Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 86


Bahagian 86

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith, di Kirtland, Ohio, 6 Disember 1832. Wahyu ini diterima semasa Nabi sedang mengkaji semula dan menyunting naskah terjemahan Alkitab.

1–7, Tuhan memberikan maksud perumpamaan tentang gandum dan lalang; 8–11, Dia menjelaskan berkat-berkat imamat kepada mereka yang merupakan para pewaris sah menurut darah daging.

1 Sesungguhnya, demikianlah firman Tuhan kepadamu para hamba-Ku, mengenai aperumpamaan tentang gandum dan lalang:

2 Lihatlah, sesungguhnya Aku berfirman, ladang adalah dunia, dan para rasul adalah penabur benih;

3 Dan selepas mereka tertidur penganiaya besar gereja, orang murtad, pelacur, bahkan aBabilon, yang membuatkan semua bangsa minum dari cawannya, yang berada di dalam hatinya si musuh, bahkan Setan, duduk untuk memerintah—lihatlah dia menabur lalang; kerana itu, lalang menghimpit gandum dan menghalau bgereja ke padang belantara.

4 Tetapi lihatlah, pada azaman terakhir, bahkan sekarang sementara Tuhan mula untuk membawakan firman, dan daunnya tumbuh dan masih lembut—

5 Lihatlah, sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, apara malaikat berseru kepada Tuhan siang dan malam, yang bersedia dan menunggu untuk diutuskan untuk bmenuai ladang;

6 Tetapi Tuhan berfirman kepada mereka, janganlah mencabut lalang semasa daunnya masih lembut (kerana sesungguhnya imanmu lemah), agar jangan kamu menghancurkan gandumnya juga.

7 Oleh kerana itu, biarlah gandum dan lalang tumbuh bersama sehingga tuaian matang sepenuhnya; kemudian pertama-tama kamu harus mengumpulkan gandum di kalangan lalang, dan selepas pengumpulan gandum, lihat dan tengoklah, lalang diikat di dalam berkas-berkas, dan ladang itu tinggal untuk dibakar.

8 Oleh kerana itu, demikianlah firman Tuhan kepadamu, dengan siapa aimamat telah diteruskan melalui keturunan nenek moyangmu—

9 Kerana kamu ialah apara pewaris sah, menurut darah daging, dan telah bdisembunyikan dari dunia bersama Kristus di dalam Tuhan—

10 Oleh kerana itu kehidupanmu dan imamat tetap tinggal, dan haruslah tetap tinggal melalui kamu dan keturunanmu sehingga apemulihan segala hal yang dibicarakan oleh mulut semua nabi kudus sejak dunia bermula.

11 Oleh kerana itu, diberkatilah kamu jika kamu meneruskan dalam kebaikan-Ku, suatu acahaya bagi bangsa bukan Israel, dan melalui imamat ini, seorang penyelamat bagi umat-Ku bIsrael. Tuhan telah memfirmankannya. Amin.