Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 87


Bahagian 87

Wahyu dan nubuat tentang peperangan, diberikan melalui Nabi Joseph Smith, pada atau berdekatan Kirtland, Ohio, 25 Disember 1832. Pada masa ini, perbantahan di Amerika Syarikat tentang perhambaan dan pembatalan tarif persekutuan tersebar luas. Sejarah Joseph Smith menyatakan bahawa “munculnya kesusahan antara bangsa-bangsa” semakin “lebih kelihatan” kepada Nabi “berbanding dengan sebelum ini sejak Gereja telah mula perjalanan keluar dari padang belantara.”

1–4, Peperangan diramalkan di antara Negeri-negeri Utara dan Negeri-negeri Selatan; 5–8, Malapetaka besar akan jatuh ke atas seluruh penduduk bumi.

1 Sesungguhnya, demikianlah firman Tuhan tentang peperangan yang akan terjadi tidak lama lagi, bermula dengan pemberontakan aSouth Carolina, yang pada akhirnya akan disudahi dengan kematian dan kegetiran banyak jiwa;

2 Dan waktunya akan datang bahawa aperang akan dicurahkan ke atas semua bangsa, bermula di tempat ini.

3 Kerana lihatlah, Negeri-negeri Selatan akan terbahagi melawan Negeri-negeri Utara, dan Negeri-negeri Selatan akan meminta kepada bangsa-bangsa lain, bahkan bangsa Great Britain, seperti mana ia dipanggil, dan mereka akan juga meminta kepada bangsa-bangsa lain, supaya mempertahankan mereka menentang bangsa-bangsa lain; dan kemudian apeperangan akan dicurahkan ke atas semua bangsa.

4 Dan akan terjadi, selepas berhari-hari, apara hamba akan bangkit melawan tuan mereka, yang akan dikerahkan dan dilatih untuk berperang.

5 Dan akan terjadi juga bahawa selebihnya yang tinggal di negeri ini akan mengerahkan diri mereka, dan akan menjadi amat marah, dan akan menyengsarakan bangsa bukan Israel dengan kesengsaraan yang parah.

6 Dan demikianlah, dengan pedang dan melalui pertumpahan darah para penduduk bumi akan aberduka nestapa; dan dengan bencana bkebuluran, dan wabak penyakit, dan gempa bumi, dan guntur di langit, dan kilat yang dahsyat dan benderang juga, para penduduk bumi akan merasakan kemurkaan, dan kemarahan, dan tangan yang cmenghukum daripada seorang Tuhan Yang Maha Kuasa, sehingga kehancuran yang telah ditetapkan telah dmengakhiri semua bangsa sepenuhnya;

7 Agar seruan daripada para orang suci, dan adarah para orang suci, akan berhenti naik ke dalam telinga Tuhan bSabaot, dari bumi, untuk menuntut bela kepada musuh mereka.

8 Kerana itu, aberdirilah kamu di tempat-tempat kudus, dan janganlah goyah, sehingga hari Tuhan datang; kerana lihatlah, ianya datang dengan bcepat, firman Tuhan. Amin.