidak seorang pun akan dikecualikan dari akeadilan dan hukum-hukum Tuhan, agar semua hal boleh dilakukan dalam aturan dan dalam kekhusyukan di hadapan-Nya, menurut kebenaran dan kesolehan.

85 Dan lagi, sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, kewajipan seorang presiden ke atas jawatan adiaken adalah untuk mengetuai dua belas diaken, untuk duduk di dalam perundingan bersama mereka, dan untuk bmengajari mereka tugas-tugas mereka, saling meneguhkan satu sama lain, seperti yang dinyatakan menurut perjanjian.

86 Dan juga kewajipan presiden ke atas jawatan apengajar adalah untuk mengetuai dua puluh empat pengajar, dan untuk duduk dalam perundingan bersama mereka, mengajari mereka tugas-tugas jawatan mereka, seperti yang dinyatakan dalam perjanjian.

87 Begitu juga kewajipan presiden ke atas Imamat Harun adalah untuk mengetuai empat puluh lapan aimam, dan duduk dalam perbincangan bersama mereka, untuk mengajar mereka tugas-tugas jawatan mereka, seperti yang dinyatakan dalam perjanjian—

88 Presiden ini mestilah seorang auskup; kerana ini adalah salah satu tugas imamat ini.

89 Lagi, kewajipan presiden ke atas jawatan apenatua adalah untuk mengetuai sembilan puluh enam penatua, dan untuk duduk dalam perundingan bersama mereka, dan untuk mengajar mereka menurut perjanjian.

90 Presidensi ini berbeza dari presidensi tujuh puluh, dan ditubuhkan untuk mereka yang tidak melakukan aperjalanan ke seluruh dunia.

91 Dan lagi, kewajipan Presiden ke atas jawatan Imamat Tinggi adalah untuk amengetuai seluruh gereja, dan untuk menjadi seperti bMusa

92 Lihatlah, inilah kebijaksanaan; ya, untuk menjadi seorang apelihat, bpewahyu, penterjemah, dan cnabi, memiliki semua dkurniaan Tuhan yang Dia anugerahkan ke atas ketua gereja.

93 Dan ia adalah menurut penglihatan yang menunjukkan tarekat aTujuh Puluh, bahawa mereka harus mempunyai tujuh presiden untuk mengetuai mereka, dipilih daripada jumlah tujuh puluh itu;

94 Dan presiden yang ketujuh dari para presiden ini harus mengetuai enam orang itu;

95 Dan tujuh orang presiden ini mesti memilih tujuh puluh yang lain selain tujuh puluh pertama yang mana mereka sudah termasuk di dalamnya, dan harus mengetuai mereka;

96 Dan juga tujuh puluh yang lain, sehingga tujuh kali tujuh puluh, jika pekerjaan di dalam ladang anggur memerlukannya.

97 Dan tujuh puluh ini mesti menjadi para pelayan rohani yang amelakukan perjalanan, pertamanya kepada bangsa bukan Israel dan juga kepada bangsa Yahudi.

98 Sedangkan pemimpin gereja yang lain, yang tidak termasuk dalam Dua Belas, tidak juga dalam Tujuh Puluh, tidak bertanggungjawab untuk melakukan perjalanan ke semua bangsa, tetapi harus melakukan perjalanan sejauh keadaan mereka mengizinkan, walau bagaimanapun mereka boleh memegang jawatan yang sama tinggi dan bertanggungjawab di dalam gereja.

99 Kerana itu, sekarang, biarlah setiap lelaki mempelajari atugasnya, dan bertindak dalam jawatan yang telah ditetapkan kepadanya, dengan penuh bketekunan.

100 Dia yang amalas tidak akan dianggap blayak untuk bertahan, dan dia yang tidak mempelajari tugasnya dan menunjukkan dirinya tidak diperkenankan oleh Tuhan tidak akan dianggap layak untuk bertahan. Demikianlah. Amin.