Bantuan Pengkajian
TJS, Mazmur 24


TJS, Mazmur 24:7–10. Bandingkan dengan Mazmur 24:7–10

Raja Kemuliaan akan menebus umat-Nya semasa kedatangan-Nya.

7 Angkatlah kepalamu, Wahai kamu generasi Yakub; dan kamu akan diangkat; dan Tuhan kuat dan perkasa; Tuhan perkasa dalam pertempuran, iaitu raja kemuliaan, akan menegakkanmu selamanya.

8 Dan Dia akan menggulung langit; dan akan turun menyelamatkan para umat-Nya; untuk menjadikanmu nama yang kekal; untuk menubuhkanmu di atas batu-Nya yang kekal.

9 Angkatlah kepalamu, Wahai kamu generasi-generasi Yakub; angkatlah kepalamu, kamu generasi yang kekal, dan Tuhan Semesta Alam, raja segala raja;

10 Bahkan raja kemuliaan akan datang kepadamu; dan menebus umatnya, dan akan menegakkan mereka dalam kesolehan. Selah.