2010–2019
Tuhan, Semoga Engkau Membuka Mata Saya
Oktober 2017


Tuhan, Semoga Engkau Membuka Mata Saya

Kita mesti melihat orang lain melalui mata Juruselamat kita.

The Lion King ialah filem animasi klasik tentang savana Afrika. Apabila raja singa mati kerana menyelamatkan anak lelaki, putera singa yang muda terpaksa diasingkan semasa pemerintah zalim musnahkan keseimbangan savana. Putera singa menuntut kerajaan kembali melalui bantuan seorang mentor. Matanya dibuka kepada keperluan keseimbangan dalam lingkaran kehidupan yang besar di savana. Menuntut kembali haknya sebagai raja singa yang muda mengikut nasihat untuk “meluaskan pandangan.”1

Semasa kita belajar menjadi pewaris semua milik Bapa, mentor-mentor injil mengajar kita untuk meluaskan pandangan. Untuk meluaskan pandangan, kita mesti melihat orang lain melalui mata Juruselamat. Pengaruh injil penuh dengan pelbagai jenis orang. Kita tidak boleh sepenuhnya memahami pilihan dan latar belakang psikologi orang di dunia, umat Gereja, mahupun keluarga, kerana kita jarang memahami mereka sepenuhnya. Kita mesti melepasi andaian dan stereotaip yang mudah dan meluaskan pengalaman diri kita.

Hati saya terbuka hingga “meluaskan pandangan saya” semasa melayan sebagai presiden misi. Seorang elder yang muda tiba dengan ketakutan di matanya. Semasa kami bertemu duga, dia berkata dengan kecewa, “Saya mahu pulang ke rumah.” Saya berfikir, “Saya boleh tolong dia.” Saya menasihati dia untuk bekerja keras dan berdoa untuk seminggu dan kemudian panggil saya. Satu minggu kemudian, hampir tepat pada saat, dia panggil. Dia masih mahu pulang ke rumah. Saya menasihati dia sekali lagi untuk berdoa, bekerja keras, dan panggil saya selepas seminggu. Semasa temu duga kita seterusnya, tiada perubahan. Dia berkeras pulang ke rumah.

Saya tidak ingin membenarkan itu berlaku. Saya mula mengajar dia tentang peranan suci panggilannya. Saya menggalakkan dia untuk “melupakan [diri dia sendiri] dan bekerja.”2 Tanpa mengira yang mana jenis nasihat yang saya tawarkan, mindanya tidak berubah. Saya akhirnya sedar bahawa saya mungkin tiada gambaran keseluruhan. Pada ketika itu saya didorong untuk menanya dia: “Elder, apa yang susah bagi kamu?” Apa yang dia berkata menusuk hati saya: “Presiden, saya tidak pandai baca.”

Nasihat bijak yang saya anggap sangat penting bagi dia tidak langsung berkaitan dengan keperluannya. Apa yang dia paling perlu adalah untuk saya melepasi penilaian cepat dan membenarkan Roh tolong saya fahami apa yang dalam minda elder ini. Dia memerlukan saya untuk memandang dia dengan betul dan menawarkan satu sebab untuk harapan. Sebaliknya, saya bertindak bagaikan batu roboh yang besar. Elder ini yang berani kemudian belajar membaca dan menjadi pengikut Yesus Kristus yang bersungguh-sungguh. Dia meluaskan pandangan saya kepada firman Tuhan: “Manusia melihat rupa tetapi Aku melihat hati” (1 Samuel 16:7).

Betapa berkatnya apabila Roh Tuhan meluaskan pandangan kita. Ingatkah nabi Elisa, yang bangun kerana tentera Siria mengelilingi kotanya dengan kuda dan kereta? Hambanya takut dan menanya Elisa apa yang mereka harus lakukan terhadap kemungkinan itu. Elisa memberitahu dia dengan kata-kata ini yang tidak dapat dilupakan: “Janganlah takut: yang di pihak kita lebih banyak daripada yang di pihak mereka” (2 Raja-Raja 6:16). Hamba tidak langsung faham apa yang nabi bercakap. Dia tidak dapat meluaskan pandangannya. Tetapi Elisa melihat batalion malaikat yang sedia berperang bagi rakyat nabi. Jadi Elisa berdoa kepada Tuhan supaya mencelikkan mata lelaki muda itu, “dan dia nampak bukit itu penuh dengan kuda dan kereta kuda berapi di sekeliling Elisa” (2 Raja-Raja 6:17).

Imej
Elisa dan tentera syurgawi

Kita sering mengasingkan diri kita sendiri daripada orang lain kerana perbezaan yang kita nampak. Kita berasa selesa di dekat orang yang berfikir, bercakap, berpakaian, dan bertindak seperti kita tetapi tidak selesa dengan orang yang datang dari keadaan atau latar belakang berbeza. Sebenarnya, tidakkah kita semua berasal dari negara lain dan bercakap bahasa lain? Tidakkah kita memandang dunia melalui batasan yang besar kerana pengalaman kehidupan diri kita? Kerana beberapa orang melihat dan bercakap dengan mata rohani, seperti nabi Elisa, dan beberapa orang melihat dan bercakap dengan pandangan lurus, seperti saya dengan penginjil yang buta huruf.

Kita hidup di dunia yang berminat dengan perbezaan, pelabelan, dan kritikan. Selain melihat melalui pandangan media sosial, kita perlu melihat diri sendiri untuk sifat-sifat ilahi yang dituntut setiap kita. Sifat-sifat dan keinginan ini yang ilahi tidak dapat diposkan di Pinterest atau Instagram.

Untuk menerima dan mengasihi orang lain tidak maksud kita perlu menerima idea mereka. Kebenaran jelas memerlukan kesetiaan tertinggi, tetapi ia tidak patut menjadi halangan kepada kebaikan hati. Benar-benar mengasihi orang lainmemerlukan amalan berterusan untuk menerima usaha terbaik dari orang yang ada pengalaman dan batasan hidup yang tidak akan kita ketahui sepenuhnya. Meluaskan pandangan kita memerlukan tumpuan sedar pada Juruselamat.

Imej
Kenderaan All Terrain Vehicle (ATV)

Pada 28 Mei 2016, Beau Richey yang berumur 16 tahun dan kawannya Austin berada di ladang keluarga di Colorado. Beau dan Austin menaiki kenderaan ATV dengan harapan yang besar untuk mengalami keseronokan. Mereka tidak pergi jauh apabila mengalami keadaan berbahaya dimana tragedi berlaku. Kenderaan Beau tiba-tiba terbalik, menyematkan Beau di bawah 400 paun (180 kg) keluli. Apabila kawan Beau, Austin, sampai, dia melihat Beau berusaha seday upaya untuk hidup. Dengan semua kekuatannya, dia cuba menarik kenderaan dari kawannya. Ia tidak berganjak. Dia berdoa untuk Beau dan berlari dengan pantas untuk bantuan. Kakitangan kecemasan akhirnya tiba, tetapi beberapa jam kemudian Beau meninggal dunia. Dia dilepaskan dari kehidupan fana ini.

Ibu bapanya yang patah hati tiba. Semasa mereka berdiri di hospital kecil dengan kawan Beau yang terdekat dan ahli-ahli keluarga, seorang pegawai polis masuk ke bilik dan memberi telefon Beau kepada ibunya. Apabila dia mengambil telefon, kedengaran loceng berbunyi. Dia membuka telefon dan melihat loceng harian Beau. Dia membaca dengan kuat mesej yang ditentukan untuk dibaca setiap hari oleh anak remajanya yang suka berseronok dan gemarkan cabaran. Ia berkata, “Ingatlah untuk mengutamakan Yesus Kristus dalam kehidupan kamu hari ini.”

Fokus Beau pada Penebus tidak mengurangkan kesedihan orang-orang yang disayanginya kerana ketiadaannya. Tetapi ia memberi harapan dan makna kepada kehidupan dan pilihan hidup Beau. Ia membenarkan keluarga dan kawannya untuk melihat lebih jauh dari hanya kesedihan kerana kematian dia yang awal ke realiti bergembira kehidupan seterusnya. Betapa belas kasihan bagi ibu bapa Beau untuk melihat hal yang paling berharga dalam pandangan anak lelaki mereka.

Sebagai ahli-ahli Gereja, kita telah dikurniakan dengan penggera rohani peribadi yang memberi amaran apabila kita berpaling dari keselamatan dengan mata fana. Sakramen ialah peringatan mingguan untuk berfokus pada Yesus Kristus dengan berterusan agar kita selalu mengingati-Nya dan agar kita boleh selalu memiliki Roh-Nya bersama kita (lihat A&P 20:77). Tetapi kita kadangkala menolak perasaan dari peringatan dan penggera. Apabila kehidupan kita berpusat pada Yesus Kristus, Dia akan menyebabkan mata kita dicelikkan kepada kemungkinan lebih besar yang hanya kita boleh fahami.

Saya menerima surat yang sangat menarik daripada saudari beriman yang mengalami penggera perlindungan. Dia berkata bahawa dalam usaha untuk tolong suami faham perasaannya, dia mula menulis senarai secara elektronik dalam telefon tentang hal-hal yang dia buat atau berkata yang mengganggu dia. Dia fikir bahawa ketika masa sesuai, dia akan sudah menyusun bukti tertulis yang dapat dikongsi dengan suaminya yang dia bayangkan akan tolong suami inginkan mengubah kebiasaan dia. Tetapi suatu hari Ahad semasa mengambil sakramen dan berfokus pada Korban tebusan Juruselamat, dia sedar bahawa catatan perasaan negatif tentang suaminya benar-benar mengusir Roh daripadanya dan tidak akan mengubah suaminya.

Penggera rohani berbunyi dalam hatinya yang berkata: “Lepaskan itu, lepaskan semua. Padamkan nota-nota itu. Itu tidak berguna.” Dia kemudian tulis, dan saya mengutip: “Ia mengambil saya seketika untuk menekan ‘pilih semua’; dan lebih lama untuk menekan ‘padam.’ Tetapi semasa saya padamkannya, semua perasaan negatif lenyap. Hati saya penuh dengan kasih sayang—kasih bagi suami dan bagi Tuhan.” Seperti Saul yang tengah berjalan ke Damsyik, pandangannya berubah. Kanta gangguan daripada matanya jatuh dari matanya.

Juruselamat kita sering membuka mata orang yang buta secara jasmani serta rohani. Membuka mata saya kepada kebenaran ilahi, sebetulnya serta secara kiasan, menyediakan kita untuk disembuhkan dari fikiran singkat yang fana. Apabila kita memberi perhatian kepada “penggera” rohani yang menunjukkan keperluan untuk pembetulan laluan atau pandangan abadi yang lebih besar, kita menerima perjanjian sakramen untuk memiliki Roh-Nya bersama kita. Ini berlaku kepada Joseph Smith dan Oliver Cowdery di Bait Suci Kirtland apabila kebenaran nyata diajar oleh Yesus Kristus, yang menjanjikan “tirai” batasan fana akan “diambil dari fikiran [mereka], mata pengertian [mereka] [akan] dibukakan” (A&P 110:1).

Saya bersaksi bahawa kita boleh melihat secara rohani lebih jauh daripada apa yang kita sebenarnya lihat. Semasa kita selalu mengingati-Nya dan memiliki Roh-Nya bersama kita, mata pengertian akan dibukakan. Kemudian realiti besar tentang keilahian dalam diri kita akan lebih kuat terkesan pada hati kita. Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Dari The Lion King 1½ (2004); di luar Amerika Utara, dikenali sebagai The Lion King 3: Hakuna Matata.

  2. Ajaran-Ajaran Presiden Gereja: Gordon B. Hinckley (2016), 201.