persidangan umum April 2026 Sesi Pagi Sabtu Sesi Pagi SabtuSesi pagi Sabtu persidangan umum tahunan ke-196 Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir yang diadakan pada 4–5 April 2026. Dallin H. OaksPengenalanPresiden Oaks menjelaskan bahawa dalam satu perhimpunan khusyuk, para ahli Gereja mengundi untuk menyokong ahli-ahli Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul. D. Todd ChristoffersonPerhimpunan KhusyukDalam perhimpunan khusyuk, Presiden Christofferson membentangkan nama-nama Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul untuk undi sokongan. Patrick KearonDalam Pekerjaan-NyaElder Kearon mengajar bahawa panggilan daripada Tuhan adalah khusus untuk perkembangan kita dan apabila kita menjawab panggilan, kita tidak hanya mengisi tugas tetapi menyertai Juruselamat dalam pekerjaan penebusan-Nya. Kristin M. YeePelayanan—“Hendaklah Kamu Saling Mengasihi; sebagaimana Aku Sudah Mengasihi Kamu”Sister Yee menggambarkan bagaimana Yesus Kristus melayani dan bersaksi tentang berkat-berkat pelayanan dalam cara-Nya. Clark G. GilbertPulanglahElder Gilbert berkongsi contoh-contoh orang yang menemui jalan kembali ke injil Yesus Kristus dan mengajar bahawa Kristus akan membantu semua untuk “pulang.” David A. BednarSemua Orang Yang Telah Bertahan Dengan Gagah BeraniElder Bednar mengajar bahawa bertahan sampai akhir dengan gagah berani bermaksud menjadi lebih seperti Kristus semasa kita mengamalkan kasih ihsan sepanjang hidup kita. Michael John U. TehPatuhi Nabi; Dia Tahu JalannyaElder Teh mengajar bahawa mengikuti ajaran dan teladan para nabi, pelihat, dan pewahyu dapat membantu kita mendekati Yesus Kristus. Jorge T. BecerraPersepuluhan—Mengutamakan TuhanElder Becerra mengajar bahawa kita boleh mengutamakan Tuhan dengan mematuhi hukum persepuluhan. Henry B. EyringDoa untuk KedamaianPresiden Eyring mengajar bahawa berpaling kepada Bapa Syurgawi dalam doa yang bersungguh-sungguh akan membawa kedamaian dan sokongan yang berkekalan. Sesi Tengah Hari Sabtu Sesi Tengah Hari SabtuSesi tengah hari Sabtu persidangan umum tahunan ke-196 Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir yang diadakan pada 4–5 April 2026. D. Todd ChristoffersonPenyokongan Penguasa Umum, Ahli Kawasan Tujuh Puluh, dan Pegawai UmumPresiden Christofferson membentangkan Penguasa Umum, Ahli Kawasan Tujuh Puluh, dan Pegawai Umum Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir untuk undi sokongan. Jared B. LarsonLaporan Jabatan Pengauditan Gereja, 2025Jared B. Larson membentangkan Laporan Jabatan Pengauditan Gereja bagi 2025. Gary E. StevensonBagasi Hilang, Jiwa DitebusElder Stevenson mengajar bahawa kita boleh membantu satu sama lain kembali dengan selamat kepada Tuhan semasa kita melayani dalam tugasan pelayanan dan memelihara generasi muda. Eduardo F. OrtegaKristus—Pengarang dan Penyempurna Iman KitaElder Ortega mengajar bahawa menjadi seorang pengikut Yesus Kristus seumur hidup merupakan suatu proses yang melibatkan peristiwa rohani dan peribadi setiap hari. Wan-Liang Wu“Aku Akan Melepaskan Segala Dosa Aku untuk Mengenal Engkau”Elder Wu mengajar bahawa datang kepada Kristus adalah lebih daripada sekadar belajar tentang Kristus. Ia termasuk iman, pertaubatan, dan penukaran hati. David J. WunderliYesus Kristus Bukan Beban Kita; Dialah Kelegaan KitaBrother Wunderli mengajar bahawa Yesus Kristus membawa kelegaan dan meringankan beban kita. Gérald CausséKasihilah Semua; Kasihi Setiap OrangElder Caussé mengajar bahawa sebagai pengikut Yesus Kristus, kita bersaksi tentang-Nya setiap kali kita berkongsi kasih-Nya dengan semua orang—dan membantu setiap orang yang kita temui merasainya. Brian J. HolmesYesus Kristus Adalah JalanElder Holmes mengajar bahawa satu-satunya jalan ke kehidupan abadi adalah untuk beriman kepada Yesus Kristus dan mengikuti-Nya dan para hamba-Nya di jalan perjanjian. Clement M. MatswagothataDia Mengenali Anda dengan NamaElder Matswagothata mengajar bahawa Juruselamat mengenali kita dengan nama dan akan membimbing kita dalam setiap musim kehidupan. Ulisses SoaresYesus Kristus—Pokok Anggur yang SejatiElder Soares menjelaskan bagaimana Yesus Kristus adalah seperti pokok anggur yang memberi kita pemeliharaan rohani semasa kita memilih untuk tinggal di dalam Dia. Sesi Pagi Ahad Sesi Pagi AhadSesi pagi Ahad persidangan umum tahunan ke-196 Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir diadakan pada 4–5 April 2026. Dieter F. UchtdorfPerjumpaan di Kubur KosongPresiden Uchtdorf mengajar tentang para wanita yang pertama kali melihat kubur kosong dan bersaksi tentang Kebangkitan Kristus dan menjemput kita semua untuk mempunyai pengalaman rohani dan kesaksian yang serupa. Emily Belle FreemanHari Terbaik dan Hari TerburukPresiden Freeman bersaksi bahawa pada hari-hari terbaik dan pada hari-hari terburuk kita, kita boleh menerima kekuatan semasa kita berjalan bersama Kristus dan memegang teguh pada kebenaran abadi-Nya. Pedro X. LarrealKurasakan Kasih Jurus’lamatElder Larreal mengajar bahawa sakramen adalah peringatan tentang kasih agung Kristus bagi kita. Edward B. RowePilih Yesus Kristus sebagai Pembimbing AndaElder Rowe mengajar bahawa Yesus Kristus boleh membimbing kita melalui perjalanan hidup apabila kita mendengar Roh-Nya. Ronald A. RasbandDia Sudah BangkitElder Rasband berkongsi laporan Kebangkitan Yesus Kristus dalam Alkitab dan Kitab Mormon, bersama dengan kesaksian-Nya sendiri sebagai seorang Rasul. Dale G. RenlundKerana Yesus KristusElder Renlund mengajar bahawa berfokus pada Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya akan membawa kebahagiaan dan kejelasan kepada kehidupan kita. Thierry K. MutomboKebahagian Hubungan Perjanjian dengan TuhanElder Mutombo menggambarkan bagaimana Bapa Syurgawi menghulurkan kasih-Nya kepada kita melalui Korban Tebusan Yesus Kristus dan perjanjian dengan-Nya. Alan R. WalkerHarta IstimewaElder Walker mengajar bahawa kita boleh menjadi harta istimewa kepada Tuhan jika kita mematuhi suara-Nya dan mentaati perjanjian-Nya. Dallin H. OaksHidup dalam KristusPresiden Oaks mengajar kita untuk mengelakkan pertikaian, menjadi pendamai, dan berusaha untuk menjadi kudus. Sesi Tengah Hari Ahad Sesi Tengah Hari AhadSesi tengah hari Ahad persidangan umum tahunan ke-196 Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir yang diadakan pada 4–5 April 2026. D. Todd ChristoffersonSifat KristusPresiden Christofferson mengajar bahawa mencontohi sifat Kristus akan membantu kita menjadi siapa yang kita perlu jadi. Chi Hong (Sam) WongIngatlah, IngatlahMenggunakan lima tulisan suci dari Kitab Mormon, Elder Wong berkongsi apa yang Tuhan mahu kita ingati. Aaron T. HallAku Bermegah dalam YesuskuElder Hall mengajar tentang belas kasihan, kasih, dan kuasa keselamatan Yesus Kristus. Susan H. Porter“Di Sinilah Aku, Utuslah Aku”Presiden Porter mengajar bahawa, seperti kanak-kanak lelaki yang berkongsi roti dan ikannya, kanak-kanak boleh membuat perbezaan. Neil L. AndersenPerkahwinan Abadi Adalah Perjalanan AbadiElder Andersen mengajar tentang tanggungjawab dan berkat perjanjian perkahwinan. Quentin L. CookKunci, Perjanjian, dan EasterElder Cook mengajar bahawa kemunculan Juruselamat kepada Nabi Joseph Smith dan kunci-kunci yang diserahkan oleh Musa, Elias, dan Elia adalah pusat pemulihan injil Yesus Kristus. Taniela B. WakoloDatanglah kepada Kristus—Bersama-samaElder Wakolo mengajar bahawa apabila kita beriman dan bersabar dalam penganutan kita, Tuhan akan memenuhi janji-janji-Nya. Gerrit W. Gong’Tis Eastertide: Tiada Seorang Pun Berjalan BersendirianElder Gong mengajar bahawa apabila kita mentaati perjanjian kita dengan beriman, kita akan mengenali Yesus Kristus dan Dia akan tinggal bersama kita. Dallin H. OaksUcapan PenutupPresiden Oaks mengajar bahawa apabila kita berfokus pada Yesus Kristus dan mengkaji ajaran-ajaran dari persidangan, kita akan menerima wahyu dan bimbingan peribadi.