Kitab Suci
Joseph Smith—Matius 1


Joseph Smith—Matius

Sebuah petikan dari terjemahan Alkitab sebagaimana diwahyukan kepada Nabi Joseph Smith pada tahun 1831: Matius 23:39 dan Bab 24.

Bab 1

Yesus meramalkan kehancuran Yerusalem yang akan datang—Dia juga berfirman tentang Kedatangan Kedua Putera Manusia, dan penghancuran yang jahat.

1 Kerana Aku berfirman kepadamu, bahawa kamu tidak akan melihat-Ku mulai sekarang dan mengetahui bahawa Akulah Dia yang dituliskan oleh para nabi, sehingga kamu akan berkata: Diberkatilah Dia yang adatang dalam nama Tuhan, dalam awan di langit, dan semua malaikat kudus bersama-Nya. Kemudian fahamlah para murid-Nya bahawa Dia akan datang lagi ke atas bumi, setelah Dia dimuliakan dan dimahkotai di sebelah tangan kanan bTuhan.

2 Dan Yesus keluar, dan pergi dari bait suci; dan para pengikut-Nya datang kepada-Nya, untuk mendengar-Nya, mengatakan: Tuan, tunjukkanlah kepada kami tentang bangunan-bangunan bait suci, seperti yang Engkau firmankan—Ianya akan diruntuhkan, dan ditinggalkan musnah kepadamu.

3 Dan Yesus berfirman kepada mereka: Adakah kamu tidak melihat segala hal ini, dan kamu tidak memahaminya? Sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, tidak akan ada yang tertinggal di sini, di atas bait suci ini, tiada satu abatu yang tersusun pun yang tidak akan runtuh.

4 Dan Yesus meninggalkan mereka, dan pergi ke atas aBukit Zaitun. Dan semasa Dia duduk di atas Bukit Zaitun, para pengikut datang kepada-Nya secara peribadi, mengatakan: Beritahulah kami bilakah hal-hal yang Engkau telah firmankan ini akan terjadi tentang penghancuran bait suci, dan bangsa Yahudi; dan apakah btanda ckedatangan-Mu, dan dunia dkiamat, atau penghancuran eorang-orang jahat, iaitu dunia kiamat?

5 Dan Yesus menjawab, dan berfirman kepada mereka: Dengarkanlah agar tiada seorang pun menipumu;

6 Kerana ramai yang akan datang dalam nama-Ku, mengatakan—Akulah Kristus—dan akan menipu ramai orang;

7 Pada waktu itu akan mereka menyerahkanmu untuk amenderita, dan akan membunuhmu, dan kamu akan bdibenci oleh semua bangsa, demi kepentingan nama-Ku;

8 Dan pada waktu itu akan ramai yang kehilangan iman, dan akan saling mengkhianati, dan akan saling membenci;

9 Dan ramai nabi palsu akan bangkit, dan akan menipu ramai orang;

10 Dan kerana kederhakaan berleluasa, akasih sayang bagi ramai orang akan menjadi dingin;

11 Tetapi dia yang tetap tabah dan tidak dikuasai, merekalah yang akan diselamatkan.

12 Oleh itu, apabila kamu, akan melihat akekejian pemusnahan, yang telah diucapkan oleh nabi bDaniel, tentang penghancuran cYerusalem, pada waktu itu kamu akan berdiri di dtempat kudus, sesiapa pun yang membaca biarlah dia memahaminya.

13 Pada waktu itu biarlah mereka yang berada di Yudea melarikan diri ke agunung-ganang;

14 Biarlah dia yang berada di atas atap rumah melarikan diri, dan janganlah kembali untuk mengambil apa-apa pun dari rumahnya;

15 Janganlah juga dia yang berada di ladang kembali untuk mengambil pakaiannya;

16 Dan celakalah bagi mereka yang amengandung, dan mereka yang menyusukan anak pada waktu itu;

17 Oleh kerana itu, berdoalah kamu kepada Tuhan agar kamu tidak melarikan diri pada musim dingin, tidak juga pada hari Sabat;

18 Kerana pada waktu itu, pada saat itu, akan terjadilah kesengsaraan yang besar ke atas abangsa Yahudi, dan ke atas para penduduk bYerusalem, seperti yang belum pernah diutuskan ke atas Israel, oleh Tuhan, sejak permulaan kerajaan mereka sehingga waktu ini; tidak, tidak juga ia akan diutuskan lagi ke atas Israel.

19 Segala hal yang telah menimpa mereka hanyalah permulaan bagi kedukaan-kedukaan yang akan datang ke atas mereka.

20 Dan kecuali zaman itu akan dipendekkan, tidak akan ada tubuh mereka yang diselamatkan; tetapi demi kepentingan yang terpilih, menurut perjanjian itu, hari-hari itu akan dipendekkan.

21 Lihatlah, hal-hal ini telah Aku firmankan kepadamu tentang bangsa Yahudi; dan lagi, setelah kesengsaraan pada zaman itu yang akan datang ke atas Yerusalem, jika ada sesiapa pun yang akan berkata kepadamu, Tengoklah, di sinilah Kristus, atau di sana, janganlah mempercayainya;

22 Kerana pada zaman itu akan bangkit juga Kristus-Kristus palsu, dan nabi palsu, dan akan menunjukkan tanda dan keajaiban-keajaiban yang besar, sedemikian rupa, jika mungkin, mereka akan memperdaya bahkan yang terpilih, yang adalah terpilih menurut perjanjian.

23 Lihatlah, Aku memfirmankan hal-hal ini kepadamu demi kepentingan mereka yang aterpilih; dan kamu juga akan mendengar tentang bpeperangan, dan desas-desus tentang peperangan; pastikanlah bahawa kamu tidak bersusah hati, kerana semua yang telah Aku beritahukan kepadamu akan terjadi; tetapi kiamat itu belum terjadi.

24 Lihatlah, Aku telah memberitahumu sebelum ini;

25 Kerana itu, jika mereka akan berkata kepadamu: Lihatlah, Dia berada di gurun; janganlah pergi: Lihatlah, Dia berada di dalam bilik-bilik rahsia; janganlah mempercayainya;

26 Kerana bagaikan cahaya pagi yang datang dari atimur, dan bersinar bahkan ke barat, dan menyelubungi seluruh bumi, demikian jugalah kedatangan Putera Manusia akan terjadi.

27 Dan sekarang Aku menunjukkan kepadamu sebuah perumpamaan. Lihatlah, di mana pun bangkai berada, disitulah burung-burung helang akan berkumpul bersama; demikian juga umat terpilih-Ku akan adikumpulkan dari keempat-empat penjuru bumi.

28 Dan mereka akan mendengar tentang peperangan, dan desas-desus tentang peperangan.

29 Lihatlah Aku berfirman demi kepentingan umat terpilih-Ku; kerana bangsa akan bangkit menentang bangsa, dan kerajaan melawan kerajaan; akan adanya akebuluran, dan wabak, dan gempa bumi, di pelbagai tempat.

30 Dan lagi, kerana kederhakaan berleluasa, kasih sayang manusia akan menjadi dingin; tetapi dia yang tidak dikuasai, merekalah yang akan diselamatkan.

31 Dan lagi, Injil Kerajaan ini akan dikhutbahkan di seluruh adunia, sebagai suatu kesaksian kepada semua bangsa, dan kemudian kiamat akan datang, atau penghancuran yang jahat;

32 Dan lagi kekejian pemusnahan, yang diucapkan oleh nabi Daniel, akan digenapi.

33 Dan dengan segera selepas kesengsaraan pada zaman itu, amatahari akan digelapkan, dan bulan tidak akan bercahaya, dan bintang-bintang akan jatuh dari langit, dan kekuatan langit akan digoncangkan.

34 Sesungguhnya, Aku berfirman kepadamu, generasi ini, yang mana hal-hal ini akan ditunjukkan, tidak akan meninggal dunia sehinggalah semua yang telah Aku beritahukan kepadamu akan digenapi.

35 Walaupun, zaman itu akan datang, apabila langit dan bumi akan berlalu; namun afirman-Ku tidak akan berlalu, tetapi semuanya akan digenapi.

36 Dan, seperti yang Aku firmankan sebelumnya, selepas akesengsaraan pada zaman itu, dan kekuatan langit akan digoncangkan, kemudian akan muncul tanda Putera Manusia di langit, dan kemudian semua suku-suku bangsa di bumi akan berdukacita; dan mereka akan melihat Putera Manusia bdatang dalam awan di langit, dengan kuasa dan kemuliaan yang besar;

37 Dan sesiapa pun yang menghargai afirman-Ku, tidak akan terpedaya, kerana Putera Manusia akan datang, dan Dia akan mengutus bpara malaikat-Nya dahulu dengan bunyian sangkakala yang nyaring, dan mereka akan cmengumpul para umat terpilih yang selebihnya bersama dari keempat-empat penjuru angin, dari satu hujung langit ke hujung yang satu lagi.

38 Sekarang pelajarilah sebuah perumpamaan tentang apokok ara—Apabila cabang-cabangnya masih muda, dan ia mulai mengeluarkan daun-daun, kamu tahu bahawa musim panas sudah di depan mata;

39 Demikian juga, umat terpilih-Ku, apabila mereka akan melihat segala hal ini, mereka akan mengetahui bahawa Dia sudah dekat, bahkan di depan pintu;

40 Tetapi tentang hari itu, dan waktunya, tiada seorang pun yang atahu; tidak, tidak juga para malaikat Tuhan di dalam syurga, tetapi hanya Bapa-Ku.

41 Tetapi seperti ianya terjadi pada zaman aNuh, demikian juga ia akan terjadi pada kedatangan Putera Manusia;

42 Kerana ianya akan terjadi kepada mereka, sebagaimana yang terjadi pada saat-saat sebelum aair bah terjadi; kerana sehinggalah hari Nuh masuk ke dalam bahtera itu mereka sedang makan dan minum, berkahwin dan dikahwinkan;

43 Dan tidak menyedarinya sehinggalah air bah datang, dan menghanyutkan mereka semua; demikian jugalah kedatangan Putera Manusia akan terjadi.

44 Pada waktu itu akan digenapilah seperti yang dituliskan, bahawa pada azaman akhir, dua orang akan berada di ladang, yang satu akan diambil, dan yang seorang lagi bditinggalkan;

45 Dua orang sedang menggiling di kilang, yang seorang akan diambil, dan yang seorang lagi ditinggalkan;

46 Dan apa yang Aku firmankan kepada seorang, Aku firmankan kepada semua orang; aberjaga-jagalah, oleh itu, kerana kamu tidak mengetahui bilakah waktu Tuhanmu akan datang.

47 Tetapi ketahuilah ini, jika tuan rumah telah mengetahui waktu pencuri itu akan datang, dia pasti akan berjaga-jaga, dan tidak akan membiarkan rumahnya dipecah masuk, tetapi akan bersiap sedia.

48 Oleh itu kamu juga bersedialah, kerana pada waktu yang tidak kamu sangkakan, Putera Manusia akan datang.

49 Maka, siapakah, hamba yang asetia dan bijaksana, yang tuannya telah menjadikannya pemerintah ke atas rumahnya, untuk memberikan mereka makanan pada masa yang tepat?

50 Diberkatilah hamba itu yang mana tuannya, apabila dia datang, akan mendapati dia melakukan sedemikian; dan sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, dia akan menjadikannya pemerintah ke atas segala harta bendanya.

51 Tetapi jika hamba yang jahat itu akan berkata dalam hatinya: Tuanku akan amenunda kedatangannya,

52 Dan mulai menghentam para hamba sesamanya, dan makan dan minum bersama pemabuk,

53 Tuan kepada hamba itu akan datang pada suatu hari ketika dia tidak menanti-nantikannya, dan pada suatu waktu yang tidak disedarinya,

54 Dan akan menyembelihnya, dan akan menempatkan dia bersama orang-orang munafik; akan ada tangisan dan akertakan gigi.

55 Dan demikianlah apengakhiran yang jahat, menurut nubuat Musa, mengatakan: Mereka akan disingkirkan dari kalangan orang-orang itu; tetapi kiamat belum terjadi, tetapi tidak lama lagi.