2015
Sifat-sifat Ilahi Yesus Kristus: Berkuasa dan Penuh Kemuliaan
September 2015


Pesanan Pengajaran Berkunjung, September 2015

Sifat-sifat Ilahi Yesus Kristus: Berkuasa dan Penuh Kemuliaan

Kaji bahan pengajaran ini dan berdoa untuk mengetahui apa yang harus dikongsikan. Bagaimana pemahaman tentang sifat-sifat ilahi Juruselamat akan meningkatkan iman kamu kepada-Nya dan memberkati mereka yang kamu awasi melalui pengajaran berkunjung? Untuk maklumat lebih lanjut, layari reliefsociety.lds.org.

Imej
Meterai Lembaga Pertolongan

Iman, Keluarga, Pertolongan

Kitab suci mengajar kita bahawa Yesus Kristus “menerima segala kuasa, baik di dalam syurga maupun di atas bumi, dan kemuliaan Bapa ada bersama-Nya” (A&P 93:17). Elder M. Russell Ballard dari Kuorum Dua Belas Rasul berkata bahawa dengan kuasa ini Juruselamat kita telah menciptakan syurga dan bumi, melaksanakan mukjizat, dan menahan kesakitan di Getsemani dan Kalvari.1 Apabila kita mula memahami ini, iman kita terhadap Kristus akan meningkat, dan kita akan menjadi lebih kuat.

Apabila kita membuat dan memegang perjanjian-perjanjian bait suci, Tuhan memberkat kita dengan kuasa-Nya. Linda K. Burton, presiden umum Lembaga Pertolongan, berkata: “Memegang kepada perjanjian memperkuatkan, memperkuasakan, dan melindungi. … Baru-baru ini saya bertemu seorang rakan baru. Dia bersaksi bahawa setelah menerima anugerahan bait suci, dia merasakan diri diperkuatkan dengan kuasa untuk menahan godaan.”2

Nefi bersaksi tentang kuasa perjanjian: “Aku, Nefi, nampak kuasa anak Domba Tuhan, bahawa ia turun … ke atas umat perjanjian Tuhan, … dan mereka disenjatai dengan kesolehan dan dengan kuasa Tuhan dalam kemuliaan yang agung” (1 Nefi 14:14).

Ayat-ayat Suci Tambahan

Yeremia 51:15; Wahyu 1:6; Yakub 4:6–7; Mosia 3:17

Dari Tulisan Suci

Oleh kerana perasaan belas kasihan terhadap Marta dan Maria, Yesus Kristus telah membangkitkan saudara mereka Lazarus dari kubur dengan kuasa Tuhan yang Dia miliki.

Yesus sampai ke rumah Marta dan Maria empat hari selepas Lazarus meninggal dunia. Mereka pergi ke kubur Lazarus, dan Yesus memerintahkan agar batu yang menutupi kubur itu dialihkan. Yesus berkata kepada Marta, “Tidakkah Aku berkata kepadamu: Jika kamu percaya, kamu boleh melihat betapa besarnya kuasa Tuhan?” Kemudian dia berdoa kepada Tuhan Bapa dan “Dia berseru dengan suara kuat, Lazarus, keluar!

“Lazarus pun keluar. Tangan dan kakinya masih berbalut dengan kain kafan dan mukanya tertutup dengan kain penutup muka.” (Lihat Yohanes 11:1–45.) Juruselamat menggunakan kuasa-Nya untuk menebus dan memberi kuasa kepada kita. Iman kita kepada Dia akan meningkat apabila kita ingat bahawa Dia dipenuhi kuasa dan kemuliaan.

Nota-nota

  1. Lihat M. Russell Ballard, “This Is My Work and My Glory,” Liahona, Mei 2013, 18.

  2. Linda K. Burton, “The Power, Joy, and Love of Covenant Keeping,” Liahona, Nov. 2013, 111.

Pertimbangkan Ini

Bagaimana kuasa Tuhan mensenjatakan kita dengan kuasa dan kemuliaan?