2022
Mereka Adalah Milik-Ku dan Aku Mengenali Mereka
Januari 2022


“Mereka Adalah Milik-Ku dan Aku Mengenali Mereka”, Untuk Kekuatan Remaja, Jan. 2022.

Pesanan Bulanan Untuk Kekuatan Remaja, Januari 2022

“Mereka Adalah Milik-Ku dan Aku Mengenali Mereka”

Musa 1

Imej
remaja puteri dalam kalangan orang ramai

Foto daripada Getty Images

Pernahkah anda merasa tidak penting? Anda mungkin merasa begitu apabila anda terfikir tentang berapa ramai orang di dunia atau melihat berapa banyak bintang di langit. Pernahkah anda tertanya-tanya sama ada Tuhan benar-benar mengenali siapa anda dan bagaimanakah keadaan hidup anda? Jika ya, Musa mempunyai pesanan untuk anda.

Dalam satu penglihatan, Tuhan telah menunjukkan kepada Musa setiap bahagian bumi dan semua orang yang akan hidup di sana. Mereka “tak terhitung jumlahnya bagaikan pasir di atas pantai” (Musa 1:28). Kemudian Tuhan memberitahu Musa bahawa Dia telah mencipta “dunia-dunia yang tak terhitung jumlahnya” (Musa 1:33)—bahawa penciptaan-Nya mencapai jauh di seluruh bumi ini.

Musa mungkin berasa terharu apabila dia melihat kesemua ini. Mungkin dia tertanya-tanya: Di manakah tempat saya dalam kalangan begitu banyak penciptaan? Selain itu, bagaimanakah Tuhan dapat menjejak sedemikian banyaknya?

Jawapan Tuhan adalah mudah: “Segalanya terhitung bagi-Ku.” Bagaimana? “Mereka adalah milik-Ku dan Aku mengenali mereka” (Musa 1:35). Tuhan mengenali siapa Musa, bahkan seperti Dia mengetahui tentang semua anak-Nya dan juga semua penciptaan-Nya. Semuanya adalah milik-Nya—bintang, pasir dan terutamanya anak-anak-Nya di bumi. Itulah sebabnya Dia mencipta bumi. Penyelamatan abadi mereka ialah pekerjaan Tuhan yang paling penting.

“Kerana lihatlah, inilah pekerjaan-Ku dan kemuliaan-Ku—untuk mendatangkan kebaqaan dan kehidupan abadi bagi manusia” (Musa 1:39).

Sama seperti Musa yang telah mengenali akan tempatnya dalam rancangan Tuhan, anda juga boleh yakin bahawa Tuhan mengenali anda! Membantu anda kembali kepada-Nya ialah pekerjaan dan kemuliaan-Nya. Mengapa? Kerana anda milik-Nya. Dan tidak ada apa pun yang tidak penting tentang itu!