“Idea-idea untuk Menggalakkan Pengkajian Secara Peribadi dan Sekeluarga,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)
“Idea-idea untuk Menggalakkan Pengkajian Secara Peribadi dan Sekeluarga,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021
Idea-idea untuk Menggalakkan Pengkajian Secara Peribadi dan Sekeluarga
Berikut merupakan beberapa idea untuk membantu anda menggalakkan ahli-ahli kelas mengkaji firman-firman Tuhan di rumah, secara individu dan sekeluarga. Sila peka terhadap ahli-ahli kelas yang tidak dapat mengkaji tulisan suci bersama keluarga mereka (contohnya, ada yang hidup berseorangan atau hidup bersama keluarga yang bukan ahli gereja).
-
Jemput ahli-ahli kelas untuk kongsikan pengalaman yang mereka peroleh ketika mengkaji tulisan suci di rumah. Contohnya, anda boleh minta mereka berkongsi satu ayat yang telah memperdalamkan kasih mereka kepada Yesus Kristus
-
Tanyakan ahli-ahli kelas untuk berikan contoh-contoh apa yang mereka lakukan untuk membuat pengkajian tulisan suci peribadi atau bersama keluarga lebih bermakna. (Beberapa idea boleh didapati dari “Idea-idea Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Peribadi” dan“Idea-idea Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Sekeluarga” dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga.)
-
Jemput ahli-ahli kelas untuk kongsikan bagaimana mereka bertindak atas tanggapan yang mereka terima ketika pengkajian tulisan suci peribadi atau sekeluarga.
-
Luangkan beberapa minit menunjukkan ahli kelas beberapa sumber yang disediakan oleh Gereja untuk membantu mereka mengkaji injil, misalnya bantuan pengkajian tulisan suci yang didapati di scriptures.ChurchofJesusChrist.org; “Scripture Stories” dijumpai di children.ChurchofJesusChrist.org; kandungan yang berpusatkan remaja di youth.ChurchofJesusChrist.org; buku panduan untuk seminari dan institut; dan video, rakaman audio, dan gambar-gambar di MediaLibrary.ChurchofJesusChrist.org. Kebanyakan ini boleh didapati di dalam aplikasi Gospel Library.
-
Luangkan beberapa minit menerangkan bagaimana untuk menggunakan aplikasi Gospel Library bagi mengkaji tulisan suci, termasuklah bagaimana untuk menandakan ayat dan mencatatkan tanggapan.
-
Jemput seorang atau beberapa ahli kelas untuk kongsikan bagaimana mereka telah mengajar asas injil tertentu kepada keluarga mereka.