“Pengenalan,” Buku Kerja Audio EnglishConnect 3 (2024)
“Pengenalan,” Buku Kerja Audio EnglishConnect 3
Pengenalan
Bagaimana untuk Menggunakan Buku Ini
Tujuan buku kerja ini adalah untuk membantu anda mengembangkan kemahiran Bahasa Inggeris dan meningkatkan iman anda melalui aktiviti dan cerita. Buku kerja ini mengandungi dua bahagian: “Personal and Partner Language Study” dan “Proficiency Practice.” Anda harus meluangkan masa mengerjakan kedua-dua bahagian ini setiap minggu. Berikut adalah penerangan bagi setiap bahagian.
Personal and Partner Language Study
Kajian Bahasa Peribadi dan Rakan
Bahagian “Kajian Bahasa Peribadi dan Rakan” menyediakan anda dengan aktiviti-aktiviti untuk berlatih Bahasa Inggeris anda dengan orang lain. Bahagian ini dibahagikan kepada 13 pelajaran, masing-masing mempunyai dua bahagian. Bahagian pertama adalah “Personal Language Study” yang menyediakan anda untuk bahagian kedua, “Practice Partner Language Study.” Pastikan anda melengkapkan aktiviti-aktiviti ini dalam urutan yang diberikan.
Kepantasan anda dalam menghabiskan pelajaran ini terserah kepada anda dan rakan pembelajaran anda. Contohnya, anda boleh memilih untuk melengkapkan satu pelajaran setiap minggu, atau anda boleh membahagikan satu pelajaran selama dua minggu.
Di penghujung setiap pelajaran terdapat peluang untuk merenungkan pembelajaran bahasa anda. Berikut adalah beberapa idea yang anda boleh pertimbangkan untuk renungan anda:
-
Berdoa dan mendengar. Bapa Syurgawi ingin membantu anda untuk belajar. Minta Dia untuk tunjukkan anda apa yang anda perlu lakukan, dan Dia akan memberi anda fikiran dan idea.
-
Cipta senarai tentang apa yang berjalan dengan baik dan apa yang tidak baik. Buat rancangan tentang bagaimana anda boleh memperbaiki.
-
Tulis dalam jurnal anda tentang semua perkara yang anda telah lakukan dalam pengkajian bahasa anda. Menilai keberkesanan setiap hal.
-
Jadilah kreatif. Lukiskan gambar atau tulis satu puisi atau cerita pendek yang menggambarkan perasaan anda tentang pembelajaran anda atau bagaimana anda boleh memperbaiki.
Proficiency Practice
Latihan Kemahiran
Bahagian “Proficiency Practice” dalam buku kerja ini memberi anda peluang untuk memperbaiki pembacaan, penulisan, pendengaran, dan pertuturan anda. Anda harus meluangkan masa dalam membaca, menulis, mendengar, dan bercakap setiap minggu, bahkan jika ia memerlukan lebih banyak usaha daripada yang lain. Jika anda lebih laju di bahagian soalan pembacaan, luangkan lebih masa untuk mengusahakan soalan-soalan penulisan sehinggalah anda berada di sekitar tahap yang sama dalam setiap soalan. Ini akan membantu anda mengekalkan keseimbangan antara pembacaan, penulisan, pendengaran, dan keupayaan bertutur anda.
Bahagian membaca dan menulis mempunyai empat peringkat. Dalam setiap peringkat ada empat fungsi (atau kumpulan) soalan: “Ask/Answer,” “Describe,” “Narrate,” dan “Negotiate.”
Anda harus mengusahakan soalan-soalan dalam setiap fungsi sehingga anda rasa anda telah menguasai fungsi tahap itu. Apabila anda menjawab hampir semua soalan dengan betul dalam satu fungsi, anda boleh fokus pada fungsi lain. Apabila anda menjawab semua soalan dalam keempat-empat fungsi itu dengan betul, anda boleh pergi ke peringkat seterusnya.
Adalah tidak wajib untuk melangkau peringkat. Jika anda mahu, anda boleh bermula dengan permulaan tahap 1 dan mengusahakan semua soalan secara teratur. Yang lebih penting daripada cuba mencari soalan yang mencabar anda adalah untuk meluangkan masa untuk berlatih.
Answers
Jawapan
Bahagian terakhir dalam buku ini mengandungi jawapan kepada setiap soalan pemahaman pembacaan. Anda akan belajar dengan lebih baik jika anda cuba menjawab setiap soalan sebelum melihat jawapan.
Bahagian ini juga memberi contoh perenggan untuk setiap gesaan “Write”. Contoh-contoh ini boleh membantu anda mempertimbangkan cara untuk memperbaiki penulisan anda sendiri atau memberi maklum balas tentang penulisan rakan latihan anda. Anda akan belajar dengan lebih baik jika anda menulis perenggan anda sendiri terlebih dahulu dan kemudian barulah membaca contoh-contoh itu.
Ringkasan
Ikuti petua-petua berikut untuk menjadikan kajian anda berkesan:
-
Luangkan masa setiap minggu untuk mengusahakan bahagian “Personal and Partner Language Study” dan “Proficiency Practice”.
-
Dalam bahagian “Proficiency Practice”, pastikan anda boleh menjawab semua soalan dengan betul dalam keempat-empat fungsi “Ask/Answer,” “Describe,” “Narrate,” dan “Negotiate” sebelum anda pergi ke peringkat seterusnya.
-
Dalam bahagian “Proficiency Practice”, bahagikan masa anda di antara bahagian pembacaan, penulisan, pendengaran, dan pertuturan setiap minggu, tetapi luangkan lebih banyak masa dalam kemahiran yang paling anda perlu perbaiki. Contohnya, jika anda tidak mahir dalam penulisan bahasa Inggeris daripada membaca, lebihkan latihan dalam bahagian penulisan.