Bantuan Pengkajian
TJS, Keluaran 33


TJS, Keluaran 33:20, 23. Bandingkan dengan Keluaran 33:20, 23

Tiada orang yang penuh dosa dapat melihat wajah Tuhan dan hidup.

20 Dan Dia berfirman kepada Musa, engkau tidak dapat melihat wajah-Ku sekarang, agar jangan kemurkaan-Ku dinyalakan terhadapmu juga, dan Aku menghancurkan engkau, dan umatmu; kerana tiada sesiapa pun di kalangan mereka yang melihat Aku sekarang ini, hidup, kerana mereka sangatlah berdosa. Dan tiada manusia yang berdosa pada bila-bila masa pun, tidak juga akan ada manusia yang berdosa pada masa depan, yang melihat wajah-Ku dan hidup.

23 Dan Aku akan mengalihkan tangan-Ku, dan engkau akan dapat melihat bahagian belakang-Ku, tetapi wajah-Ku tidak akan kelihatan, seperti pada masa-masa yang lain; kerana aku murka terhadap umat Israel-Ku.