Ikutlah Aku 2024
29 Julai–4 Ogos: “Memandang kepada Tuhan dan Hidup.” Alma 36–38


“29 Julai–4 Ogos: ‘Memandang kepada Tuhan dan Hidup.’ Alma 36–38,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Kitab Mormon 2024 (2023)

“29 Julai–4 Ogos. Alma 36–38,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2024 (2023)

Imej
wanita sedang berdoa

Woman [Wanita], oleh Jen Tolman, tidak boleh disalin

29 Julai–4 Ogos: “Memandang kepada Tuhan dan Hidup”

Alma 36–38

Ketika Alma melihat kejahatan di sekelilingnya, dia merasa “dukacita,” “kesukaran,” dan “kepedihan jiwa” yang mendalam (Alma 8:14). “Kejahatan seperti itu di kalangan umat ini,” dia berkata tentang bangsa Zoram, “menyakitkan jiwaku” (Alma 31:30). Dia rasa sesuatu serupa selepas kembali dari misinya kepada bangsa Zoram—dia lihat banyak hati bangsa Nefi “menjadi keras, dan bahawa mereka mula tersinggung kerana ketatnya firman,” dan ini membuat hatinya “penuh dukacita” (Alma 35:15). Apakah yang Alma lakukan mengenai apa yang dia lihat dan rasa? Dia tidak jadi kecewa atau sinis tentang keadaan dunia. Sebaliknya, “dia menyuruh agar para puteranya hendaknya berkumpul bersama” dan mengajar mereka “apa yang berkaitan dengan kebenaran” (Alma 35:16). Dia mengajarkan mereka bahawa “tidak ada jalan atau cara lain yang melaluinya manusia dapat diselamatkan, kecuali di dalam dan melalui Kristus. … Lihatlah, Dia ialah firman kebenaran dan kesolehan” (Alma 38:9).

Idea-idea untuk Mengajar di Rumah dan di Gereja

Alma 36; 38:5–6

Saya boleh dilahirkan dari Tuhan.

Hanya sedikit orang akan mengalami pengalaman yang dramatik seperti penukaran hati Alma. Tetapi semua orang mesti “dilahirkan dari Tuhan,” walaupun ia biasanya berlaku secara beransur-ansur (Alma 36:2338:6). Semasa anda membaca Alma 36, fikirkan tentang maksud untuk dilahirkan dari Tuhan. Contohnya, dalam proses dilahirkan dari Tuhan, bagaimana perasaan anda tentang dosa? tentang Yesus Kristus? Bagaimanakah dilahirkan dari Tuhan mempengaruhi apa yang anda lakukan sebagai tindak balas kepada kesilapan anda sendiri? Apakah perubahan lain yang berlaku dalam kepercayaan dan tindakan anda? Renungkan bagaimana anda sedang mengalami perubahan-perubahan ini.

Lihat juga Mosia 5:7; 27:25–26; Alma 5:14; 22:15; Helaman 3:35.

Alma 36:12–24; 38:8–9

Yesus Kristus menggantikan kesedihan dengan kebahagiaan.

Kadangkala orang takut untuk bertaubat kerana mereka melihat pertaubatan sebagai hukuman dosa yang menyakitkan. Apakah yang anda fikir Alma akan katakan tentang itu? Untuk mengetahuinya, anda boleh bandingkan bagaimana kehidupan Alma sebelum dia bertaubat (lihat Alma 36:6–17) dengan gambaran dirinya selepas dia bertaubat (lihat ayat 18–27). Menurut Alma 36:17–18, bagaimana Alma menerima pengampunan ini?

Lihat juga Matthew S. Holland, “Kurnia Putera yang Hebat,” Liahona, Nov. 2020, 45–47.

Alma 37

Tulisan suci telah dipelihara “untuk suatu tujuan yang bijak.”

Pertimbangkan mukjizat dan berkat adanya tulisan suci hari ini! Semasa anda membaca Alma 37, cari berkat-berkat yang datang kerana adanya tulisan suci (lihat, contohnya, ayat 7–10, 18–19, 44–45).

Dalam Alma 37:38–47, Alma membandingkan “firman Kristus” kepada Liahona. Semasa anda merenungkan perbandingan ini, fikirkan cara-cara anda mengalami mukjizat dan kuasa ajaran Kristus “hari demi hari” (Alma 37:40).

Lihat juga “S’dang Kubaca Kitab Suci,” Nyanyian Rohani, no. 117.

Imej
wanita membaca tulisan suci

Tulisan suci mengajar kita cara untuk mengikuti Tuhan

Alma 37:1–14

Imej
seminary icon
“Melalui hal-hal yang kecil dan sederhana hal-hal besar didatangkan.”

Kadangkala kita mungkin merasa masalah kita begitu besar dan rumit sehingga penyelesaiannya mesti besar dan rumit juga. Tetapi itu bukanlah cara Tuhan. Semasa anda membaca Alma 37:1–14, pertimbangkan apa yang anda kagum tentang bagaimana Dia melakukan pekerjaan-Nya. Kemudian anda boleh merenung dan mencatatkan cara anda telah melihat asas ini dalam hidup anda.

Jika anda akan mengajar asas ini kepada seseorang, apakah contoh-contoh dari alam semula jadi atau kehidupan seharian yang anda akan gunakan untuk menggambarkannya? Anda juga boleh mencari beberapa dalam pesanan Presiden Dallin H. Oaks “Hal-hal yang Kecil dan Sederhana” (Liahona, Mei 2018, 89–92).

Apakah beberapa hal kecil dan sederhana yang membawa anda lebih dekat kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus?

Selalunya, pilihan “kecil dan sederhana” kita membuat perbezaan yang besar dalam kehidupan kita. Pertimbangkan untuk memilih tajuk dari Untuk Kekuatan Remaja : Panduan Untuk Membuat Pilihan dan tanya diri anda soalan seperti ini: Bagaimana pilihan saya tentang ini mempengaruhi saya dan orang di sekeliling saya? Apakah perubahan kecil dan sederhana yang saya boleh buat yang akan membawa kepada kedamaian dan kebahagiaan yang lebih besar?

Lihat juga Michael A. Dunn, “Satu Peratus Lebih Baik,” Liahona, Nov. 2021, 106–8.

Gunakan hal-hal yang kecil dan sederhana. Seperti banyak hal lain dalam kehidupan, pengajaran dan pembelajaran injil boleh dilakukan melalui cara yang kecil dan sederhana. Contohnya, bagaimana sedikit garam atau yis boleh digunakan untuk mengajar kuasa hal-hal yang kecil dan sederhana? (lihat Matius 5:13; 13:33).

Alma 37:35–37

“Berundinglah dengan Tuhan.”

Dalam Alma 37:35–37, cari jemputan Alma kepada anak lelakinya Helaman. Jemputan manakah yang anda terilham untuk bertindak? Contohnya, anda boleh merenungkan maksud “berundinglah dengan Tuhan” (ayat 37). Bagaimanakah anda pernah cuba melakukan ini? Bagaimanakah Dia telah mengarahkan anda untuk kebaikan?

Alma 38

Berkongsi kesaksian saya tentang Yesus Kristus dapat menguatkan orang yang saya kasihi.

Kata-kata Alma kepada anaknya Siblon memberi contoh yang baik tentang bagaimana untuk memperkuat dan menggalakkan orang yang kita kasihi dalam menjalani injil. Mengkaji Alma 38 boleh memberi anda beberapa idea untuk membantu ahli keluarga dan kawan-kawan mencari kekuatan dalam Yesus Kristus. Catatkan penemuan anda.

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Alma 36:6–24

Pertaubatan membawa saya kebahagiaan dalam Yesus Kristus.

  • Untuk membantu anak-anak anda memahami pertaubatan membawa kebahagiaan, anda boleh berikan mereka sekeping kertas dengan muka gembira di satu sisi dan muka sedih di sisi yang lain. Minta mereka dengar semasa anda membaca atau meringkaskan Alma 36:13, 17–20 dan angkat salah satu muka itu untuk menunjukkan perasaan Alma. Kanak-kanak yang lebih besar boleh menulis perkataan atau frasa yang menggambarkan perasaannya. Apakah yang membuat Alma sedih, dan apakah yang membawakan dia kebahagiaan? Kemudian anda boleh beritahu mereka tentang kebahagiaan yang anda rasakan ketika anda bertaubat.

Alma 37:6–7

“Melalui hal-hal yang kecil dan sederhana hal-hal besar didatangkan.”

  • Anak-anak anda mungkin suka mencari hal-hal kecil yang mendatangkan hal-hal besar. Barang-barang seperti bateri, kunci kereta, atau satu mainan yang menghiburkan mereka boleh menjadi contoh. Kemudian anda boleh membaca Alma 37:6–7 bersama dan fikirkan beberapa hal kecil atau sederhana yang Tuhan mahu kita lakukan. Apakah hal-hal besar yang boleh berlaku apabila kita mematuhi perintah yang kecil atau sederhana ini?

  • Anak-anak anda juga boleh mencuba sesuatu seperti ini: mula mengisi cawan dengan air, satu titisan pada satu masa. Bagaimanakah ini berkaitan dengan Alma 37:6–7? Kemudian anda boleh bercakap tentang bagaimana “hal-hal yang kecil dan sederhana” Tuhan, seperti membaca tulisan suci setiap hari, adalah seperti titisan air dalam cawan.

  • Bantu anak-anak anda fikirkan cara mereka mendatangkan hal-hal besar di rumah, sekolah, atau gereja. Lagu “B’rilah,’ Kata Riam” (Buku Nyanyian Anak-anak, 116) juga menggambarkan asas ini.

Alma 37:38–47

Tulisan suci boleh membantu saya setiap hari.

  • Bagaimanakah anda boleh membantu anak-anak anda mengasihi firman Tuhan, seperti yang Alma ajarkan Helaman? Pertimbangkan untuk tunjukkan mereka gambar Liahona (seperti Buku Seni Injil, no. 68) atau jemput mereka melukisnya ketika mereka berkongsi apa yang mereka tahu tentangnya (lihat Alma 37:38–47; 1 Nefi 16:10, 28–29). Bagaimanakah tulisan suci seperti Liahona?

Imej
malaikat muncul kepada Alma dan para putera Mosia

Angel Appears to Alma and the Sons of Mosiah [Malaikat Muncul kepada Alma dan Para Putera Mosia], oleh Clark Kelley Price