Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 9


Bahagian 9

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith kepada Oliver Cowdery, di Harmony, Pennsylvania, April 1829. Oliver ditegur untuk bersabar dan didorong berpuas hati untuk menulis, buat sementara waktu, menurut imlakkan si penterjemah, daripada mencuba untuk menterjemah.

1–6, Catatan-catatan kuno yang lain akan diterjemahkan kelak; 7–14, Kitab Mormon diterjemahkan melalui pengkajian dan melalui pengesahan rohani.

1 Lihatlah, Aku berfirman kepadamu, anak-Ku, kerana kamu tidak amenterjemah menurut apa yang kamu hasratkan daripada-Ku, dan sekali lagi bermula untuk bmenulis untuk hamba-Ku, Joseph Smith Jr., demikian juga Aku menghendaki agar kamu haruslah meneruskannya sehingga kamu telah menghabiskan catatan ini, yang telah Aku percayakan kepadanya.

2 Dan kemudian, lihatlah, acatatan-catatan blain yang Aku miliki, akan Aku berikan kepadamu kuasa agar kamu boleh membantu menterjemahkannya.

3 Bersabarlah, anak-Ku, kerana adalah kebijaksanaan di dalam Aku, dan tidaklah perlu bahawa kamu harus menterjemah pada waktu ini.

4 Lihatlah, pekerjaan yang kamu dipanggil untuk lakukan adalah untuk menulis bagi hamba-Ku Joseph.

5 Dan, lihatlah, kerana kamu tidak meneruskan seperti yang kamu mulakan, apabila kamu mula menterjemah, Aku telah mengambil hak istimewa ini daripadamu.

6 Janganlah amerungut, anak-Ku, kerana ini adalah kebijaksanaan di dalam Aku bahawa Aku telah berurusan denganmu menurut cara ini.

7 Lihatlah, kamu belum memahami; kamu menyangka bahawa Aku akan memberikannya kepadamu, sedangkan kamu tidak memikirkannya kecuali untuk meminta daripada-Ku.

8 Tetapi, lihatlah, Aku berfirman kepadamu, bahawa kamu mesti amengkajinya dalam fikiranmu; kemudian kamu mesti bbertanya kepada-Ku adakah ia benar, dan jika ia benar Aku akan menyebabkan cdadamu akan dmembara di dalam dirimu; oleh kerana itu, kamu akan emerasakan bahawa ia adalah benar.

9 Tetapi jika ia tidak benar kamu tidak akan merasakan perasaan yang seperti itu, tetapi kamu akan merasakan suatu akekosongan fikiran yang akan menyebabkanmu melupakan perkara yang salah itu; oleh kerana itu, kamu tidak dapat menulis perkara yang kudus melainkan ia diberikan kepadamu daripada-Ku.

10 Sekarang, jika kamu mengetahuinya sebelum ini kamu dapat amenterjemah; walaupun demikian, tidaklah perlu bahawa kamu harus menterjemah sekarang.

11 Lihatlah, ianya perlu semasa kamu memulakannya; tetapi kamu atakut, dan waktunya telah berlalu, dan ianya tidaklah perlu sekarang;

12 Kerana, tidakkah kamu melihat bahawa Aku telah memberikan kepada hamba-Ku aJoseph kekuatan yang secukupnya, yang mana melaluinya ia dibereskan? Dan tiada seorang di antara kamu telah Aku hukum.

13 Lakukanlah hal ini yang telah Aku perintahkan kepadamu, dan kamu akan menjadi makmur. Setialah, dan janganlah menyerah pada agodaan.

14 Berdirilah teguh dalam apekerjaan yang telah Aku bpanggilkan kepadamu, dan sehelai rambut kepalamu pun tidak akan hilang, dan kamu akan cdiangkat pada hari terakhir. Amin.