Ikutlah Aku
24–30 Jun. Matius 28; Markus 16; Lukas 24; Yohanes 20–21: ‘Dia Sudah Bangkit’


“24–30 Jun. Matius 28; Markus 16; Lukas 24; Yohanes 20–21: ‘Dia Sudah Bangkit’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“24–30 Jun. Matius 28; Markus 16; Lukas 24; Yohanes 20–21,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2019

Imej
Yesus berbicara kepada Petrus

Feed My Sheep, oleh Kamille Corry

24–30 Jun

Matius 28; Markus 16; Lukas 24; Yohanes 20–21

“Dia Sudah Bangkit”

Baca dengan penuh doa Matius 28; Markus 16; Lukas 24; dan Yohanes 20–21, renungkan sukacita yang anda miliki kerana Kebangkitan Yesus. Renungkan bagaimana anda boleh berkongsi kesaksian anda tentang peristiwa ini dengan orang lain.

Mencatat Tanggapan Anda

Bagi kebanyakan, kematian Yesus dari Nasaret mungkin kelihatan seperti penamat ironis kepada kehidupan yang luar biasa. Bukankah ini adalah orang yang membangkitkan Lazarus dari kematian? Bukankah dia menahan pelbagai ancaman dari orang Farisi berkali-kali? Dia telah menunjukkan kuasa untuk menyembuhkan kebutaan, kusta, dan kelumpuhan. Angin kuat dan lautan mematuhi-Nya. Dan namun Dia digantung di atas salib, menyatakan “Sudah selesai” (Yohanes 19:30). Terdapat sesetengah yang benar-benar terkejut dengan perkataan mengutuk “Dia menyelamatkan orang lain, tetapi tidak dapat menyelamatkan diri-Nya” (Matius 27:42). Tetapi kita tahu bahawa kematian Yesus bukanlah penghujung cerita tersebut. Kita ketahui bahawa sepi kubur tersebut hanyalah sementara dan bahawa kerja penyelamatan Kristus baru bermula. Dia ditemui kini bukan “di antara orang mati” tetapi di antara yang hidup (Lukas 24:5). Ajaran-ajaran-Nya tidak akan diam, kerana para pengikut-Nya yang setia mengkhutbahkan injil kepada “seluruh bangsa,” mempercayai janji-Nya bahawa dia akan “berserta [mereka] sentiasa, bahkan sehingga hujung dunia” (Matius 28:19–20).

Imej
ikon kajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Matius 28; Markus 16; Lukas 24; Yohanes 20

Kerana Yesus telah bangkit, saya juga akan dibangkitkan.

Dalam ayat ini, anda akan baca tentang salah satu peristiwa yang paling penting di dalam sejarah manusia: Kebangkitan Yesus Kristus. Semasa anda membaca, letakkan diri anda di tempat orang-orang yang menyaksikan peristiwa Kebangkitan tersebut. Bagaimanakah para saksi ini rasakan? Bagaimanakah anda rasakan semasa anda membaca tentang Kebangkitan Juruselamat? Pertimbangkan bagaimana ia telah mempengaruhi anda—pandangan anda terhadap kehidupan, hubungan anda dengan orang lain, iman anda terhadap Kristus, dan iman anda dalam kebenaran injil.

Lihat juga dalam Panduan Tulisan Suci, “Kebangkitan”; “Resurrection,” Gospel Topics, topics.lds.org.

Lukas 24:13–35

Kita dapat menjemput Juruselamat untuk “tinggal bersama kita.”

Pengalaman dua pengikut yang berjalan dan terserempak Juruselamat yang telah bangkit dapat memiliki persamaan dengan jalan penganutan anda. Apakah kaitan yang anda lihat di antara laporan ini dan pengalaman anda sebagai pengikut Kristus? Bagaimanakah anda dapat berjalan dengan-Nya hari ini dan menjemput-Nya untuk “singgah” lebih lama lagi? (Lukas 24:29). Bagaimanakah anda mengenali kehadiran-Nya di dalam kehidupan anda? Dalam cara apakah Roh Kudus bersaksi tentang keilahian Yesus Kristus kepada anda?

Lukas 24:36–43; Yohanes 20

Adakah Yesus Kristus memiliki tubuh badan?

Melalui laporan Tuhan yang bangkit menampakkan diri kepada Maria Magdalena dan kemudian interaksi-Nya bersama para pengikut-Nya, kita pelajari bahawa Kebangkitan Yesus adalah nyata dan jasmani. Dengan tubuh-Nya yang telah bangkit, dipermuliakan, Dia berjalan, berbicara, dan makan bersama para pengikut-Nya. Tulisan suci yang lain juga bersaksi bahawa Yesus Kristus memiliki tubuh badan dari daging dan tulang: Filipi 3:20–21; 3 Nefi 11:13–15; Ajaran dan Perjanjian 110:2–3; 130:1, 22.

Yohanes 20:19–29

“Berbahagialah mereka yang tidak melihat, namun percaya.”

Sememangnya sukar untuk mempercayai bahawa sesuatu adalah benar tanpa melihat bukti fizikal. Ada masa anda mungkin seperti Tomas, yang berkata, “Sebelum aku melihat … aku tidak akan percaya” (Yohanes 20:25). Sebagai balas, Juruselamat berkata kepada Tomas, “Berbahagialah mereka yang tidak melihat, namun percaya.” (Yohanes 20:29). Bagaimanakah anda telah diberkati kerana mempercayai dalam hal-hal rohani yang anda tidak dapat lihat? Apakah yang membantu anda memiliki iman kepada Juruselamat bahkan ketika anda tidak dapat melihat-Nya? Apakah kebenaran lain yang anda percayai bahkan tanpa bukti fizikal? Bagaimanakah anda dapat terus menguatkan iman anda dalam “hal-hal yang tidak terlihat, yang adalah benar”? (Alma 32:21; lihat juga Eter 12:6). Pertimbangkan untuk mencatat dalam jurnal pengalaman-pengalaman yang telah membantu anda percaya kepada Yesus Kristus, atau kongsinya dengan seseorang yang anda kenali.

Yohanes 21:1–17

Juruselamat menjemput saya untuk menggembalakan domba-Nya.

Akan menyeronokkan untuk membandingkan interaksi Juruselamat dengan para Rasul-Nya di dalam Yohanes 21 dengan pertama kali Dia mengarahkan mereka untuk meletakkan jala ikan mereka, tercatat di Lukas 5:1–11. Apakah persamaan dan perbezaan yang anda temui? Apakah pandangan tentang penganutan yang anda temui?

Pertimbangkan bagaimanakah firman Juruselamat kepada Petrus di dalam Yohanes 21:15–17 mungkin berkenaan bagi anda. Adakah apa-apa yang menghalang anda dari melayani domba Tuhan? Apakah respon anda sekiranya Tuhan menanyakan anda, “Apakah engkau mengasihi Aku?” Renungkan bagaimana anda dapat menunjukkan kasih anda kepada Tuhan.

Lihat juga Jeffrey R. Holland, “The First Great Commandment,” Ensign atau Liahona, Nov. 2012, 83–85.

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Semasa anda selesai membaca Injil bersama keluarga anda, Roh dapat membantu anda mengetahui apakah asas untuk ditekankan dan dibincangkan bagi memenuhi keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:

Matius 28:6

Mengapakah perkataan “Dia tidak berada di sini: Dia telah bangkit” adalah perkataan yang paling mempunyai harapan dan penting yang pernah diucapkan?

Matius 28; Markus 16; Lukas 24; Yohanes 20–21

Semasa keluarga anda membaca bab-bab ini, berikan tumpuan kepada orang-orang yang berinteraksi dengan Yesus dalam setiap laporan. Sebagai contoh, anda mungkin boleh tumpukan kepada orang-orang yang mengunjung kubur Juruselamat. Selain itu, anda boleh mengkaji dengan cermat tindakan para Rasul atau pengikut di jalan ke Emaus.

Imej
Kristus dan dua orang pengikut

Road to Emmaus, oleh Jon McNaughton

Matius 28:16–20; Markus 16:14–20; Lukas 24:44–53

Sebagai sebuah keluarga, bincangkan pekerjaan yang Kristus minta para Rasul-Nya untuk lakukan. Bagaimanakah kita dapat membantu mencapai pekerjaan ini? Bolehkah anda berkongsi satu masa ketika anda merasakan “Tuhan bekerja bersama [anda]” untuk membantu anda mencapai tujuan-Nya? (Markus 16:20).

Yohanes 21:15–17

Pertimbangkan membaca ayat-ayat ini sambil makan bersama. Ini dapat menambah erti kepada firman Juruselamat “gembalakanlah domba-domba-Ku.” Berdasarkan apa yang Yesus ajarkan tentang domba di dalam Perjanjian Baru (lihat, sebagai contoh, Matius 9:35–36; 10:5–6; 25:31–46; Lukas 15:4–7; Yohanes 10:1–16), mengapakah menggembalakan domba-domba adalah perumpamaan yang baik untuk memelihara dan menjaga anak-anak Tuhan? Apakah perumpamaan tersebut ajarkan tentang bagaimana Bapa Syurgawi dan Yesus rasakan tentang kita?

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Gunakan musik untuk menjemput Roh dan belajar ajaran. Dengarkan atau nyanyikan lagu rohani seperti “Dia Bangkit!” atau “Hari Ini Yesus Bangkit,” Nyanyian Rohani, no. 85, 86, dapat mengundang Roh dan membantu anda mempelajari tentang Kebangkitan Juruselamat.

Imej
Kristus muncul kepada Maria pada taman kuburan

Woman, Why Weepest Thou? oleh Simon Dewey