Bantuan Pengkajian
TJS, Matius 7


TJS, Matius 7:1–2. Bandingkan dengan Matius 7:1–2

Janganlah menghakimi dengan tidak benar.

1 Sekarang ini adalah perkataan yang Yesus ajarkan kepada para pengikut-Nya yang harus mereka katakan kepada orang-orang itu.

2 Janganlah menghakimi dengan tidak soleh, agar kamu tidak dihakimi; tetapi hakimilah dengan penghakiman yang soleh.

TJS, Matius 7:4–8. Bandingkan dengan Matius 7:3–5

Yesus mengajar para pengikut-Nya untuk berhadapan dengan ahli-ahli taurat, Farisi, imam, dan bangsa Lewi kerana kemunafikan mereka.

4 Dan lagi, kamu akan mengatakan kepada mereka, Mengapakah engkau melihat selumbar di dalam mata saudaramu, tetapi tidak sedar akan kayu yang ada di dalam matamu sendiri?

5 Atau bagaimanakah engkau akan berkata kepada saudaramu, Biarlah aku mengeluarkan selumbar yang ada di matamu; dan tidak melihat kayu yang ada di dalam matamu sendiri?

6 Dan Yesus berfirman kepada para pengikut-Nya, Lihatlah kamu para ahli taurat, dan Farisi, dan imam dan bangsa Lewi? Mereka mengajar di dalam saumaah-saumaah mereka, tetapi tidak mematuhi hukum, mahupun perintah-perintah itu; dan semuanya telah terpesong, dan berdosa.

7 Pergilah engkau dan berkata kepada mereka, Mengapakah kamu mengajar hukum dan perintah-perintah itu, sedangkan kamu sendiri ialah anak-anak kejahatan?

8 Berkatalah kepada mereka, Engkau orang yang munafik, buanglah terlebih dahulu kayu daripada matamu sendiri; dan kemudian engkau akan melihat dengan jelas untuk membuang selumbar yang ada di mata saudaramu.

TJS, Matius 7:9–11. Bandingkan dengan Matius 7:6

Yesus mengajarkan para pengikut-Nya supaya mengkhutbahkan pertaubatan dan bukan untuk berkongsikan misteri-misteri kerajaan kepada dunia.

9 Pergilah kamu ke dunia, berkata kepada semua, bertaubatlah, kerana kerajaan syurga menghampirimu.

10 Dan misteri-misteri kerajaan akan kamu simpan dalam dirimu sendiri; kerana tidak sesuai untuk memberikan apa yang kudus kepada anjing; janganlah juga kamu membuang mutiaramu ke hadapan babi, agar jangan ia memijak-mijak di bawah kakinya.

11 Kerana dunia ini tidak boleh menerima apa yang kamu, sendiri, tidak dapat hadapi; oleh itu kamu tidak harus berikan mutiara-mutiaramu kepada mereka, agar jangan mereka berpaling lagi dan menghancurkanmu.

TJS, Matius 7:12–17. Bandingkan dengan Matius 7:7–8

Yesus mengajar para pengikut-Nya bahawa Bapa memberikan wahyu kepada semua yang meminta.

12 Katakan kepada mereka, Minta daripada Tuhan; mintalah, dan akan diberikan kepadamu; carilah, dan kamu akan menemui; ketuklah, dan akan dibukakan kepadamu.

13 Kerana setiap orang yang meminta, menerima; dan dia yang mencari, menemui; dan kepada dia yang mengetuk, akan dibukakan.

14 Dan kemudian para pengikut-Nya berkata kepada-Nya, Mereka akan berkata kepada kami, Diri kami ialah soleh, dan tidak memerlukan seseorang untuk mengajar kami. Tuhan, kami tahu, pernah mendengar Musa dan segelintir daripada para nabi; tetapi dia tidak mahu dengar kami.

15 Dan mereka akan berkata, Kami mempunyai hukum itu untuk keselamatan kami, dan ianya sudah cukup bagi kami.

16 Kemudian Yesus menjawab, dan berfirman kepada para pengikut-Nya, Demikianlah kamu akan berkata kepada mereka,

17 Siapakah di antara kamu, yang mempunyai seorang anak lelaki, dan dia akan berdiri di luar, dan akan mengatakan, Bapa, bukalah pintu rumahmu agar aku dapat masuk dan makan bersamamu, tidak akan berkata, Masuklah, anakku; kerana kepunyaanku adalah kepunyaanmu, dan kepunyaanmu adalah kepunyaanku?