Kitab Suci
Musa 1


Pilihan-pilihan dari
Kitab Musa

Sebuah petikan dari terjemahan Alkitab yang diwahyukan kepada Nabi Joseph Smith, pada Jun 1830–Februari 1831.

Bab 1

(Jun 1830)

Tuhan menunjukkan Diri-Nya kepada Musa—Musa diubah rupa—Dia dihadapi oleh Setan—Musa melihat banyak dunia yang dihuni—Dunia-dunia yang tak terhitung jumlahnya telah diciptakan oleh Putera—Pekerjaan dan kemuliaan Tuhan adalah untuk mendatangkan kebaqaan dan kehidupan abadi bagi manusia.

1 Firman-firman Tuhan, yang Dia afirmankan kepada bMusa pada suatu waktu ketika Musa diangkat ke sebuah gunung yang amat tinggi,

2 Dan dia amelihat Tuhan bberhadapan muka, dan dia bercakap dengan-Nya, dan ckemuliaan Tuhan berada pada Musa; oleh kerana itu Musa dapat dbertahan di dalam hadirat-Nya.

3 Dan Tuhan berfirman kepada Musa, memfirmankan: Lihatlah, Akulah Tuhan Raja Yang aMaha Kuasa, dan bTanpa Akhir adalah nama-Ku; kerana Aku tanpa permulaan hari atau pengakhiran tahun; dan bukankah ini tanpa akhir?

4 Dan, lihatlah, engkaulah anak-Ku; kerana itu alihatlah, dan Aku akan menunjukkan kepada engkau hasil kerja btangan-Ku; tetapi tidak kesemuanya, kerana cpekerjaan-pekerjaan-Ku adalah tanpa dakhir, dan juga efirman-Ku, kerana ianya tidak pernah berhenti.

5 Kerana itu, tiada seorang pun dapat melihat semua pekerjaan-Ku, kecuali dia melihat seluruh kemuliaan-Ku; dan tiada seorang pun dapat melihat seluruh kemuliaan-Ku, dan sesudah itu masih hidup di atas bumi.

6 Dan Aku mempunyai sebuah pekerjaan bagimu, Musa, anak-Ku; dan engkau memiliki suatu akemiripan dengan bAnak Tunggal-Ku; dan Anak Tunggal-Ku ialah dan akan menjadi cJuruselamat, kerana Dia penuh dengan drahmat dan ekebenaran; tetapi ftiada Tuhan lain selain Aku, dan segala hal hadir bersama-Ku, kerana Aku gmengetahui mereka semua.

7 Dan sekarang, lihatlah, sebuah hal ini Aku tunjukkan kepadamu, Musa, anak-Ku, kerana engkau berada di dalam dunia, dan sekarang Aku tunjukkannya kepadamu.

8 Dan terjadilah bahawa Musa memandang, dan melihat adunia di mana dia telah diciptakan; dan Musa bmelihat dunia dan hujung-hujungnya, dan semua anak manusia yang sedang berada di dalamnya, dan yang telah diciptakan; tentang yang sama dia amat ctakjub dan hairan.

9 Dan kehadiran Tuhan meninggalkan Musa, bahkan kemuliaan-Nya tidak berada pada Musa; dan Musa ditinggalkan sendirian. Dan semasa dia ditinggalkan sendirian, dia rebah ke tanah.

10 Dan terjadilah bahawa ianya sudah berjam-jam lamanya sebelum Musa mendapat kembali akekuatannya seperti manusia; dan dia berkata kepada dirinya sendiri: Sekarang, disebabkan ini aku tahu bahawa manusia bbukanlah apa-apa pun, hal yang tidak pernah aku sangkakan.

11 Tetapi sekarang mataku sendiri telah melihat aTuhan; tetapi bukan mata bfanaku, tetapi mata rohaniku, kerana mata fanaku tidak dapat melihat; kerana aku akan clayu dan dmati di dalam hadirat-Nya; tetapi kemuliaan-Nya berada padaku; dan aku melihat emuka-Nya, kerana aku fdiubah rupa di hadapan-Nya.

12 Dan terjadilah bahawa apabila Musa telah mengatakan perkataan ini, lihatlah, aSetan datang bmenggodanya, mengatakan: Musa, anak manusia, sembahlah aku.

13 Dan terjadilah bahawa Musa memandang Setan dan berkata: Siapakah engkau? Kerana lihatlah, aku ialah seorang aanak Tuhan, yang memiliki kemiripan dengan Anak Tunggal-Nya; dan di manakah kemuliaanmu, sehinggakan aku harus menyembah engkau?

14 Kerana lihatlah, aku tidak dapat memandang Tuhan, kecuali kemuliaan-Nya harus datang kepadaku, dan aku adiubah rupa di hadapan-Nya. Tetapi aku dapat memandang engkau dengan manusia fana. Bukankah begitu, pastinya?

15 Diberkatilah nama Tuhanku, kerana Roh-Nya belum meninggalkanku sepenuhnya, jika tidak di manakah kemuliaanmu, kerana ia adalah kegelapan bagiku? Dan aku dapat menilai di antara engkau dan Tuhan; kerana Tuhan berfirman kepadaku: aSembahlah Tuhan, kerana hanya Dialah yang harus engkau blayani.

16 Pergilah engkau dari tempat ini, Setan; janganlah memperdayakanku; kerana Tuhan berfirman kepadaku: Engkau memiliki akemiripan dengan Anak Tunggal-Ku.

17 Dan Dia juga memberiku perintah-perintah semasa Dia memanggilku dari asemak yang terbakar, memfirmankan: bMintalah kepada Tuhan dalam nama Anak Tunggal-Ku, dan sembahlah Aku.

18 Dan lagi Musa berkata: Aku tidak akan berhenti untuk meminta kepada Tuhan, aku mempunyai hal-hal lain untuk memohon kepada-Nya: kerana kemuliaannya telah berada padaku, kerana itu aku dapat menilai di antara Dia dan engkau. Pergilah dari sini, Setan.

19 Dan sekarang, apabila Musa telah mengatakan perkataan ini, Setan berseru dengan suatu suara yang nyaring, dan menjerit-jerit di atas tanah, dan memerintah, mengatakan: Akulah aAnak Tunggal, sembahlah aku.

20 Dan terjadilah bahawa Musa mula berasa sangat takut; dan semasa dia mula ketakutan, dia melihat kepahitan aneraka. Walaupun demikian, bmemohon kepada Tuhan, dia menerima kekuatan, dan dia memerintah, mengatakan: Pergilah daripadaku, Setan, kerana hanya kepada satu Tuhan ini yang akan aku sembah, iaitu Tuhan kemuliaan.

21 Dan sekarang aSetan mulai gementar, dan bumi bergoncang; dan Musa menerima kekuatan, dan memohon kepada Tuhan, mengatakan: Dalam nama Anak Tunggal, pergilah dari sini, Setan.

22 Dan terjadilah bahawa Setan berseru dengan suatu suara yang nyaring, dengan tangisan, dan ratapan, dan akertakan gigi; dan dia pergi dari tempat itu, bahkan dari hadapan Musa, hingga dia tidak melihatnya.

23 Dan sekarang Musa memberikan kesaksian tentang hal ini; tetapi kerana kejahatan ianya tidak diketahui di kalangan anak-anak manusia.

24 Dan terjadilah bahawa apabila Setan telah pergi dari hadapan Musa, maka Musa mengangkat matanya ke langit, dipenuhi dengan aRoh Kudus, yang memberikan kesaksian tentang Bapa dan Putera;

25 Dan memanggil nama Tuhan, dia melihat kemuliaan-Nya lagi, kerana ia berada padanya, dan dia mendengar suatu suara, memfirmankan: Diberkatilah engkau, Musa, kerana Aku, Yang Maha Kuasa, telah memilih engkau, dan engkau akan dijadikan lebih kuat daripada aperairan yang banyak; kerana mereka akan mematuhi bperintahmu seolah-olah engkau ialah cTuhan.

26 Dan lihatlah, Aku bersama engkau, bahkan sehingga hari-harimu yang terakhir; kerana engkau akan amembebaskan umat-Ku dari bperhambaan, bahkan cIsrael dpilihan-Ku.

27 Dan terjadilah, ketika suara itu masih berfirman, Musa mengarahkan matanya dan amelihat bumi, ya, bahkan semuanya; dan tiada suatu zarah pun darinya yang tidak dilihatnya, mengenalinya melalui Roh Tuhan.

28 Dan dia juga melihat para penduduknya, dan tiada satu jiwa pun yang tidak dilihatnya; dan dia mengenali mereka melalui Roh Tuhan; dan jumlah mereka besar, bahkan tak terhitung jumlahnya bagaikan pasir di atas pantai.

29 Dan dia melihat banyak tanah; dan setiap tanah dinamakan adaratan, dan terdapat para penduduk di atas permukaannya.

30 Dan terjadilah bahawa Musa memohon kepada Tuhan, mengatakan: Beritahulah aku, aku berdoa kepada-Mu, mengapakah hal-hal ini sedemikian, dan dengan apakah Engkau menciptakan mereka?

31 Dan lihatlah, kemuliaan Tuhan berada pada Musa, supaya Musa berdiri di dalam hadirat Tuhan, dan bercakap dengan-Nya aberhadapan muka. Dan Tuhan Raja berfirman kepada Musa: Untuk btujuan-Ku sendiri telah Aku ciptakan hal-hal ini. Inilah kebijaksanaan dan biarlah ia tersimpan di dalam-Ku.

32 Dan melalui kuasa afirman-Ku, telah Aku ciptakan mereka, iaitu Putera Tunggal-Ku, yang penuh dengan brahmat dan ckebenaran.

33 Dan adunia-dunia yang tak terhitung jumlahnya telah Aku bciptakan; dan Aku juga menciptakan mereka untuk tujuan-Ku sendiri; dan melalui Putera, Aku telah menciptakan mereka, iaitu cAnak Tunggal-Ku.

34 Dan orang apertama dari semua manusia telah Aku namakan bAdam, yang bermaksud cbanyak.

35 Tetapi hanya laporan tentang bumi ini, dan para penduduknya, Aku berikan kepadamu. Kerana lihatlah, ada banyak dunia yang telah berlalu melalui kuasa firman-Ku. Dan ada banyak yang wujud sekarang, dan tak terhitung banyaknya bagi manusia, tetapi segalanya terhitung bagi-Ku, kerana mereka adalah milik-Ku dan Aku amengenali mereka.

36 Dan terjadilah bahawa Musa berkata kepada Tuhan, mengatakan: Berbelas kasihanlah kepada hamba-Mu, Ya Tuhan, dan beritahulah aku mengenai bumi ini, dan para penduduknya, dan juga semestanya, dan barulah hamba-Mu ini akan berpuas hati.

37 Dan Tuhan Raja berfirman kepada Musa, memfirmankan: aSemesta itu, banyak, dan ia tidak dapat dihitung oleh manusia; tetapi ianya terhitung bagi-Ku, kerana mereka adalah milik-Ku.

38 Dan seperti sebuah bumi akan berlalu, dan semestanya demikian juga yang lain akan datang; dan tiada aakhirnya bagi pekerjaan-Ku, tidak juga bagi firman-firman-Ku.

39 Kerana lihatlah, inilah apekerjaan-Ku dan bkemuliaan-Ku—untuk mendatangkan ckebaqaan dan dkehidupan abadi bagi manusia.

40 Dan sekarang, Musa, anak-Ku, Aku akan berfirman kepadamu mengenai bumi ini yang engkau sedang berdiri di atasnya; dan engkau harus amenulis hal-hal ini yang Aku akan firmankan.

41 Dan pada suatu hari apabila anak-anak manusia akan menganggap firman-firman-Ku tidak bererti dan amengambil banyak daripadanya dari kitab yang engkau akan tulis, lihatlah, Aku akan membangkitkan seorang lagi bseperti engkau; dan cianya akan dimiliki lagi di kalangan anak-anak manusia—di kalangan mereka yang akan percaya.

42 (Firman-firman ini adifirmankan kepada Musa di gunung, yang mana namanya tidak akan diketahui di kalangan anak-anak manusia. Dan sekarang ianya diucapkan kepadamu. Janganlah menunjukkannya kepada sesiapa pun kecuali mereka yang percaya. Demikianlah. Amin.)