Kitab Suci
Musa 5


Bab 5

(Jun–Oktober 1830)

Adam dan Hawa melahirkan anak—Adam mempersembahkan korban dan melayani Tuhan—Kain dan Habel dilahirkan—Kain memberontak, mengasihi Setan lebih daripada Tuhan, dan menjadi Terkutuk—Pembunuhan dan kejahatan berleluasa—Injil dikhutbahkan dari permulaan.

1 Dan terjadilah bahawa setelah Aku, Tuhan Raja, menghalau mereka, maka Adam mula untuk mengerjakan tanah, dan aberkuasa ke atas segala binatang di padang, dan memakan roti hasil dari peluh keningnya, sebagaimana Aku Tuhan telah perintahkan kepadanya. Dan juga Hawa, isterinya, bekerja bersamanya.

2 Dan Adam menyetubuhi isterinya, dan dia amelahirkan anak-anak lelaki dan bperempuan untuknya, dan mereka mula cberanak cucu dan memenuhi bumi.

3 Dan sejak dari waktu itu, anak-anak lelaki dan aperempuan Adam mula berpisah secara berdua-dua di tanah itu, dan mengerjakan tanah, dan memelihara kawanan ternakan, dan mereka juga melahirkan anak-anak lelaki dan perempuan.

4 Dan Adam dan Hawa, isterinya, memanggil nama Tuhan, dan mereka mendengar suara Tuhan dari jalan yang menuju ke Taman aEden, berfirman kepada mereka, dan mereka tidak melihat-Nya; kerana mereka telah dipisahkan daripada bhadirat-Nya.

5 Dan Dia memberikan kepada mereka perintah-perintah, agar mereka seharusnya amenyembah Tuhan Raja mereka, dan seharusnya mempersembahkan banak sulung haiwan ternakan mereka, sebagai suatu persembahan kepada Tuhan. Dan Adam cpatuh kepada perintah-perintah Tuhan.

6 Dan setelah berhari-hari seorang amalaikat Tuhan muncul kepada Adam, mengatakan: Mengapakah engkau mempersembahkan bkorban-korban kepada Tuhan? Dan Adam berkata kepadanya: Aku tidak tahu, melainkan Tuhan telah memerintahkanku.

7 Dan kemudian malaikat itu berbicara, mengatakan: Perkara ini merupakan suatu akemiripan akan bpengorbanan Anak Tunggal Bapa, yang penuh dengan crahmat dan kebenaran.

8 Kerana itu, engkau haruslah melakukan semua yang engkau lakukan dalam anama Putera, dan engkau harus bbertaubat dan cmeminta kepada Tuhan dalam nama Putera sepanjang masa.

9 Dan pada hari itu aRoh Kudus turun kepada Adam, yang memberikan kesaksian tentang Bapa dan Putera, memfirmankan: Akulah bAnak Tunggal Bapa sejak dari permulaan, sekarang dan selamanya, bahawa kerana engkau telah cjatuh engkau boleh dditebus, dan seluruh umat manusia, bahkan sebanyak mana yang mahu.

10 Dan pada hari itu Adam memuji Tuhan dan adipenuhi, dan mula bbernubuat tentang seluruh keluarga di bumi, mengatakan: Terpujilah nama Tuhan, kerana pelanggaranku mataku terbuka, dan dalam kehidupan ini aku akan mengalami ckebahagiaan, dan aku akan melihat Tuhan lagi dalam keadaan dberdaging.

11 Dan aHawa, isterinya, mendengar segala hal ini dan gembira, mengatakan: Seandainya bukan kerana pelanggaran kita, kita tidak akan pernah mempunyai bketurunan, dan tidak akan pernah mengetahui kebaikan dan kejahatan, dan kebahagiaan penebusan kita, dan kehidupan abadi yang Tuhan berikan kepada semua yang patuh.

12 Dan Adam dan Hawa memuji nama Tuhan, dan mereka amemberitahukan segala hal kepada para anak-anak mereka.

13 Dan aSetan datang ke kalangan mereka, mengatakan: Aku juga seorang anak Tuhan; dan dia memerintahkan mereka, mengatakan: Janganlah mempercayainya; dan mereka pun tidak bmempercayainya, dan mereka cmengasihi Setan lebih daripada Tuhan. Dan manusia mulai sejak dari waktu itu menjadi dbadaniah, berhawa nafsu, dan bagaikan iblis.

14 Dan Tuhan Raja menyeru kepada manusia melalui aRoh Kudus di mana-mana pun dan memerintahkan mereka agar mereka harus bertaubat;

15 Dan sebanyak mana yang apercaya kepada Putera, dan bertaubat dari dosa-dosa mereka, akan bdiselamatkan; dan sebanyak mana yang tidak percaya dan tidak bertaubat, akan cdilaknat; dan firman-firman itu dikeluarkan daripada mulut Tuhan dalam suatu perintah yang tegas; kerana itu ianya harus digenapi.

16 Dan Adam dan Hawa, isterinya, tidak berhenti-henti memohon kepada Tuhan. Dan Adam menyetubuhi Hawa isterinya, dan dia hamil dan melahirkan aKain, dan berkata: Aku telah memperoleh seorang lelaki daripada Tuhan; kerana itu dia tidak boleh menolak firman-firman-Nya. Tetapi lihatlah, Kain tidak mendengar, mengatakan: Siapakah Tuhan itu sehingga aku harus mengenali-Nya?

17 Dan dia hamil lagi dan melahirkan adik lelakinya aHabel. Dan Habel bmendengar suara Tuhan. Dan Habel ialah seorang penjaga domba, tetapi Kain ialah seorang pengusaha tanah.

18 Dan Kain amengasihi Setan lebih daripada Tuhan. Dan Setan memerintahkannya, mengatakan: bBuatlah suatu persembahan kepada Tuhan.

19 Beberapa waktu kemudian terjadilah bahawa Kain membawa buah-buahan dari tanah sebagai suatu persembahan bagi Tuhan.

20 Dan Habel, dia juga membawa anak sulung dari haiwan ternakannya, dan lemaknya. Dan Tuhan menerima Habel, dan apersembahannya;

21 Tetapi kepada Kain, dan kepada apersembahannya, Dia tidak menerimanya. Sekarang Setan telah mengetahui hal ini, dan itu menyenangkannya. Dan Kain naik marah, dan wajahnya masam.

22 Dan Tuhan berfirman kepada Kain: Mengapa engkau marah? Mengapa wajahmu masam?

23 Jika engkau melakukannya dengan baik, engkau akan aditerima. Dan jika engkau tidak melakukannya dengan baik, dosa berada di ambang pintu, dan Setan berhasrat untuk memiliki engkau; dan kecuali engkau akan mendengar kepada perintah-perintah-Ku, Aku akan membiarkan engkau dikuasai, dan akan terjadilah kepadamu menurut hasratnya. Dan engkau akan memerintahnya;

24 Kerana sejak dari waktu ini engkau akan menjadi bapa bagi kedustaan-kedustaannya; engkau akan disebut aTerkutuk; kerana engkau juga ada sebelum dunia ini.

25 Dan akan dikatakan pada waktu yang akan datang—Bahawa akekejian-kekejian ini diperoleh daripada Kain; kerana dia menolak nasihat yang lebih agung yang diperoleh daripada Tuhan; dan inilah sebuah kutukan yang akan Aku berikan kepadamu, kecuali engkau bertaubat.

26 Dan Kain naik marah, dan tidak mendengarkan lagi suara Tuhan, tidak juga Habel, adiknya, yang berjalan dalam kekudusan di hadapan Tuhan.

27 Dan Adam dan isterinya berdukacita di hadapan Tuhan, disebabkan Kain dan para saudaranya.

28 Dan terjadilah bahawa Kain mengambil salah seorang daripada anak perempuan saudara lelakinya menjadi isteri, dan mereka amengasihi Setan lebih daripada Tuhan.

29 Dan Setan berkata kepada Kain: Bersumpahlah kepadaku demi lehermu, dan jika engkau memberitahukannya engkau akan mati; dan suruhlah para saudaramu bersumpah demi kepala mereka, dan demi Tuhan yang hidup, bahawa mereka tidak memberitahukannya; kerana jika mereka memberitahukannya, mereka pasti akan mati; supaya bapamu tidak mengetahuinya; dan hari ini aku akan menyerahkan adikmu Habel ke dalam tanganmu.

30 Dan Setan bersumpah kepada Kain bahawa dia akan melakukan menurut perintah-perintahnya. Dan segala hal ini dilakukan secara rahsia.

31 Dan Kain berkata: Sebenarnya akulah Mahan, ketua rahsia besar ini, bahawa aku boleh amembunuh dan memperoleh keuntungan. Kerana itu Kain disebut Tuan bMahan, dan dia bermegah dalam kejahatannya.

32 Dan Kain pergi ke ladang, dan Kain bercakap dengan Habel, adiknya. Dan terjadilah bahawa semasa mereka berada di ladang, Kain bangkit melawan Habel, adiknya, dan membunuhnya.

33 Dan Kain abermegah dengan hal yang telah dia lakukan, mengatakan: Aku bebas; sudah pastinya haiwan ternakan adikku ini jatuh ke dalam tanganku.

34 Dan Tuhan berkata kepada Kain: Di manakah Habel, adikmu? Dan dia berkata: Aku tidak tahu. Adakah aku ini apenjaga adikku?

35 Dan Tuhan berfirman: Apakah yang telah engkau lakukan? Darah adikmu berseru kepada-Ku dari tanah.

36 Dan sekarang engkau akan dikutuk dari bumi yang telah membuka mulutnya untuk menerima darah adikmu daripada tanganmu.

37 Apabila engkau mengerjakan tanah mulai sekarang ia tidak akan memberikan hasilnya kepadamu. Engkau akan menjadi aseorang pelarian dan seorang pengembara di bumi.

38 Dan Kain berkata kepada Tuhan: Setan amenggodaku kerana haiwan ternakan adikku. Dan aku juga naik marah; kerana Engkau menerima persembahannya dan bukan persembahanku; hukumanku ini lebih besar daripada yang dapat aku tanggungi.

39 Lihatlah Engkau telah menghalauku hari ini dari hadapan Tuhan, dan daripada wajah-Mu aku disembunyikan; dan aku akan menjadi seorang pelarian dan seorang pengembara di bumi; dan akan terjadilah, bahawa dia yang menemuiku akan membunuhku, kerana kederhakaan-kederhakaanku, kerana hal-hal ini tidak disembunyikan daripada Tuhan.

40 Dan Aku Tuhan berfirman kepadanya: Sesiapa pun yang membunuh engkau, pembalasan yang akan dilakukan kepadanya adalah tujuh kali ganda. Dan Aku Tuhan meletakkan suatu atanda kepada Kain, agar jangan sesiapa pun yang menemuinya akan membunuhnya.

41 Dan Kain dipisahkan dari ahadirat Tuhan, dan bersama isterinya dan ramai daripada saudaranya tinggal di negeri Nod, di timur Eden.

42 Dan Kain menyetubuhi isterinya, dan dia menjadi hamil dan melahirkan Henokh, dan dia juga melahirkan banyak anak lelaki dan perempuan. Dan dia membina sebuah kota, dan dia menamakan akota itu menurut nama anak lelakinya, Henokh.

43 Dan Irad dilahirkan kepada Henokh, dan anak-anak lelaki dan perempuan yang lain. Dan Irad melahirkan Mahuyael, dan anak-anak lelaki dan perempuan yang lain. Dan Mahuyael melahirkan Metusael, dan anak-anak lelaki dan perempuan yang lain. Dan Metusael melahirkan Lamekh.

44 Dan Lamekh mengambil bagi dirinya sendiri dua orang isteri; nama yang satu ialah Ada, dan nama yang seorang lagi, Zila.

45 Dan Ada melahirkan Yabal; dia ialah moyang bagi mereka yang tinggal di dalam khemah, dan mereka ialah para penternak; dan nama adik lelakinya ialah Yubal, yang merupakan moyang bagi mereka yang memegang hap dan organ.

46 Dan Zila, dia juga melahirkan Tubal Kain, seorang pelatih bagi setiap tukang loyang dan besi. Dan saudara perempuan Tubal Kain bernama Naama.

47 Dan Lamekh berkata kepada isteri-isterinya, Ada dan Zila: Dengarlah suaraku, kamu isteri-isteri Lamekh, dengarlah kepada ucapanku; kerana aku telah membunuh seorang lelaki yang melukakanku, dan seorang pemuda yang menyakitkanku.

48 Jikalau Kain akan dibalas tujuh kali ganda, maka Lamekh haruslah atujuh puluh tujuh kali ganda;

49 Kerana Lamekh telah masuk ke dalam suatu aperjanjian dengan Setan, seperti Kain, di mana dia menjadi Tuan Mahan, ketua bagi rahsia besar yang diberikan kepada Kain oleh Setan; dan Irad, anak Henokh, setelah mengetahui rahsia mereka, mula memberitahukannya kepada anak-anak Adam;

50 Kerana itu Lamekh, kerana marah, membunuhnya, bukan seperti Kain, terhadap adiknya Habel, demi memperoleh keuntungan, tetapi dia membunuhnya demi sumpah.

51 Kerana, dari zaman Kain, adanya sebuah akomplot rahsia, dan pekerjaan-pekerjaan mereka adalah gelap, dan mereka mengenali setiap orang saudaranya.

52 Kerana itu Tuhan mengutuk Lamekh, dan keluarganya, dan mereka semua yang telah membuat perjanjian dengan Setan; kerana mereka tidak mentaati perintah-perintah Tuhan, dan ianya tidak menyenangkan Tuhan, dan Dia tidak melayani mereka, dan pekerjaan-pekerjaan mereka adalah kekejian, dan mulai tersebar ke kalangan semua aanak manusia. Dan ia berada di kalangan anak manusia.

53 Dan di kalangan anak perempuan manusia hal-hal ini tidak diucapkan, kerana Lamekh telah memberitahukan rahsia itu kepada isteri-isterinya, dan mereka memberontak terhadapnya, dan memaklumkan hal-hal ini secara meluas, dan tanpa simpati;

54 Kerana itu Lamekh telah dikeji, dan diusir, dan tidak datang ke kalangan anak manusia, jikalau tidak dia akan mati.

55 Dan demikianlah pekerjaan-pekerjaan akegelapan mula berleluasa di kalangan semua anak manusia.

56 Dan Tuhan mengutuk bumi dengan suatu kutukan yang parah, dan marah terhadap yang jahat, terhadap semua anak manusia yang telah Dia ciptakan;

57 Kerana mereka tidak mahu mendengar kepada suara-Nya, ataupun percaya kepada aPutera Tunggal-Nya, bahkan Dia yang Dia maklumkan akan datang pada pertengahan zaman, yang dipersiapkan sejak sebelum pengasasan dunia.

58 Dan demikianlah aInjil mulai dikhutbahkan, sejak permulaan, dimaklumkan oleh para bmalaikat kudus yang diutus dari hadirat Tuhan, dan melalui suara-Nya sendiri, dan melalui ckurnia Roh Kudus.

59 Dan demikianlah segala hal telah ditetapkan kepada Adam, melalui suatu tatacara kudus, dan Injil dikhutbahkan, dan suatu perintah telah diutuskan, bahawa ia akan berada di dalam dunia, sehingga akhir; dan begitulah demikiannya. Amin.