2014
Misi Ilahi Yesus Kristus: Mesias
Ogos 2014


Pesanan Pengajaran Berkunjung, Ogos 2014

Misi Ilahi Yesus Kristus: Mesias

Mengkaji pesanan ini dengan berdoa dan carikan perkara untuk dikongsikan. Bagaimana kefahamaan tentang hidup dan peranan Juruselamat boleh meningkatkan iman kamu kepada Dia dan memberkat mereka yang kamu jaga melalui pengajaran berkunjung? Untuk maklumat lebih lanjut, layari reliefsociety.lds.org.

Iman, Keluarga, Pertolongan

Kitab suci mengajar bahawa kita boleh berada dalam hadirat Tuhan “melalui jasa, dan belas kasihan, dan rahmat Mesias” (2 Nefi 2:8). Mesias ialah “satu istilah bahasa Aramia dan bahasa Ibrani yang bererti ‘yang ditugaskan.’ … Dalam Perjanjian Baru Yesus dipanggil Kristus, dalam bahasa Greek sama erti dengan Mesias. Ia bererti Nabi, Imam, Raja, dan Penebus yang ditugaskan.”1

Elder Jeffrey R. Holland dari Kuorum Dua Beals Rasuk bersaksi: “Saya tahu [Yesus Kristus] ialah Yang Kudus dari Israel, Mesias yang akan datang lagi pada suatu hari dalam kemuliaan terakhir, untuk memerintah pada bumi ini sebagai Tuhan Yang Agung dan Raja Yang Terutama. Saya tahu tidak ada nama lain di bawah syurga yang boleh menyelamatkan seorang lelaki [atau wanita].”2

“[Yesus Kristus] ialah Juruselamat dan Penebus dunia ini,” kata Presiden Dieter F. Uchtdorf, Penasihat Kedua dalam Presidensi Utama, “Dia ialah Mesias yang sudah dijanjikan. Dia hidup dengan sempurna dan menebuskan dosa-dosa kita. Dia akan berdiri di sebelah kita. Dia akan menjuangkan perang kita. Dialah harapan kita; Dialah penyelamatan kita; Dialah jalan.”3

Ayat-ayat Suci Tambahan

Yohanes 1:38–41; 4:25–26, 40–42; 2 Nefi 6:13; 25:16–17

Dari Tulisan Suci

Para pengikut wanita Yesus Kristus sudah menjadi saksi peranan-Nya sebagai Mesias. Maria Magdalena ialah seorang pengikut Yesus Kristus. Dialah orang yang pertama untuk melihat “batu penutup sudah digulingkan dari lubang kubur” pada pagi Kebangkitan Kristus. Dia “berdiri sambil menangis di hadapan kubur” selepas dia mendapati bahawa tubuh badan-Nya sudah hilang dari kubur itu.

Kemudian “Maria berpaling dan nampak Yesus berdiri di situ. Tetapi Maria tidak tahu bahawa Dia Yesus.

“Yesus bertanya kepadanya, Puan, mengapa menangis? Siapakah yang puan cari? Maria menyangka Dia itu tukang kebun. Oleh itu Maria berkata, Tuan, jika tuan sudah memindahkan jenazah Yesus, beritahulah saya tempat tuan meletakkan jenazah-Nya, supaya saya boleh pergi mengambil jenazah-Nya.

“Yesus berkata kepadanya, Maria! Maria berpaling kepada Yesus lalu berkata dalam bahasa Ibrani, Rabbuni!(yang bererti guru).” Maria mengenal bahawa Dia bukan tukang kebun tetapi Yesus Kristus, Mesias. (Lihat Yohanes 20:1–17).

Nota

  1. Guide to the Scriptures, “Messiah”; scriptures.lds.org.

  2. Jeffrey R. Holland, “The Only True God and Jesus Christ Whom He Hath Sent,” Liahona, Nov. 2007, 42.

  3. Dieter F. Uchtdorf, “The Way of the Disciple,” Liahona, Mei 2009, 78.

Timbangkan Ini

Mengapa adalah penting untuk memahami peranan Juruselamat sebagai Mesias?