2025
Selepas Kehidupan Ini: Jawapan kepada Beberapa Soalan
Untuk Kekuatan Remaja Julai 2025


Pesanan Bulanan Untuk Kekuatan Remaja, Julai 2025

Selepas Kehidupan Ini

Jawapan kepada Beberapa Soalan

Rancangan Bapa Syurgawi dapat memberi kita perspektif dan kedamaian tentang kehidupan selepas kematian.

tangga di awan

Ilustrasi oleh Thomas Arnaud

Apakah yang akan berlaku selepas kita mati?

Ini mungkin persoalan yang wujud dalam semua agama. Jawapan yang kita ada melalui Yesus Kristus dan injil-Nya adalah berkuasa. Kehidupan ini bukanlah pengakhiran. Kerana Yesus Kristus telah bangkit, roh kita akan bersatu semula dengan tubuh kita, dan kita semua akan dibangkitkan suatu hari nanti.

Sudah tentu, terdapat butiran lain tentang kehidupan selepas kematian yang datang kepada kita melalui wahyu moden yang boleh menjawab soalan-soalan lain yang kita ada. Berikut adalah beberapa soalan seperti ini, bersama dengan beberapa jawapan ringkas.

Apakah rupa tubuh roh?

Roh adalah sejenis jirim, hanya “lebih halus atau suci” (Ajaran dan Perjanjian 131:7). Tubuh roh kelihatan seperti tubuh manusia dewasa.

Di manakah dunia roh?

Di sini, di sekeliling kita.

Apakah yang berlaku di dunia roh?

Di antara hal-hal lain, roh-roh yang telah menerima injil diorganisasikan untuk mengkhutbahkan injil kepada roh-roh yang belum menerima injil. Roh-roh tersebut boleh memilih untuk menerima atau menolaknya.

Apakah rupa tubuh badan yang sudah bangkit?

Tubuh badan yang sudah bangkit tidak dapat mati, dengan daging dan tulang, dan dalam keadaan yang sempurna. Mereka adalah mulia dan indah. “Tiada apa pun yang lebih indah untuk dilihat daripada lelaki atau wanita yang telah bangkit.”

Apakah yang berlaku dalam kerajaan selestial?

Mereka yang berada di kerajaan selestial tertinggi menjadi seperti Bapa Syurgawi kita dan mengalami kebahagiaan yang penuh. Mereka menerima segala yang Bapa miliki. Mereka mengambil bahagian dalam pekerjaan dan kemuliaan-Nya. Mereka dimeteraikan dalam perkahwinan untuk keabadian dan sekarang tinggal dalam keluarga abadi, mempunyai anak-anak roh abadi.

Bagaimana dengan orang yang tidak pernah berkahwin dalam kehidupan ini?

Bapa Syurgawi adalah adil dan penuh belas kasihan. “Tuhan telah berjanji bahawa dalam keabadian tiada berkat yang akan dinafikan kepada para putera dan puteri-Nya yang mematuhi perintah-perintah, benar kepada perjanjian mereka, dan menghasratkan apa yang benar.”

Ibu bapa saya dimeteraikan di bait suci, tetapi sekarang mereka telah bercerai. Kepada siapakah saya dimeteraikan?

Anda mungkin telah “dilahirkan dalam perjanjian” (iaitu, dilahirkan selepas ibu bapa anda dimeteraikan di bait suci), atau anda mungkin telah dimeteraikan kepada ibu bapa anda di bait suci selepas mereka dimeteraikan kepada satu sama lain. Dalam kedua-dua kes, berkat anda dikekalkan walaupun jika ibu bapa anda memilih untuk bercerai dan membatalkan pemeteraian mereka.

Pilihan ibu bapa anda tidak mempengaruhi berkat-berkat anda. Yang penting adalah untuk anda kekal beriman dan mencari berkat-berkat bait suci sendiri. Mengenai hubungan keluarga anda, anda harus “percaya kepada Tuhan dan mencari penghiburan-Nya,” mengetahui bahawa “Bapa Syurgawi akan memastikan bahawa setiap orang menerima setiap berkat yang hasrat dan pilihannya benarkan.”

Apakah yang berlaku kepada orang yang mati kerana membunuh diri?

Kita tidak tahu apa yang berlaku kepada orang yang mati dengan membunuh diri, dan kita tidak dapat menghakimi mereka (sama juga dengan semua orang). “Walaupun ada usaha terbaik daripada orang yang dikasihi, pemimpin, dan profesional, bunuh diri tidak selalu boleh dicegah. …

“Ia adalah tidak wajar untuk seseorang mencabut nyawa sendiri. Tetapi, hanya Tuhan yang dapat menghakimi fikiran, tindakan, dan tahap pertanggungjawaban seseorang (lihat 1 Samuel 16:7; Ajaran dan Perjanjian 137:9). …

”Mereka yang telah kehilangan orang tersayang akibat bunuh diri boleh mencari harapan dan penyembuhan dalam Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya.”

Nota

  1. Lihat Eter 3:16; Teachings of Presidents of the Church: Joseph F. Smith (1998), 131–32.

  2. Lihat Teachings of Presidents of the Church: Brigham Young (1997), 279.

  3. Lihat Ajaran dan Perjanjian 138.

  4. Lihat Alma 11:45.

  5. Lihat Lukas 24:39.

  6. Lihat Alma 11:43.

  7. Lorenzo Snow, The Teachings of Lorenzo Snow, disunting oleh Clyde J. Williams (1996), 99.

  8. Lihat Musa 1:39.

  9. Lihat Mazmur 16:11; 3 Nefi 28:10; Ajaran dan Perjanjian 76:59, 62; 130:2; 132:19–23.

  10. Dallin H. Oaks, persidangan umum Okt. 1993 (Ensign, November 1993, 75).

  11. Lihat General Handbook: Serving in The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints, 38.4.2.8 , Gospel Library.

  12. General Handbook, 38.4.2, Gospel Library.

  13. Lihat Pilihan dari Buku Panduan Umum, 38.6.20 , Gospel Library.