Mengapa Kita Berada di Bumi dan Apa yang Terjadi Selepas Kita Mati
Tuhan mempunyai rancangan yang abadi untuk anda. Kerana Yesus Kristus, selepas kehidupan ini anda boleh bersama keluarga anda selamanya.
Tuhan, Bapa Syurgawi kita yang pengasih, mahu kita merasakan kegembiraan dan kebahagiaan. Dia menciptakan satu rancangan untuk kita datang ke bumi, berkembang, dan kembali untuk hidup bersama-Nya selamanya. Rancangan-Nya memberi makna dan konteks kepada kehidupan kita dan menjawab soalan-soalan besar: “Dari mana saya datang?” “Kenapa saya di sini?” dan “Apakah yang berlaku selepas saya mati?”
Dari mana anda datang?
Cerita anda bermula sebelum anda dilahirkan. Di syurga, anda wujud sebagai roh bersama Tuhan dan anak-anak roh-Nya yang selebihnya. Kita semua ahli keluarga-Nya, dan dalam kehidupan pra-fana kita, kita memilih untuk mengikuti rancangan Tuhan. Ini bermaksud untuk datang ke bumi supaya kita boleh mengambil langkah seterusnya dalam kemajuan abadi kita.
Jika mereka mematuhi perintah ini, mereka boleh tinggal di taman itu, tetapi mereka tidak akan dapat maju dengan belajar dari pertentangan dan cabaran kehidupan fana. Mereka tidak akan dapat mengetahui kebahagiaan kerana mereka tidak dapat mengalami kesedihan dan kesakitan.
Setan menggoda Adam dan Hawa untuk makan buah terlarang tersebut. Hawa memilih untuk memakan buah itu dan memberi Adam sebahagian daripadanya. Adam juga memilih untuk memakan buah itu. Kerana pilihan ini, mereka diusir dari taman dan terpisah dari hadirat Tuhan. Peristiwa ini dipanggil Kejatuhan.
Kejatuhan adalah satu langkah ke hadapan bagi manusia dan satu berkat kepada kita semua. Kejatuhan membolehkan kita dilahirkan di bumi dan maju dalam rancangan Bapa Syurgawi.
Kejatuhan adalah satu langkah ke hadapan bagi manusia dan satu berkat kepada kita semua. Berkat-berkat Kejatuhan termasuk:
Adam dan Hawa menyatakan kesyukuran mereka atas berkat-berkat yang datang akibat Kejatuhan:
“Adam memuji Tuhan dan dipenuhi, dan mula bernubuat tentang seluruh keluarga di bumi, mengatakan: Terpujilah nama Tuhan, kerana pelanggaranku mataku terbuka, dan dalam kehidupan ini aku akan mengalami kebahagiaan, dan aku akan melihat Tuhan lagi dalam keadaan berdaging.
“Dan Hawa, isterinya, mendengar segala hal ini dan gembira, mengatakan: Seandainya bukan kerana pelanggaran kita, kita tidak akan pernah mempunyai keturunan, dan tidak akan pernah mengetahui kebaikan dan kejahatan, dan kebahagiaan penebusan kita, dan kehidupan abadi yang Tuhan berikan kepada semua yang patuh.”
Penciptaan
Di bawah arahan Tuhan, Yesus Kristus telah menciptakan bumi dan semua makhluk hidup. Adam dan Hawa adalah anak-anak rohani pertama Tuhan yang datang ke bumi. Tuhan mencipta tubuh jasmani mereka menurut rupa-Nya dan meletakkan mereka di Taman Eden.Kejatuhan Adam dan Hawa
Ketika Adam dan Hawa di taman itu, Tuhan memerintah mereka untuk tidak memakan buah dari pohon pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat.Jika mereka mematuhi perintah ini, mereka boleh tinggal di taman itu, tetapi mereka tidak akan dapat maju dengan belajar dari pertentangan dan cabaran kehidupan fana. Mereka tidak akan dapat mengetahui kebahagiaan kerana mereka tidak dapat mengalami kesedihan dan kesakitan.
Setan menggoda Adam dan Hawa untuk makan buah terlarang tersebut. Hawa memilih untuk memakan buah itu dan memberi Adam sebahagian daripadanya. Adam juga memilih untuk memakan buah itu. Kerana pilihan ini, mereka diusir dari taman dan terpisah dari hadirat Tuhan. Peristiwa ini dipanggil Kejatuhan.
Kejatuhan adalah satu langkah ke hadapan bagi manusia dan satu berkat kepada kita semua. Kejatuhan membolehkan kita dilahirkan di bumi dan maju dalam rancangan Bapa Syurgawi.
Kejatuhan adalah satu langkah ke hadapan bagi manusia dan satu berkat kepada kita semua. Berkat-berkat Kejatuhan termasuk:
- Adam dan Hawa menjadi fana.
- Mereka mengalami dan boleh menggunakan hak pilihan mereka untuk memilih antara yang baik dan yang jahat.
- Kerana Adam dan Hawa menghadapi pertentangan dan cabaran, mereka dapat belajar dan maju.
- Kerana mereka mengalami kesedihan, mereka juga boleh mengalami kebahagiaan.
- Kejatuhan membolehkan kita semua dilahirkan di bumi dan maju dalam rancangan Bapa Syurgawi.
Adam dan Hawa menyatakan kesyukuran mereka atas berkat-berkat yang datang akibat Kejatuhan:
“Adam memuji Tuhan dan dipenuhi, dan mula bernubuat tentang seluruh keluarga di bumi, mengatakan: Terpujilah nama Tuhan, kerana pelanggaranku mataku terbuka, dan dalam kehidupan ini aku akan mengalami kebahagiaan, dan aku akan melihat Tuhan lagi dalam keadaan berdaging.
“Dan Hawa, isterinya, mendengar segala hal ini dan gembira, mengatakan: Seandainya bukan kerana pelanggaran kita, kita tidak akan pernah mempunyai keturunan, dan tidak akan pernah mengetahui kebaikan dan kejahatan, dan kebahagiaan penebusan kita, dan kehidupan abadi yang Tuhan berikan kepada semua yang patuh.”
Mengapa anda berada di sini?
Kehidupan kita di bumi adalah bahagian penting dalam rancangan Tuhan untuk setiap kita. Pengalaman yang kita ada di sini membantu kita belajar, berkembang, dan bersedia untuk kembali kepada Bapa Syurgawi kita.
Korban Tebusan Yesus Kristus adalah pusat Rancangan Kebahagiaan Tuhan.
- Kerana Kejatuhan Adam dan Hawa, kita semua tertakluk kepada dosa dan kematian.
- Kerana Tuhan mengasihi kita, Dia mengutuskan Putera-Nya, Yesus Kristus, ke bumi untuk menebus kita daripada dosa dan kematian.
- Kerana korban tebusan Yesus, kita boleh diampuni dan dibersihkan daripada dosa-dosa kita dan hati kita boleh berubah. Ini membolehkan kita kembali ke hadirat Tuhan dan mendapat kebahagiaan berpanjangan.
Apakah yang akan berlaku selepas anda mati?
Sama seperti kita hidup sebelum kita datang ke bumi, kita akan terus hidup selepas kita mati. Mengetahui ini boleh memberikan ketenangan dan kedamaian apabila kita atau orang yang kita kasihi menghadapi kematian. Walaupun kita berdukacita atas kehilangan orang yang kita kasihi, terdapat harapan kerana Yesus Kristus—kematian bukanlah pengakhiran (lihat Yohanes 11:25–26).
Apabila kita dibangkitkan, kita masing-masing akan mempunyai tubuh jasmani yang sempurna, bebas dari kesakitan dan penyakit. Kita akan menjadi baqa, hidup untuk selama-lamanya.
Kerana Korban Tebusan dan Kebangkitan Juruselamat, setiap orang yang pernah hidup akan dibangkitkan (Alma 11:42–44 ).
Dia menderita untuk dosa-dosa kita supaya apabila kita berdoa untuk pengampunan dan cuba berubah, kita boleh menjadi bersih. Dia juga mati di atas salib dan bangkit daripada kematian. Kerana Yesus Kristus, kematian bukanlah pengakhiran.
Hanya Tuhan dan Yesus yang mengetahui hati kita dan keadaan hidup kita dengan sempurna, jadi hanya mereka boleh menghakimi kita dengan sempurna. Penghakiman ini akan menjadi penghakiman yang penuh dengan kasih, belas kasihan, keadilan, dan pertanggungjawaban (lihat3 Nefi 27:14–15 ).
Dunia Roh
Apabila kita mati, roh dan badan kita terpisah. Walaupun tubuh kita mati, roh kita—inti diri kita yang sebenar—terus hidup. Roh kita pergi ke dunia roh, yang merupakan tempoh menunggu pembelajaran dan persediaan sehingga kita menerima kurnia kebangkitan.Kebangkitan
Kebangkitan adalah penyatuan semula tubuh dan roh kita dan merupakan langkah seterusnya dalam perkembangan abadi kita.Apabila kita dibangkitkan, kita masing-masing akan mempunyai tubuh jasmani yang sempurna, bebas dari kesakitan dan penyakit. Kita akan menjadi baqa, hidup untuk selama-lamanya.
Kerana Korban Tebusan dan Kebangkitan Juruselamat, setiap orang yang pernah hidup akan dibangkitkan (
Keselamatan Adalah Mungkin Kerana Yesus Kristus
Kerana kita semua akan dibangkitkan, kita semua akan diselamatkan—atau memperoleh keselamatan—dari kematian jasmani. Namun, kebangkitan mahupun keselamatan daripada dosa-dosa kita tidak akan mungkin tanpa Yesus Kristus.Dia menderita untuk dosa-dosa kita supaya apabila kita berdoa untuk pengampunan dan cuba berubah, kita boleh menjadi bersih. Dia juga mati di atas salib dan bangkit daripada kematian. Kerana Yesus Kristus, kematian bukanlah pengakhiran.
Penghakiman dan Kemuliaan Abadi
Pada masa kebangkitan, setiap kita akan dihakimi secara individu oleh Yesus, Juruselamat kita. Penghakiman terakhir ini akan berdasarkan hasrat, tindakan, dan pilihan kita.Hanya Tuhan dan Yesus yang mengetahui hati kita dan keadaan hidup kita dengan sempurna, jadi hanya mereka boleh menghakimi kita dengan sempurna. Penghakiman ini akan menjadi penghakiman yang penuh dengan kasih, belas kasihan, keadilan, dan pertanggungjawaban (lihat
Matlamat utama Tuhan adalah untuk membantu semua anak-Nya kembali untuk hidup bersama-Nya di kerajaan selestial.
Rancangan Tuhan untuk kita memungkinkan kehidupan abadi bersama-Nya dan keluarga kita. Mengikuti rancangan kebahagiaan Tuhan termasuk:
Rancangan Tuhan untuk kita memungkinkan kehidupan abadi bersama-Nya dan keluarga kita. Mengikuti rancangan kebahagiaan Tuhan termasuk:
- Percaya kepada Yesus Kristus.
- Bertaubat daripada dosa-dosa kita.
- Dibaptiskan dalam nama-Nya.
- Menerima Kurnia Roh Kudus.
- Mematuhi perintah-perintah Tuhan.
- Bertaubat apabila kita gagal.
Ketahui Lebih Lanjut tentang Rancangan Tuhan
Tuhan ada satu rancangan untuk anda. Belajar bersama para misionari tentang tujuan kehidupan melalui lawatan dalam talian atau secara bersemuka.