Kitab Suci
Musa 6


Bab 6

(November–Disember 1830)

Keturunan Adam menyimpan sebuah kitab kenangan—Anak cucunya yang soleh mengkhutbahkan pertaubatan—Tuhan menampakkan Diri-Nya kepada Henokh—Henokh mengkhutbahkan Injil—Rencana keselamatan diwahyukan kepada Adam—Dia menerima pembaptisan dan imamat.

1 Dan aAdam mendengar kepada suara Tuhan, dan meminta kepada para anak-anak lelakinya untuk bertaubat.

2 Dan Adam menyetubuhi isterinya lagi, dan dia melahirkan seorang anak lelaki, dan dia memanggil namanya aSet. Dan Adam memuliakan nama Tuhan; kerana dia berkata: Tuhan telah menentukan bagiku keturunan yang lain, sebagai pengganti Habel, yang telah dibunuh oleh Kain.

3 Dan Tuhan menampakkan Diri-Nya kepada Set, dan dia tidak memberontak, tetapi mempersembahkan suatu akorban yang dapat diterima, seperti abangnya Habel. Dan kepadanya juga dilahirkan seorang anak lelaki, dan dia memanggil namanya Enos.

4 Dan kemudian mulalah orang-orang ini amemanggil nama Tuhan, dan Tuhan memberkati mereka;

5 Dan sebuah akitab kenangan disimpan, yang mana di dalamnya dicatatkan, dalam bahasa Adam, kerana ia diberikan kepada sebanyak mana yang meminta kepada Tuhan untuk menulisnya melalui roh bilham;

6 Dan melalui mereka anak-anak mereka telah diajar untuk membaca dan menulis, memiliki sebuah bahasa yang murni dan tidak ternoda.

7 Sekarang aImamat yang sama ini, yang ada pada permulaan, juga akan ada pada akhir dunia ini.

8 Sekarang nubuat inilah yang Adam ucapkan, sebagaimana dia digerakkan oleh aRoh Kudus, dan sebuah bsalasilah telah disimpan tentang canak-anak Tuhan. Dan ini adalah dbuku kenangan bagi generasi-generasi Adam, mengatakan: Pada hari Tuhan menciptakan manusia, Dia menjadikan manusia menurut kemiripannya;

9 Dalam arupa tubuh-Nya sendiri, lelaki dan perempuan, Dia telah menciptakan bmereka, dan memberkati mereka, dan memanggil cnama mereka Adam, pada hari itu apabila mereka diciptakan dan menjadi djiwa-jiwa yang hidup di atas tanah ebangku kaki Tuhan.

10 Dan aAdam hidup seratus tiga puluh tahun, dan melahirkan seorang anak lelaki yang miripnya sendiri, menurut brupanya sendiri, dan memanggil namanya Set.

11 Dan hayat hidup Adam, selepas dia melahirkan Set, adalah lapan ratus tahun, dan dia melahirkan banyak anak lelaki dan perempuan;

12 Dan seluruh hayat Adam hidup adalah sembilan ratus tiga puluh tahun, dan dia meninggal.

13 Set hidup seratus lima tahun, dan melahirkan Enos, dan bernubuat seluruh hayat hidupnya, dan mengajarkan jalan Tuhan kepada anaknya Enos; kerana itu Enos bernubuat juga.

14 Dan Set hidup, setelah dia melahirkan Enos, lapan ratus tujuh tahun, dan melahirkan banyak anak lelaki dan perempuan.

15 Dan anak-anak manusia sangat banyak di atas permukaan tanah itu. Dan pada zaman itu Setan memiliki apenguasaan yang besar di kalangan manusia, dan menghasut hati mereka; dan sejak dari itu datanglah peperangan dan pertumpahan darah; dan tangan seorang lelaki melawan saudara lelakinya sendiri, dalam menyebabkan kematian, disebabkan pekerjaan-pekerjaan brahsia, mencari kekuasaan.

16 Seluruh hayat hidup Set adalah sembilan ratus dua belas tahun, dan dia meninggal.

17 Dan Enos hidup sembilan puluh tahun, dan melahirkan aKenan. Dan Enos dan umat Tuhan yang selebihnya keluar dari tanah itu, yang dipanggil Sulon, dan tinggal di sebuah negeri perjanjian, yang dia panggil menurut anaknya sendiri, yang dia namakan Kenan.

18 Dan Enos hidup, setelah dia melahirkan Kenan, lapan ratus lima belas tahun, dan telah melahirkan banyak anak lelaki dan perempuan. Dan seluruh hayat hidup Enos adalah sembilan ratus lima tahun, dan dia meninggal.

19 Dan Kenan hidup tujuh puluh tahun, dan melahirkan Mahalaleel; dan Kenan hidup setelah dia melahirkan Mahalaleel lapan ratus empat puluh tahun, dan melahirkan anak-anak lelaki dan perempuan. Dan seluruh hayat hidup Kenan adalah sembilan ratus sepuluh tahun, dan dia meninggal.

20 Dan Mahalaleel hidup enam puluh lima tahun, dan melahirkan Yared; dan Mahalaleel hidup, setelah dia melahirkan Yared, lapan ratus tiga puluh tahun, dan melahirkan para anak lelaki dan perempuan. Dan seluruh riwayat Mahalaleel adalah lapan ratus sembilan puluh lima tahun, dan dia meninggal.

21 Dan Yared hidup seratus enam puluh dua tahun, dan melahirkan aHenokh; dan Yared hidup, setelah melahirkan Henokh, lapan ratus tahun, dan melahirkan anak-anak lelaki dan perempuan. Dan Yared mengajar Henokh dalam segala jalan Tuhan.

22 Dan inilah salasilah keturunan anak-anak Adam, yang merupakan aanak Tuhan, yang mana Tuhan, sendiri, bercakap-cakap dengannya.

23 Dan mereka ialah apara pengkhutbah kebenaran, dan berbicara dan bbernubuat, dan menyeru kepada semua orang, di mana-mana pun, untuk cbertaubat; dan diman diajarkan kepada anak-anak manusia.

24 Dan terjadilah bahawa seluruh hayat hidup Yared adalah sembilan ratus enam puluh dua tahun, dan dia meninggal.

25 Dan Henokh hidup enam puluh lima tahun, dan melahirkan aMetusalah.

26 Dan terjadilah bahawa Henokh melakukan perjalanan di tanah itu, ke kalangan orang-orang itu; dan semasa dia dalam perjalanan, Roh Tuhan turun dari syurga, dan berada bersamanya.

27 Dan dia mendengar suatu suara dari syurga, memfirmankan: Henokh, anak-Ku, bernubuatlah kepada orang-orang ini, dan katakanlah kepada mereka—Bertaubatlah, kerana demikianlah firman Tuhan: Aku amarah dengan orang-orang ini, dan kemurkaan-Ku yang dahsyat ternyala terhadap mereka; kerana hati mereka telah menjadi keras, dan btelinga mereka lambat mendengar, dan mata mereka ctidak dapat melihat jauh.

28 Dan untuk generasi-generasi yang banyak ini, sejak dari hari Aku menciptakan mereka itu, mereka telah atersesat, dan telah menyangkal-Ku, dan telah mencari bimbingan mereka sendiri dari kegelapan; dan dalam kekejian-kekejian mereka sendiri telah mereka merancangkan pembunuhan, dan tidak mentaati perintah-perintah, yang telah Aku berikan kepada nenek moyang mereka, Adam.

29 Kerana itu, mereka telah bersumpah palsu bagi diri mereka sendiri, dan, disebabkan asumpah mereka, mereka telah membawa kematian ke atas diri mereka sendiri; dan sebuah bneraka telah Aku sediakan untuk mereka, jika mereka tidak bertaubat;

30 Dan inilah sebuah perintah, yang telah Aku utuskan sejak permulaan dunia, daripada mulut-Ku sendiri, sejak dari pelandasannya, dan melalui mulut para hamba-Ku, nenek moyangmu, telah Aku perintahkannya, bahkan seperti yang akan diutuskan di dalam dunia, ke hujung-hujungnya.

31 Dan apabila Henokh mendengar firman-firman ini, dia menundukkan dirinya ke tanah, di hadapan Tuhan, dan berbicara di hadapan Tuhan, mengatakan: Mengapakah aku diperkenankan dalam pandangan-Mu, dan aku hanyalah seorang lelaki, dan semua orang membenciku; kerana aku alembab berkata-kata; kerana itu aku ialah hamba-Mu?

32 Dan Tuhan berfirman kepada Henokh: Pergilah dan lakukanlah sebagaimana yang telah Aku perintahkan engkau, dan tiada seorang pun akan menusuk engkau. Bukalah amulutmu, dan ia akan dipenuhi, dan Aku akan memberi engkau suara, kerana semua makhluk berada dalam tangan-Ku, dan Aku akan melakukan seperti yang kelihatan baik bagi-Ku.

33 Katakanlah kepada orang-orang ini: aPilihlah kamu hari ini, untuk melayani Tuhan Raja yang menciptakanmu.

34 Lihatlah Roh-Ku berada padamu, kerana itu semua perkataanmu akan Aku persolehkan; dan agunung-ganang akan lenyap dari hadapanmu, dan bsungai akan beralih dari alirannya; dan engkau akan tinggal di dalam Aku, dan Aku di dalam kamu; oleh kerana itu cberjalanlah bersama-Ku.

35 Dan Tuhan berfirman kepada Henokh, dan berfirman kepadanya: Sapukanlah matamu dengan tanah liat, dan cucilah ia, dan engkau akan melihat. Dan dia melakukan demikian.

36 Dan dia melihat aroh-roh yang telah Tuhan ciptakan; dan dia juga melihat hal-hal yang tidak kelihatan oleh mata bkasar; dan sejak dari itu tersebarlah khabar di tanah itu: Seorang cpelihat telah Tuhan bangkitkan bagi umat-Nya.

37 Dan terjadilah bahawa Henokh pergi ke tanah itu, ke kalangan orang-orang itu, berdiri di atas bukit dan tempat-tempat tinggi, dan berseru dengan suara yang nyaring, bersaksi terhadap pekerjaan-pekerjaan mereka; dan semua orang atersinggung olehnya.

38 Dan mereka datang untuk mendengarnya, di atas tempat-tempat tinggi, mengatakan kepada para penjaga khemah: Tinggallah kamu di sini dan menjaga khemah, sementara kami pergi ke sana untuk melihat pelihat, kerana dia bernubuat, dan ada sesuatu hal yang aneh di tanah ini, seorang lelaki asing telah datang di kalangan kita.

39 Dan terjadilah semasa mereka mendengarnya, tiada seorang pun yang menyentuhnya; kerana ketakutan datang kepada mereka yang mendengarnya; kerana dia berjalan bersama Tuhan.

40 Dan datanglah seorang lelaki kepadanya, namanya ialah Mahiya, dan berkata kepadanya: Beritahulah kami dengan jelas siapakah engkau, dan dari mana engkau datang?

41 Dan dia berkata kepada mereka: Aku datang dari negeri Kenan, negeri nenek moyangku, sebuah negeri kebenaran sehingga ke hari ini. Dan bapaku telah mengajarku dalam segala jalan Tuhan.

42 Dan terjadilah, semasa aku melakukan perjalanan dari negeri Kenan, dekat laut timur, aku melihat sebuah penglihatan; dan lihatlah, aku telah melihat syurga, dan Tuhan berfirman denganku, dan memberiku perintah; kerana itu, bagi tujuan ini, untuk mentaati perintah, aku mengatakan firman-firman ini.

43 Dan Henokh meneruskan ucapannya, mengatakan: Tuhan yang berfirman denganku, ialah Tuhan Syurga yang sama, dan Dia ialah Tuhanku, dan Tuhanmu, dan kamu ialah para saudaraku, dan mengapakah kamu amenasihati dirimu sendiri, dan menyangkal Tuhan Syurga?

44 Dia telah menciptakan langit; abumi adalah bbangku kaki-Nya; dan landasannya adalah milik-Nya. Lihatlah, Dia telah menempatkan, sejumlah besar manusia yang dibawa-Nya ke atas permukaannya.

45 Dan kematian telah datang kepada nenek moyang kita; walaupun demikian kita mengenali mereka, dan kita tidak dapat menafikan, dan bahkan kita mengenali yang pertama daripada semuanya, bahkan Adam.

46 Kerana sebuah kitab akenangan telah kita tuliskan di antara kita, menurut cara yang diberikan oleh jari Tuhan; dan ianya diberikan dalam bahasa kita sendiri.

47 Dan semasa Henokh menyuarakan firman-firman Tuhan, orang-orang itu gementar, dan tidak dapat bertahan di hadapannya.

48 Dan dia berkata kepada mereka: Kerana Adam ajatuh, kita ada; dan melalui kejatuhannya datanglah bkematian; dan kita dijadikan para pengambil bahagian kesengsaraan dan kecelakaan.

49 Lihatlah Setan telah datang di kalangan anak manusia, dan amenggoda mereka untuk menyembahnya; dan manusia telah menjadi bbadaniah, cberhawa nafsu, dan bagaikan iblis, dan ddipisahkan dari hadirat Tuhan.

50 Tetapi Tuhan telah memberitahukan kepada nenek moyang kita bahawa semua orang haruslah bertaubat.

51 Dan Dia memanggil kepada moyang kita Adam dengan suara-Nya, memfirmankan: Akulah Tuhan; Aku menciptakan dunia, dan amanusia bsebelum mereka ada dalam keadaan daging.

52 Dan Dia juga memfirmankan kepadanya: Jika engkau akan berpaling kepada-Ku, dan mendengar suara-Ku, dan percaya, dan bertaubat dari segala pelanggaranmu, dan adibaptiskan, bahkan dalam air, dalam nama Putera Tunggal-Ku, yang penuh bkasih kurnia dan kebenaran, iaitu cYesus Kristus, satu-satunya dnama yang akan diberikan di bawah langit, yang dengannya ekeselamatan akan datang kepada anak-anak manusia, kamu akan menerima kurnia Roh Kudus, meminta semua hal dalam nama-Nya, dan apa pun yang kamu minta, akan diberikan kepada kamu.

53 Dan moyang kita Adam berbicara kepada Tuhan, dan mengatakan: Mengapakah manusia harus bertaubat dan dibaptiskan dalam air? Dan Tuhan berfirman kepada Adam: Lihatlah Aku telah amengampuni engkau bagi pelanggaranmu di Taman Eden.

54 Dari sini tersebarlah khabar di kalangan orang-orang itu, bahawa aPutera Tuhan telah bmenebus bagi kesalahan yang asal, di mana dosa-dosa ibu bapa tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas kepala canak-anak, kerana mereka suci sejak dari pengasasan dunia.

55 Dan Tuhan berfirman kepada Adam, memfirmankan: Sejauh anak-anakmu dilahirkan dalam dosa, demikian pula ketika mereka mula membesar, adosa lahir dalam hati mereka, dan mereka merasakan bkepahitan, agar mereka tahu untuk menghargai kebaikan.

56 Dan ianya diberikan kepada mereka untuk mengetahui kebaikan dari kejahatan; kerana itu mereka ialah awakil bagi diri mereka sendiri, dan Aku telah memberi kepadamu suatu hukum dan perintah yang lain.

57 Kerana itu ajarkanlah ia kepada anak-anakmu, bahawa semua orang, di mana-mana pun, harus abertaubat, atau mereka tidak sekali-kali akan dapat mewarisi kerajaan Tuhan, kerana tiada bhal yang tidak bersih dapat tinggal di sana, atau cberada di hadirat-Nya; kerana, dalam bahasa Adam, dManusia Kekudusan adalah nama-Nya, dan nama Anak Tunggal-Nya ialah ePutera Manusia, bahkan Yesus Kristus, seorang fHakim yang soleh, yang akan datang pada pertengahan zaman.

58 Oleh kerana itu Aku memberi kepadamu sebuah perintah, untuk mengajarkan hal-hal ini dengan bebas kepada aanak-anakmu, mengatakan:

59 Bahawa disebabkan pelanggaran datanglah kejatuhan, yang mana kejatuhan itu membawakan kematian, dan sejauh kamu dilahirkan ke dalam dunia melalui air, dan darah, dan aroh, yang Aku telah ciptakan, dan demikianlah bdebu menjadi suatu jiwa yang hidup, bahkan demikian juga kamu harus cdilahirkan lagi ke dalam kerajaan syurga, melalui dair, dan Roh, dan dibersihkan melalui darah, bahkan darah Anak Tunggal-Ku; agar kamu boleh dikuduskan dari segala dosa, dan emenikmati ffirman-firman kehidupan abadi di dalam dunia ini, dan kehidupan abadi di dalam dunia yang akan datang, bahkan gkemuliaan baqa;

60 Kerana melalui aair kamu mentaati perintah; melalui Roh kamu bdipersolehkan, dan melalui cdarah kamu ddikuduskan;

61 Oleh kerana itu, ia diberikan untuk berada di dalam kamu; catatan syurga itu; aPenolong; hal-hal yang damai tentang kemuliaan baqa; kebenaran akan segala hal; yang menghidupkan segalanya, yang menjadikan segalanya bernyawa; yang mengetahui segalanya, dan memiliki segala kuasa menurut kebijaksanaan, belas kasihan, kebenaran, keadilan, dan penghakiman.

62 Dan sekarang, lihatlah, Aku berfirman kepadamu: Inilah arancangan keselamatan bagi semua orang, melalui darah bAnak Tunggal-Ku, yang akan datang pada pertengahan zaman.

63 Dan lihatlah, segala hal mempunyai kemiripan mereka, dan segala hal diciptakan dan dijadikan untuk amemberikan kesaksian tentang Aku, baik hal-hal yang duniawi, mahupun hal-hal yang rohani; hal-hal yang ada di langit di atas, dan hal-hal yang ada di atas tanah, dan hal-hal yang ada di dalam tanah, dan hal-hal yang ada di bawah tanah, baik di atas mahupun di bawah: semua hal memberikan kesaksian tentang Aku.

64 Dan terjadilah, apabila Tuhan telah berbicara dengan Adam, moyang kita, Adam berseru kepada Tuhan, dan dia diangkat pergi oleh aRoh Tuhan, dan dibawa ke dalam air, dan diletakkan di bawah bair, dan dikeluarkan dari air.

65 Dan demikianlah dia dibaptiskan, dan Roh Tuhan turun ke atasnya, dan demikianlah dia adilahirkan melalui Roh, dan bbatiniah manusianya dihidupkan.

66 Dan dia mendengar suatu suara dari syurga, memfirmankan: Engkau adibaptiskan dengan api, dan dengan Roh Kudus. Inilah bcatatan Bapa, dan Putera, sejak dari sekarang dan selamanya;

67 Dan engkau ada menurut atarekat-Nya yang merupakan tanpa permulaan hari atau pengakhiran tahun, dari kekekalan ke seluruh kekekalan.

68 Lihatlah, engkau ialah asatu di dalam Aku, seorang anak Tuhan; dan demikianlah semoga semua menjadi banak-anak-Ku. Amin.