Kitab Suci
Abraham 2


Bab 2

Abraham meninggalkan Ur pergi ke Kanaan—Yehova menampakkan diri kepadanya di Haran—Semua berkat Injil dijanjikan kepada keturunannya dan melalui keturunannya kepada semua—Dia pergi ke Kanaan dan terus ke Mesir.

1 Sekarang Tuhan Raja menyebabkan bencana kebuluran menjadi teruk di negeri Ur, sedemikian rupa sehingga aHaran, saudara lelakiku, mati; tetapi bTerah, bapaku, masih hidup di negeri Ur, milik bangsa Kasdim.

2 Dan terjadilah bahawa aku, Abraham, mengambil aSarai menjadi isteri, dan bNahor, saudara lelakiku, mengambil Milka menjadi isteri, iaitu anak perempuan Haran.

3 Sekarang Tuhan telah aberfirman kepadaku: Abraham, keluarlah engkau dari negerimu, dan dari kaummu, dan dari rumah bapamu, ke sebuah tanah yang akan Aku perlihatkan kepada engkau.

4 Oleh kerana itu aku meninggalkan negeri aUr, milik bangsa Kasdim, untuk pergi ke negeri Kanaan; dan aku membawa Lot, anak lelaki saudara lelakiku, dan isterinya, dan Sarai isteriku; dan juga bbapaku mengikutiku, ke negeri yang kami namakan Haran.

5 Dan bencana kebuluran berhenti; dan bapaku tinggal di Haran dan menetap di sana, kerana ada banyak haiwan ternakan di Haran; dan bapaku berpaling lagi kepada apemujaan berhalanya, oleh kerana itu dia meneruskannya di Haran.

6 Tetapi aku, Abraham, dan aLot, anak lelaki saudara lelakiku, berdoa kepada Tuhan, dan Tuhan bmenampakkan diri kepadaku, dan berfirman kepadaku: Bangkitlah, dan bawalah Lot bersamamu; kerana Aku bertujuan untuk mengambil engkau pergi dari Haran, dan untuk menjadikan engkau seorang utusan untuk menyandang cnama-Ku di sebuah dtanah asing yang akan Aku berikan kepada keturunanmu selepasmu untuk pemilikan kekal, apabila mereka mendengar suara-Ku.

7 Kerana Akulah Tuhan Rajamu; Aku berada di dalam syurga; bumi adalah abangku kaki-Ku; Aku merentangkan tangan-Ku di atas laut, dan ia mematuhi suara-Ku; Aku menyebabkan angin dan api menjadi bkereta kuda-Ku; Aku berfirman kepada gunung-ganang—Pergilah dari sini—dan lihatlah, ianya dibawa pergi oleh puting beliung, dalam sekelip mata, secara tiba-tiba.

8 Nama-Ku ialah aYehova, dan Aku bmengetahui akhir dari permulaan; oleh kerana itu tangan-Ku akan berada di atasmu.

9 Dan Aku akan menjadikan engkau sebuah bangsa yang besar, dan Aku akan amemberkati engkau melebihi batas ukuran, dan menjadikan namamu besar di kalangan semua bangsa, dan engkau akan menjadi suatu berkat bagi keturunanmu selepas engkau, bahawa dalam tangan mereka, mereka akan memberikan pelayanan dan bImamat ini kepada segala bangsa;

10 Dan Aku akan memberkati mereka melalui namamu; kerana sebanyak mana yang menerima aInjil ini akan dipanggil menurut namamu, dan akan dianggap bketurunanmu, dan akan bangkit dan memuji engkau, sebagai cbapa mereka;

11 Dan Aku akan amemberkati mereka yang memuji engkau, dan mengutuk mereka yang mengutuk engkau; dan dalam engkau (iaitu, dalam Imamatmu), dan dalam bketurunanmu (iaitu, Imamatmu), kerana Aku memberi kepadamu sebuah janji bahawa chak ini akan berterusan di dalam engkau, dan dalam keturunanmu selepas engkau (iaitu yang dikatakan, keturunan asli, atau keturunan kandung) semua keluarga di bumi akan diberkati, bahkan dengan berkat-berkat Injil, yang merupakan berkat-berkat keselamatan, bahkan kehidupan yang abadi.

12 Sekarang, setelah Tuhan menarik diri dari berfirman kepadaku, dan menarik wajah-Nya daripadaku, aku berkata di dalam hatiku: Hamba-Mu telah amencari Engkau dengan bersungguh-sungguh; sekarang aku telah menemui Engkau;

13 Engkau telah mengutus malaikat-Mu untuk amembebaskanku daripada para dewa Elkena, dan akanlah baik bagiku kalau mendengar kepada suara-Mu, oleh kerana itu biarlah hamba-Mu bangkit dan pergi dalam kedamaian.

14 Jadi aku, Abraham, pergi seperti yang Tuhan telah firmankan kepadaku, dan Lot bersamaku; dan aku, Abraham, berumur aenam puluh dua tahun semasa aku pergi dari Haran.

15 Dan aku membawa aSarai, yang telah aku jadikan isteri semasa aku berada di bUr, di Kasdim, dan Lot, anak lelaki saudara lelakiku, dan semua harta benda yang kami telah kumpulkan, dan jiwa-jiwa yang telah kami cmenangi di Haran, dan berada dalam perjalanan ke negeri dKanaan, dan tinggal di dalam khemah semasa dalam perjalanan kami;

16 Oleh kerana itu, keabadian adalah pelindung kami dan abatu dan keselamatan kami, semasa kami mengadakan perjalanan dari Haran dengan melalui Yerson, untuk datang ke negeri Kanaan.

17 Sekarang aku, Abraham, membina sebuah aaltar di negeri Yerson, dan membuat sebuah persembahan kepada Tuhan, dan berdoa agar bbencana kebuluran dapat dipalingkan daripada keluarga bapaku, agar mereka tidak binasa.

18 Dan kemudian kami melepasi Yerson melalui tanah ke tempat yang disebut Sikhem; ia terletak di dataran More, dan kami telah datang ke sempadan negeri abangsa Kanaan, dan aku mempersembahkan bkorban di dataran More, dan meminta kepada Tuhan dengan ikhlas, kerana kami telah datang ke negeri bangsa pemuja berhala ini.

19 Dan Tuhan menampakkan diri kepadaku sebagai jawapan terhadap doa-doaku, dan berfirman kepadaku: Kepada keturunanmu akan Aku berikan atanah ini.

20 Dan aku, Abraham, bangkit dari tempat altar yang telah aku bina bagi Tuhan, dan berpindah dari sana ke sebuah gunung di timur aBetel, dan memasang khemahku di sana, Betel di barat, dan bAi di timur; dan di sana aku membina sebuah lagi altar bagi Tuhan, dan cmemohon lagi kepada nama Tuhan.

21 Dan aku, Abraham, mengadakan perjalanan, masih meneruskan ke arah selatan; dan bencana kebuluran berterusan di tanah itu; dan aku, Abraham, memutuskan untuk turun ke Mesir, untuk singgah di sana, kerana bencana kebuluran menjadi sangat teruk.

22 Dan terjadilah ketika aku hampir masuk ke Mesir, Tuhan berfirman kepadaku: Lihatlah, aSarai, isterimu, ialah seorang perempuan yang sangat cantik untuk dilihat;

23 Oleh kerana itu akan terjadilah, apabila bangsa Mesir melihatnya, mereka akan berkata—Dia ialah isterinya; dan mereka akan membunuhmu, tetapi mereka akan membiarkannya hidup; oleh kerana itu pastikanlah bahawa kamu melakukan hal yang berikut ini:

24 Biarlah dia mengatakan kepada bangsa Mesir, dia ialah saudara perempuanmu, dan nyawamu akan hidup.

25 Dan terjadilah bahawa aku, Abraham, memberitahu Sarai, isteriku, semua yang Tuhan telah firmankan kepadaku—Oleh kerana itu katakanlah kepada mereka, aku memohon kepadamu, engkau ialah saudara perempuanku, agar ianya untuk kebaikanku demi kepentinganmu, dan nyawaku akan hidup kerana engkau.