2017
Korban Tebusan Adalah Bukti Kasih Tuhan
Februari 2017


Pesanan Pengajaran Berkunjung, Februari 2017

Korban Tebusan Kristus Adalah Bukti Kasih Tuhan

Kaji bahan pengajaran ini dengan berdoa dan mencarikan inspirasi untuk mengetahui apa yang harus dikongsi.

Imej
Mohor Lembaga Pertolongan

Iman, Keluarga, Pertolongan

Memahami bahawa Bapa Syurgawi kita memberi Putera Tunggal-Nya agar kita mungkin ada kebaqaan dan potensi untuk kehidupan abadi membantu kita merasa kasih Tuhan untuk kita yang tidak terhad dan tidak dapat difahami. Juruselamat juga mengasihi kita.

“Siapakah akan memisahkan kita dari kasih Kristus? …

“Aku yakin bahawa tiada sesuatu pun dapat menghalang Kristus mengasihi kita: baik kematian mahupun kehidupan, baik malaikat mahupun penguasa lain di angkasa, baik hal-hal yang berlaku sekarang mahupun pada masa yang akan datang,

“Baik ketinggian, baik kerendahan, baik apa-apa ciptaan lain, dapat menghalang kita dari kasih Tuhan, iaitu Kristus Yesus, Tuhan kita. (Roma 8:35, 38–39).

Tentang Korban Tebusan Yesus Kristus, Elder D. Todd Christofferson dari Kuorum Dua Belas Rasul berkata: “Penderitaan Juruselamat di Gethsemane dan deritanya di salib menyelamatkan kita dari dosa dengan memuaskan tuntutan keadilan yang ada pada kita. Dia menawarkan belas kasih kepada orang yang bertaubat. Korban Tebusan Yesus Kristus juga memuaskan hutang yang keadilan ada pada kita dengan menyembuhkan dan mengganti rugi dengan penderitaan yang kita bertahan walaupun tidak bersalah. Dia menderita kesakitan setiap makhluk yang hidup, baik lelaki, perempuan, mahupun kanak-kanak, yang termasuk dalam keluarga Adam. (2 Nefi 9:21; lihat juga Alma 7:11–12).”1

Kristus ada “[kita] terukir pada tapak tangan [Dia](Yesaya 49:16). Linda K. Burton, Presiden Umum Lembaga Pertolongan, berkata, “Tindakan kasih itu yang tertinggi harus membuat kita berlutut dalam doa rendah hati untuk bersyukur kepada Bapa Syurgawi kita cukup sehingga Dia mengutus Anak Tunggal-Nya yang sempurna untuk menderita untuk dosa kita, sakit hati kita, dan semuanya yang kelihatan tidak adil dalam hidup masing-masing kita.”2

Tulisan suci dan Maklumat Tambahan

Yohanes 3:16; 2 Nefi 2:6–7, 9; reliefsociety.lds.org

Nota

  1. D.Todd Christofferson, “Redemption,” Liahona, Mei 2013, 110.

  2. Linda K. Burton, “Is Faith in the Atonement of Jesus Christ Written in Our Hearts?” Liahona, Nov. 2012, 114.

Pertimbangkan Ini

Bagaimana kita dapat menyatakan kesyukuran dan kasih kita untuk Tuhan dan Yesus Kristus untuk kurnia Korban Tebusan Juruselamat?