2021
Nama Gereja-Nya
Oktober 2021


“Nama Gereja-Nya,” Untuk Kekuatan Remaja, Okt. 2021.

Pesanan Bulanan Untuk Kekuatan Remaja, Oktober 2021

Nama Gereja-Nya

Terdapat makna di belakang nama yang Yesus Kristus memberikan Gereja-Nya.

Imej
Yesus Kristus sebagai Gembala yang Baik

gereja-Ku

Gereja—sekumpulan orang yang mempercayai hal-hal yang sama dan menyembah bersama. Gereja ini kepunyaan Yesus Kristus. Dia memulakannya. Dia memimpinnya. Ia ialah kepunyaan-Nya.

dipanggil

Yesus Kristus telah memberitahu kita apa yang Dia ingin orang-orang memanggil Gereja-Nya. Jadi itulah yang harus kita panggilnya—dan apa yang kita harus meminta orang lain untuk memanggilnya. Nama ini datang daripada Yesus Kristus.

hari-hari terakhir

Zaman akhir—masa kita hidup; masa sebelum Kedatangan Kedua Yesus Kristus. Yesus Kristus telah membawa Gereja-Nya kembali ke bumi untuk kali terakhir ini. Ia akan membantu menyediakan dunia untuk Kedatangan Kedua-Nya.

Gereja Yesus Kristus

(Lihat “gereja-Ku.”) Ini ialah bahagian pertama yang Juruselamat memberikan Gereja-Nya. Dia memanggilnya “Gereja” kerana Dia mengaturnya. Dan Dia telah meletakkan nama-Nya di atasnya.

Zaman Akhir

(Lihat “hari-hari terakhir.”) Ini ialah bahagian seterusnya nama Gereja. Ia menunjukkan bahawa inilah Gereja yang Dia bawa kembali pada zaman ini, bukan yang Dia mulakan pada masa dahulu.

Orang Suci

Orang Suci—perkataan yang bererti “orang yang kudus.” Ini ialah bahagian terakhir nama Gereja. Ia merujuk kepada ahli-ahli Gereja. Yesus Kristus boleh membuat kita bersih dan murni. Dan Dia memberi kita Roh Kudus untuk memperkuatkan kita semasa kita cuba melakukan apa yang Dia telah perintahkan. Jika kita beriman kepada-Nya dan terus mencuba, Dia menjadikan kita kudus. Dia menjadikan kita Orang Suci.