Ikutlah Aku
15–21 Julai. Kisah Rasul-Rasul 10–15: ‘Firman Tuhan Semakin Tersebar Luas’


“15–21 Julai. Kisah Rasul-Rasul 10–15: ‘Firman Tuhan Semakin Tersebar Luas’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“15–21 Julai. Kisah Rasul-Rasul 10–15,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2019

Imej
Kornelius berbicara bersama Petrus

15–21 Julai

Kisah Rasul-Rasul 10–15

“Firman Tuhan Semakin Tersebar Luas”

Bacalah Kisah Rasul-Rasul 10–15 dengan cermat, berikan masa untuk Roh mengilhamkan anda dengan fikiran dan perasaan. Apakah yang anda boleh pelajari dalam bab-bab ini?

Mencatat Tanggapan Anda

Semasa pelayanan fana-Nya, ajaran-ajaran Yesus Kristus sering mencabar tradisi dan kepercayaan yang lama di pegang orang; ini tidak berhenti selepas Dia naik ke syurga—Dia terus membimbing Gereja-Nya melalui wahyu. Sebagai contoh, sewaktu kehidupan Yesus para pengikut-Nya mengkhutbahkan injil hanya kepada golongan orang Yahudi. Tetapi setelah kematian Juruselamat dan Petrus menjadi nabi Gereja, Yesus Kristus mengungkapkan kepada Petrus bahawa masa telah tiba untuk injil dikhutbahkan kepada orang bukan Yahudi. Idea tentang berkongsi injil dengan bangsa bukan Israel tidaklah mengejutkan untuk masa kini, jadi apakah pelajaran dalam laporan ini untuk kita? Bahkan satu pelajaran adalah perubahan dalam polisi dan praktis—dalam Gereja dahulu dan moden—datang melalui wahyu dari Tuhan kepada para pemimpin pilihan-Nya (Amos 3:7; A&P 1:38). Wahyu berterusan adalah ciri penting sebagai Gereja Yesus Kristus yang hidup dan sejati. Seperti Petrus, kita harus rela untuk menerima wahyu berterusan dan hidup “dengan segala firman Tuhan” (Lukas 4:4), termasuklah “segala yang telah [Dia] wahyukan, segala yang Dia wahyukan sekarang” dan “hal-hal yang besar dan penting” Dia akan mewahyukan “berkaitan dengan Kerajaan Tuhan” (Fasal-Fasal Kepercayaan 1:9).

Imej
ikon kajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Kisah Rasul-Rasul 10

“Tuhan tidak membeza-bezakan manusia.”

Untuk berzaman, orang Yahudi mempercayai bahawa menjadi “benih keturunan Abraham,” atau seorang keturunan Abraham yang benar, bermaksud seseorang itu diterima (dipilih) oleh Tuhan (lihat Lukas 3:8). Orang yang lain dianggap sebagai bangsa bukan Israel yang “tidak bersih” dan tidak diterima oleh Tuhan. Dalam Kisah Rasul-Rasul 10, apakah yang Tuhan ajarkan kepada Petrus tentang mereka “yang diterima oleh-Nya”? (Kisah Rasul-Rasul 10:35). Apakah bukti yang anda jumpai dalam bab ini bahawa Kornelius menjalani kehidupan yang soleh yang diterima oleh Tuhan? Mengapakah penting untuk mengetahui bahawa “Tuhan tidak membeza-bezakan manusia” (ayat 34), bermaksud bahawa semua manusia dapat menerima berkat injil sekiranya mereka menjalani injil? (lihat 1 Nefi 17:35).

Seperti orang Yahudi memandang rendah kepada mereka yang bukan dari keturunan Abraham, adakah anda pernah mendapati diri anda membuat penilaian yang tidak baik atau tidak benar tentang seseorang yang berlainan dengan anda? Bagaimanakah anda dapat mengatasi kecenderungan ini? Akan menyeronokkan untuk mencuba sebuah aktiviti yang mudah untuk beberapa hari berikut: Bilamana anda berinteraksi dengan seseorang, cuba untuk fikir kepada diri anda, “Orang ini adalah anak Tuhan.” Semasa anda melakukan ini, apakah perubahan yang anda sedar dalam cara anda berfikir dan berinteraksi dengan orang lain?

Lihat juga D. Todd Christofferson, “Tetap Akan Dikasihi-Nya,” Ensign atau Liahona, Nov. 2016, 48–51; 1 Samuel 16:7; “Peter’s Revelation to Take the Gospel to the Gentiles” (video, LDS.org).

Kisah Rasul-Rasul 10; 11:1–1815

Bapa Syurgawi mengajar saya baris demi baris melalui wahyu.

Ketika Petrus terlihat penglihatan yang digambarkan di dalam Kisah Rasul-Rasul 10, dia sukar untuk memahaminya dan “ragu dengan dirinya apakah maksudnya” (ayat 17). Namun Tuhan memberikan Petrus pemahaman yang besar semasa Petrus mencarinya. Semasa anda membaca Kisah Rasul-Rasul 10, 11, dan 15, perhatikan bagaimana pemahaman Petrus tentang penglihatannya bergantung dengan waktu. Bagaimanakah anda telah mencari dan menerima pemahaman yang besar dari Tuhan semasa anda memiliki pertanyaan?

Kisah Rasul-Rasul 10, 11, dan 15 mengira semula contoh di mana Tuhan mengarahkan hamba-Nya melalui wahyu. Akan membantu jika mencatat apa yang akan anda temui berkenaan wahyu semasa anda membaca bab-bab ini. Bagaimanakah Roh berbicara kepada anda?

Lihat juga “Revelation,” Gospel Topics, topics.lds.org; Ronald A. Rasband, “Biar Roh Kudus Membimbing,” Ensign atau Liahona, Mei 2017, 93–96; “The Jerusalem Conference” (video, LDS.org).

Kisah Rasul-Rasul 11:26

Saya seorang penganut Kristian kerana saya percaya dan mengikuti Yesus Kristus.

Apakah yang luar biasa tentang seseorang yang digelar seorang penganut Kristian? (lihat Kisah Rasul-Rasul 11:26). Apakah ertinya bagi anda untuk dikenali sebagai seorang penganut Kristian atau untuk mengambil ke atas diri anda nama Yesus Kristus? (lihat A&P 20:77). Pertimbangkan yang luar biasa tentang nama. Sebagai contoh, apakah erti nama keluarga anda kepada anda? Mengapakah nama Gereja kini amat penting? (lihat A&P 115:4).

Lihat juga Mosia 5:7–15; Alma 46:13–15; 3 Nefi 27:3–8; M. Russell Ballard, “The Importance of a Name,” Ensign atau Liahona, Nov. 2011, 79–82.

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:

Kisah Rasul-Rasul 10:17, 20

Pernahkah kita memiliki pengalaman rohani dan kemudian meragui apa yang kita rasakan atau telah pelajari? Apakah nasihat yang kita dapat berikan kepada sesama yang mungkin akan membantu kita mengatasi keraguan kita? (Lihat Ronald A. Rasband, “Jangan Sesekali Anda Lupa,” Ensign atau Liahona, Nov. 2016, 113–15.)

Kisah Rasul-Rasul 12:1–17

Ketika Petrus dimasukkan ke dalam penjara, para ahli Gereja berkumpul bersama dan berdoa baginya. Adakah seseorang yang keluarga anda rasa terilham untuk berdoa baginya, seperti pemimpin Gereja atau orang yang dikasihi? Apakah erti berdoa “tanpa henti”? (Kisah Rasul-Rasul 12:5).

Imej
Petrus dibebaskan dari penjara.

Peter Delivered from Prison, oleh A. L. Noakes

Kisah Rasul-Rasul 14

Semasa anda membaca bab ini bersama, beberapa ahli keluarga boleh membuat nota tentang berkat-berkat yang datang kepada para pengikut dan Gereja, sementara ahli keluarga yang lain boleh membuat nota tentang pertentangan atau cubaan yang para pengikut alami. Mengapakah Tuhan membenarkan hal-hal yang sulit terjadi kepada orang yang soleh?

Kisah Rasul-Rasul 15:1–21

Ayat-ayat ini menggambarkan sebuah perbezaan pendapat di dalam Gereja berkenaan jika penganut baru bangsa bukan Israel (bukan Yahudi) harus diminta untuk bersunat sebagai tanda perjanjian mereka. Perbezaan pendapat tersebut selesai selepas para Rasul berjumpa bersama untuk mempertimbangkan subjek tersebut dan kemudian menerima jawapan yang diilhami. Ini mungkin waktu yang tepat untuk mengajar keluarga anda bahawa pola yang sama digunakan pada masa kini. Sebagai sebuah keluarga, pilih satu pertanyaan tentang injil yang anda ingin mendapat jawapan bersama. Carilah bersama idea di dalam tulisan suci dan dalam ajaran-ajaran para nabi dan rasul moden. (Topical Guide dan indeks topik dalam isu persidangan di majalah Gereja dapat membantu.)

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Lukis sebuah gambar. Gambar dapat membantu ahli keluarga untuk membayangkan ajaran-ajaran tulisan suci dan cerita. Anda boleh membaca beberapa ayat dan kemudian berikan masa untuk ahli keluarga untuk melukis sesuatu yang berkaitan tentang apa yang anda telah baca. Sebagai contoh, ahli keluarga mungkin suka melukis gambar tentang penglihatan Petrus di Kisah Rasul-Rasul 10.

Imej
Kornelius dan Petrus

Pengalaman Paulus dan Kornelius menunjukkan bahawa “Tuhan tidak membeza-bezakan manusia” (Kisah Rasul-Rasul 10:34).