Asas Saya: Mengurus Wang—Masa maksimum: 20 minit
-
Renung:Mengapa menguruskan wang adalah susah—dan sangat penting?
-
Tonton:“Pertama Sekali!” terdapat di srs.lds.org/videos. (Tiada video? Baca muka surat 22.)
Pertama Sekali!
Jika anda tidak dapat menonton video, pilih peranan dan baca skrip ini.
Latar belakang: Budak lelaki dan perempuan, berpakaian pakaian dewasa, berlakon seperti ibu bapa mereka.
Lelaki: Saya sudah pulang, sayang.
Perempuan: Selamat pulang. Oh, kamu kelihatan penat.
Lelaki: Kamu juga. Kamu bekerja keras, kan?
Perempuan: Ya, kita sepatutnya bekerja, kan?
Lelaki: Saya mendapat 10 hari ini.
Perempuan: Oh, ini ialah berkat. Jadi, pertama sekali. Mari kita membayar persepuluhan kita, boleh?
Lelaki: Tetapi bagaimana jika kita tidak ada wang yang cukup?
Perempuan: Itulah di mana iman datang!
Lelaki: Ok. Jadi apa seterusnya?
Perempuan: Baiklah, kita perlu membeli makanan dan tambang bas dan membayar sewa. Dan kemudian bagus untuk membeli kerusi …
Lelaki: Tetapi kita tidak boleh. Lihat? Kita tidak ada wang yang cukup.
Perempuan: Boleh kita pinjam sedikit?
Lelaki: Mereka kata hutang itu adalah bahaya. Kita tidak mahu mendapat masalah.
Perempuan: Ok. Kamu betul. Jadi apa harus kita buat dengan ini?
Lelaki: Mari kita simpannya! Kita tidak akan tahu apa yang akan terjadi.
Perempuan: Saya rasa betul tu. Tetapi kita tiada apa-apa tinggal untuk berseronok.
Lelaki: Kita ada satu sama lain! Dan saya akan cuba mendapat lebih lagi.
Perempuan: Saya akan cuba kurang belanja!
Lelaki: Dengan itu kita boleh menjadi gembira—dan berdikari!
Perempuan: Betul! Ini bukannya susah sangat. Kenapa orang dewasa buat ini nampak susah?
Lelaki: Oh, kamu tahu. Begitulah caranya orang dewasa.
Kembali ke muka surat 20.
-
Bincang:Mengapa kita perlu menjejaki dan menyimpan wang kita?
-
Baca:Ajaran dan Perjanjian 104:78 dan kenyataan daripada All Is Safely Gathered In (sebelah kanan)
-
Bincang:Baca keadah keberdikarian untuk menguruskan wang (di bawah). Bagaimana kita boleh membuat ini satu tabiat?
-
Membuat Komitmen:Buatkan komitmen kepada tindakan berikut dalam minggu ini. Tandakan kotak apabila anda selesaikan setiap tindakan.
-
Mengawasi apa yang anda peroleh dan belanja setiap hari. Pada hujung minggu, tambahkan nombor-nombor dan catatkan jumlah pada Rekod Pendapatan dan Pembelanjaan pada muka surat 15.
-
Kongsi apa yang anda belajar hari ini tentang pengurusan wang dengan keluarga dan kawan anda.
-