Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 97


Bahagian 97

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith, di Kirtland, Ohio, 2 Ogos 1833. Wahyu ini berkaitan terutama sekali dengan hal ehwal para Orang Suci di Sion, Jackson County, Missouri, sebagai balasan terhadap pertanyaan Nabi kepada Tuhan untuk maklumat. Para anggota Gereja di Missouri pada waktu ini mengalami penganiayaan yang hebat dan, pada 23 Julai 1833, telah dipaksa untuk menandatangani suatu persetujuan untuk meninggalkan Jackson County.

1–2, Banyak Orang Suci di Sion (Jackson County, Missouri) diberkati kerana kesetiaan mereka; 3–5, Parley P. Pratt dipuji atas hasil kerjanya di dalam sekolah di Sion; 6–9, Mereka yang menepati perjanjian mereka diterima oleh Tuhan; 10–17, Sebuah rumah mesti dibangunkan di Sion yang mana mereka yang murni hatinya akan melihat Tuhan; 18–21, Sion adalah yang murni hatinya; 22–28, Sion akan terlepas dari pencambukan Tuhan jika dia setia.

1 Sesungguhnya Aku berfirman kepadamu teman-teman-Ku, Aku berfirman kepadamu dengan suara-Ku, bahkan suara Roh-Ku, agar Aku boleh menunjukan kepadamu kehendak-Ku terhadap saudara-saudaramu di negeri aSion, ramai daripada mereka benar-benar rendah hati dan sedang berusaha dengan tekun untuk belajar kebijaksanaan dan untuk menemui kebenaran.

2 Sesungguh-sungguhnya Aku berfirman kepadamu, diberkatilah mereka yang seperti itu, kerana mereka akan menerimanya; kerana Aku, Tuhan, menunjukkan belas kasihan kepada semua yang alembut hati, dan kepada sesiapa pun yang Aku kehendaki, agar Aku boleh dimaklumkan soleh apabila Aku akan membawa mereka pada penghakiman.

3 Lihatlah, Aku berfirman kepadamu, mengenai asekolah di Sion, Aku, Tuhan, sangat berkenan bahawa harusnya ada sebuah sekolah di Sion, dan juga dengan hamba-Ku bParley P. Pratt, kerana dia tinggal di dalam Aku.

4 Dan sejauh dia meneruskan untuk tinggal di dalam Aku dia akan terus mengetuai sekolah di negeri Sion sehingga Aku akan memberikan kepadanya perintah-perintah lain.

5 Dan Aku akan memberkatinya dengan berkat yang berlipat ganda, dalam menghuraikan semua tulisan suci dan misteri untuk peneguhan sekolah itu, dan gereja di Sion.

6 Dan kepada yang selebihnya di sekolah itu, Aku, Tuhan, bersedia untuk menunjukkan belas kasihan; walaupun demikian, ada daripada mereka yang mestilah perlu adihukum, dan pekerjaan mereka akan diberitahukan.

7 aKapak diletakkan pada akar pokok; dan setiap pokok yang tidak menghasilkan bbuah yang baik akan ditebang dan dilemparkan ke dalam api. Aku, Tuhan, telah memfirmankannya.

8 Sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, semua di antara mereka yang mengetahui ahati mereka adalah bjujur, dan patah, dan roh mereka menyesal, dan cbersedia untuk menepati perjanjian mereka melalui dpengorbanan—ya, setiap pengorbanan yang akan Aku, Tuhan, perintahkan—mereka editerima oleh-Ku.

9 Kerana Aku, Tuhan, akan menyebabkan mereka untuk mendatangkan hasil bagaikan sebatang pokok yang sangat subur yang ditanam di dalam sebidang tanah yang baik, berdekatan dengan sebuah anak sungai yang suci, yang menghasilkan banyak buah yang berharga.

10 Sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, bahawa ini adalah kehendak-Ku agar sebuah arumah haruslah dibangun bagi-Ku di negeri Sion, seperti bpanduan yang telah Aku berikan kepadamu.

11 Ya, biarlah ianya dibina dengan secepatnya, dengan persepuluhan umat-Ku.

12 Lihatlah, inilah apersepuluhan dan pengorbanan yang Aku, Tuhan, tuntut daripada tangan mereka, agar dapat ada sebuah brumah dibina bagi-Ku demi keselamatan Sion—

13 Sebagai tempat untuk akesyukuran bagi semua orang suci, dan sebagai tempat untuk arahan bagi mereka semua yang dipanggil pada pekerjaan pelayanan dalam semua pemanggilan dan jawatan mereka;

14 Agar mereka dapat disempurnakan dalam apemahaman akan pelayanan mereka, dalam teori, dalam asas, dan dalam ajaran, dalam segala hal yang berkaitan dengan bkerajaan Tuhan di atas bumi, ckunci-kunci kerajaan yang telah dianugerahkan ke atas dirimu.

15 Dan sejauh umat-Ku membina sebuah rumah bagi-Ku dalam nama Tuhan, dan tidak membiarkan aapa pun yang tidak bersih datang ke dalamnya, agar ia tidak ternoda, bkemuliaan-Ku akan berdiam di dalamnya;

16 Ya, dan akehadiran-Ku akan berada di sana, kerana Aku akan datang ke dalamnya, dan semua yang bsuci hatinya yang akan datang ke dalamnya akan melihat Tuhan.

17 Tetapi jika ianya ternoda Aku tidak akan datang ke dalamnya, dan kemuliaan-Ku tidak akan ada di sana; kerana Aku tidak akan datang ke dalam bait suci-bait suci yang tidak kudus.

18 Dan, sekarang, lihatlah, jika Sion melakukan hal-hal ini, dia akan menjadi amakmur, dan menyebarkan dirinya dan menjadi sangat mulia, sangat hebat, dan sangat menakutkan.

19 Dan abangsa-bangsa di bumi akan menghormatinya, dan akan berkata: Pastilah bSion adalah kota Tuhan kita, dan pastilah Sion tidak dapat roboh, tidak juga dipindahkan keluar dari tempatnya, kerana Tuhan berada di sana, dan tangan Tuhan ada di sana;

20 Dan Dia telah bersumpah dengan kuasa daya-Nya untuk menjadi keselamatannya dan amenaranya yang tinggi.

21 Oleh kerana itu, sesungguhnya, demikianlah firman Tuhan, biarlah Sion bersukacita, kerana inilah aSionYang Suci Hatinya; oleh kerana itu, biarlah Sion bersukacita, sementara semua yang jahat akan berduka.

22 Kerana lihatlah, dan tengoklah, apembalasan datang segera kepada yang fasiq bagaikan puting beliung; dan siapakah yang akan terlepas darinya?

23 aPencambukan Tuhan akan menimpa pada malam hari dan pada siang hari, dan laporannya akan menyengsarakan semua orang; ya, ianya tidak akan ditahan sehingga Tuhan datang;

24 Kerana kemarahan Tuhan menyala terhadap kekejian mereka dan segala pekerjaan jahat mereka.

25 Walaupun demikian, Sion akan aterlepas jika berusaha keras untuk melakukan segala hal apa pun yang telah Aku perintahkan kepadanya.

26 Tetapi jika dia tidak berusaha keras untuk melakukan apa pun yang telah Aku perintahkan kepadanya, Aku akan amengunjunginya menurut segala pekerjaannya, dengan kesengsaraan yang parah, dengan bpenyakit, dengan wabak, dengan pedang, dengan cpembalasan, dengan dapi pelahap.

27 Walaupun demikian, biarlah ia dibacakan sekali ke telinganya, bahawa Aku, Tuhan, telah menerima persembahannya; dan jika dia tidak lagi berdosa, hal-hal ini atidak akan datang ke atasnya;

28 Dan Aku akan amemberkatinya dengan berkat, dan melipatgandakan berkat ke atasnya, dan ke atas generasinya selama-lamanya, firman Tuhan Rajamu. Amin.