Doctrine and Covenants 2025
Penukaran Hati ialah Matlamat Kita


“Penukaran Hati ialah Matlamat Kita,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)

“Penukaran Hati ialah Matlamat Kita,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025

lelaki mengajar seorang kanak-kanak untuk memberi makan kepada anak domba

Penukaran Hati ialah Matlamat Kita

Matlamat segala pembelajaran dan pengajaran injil adalah untuk mendalamkan penukaran hati kita dan membantu kita menjadi lebih seperti Yesus Kristus. Untuk ini, apabila kita mengkaji injil, kita tidak hanya mencari maklumat baharu; kita mahu menjadi seorang “manusia baru” (2 Korintus 5:17). Ini bermaksud bergantung pada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus untuk membantu kita mengubah hati, pandangan, tindakan dan sifat alamiah kita.

Tetapi pembelajaran injil yang memperkukuhkan iman kita dan membimbing kepada mukjizat penukaran hati tidak berlaku serentak. Ia meluas dari bilik kelas ke hati dan rumah individu. Ia memerlukan usaha harian yang tetap untuk memahami dan menjalankan injil. Penukaran hati sejati memerlukan pengaruh Roh Kudus.

Roh Kudus membimbing kita kepada kebenaran dan bersaksi akan kebenaran itu (lihat Yohanes 16:13). Dia menerangi minda kita, mempercepatkan pemahaman kita dan menyentuh hati kita dengan wahyu Tuhan, iaitu sumber semua kebenaran. Roh Kudus menyucikan hati kita. Dia mengilhami hasrat kita untuk menjalani kebenaran ini, dan Dia membisikkan cara-cara untuk berbuat demikian. Sememangnya, “Roh Tuhan … akan mengajar [kita] segala-galanya” (Yohanes 14:26).

Untuk sebab-sebab ini, dalam usaha untuk menjalani, mempelajari, dan mengajar injil, kita harus mencari penemanan Roh. Matlamat ini harus menentukan pilihan kita dan membimbing fikiran serta tindakan kita. Kita harus mencari apa pun yang menjemput pengaruh Roh dan menolak apa pun yang mengusir pengaruh itu—kerana kita tahu jika kita boleh layak untuk hadirat Roh Kudus, kita juga boleh layak dalam hadirat Tuhan dan Putera-Nya, Yesus Kristus.