Ikutlah Aku
Sumber-sumber Tambahan


“Sumber-sumber Tambahan,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“Sumber-sumber Tambahan,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2019

Imej
keluarga melihat tablet komputer

Sumber-sumber Tambahan

Sumber-sumber ini didapati di aplikasi Gospel Library dan di LDS.org.

Majalah-majalah Gereja

Majalah-majalah Friend, New Era, Ensign, dan Liahona berikan cerita dan aktiviti yang boleh ditambahkan kepada asas-asas yang anda ajar dari Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga.

Nyanyian Rohani dan Buku Nyanyian Anak-Anak

Muzik yang kudus menjemput Roh dan ajarkan ajaran dengan cara yang tidak dapat dilupakan. Selain daripada cetakan-cetakan Nyanyian Rohani dan Buku Nyanyian Anak-Anak, anda boleh carikan rakaman audio atau video lagu rohani dan lagu kanak-kanak di music.lds.org dan di aplikasi LDS Music.

Cerita-cerita Perjanjian Baru

New Testament Stories (2005) boleh membantu kanak-kanak belajar ajaran dan cerita yang didapati dalam Perjanjian Baru. Anda juga boleh mendapati video cerita-cerita ini dalam aplikasi Gospel Library dan di medialibrary.lds.org.

Buku Panduan Seminari dan Institut

Buku Panduan Seminari dan Institut berikan latar belakang sejarah dan ulasan ajaran untuk asas-asas dan laporan yang terdapat dalam kitab suci.

Pustaka Media

Karya seni, video, dan media lain boleh bantu anda dan keluarga anda menggambarkan ajaran dan cerita yang terdapat dalam Perjanjian Baru. Kunjungkan medialibrary.lds.org untuk melihat-lihat koleksi sumber-sumber media Gereja, termasuk Bible Videos, yang menggambarkan kejadian-kejadian dalam Perjanjian Baru.

Topik Injil

Di topics.lds.org anda boleh mendapati maklumat dasar tentang pelbagai topik Injil, bersama pautan-pautan sumber lain, seperti ucapan persidangan umum, rencana, tulisan suci, dan video. Anda juga boleh carikan Gospel Topics Essays, yang berikan jawapan mendalam kepada soalan-soalan injil.

True to the Faith

Jika anda perlukan bantuan tambahan untuk memahami asas-asas Injil yang dasar, bertimbang untuk mencari dalam True to the Faith (2004). Sumber ini mengandungi satu senarai topik mengikut urutan abjad, yang dijelaskan dengan kata-kata yang senang untuk difaham.