Pesanan Bulanan Untuk Kekuatan Remaja, September 2026
Hari Ahad Kedua
2. Ketahui lebih lanjut mengenai pemulihan imamat
Selepas para Rasul Perjanjian Baru Yesus meninggal dunia, imamat—kuasa dan wewenang Tuhan—telah hilang dari bumi. Pada awal tahun 1800, Tuhan menghantar utusan syurgawi untuk memulihkan, atau membawa kembali, imamat. Melalui wewenang imamat dan tatacara-tatacaranya, akses yang lebih besar kepada kuasa Tuhan tersedia kepada kita semua sekali lagi.
Berikut adalah beberapa soalan dan aktiviti pembelajaran yang anda boleh cuba:
-
Bagaimanakah Juruselamat memberkati kita melalui Imamat Harun?
Baca Ajaran dan Perjanjian 13:1 dan 107:20. Apakah hak dan wewenang yang Yohanes Pembaptis pulihkan kepada Nabi Joseph Smith dan Oliver Cowdery? Tuliskan kata-kata yang menggambarkan berkat-berkat yang Tuhan berikan melalui Imamat Harun.
-
Bagaimanakah Juruselamat memberkati kita melalui Imamat Melkisedek?
Petrus, Yakobus, dan Yohanes memulihkan Imamat Melkisedek kepada Joseph dan Oliver. Baca Ajaran dan Perjanjian 107:18–19 dan senaraikan beberapa “berkat rohani Gereja” yang anda boleh akses melalui Imamat Melkisedek.
-
Mengapakah Tuhan berkongsi kuasa imamat-Nya dengan anak-anak-Nya?
Melalui tatacara imamat—seperti pembaptisan, sakramen, dan tatacara bait suci—“kuasa ketuhanan dinyatakan” (lihat Ajaran dan Perjanjian 84:20–21). Bercakap dengan satu sama lain tentang bagaimana anda telah melihat kuasa Tuhan dalam hidup anda kerana tatacara-tatacara imamat. Apakah akan terjadi kepada hidup anda tanpa tatacara-tatacara ini?
-
Bagaimanakah kehidupan anda akan berbeza jika imamat tidak dipulihkan?
© 2026 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. Dicetak di AS. Kelulusan bahasa Inggeris: 6/19. Kelulusan terjemahan: 6/19. Terjemahan Monthly For the Strength of Youth Message, September 2026.Malay. 20074 348