2014
Misi Ilahi Yesus Kristus: Cahaya Dunia Ini
Mac 2014


Pesanan Pengajaran Berkunjung, Mac 2014

Misi Ilahi Yesus Kristus: Cahaya Dunia Ini

Kajikan bahan bacaan ini dengan berdoa dan carikan perkara yang harus dikongsikan. Bagaimana pemahaman tentang hidup dan misi Juruselamat boleh meningkatkan iman kepada Dia dan boleh memberkat mereka yang anda jaga melalui pengajaran berkunjung? Untuk maklumat lebih lanjut, layari www.reliefsociety.lds.org.

Iman, Keluarga, Pertolongan

Bila kita faham bahawa Yesus Kristus ialah Cahaya Dunia ini, kita akan meningkatkan iman kita kepada Dia dan menjadi cahaya untuk orang lain. Kristus memberi kesaksian tentang peranan-Nya sebagai “terang sejati yang menerangi setiap orang yang datang ke dunia” (A&P 93:2) dan menuruh kita untuk “angkatlah cahaya-[Nya] agar ia dapat bersinar ke dunia” (3 Nefi 18:24).

Nabi-nabi kita juga bersaksi tentang Cahaya Kristus. Presiden Henry B. Eyring, Penasihat Pertama dalam Presidensi Utama berkata: “Setiap kali kamu pilih untuk cuba berkelakuan seperti Juruselamat, kamu akan memperkuatkan kesaksian kamu. Kamu akan mengenali bahawa Dia ialah Cahaya Dunia ini. … Kamu akan membayangkan Cahaya Kristus dalam kehidupan kamu.”1

Elder Quentin L. Cook dari Kuorum Dua Belas Rasul berkata tentang kita sebagai cahaya kepada dunia ini: “Kita perlu melindungi keluarga kita dan bergabung bersama orang yang muhibah dengan sedaya upaya untuk menjaga cahaya, harapan, dan moraliti komuniti kita.”2

Dari Tulisan Suci

Yohanes 8:12; Ajaran dan Perjanjian 50:24; 115:5

Dari Sejarah Kita

Para wanita Orang suci Zaman Akhir terus mengangkat cahaya mereka pada hari ini.

Pada tingkat ke 80 dalam satu bangunan tinggi di Hong Kong, Negeri Cina, seorang saudari yang bujang yang menderita kecacatan jasmani—hanya dialah Orang Suci Zaman Akhir dalam keluarganya—mendirikan satu tempat perlindungan di mana dia dan para pengunjungnya boleh berasa pengaruhan Roh. Dia letakkan kitab suci, buku manual Lembaga Pertolongan, dan buku lagu rohaninya berdekatan. Dia pergi ke bait suci untuk melaksanakan tatacara-tatacara bagi nenek moyangnya.3

Di Brazil, seorang ibu yang soleh membesarkan anak-anaknya dalam cahaya injil. Lagu-lagu rohani bermain dalam rumah batu-bata merahnya, dan gambar bait-bait suci, nabi-nabi, dan Juruselamat dari Liahona digantung dinding ke dinding. Dia dan suaminya berkorban untuk dimeterai dalam bait suci supaya anak-anak mereka boleh dilahirkan dalam perjanjian. Dia berdoa dengan berterusan supaya Tuhan boleh menolong dia untuk membesarkan anak-anaknya dalam cahaya, kebenaran, dan kekuatan injil.4

Nota

  1. Henry B. Eyring, “A Living Testimony,” Ensign atau Liahona, Mei 2011, 128.

  2. Quentin L. Cook, “Let There Be Light!” Ensign atau Liahona, Nov. 2010, 30.

  3. Lihat Daughters in My Kingdom: The History and Work of Relief Society (2011), 163–64.

  4. Lihat Daughters in My Kingdom,164.